Cara Jimat Membeli Kereta

10:43


Kereta Satu Keperluan

Sekarang ni kereta satu keperluan wajib semua orang..Sebab mudah nak bergerak ke sana sini..Tambah-tambah yang dah ada anak-anak..Nak heret anak-anak naik pengangkutan awam, fuh memerlukan kesabaran yg tinggi kot..Sekali sekala tak pe la bagi anak-anak rasa naik bas, keretapi, LRT..tapi kalau selalu, boleh mengundang amarah kot..haha..tambah anak-anak yang jenis aktif sangat...Jadi mmg wajib rasanya ibu bapa sekarang mesti ada kereta..Nak beli kereta pun, kena tengok juga kegunaan, saiz kereta yang nak dibeli supaya boleh muat untuk 1 family naik, jenama, harga..eh!!banyak la faktor sebelum beli kereta ni...Jom tengok tips untuk jimat membeli kereta


Cara Jimat Beli Kereta

Beli Kereta Terpakai - Kalau bajet kurang memberangsangkan, boleh cari kereta terpakai je yang masih logik untuk dibeli dari segi harga & kereta berfungsi dengan baik. Kalau nak dibaiki pun tak perlukan kos yang banyak...

Beli Kereta Tempatan - Beli kereta jenama tempatan yang harganya jauh lagi rendah dari kereta luar & berjenama..Yang penting bukan pada jenama tapi kegunaan..Kalau beli kereta jenama tapi jarang digunakan, parking je kat rumah rasanya tak perlu la membazir..Ada setengah orang, sampai ikat perut untuk puaskan hati beli kereta jenama tapi kereta tu jarang digunakan pun ataupun mmg jadi kegunaan utama cuma sanggup berlapar demi bayar ansuran kereta jenama yg lagi tinggi bulanannya...

Bayar downpayment tinggi - Beli kereta & bayar downpayment lebih jadi bulanan dapat dikurangkan.

Ikut Bajet/Gaji Bulanan - Ukur baju di badan sendiri orang cakap..Sebelum beli kereta buat kira-kira dulu..Cukup tak untuk bayar ansuran bulanan kereta..Termasuk kos minyak/tol yang akan dikeluarkan setiap bulan..Jangan kang, ada makan megi hari2 ataupun catu makan sebab tak cukup bayar ansuran bulanan & isi minyak...

Kumpul duit beli kereta secara tunai - Hah, yang ni memerlukan kesabaran tinggi sbb ambil masa  sikit..Menabung dulu sebelum beli kereta..Tapi keuntungannya korang tak payah pening nak bayar ansuran bulanan kereta..Cuma keluarkan duit untuk isi minyak/tol.

Beli kereta pada musim perayaan/hujung tahun - sebab selalunya masa ni banyak tawaran rebate untuk pembelian kereta..Dapat penjimatan sikit di situ...

Suruh Tersayang Belikan/Hadiahkan - Macam Hanan Khaira dalam citer Kekasih Paksa Rela..haha..Motip sangat kan..Ni tengok la pada kemampuan pasangan korang..Jangan hentak-hentak kaki pulak suruh belikan padahal pasangan korang gaji tak seberapa...

Okey, ni antara tips/cara jimat untuk membeli kereta..Ni personal opinion kak fiezz la yea..kak fiezz tak terer sangat pasal kereta ni..Cuma kongsi dari pengalaman & logik.. hehe

You Might Also Like

19 Comment

  1. Huntung betul kalau dapat hadiah sebijik kereta 😍😍

    ReplyDelete
  2. my parent pakai 2 buah kereta..sbb kalau kereta pertama tu rosak..boleh pakai yg no 2 punya

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni .. huhu tapi TB part yang beli kereta terpakai tu macam dah serik.. rasa nak beli kereta baru je.. yang tahan lama dan tak makan minyak banyak.. huhuhu..

    ReplyDelete
  4. Dapat hadiah kereta tu wow syok laa. Tihihi! Tapi rasa lagi berharga bila kita beli sendiri dengan hasil titik peluh kita kan? Yang penting kena pandai kira & uruskan bajet perbelanjaan bulanan. Btw, good tips kak Fiezz.. Tq gor sharing..😊

    ReplyDelete
  5. Good tips. Beli keta ikut kemampuan yang penting.

    ReplyDelete
  6. Nak beli kereta, kenalah ikut kemampuan ... Tu yg penting , jgn hutang keliling pinggang dah...

    ReplyDelete
  7. setuju sangat ...ukur baju badan sendiri dan jangan sibuk nak follow orang kan..

    ReplyDelete
  8. I support local car. Jimat sgt. Tp point last tu kena cari org byk duit tu. Haha

    ReplyDelete
  9. Betul tu, beli kereta ikut kemampuan diri kan.. tak lah stress time nak bayar.. ehehe..

    ReplyDelete
  10. Yang last sekali tu memang win..agak2 ada tak orang nak hadiahkan kita kereta ek

    ReplyDelete
  11. Beli kereta terpakai pun not bad, skrg kereta terpakai pun masih cantik dan elok

    ReplyDelete
  12. Beli kereta ikut kemampuan. Jangan sampai merana bulan-bulan semata-mata nak bergaya lebih

    ReplyDelete
  13. Suruh Tersayang Belikan/Hadiahkan Yang ini paling WIn, Nak Honda Jazz boleh tak ?

    ReplyDelete
  14. Yess indeed beli ikut kemampuan.. Takda la tiap2 bulan makan megi hehe

    ReplyDelete
  15. Betul tu fiezz....kereta sekarang keperluan bukan kehendak. Jadi beli lah kereta yang mampu milik.

    ReplyDelete
  16. Nak minta orang hadiahkan juga lah.. sekali bayaran duit minyak.. haha

    ReplyDelete
  17. haha. cara yang last tu memang menjimatkan sangat tu

    ReplyDelete
  18. Bila lah dapat tukar kereta baru ni. hehhe anyway tips berguna untuk para pembaca yg baru nak beli kereta.

    ReplyDelete
  19. sha pun duk pikir nak beli secondhand ja, asalkan dapat naik

    ReplyDelete