Total Pageviews

D.I.Y Planner Ikut Kreativiti

08:36

PLANNER

Adeh..kak fiezz kak fiezz..dah nak masuk bulan March, baru nak cerita pasal planner..haha..apakah slow benor..Okey, to be honest, kak fiezz macam blur tau masa mula-mula nak berplanner ni..Tapi tengok ramai blogger-blogger up gambar planner memasing masa hujung tahun lepas..Kak fiezz pun gedik la nak jugak, kan..Ramai blogger yang guna planner ni sebab nak update tarikh-tarikh event yg kena cover ke, due date untuk hantar draft review produk ke & ada la lagi yg personal..nak remind tarikh harijadi ke, ulangtahun perkahwinan ke..Jadi tu la antara fungsi planner ni..

Kak fiezz pulak decide untuk gunakan khidmat planner ni sebab nak tulis senarai job untuk blog & tarikh yang kena hantar draft atau post entry kat blog..Cuma kak fiezz tak tahu nak deko dia..uwaaa..dah la tangan jenis tak berseni..tak pe la sis cuba, hokay...

DIY PLANNER 

1st sekali kalau nak ber planner, korang boleh beli yang ready made..Banyak ada jual kat pasaran..online ada..offline ada..cari je la..tak payah pening-pening nak deko-deko..Tapi kalau nak DIY..korang boleh beli cover yang putih jernih macam gambar kat bawah ni, cari kat shopee..kak fiezz dah survey tempat lain, tak ada cover ni je..cover ni mmg fully cover kosong yea, korang kena isi sendiri termasuk kat belah dalam untuk korang tulis-tulis tu..Yang ni jenis ring, korang boleh tukar kat dalam tu habis je tempoh setahun..So cover dia korang boleh guna semula..Jimat di situ..Ada je planner yang satu set lengkap termasuk belah dalam tu cuma harga dia mahal sikit...Macam kak fiezz beli cover ni hat kosong & dapat free inserts..Selain dari cover ni, kak fiezz beli jugak sticker macam emoticon, shape & note macam label dan jugak calendar 2018...ni je..

www.fiezasani.xyz
A5 A6 Matte Transparent Traveler's Notebook Diary Planner for Minimalist

Ni la rupa planner kak fiezz..plain..size A6..Yang depan tu kosong jadi kak fiezz lekat kan je sticker yang kak fiezz dah beli sekali dengan cover ni...harga RM12.90

www.fiezasani.xyz
2018 Calendar Index Planner Sticker
RM4.49

Kalendar 2018 mengikut bulan..kak fiezz lekat di separator ni...

www.fiezasani.xyz
Free planner inserts..


www.fiezasani.xyz
Weekly Planner ni kak fiezz D.I.Y

www.fiezasani.xyz
Separator berwarna ni pun, kak fiezz buat sendiri...

Ni antara item yang kak fiezz beli untuk decorate planner kak fiezz ~

Colourful Flat, Banner Decorative Washi Tape  RM4.90
Mini Flag Banner Sticky Note Marker (100pcs)  RM2.90
Colour Seal Sticker Love Circle for Planner Photo Album RM0.98x2

Kak fiezz beli semua item untuk planner ni di Shopee..Total keseluruhan kos untuk D.I.Y planner ni RM24.43..Harga ni ikut pada kreativiti masing-masing & apa yang korang nak untuk hias planner masing-masing..Macam kak fiezz ni simple je orangnya..Jadi deko pun tak mau la sarat sangat..sakit mata...

You Might Also Like

19 Comment

  1. Sama la kita kak.. tak suka sangat deko banyak-banyak. Cam serabut je tengok nak-nak ciktie ni bukannya jenis orang yang kreatif

    ReplyDelete
  2. ini lagi comel kan..jadi apa yang kita nak masukkan dalam planner kita boleh buat..tak payah mane pun..janji kita kreatif kan fieza

    ReplyDelete
  3. Kak Sue tak ada pun planner,main tulis kat nota atau kalender je untuk reminder.. Comel planner Fieza..

    ReplyDelete
  4. oooh kat shoopee ka. saya dah lama cari. baru ingt nak pi cari dekat diy ke daiso kot ada. kalau ada kat shoopee senang la nak beli

    ReplyDelete
  5. Rajinnya buat planner. Sis pernah buat tapi terbengkali separuh jalan. Last2 kat phone jugak sis buat note

    ReplyDelete
  6. Rajinnya lah kak fizz. Ana mmg fail bab planner ni. Tp suka tgk org yg pandai hias planner dorang. Cantik dan kreatif je.

    ReplyDelete
  7. Sal beli je..huhuhu..nak deco tak berapa reti..btw kreatif gak k.fizz ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. Kreatifnya fiezz, Marsha guna planner gak tapi amik husband punya sebab dia tak guna 😅😅

    ReplyDelete
  9. Kreatif la akak ni.sy tak kreatif sbb tu sy beli siap je

    ReplyDelete
  10. Lia pun suka planner senang nak catat apa nak buat, apa aktiviti & reminder takut terlepas pandang.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  11. cantik2
    memang kreatif
    kagum betul

    ReplyDelete
  12. rajinnya buat planner! ida rajin utk first page je. nanti dah tahu siapa nak fullkan planner hehe

    ReplyDelete
  13. rajinnya kak fiezz buat planner. Cantik pulak tu :D

    ReplyDelete
  14. Rajinnya hias planner!! Siqah ada gak planner sebab terjebak beli duk baca blog pasal planner je. Hehe. Tapi takde hias cantik lagi. Nak kena buat lah ni :D

    ReplyDelete
  15. Kita tak rajin nak buat DIY planner. Pakai yang sedia ada jer ☺

    ReplyDelete
  16. Kalau mrs pip mmg tak reti nak hias planner, so pakai yg readmade, tp tahun ni tak beli planner, hehe,mmg guna yg FS bagi hari tu ...

    ReplyDelete
  17. sha awal tahun haritu beria jugak last last entah ada manalah planner ni

    ReplyDelete