Total Pageviews

LifeStyle

D.I.Y Planner Ikut Kreativiti

08:36

PLANNER

Adeh..kak fiezz kak fiezz..dah nak masuk bulan March, baru nak cerita pasal planner..haha..apakah slow benor..Okey, to be honest, kak fiezz macam blur tau masa mula-mula nak berplanner ni..Tapi tengok ramai blogger-blogger up gambar planner memasing masa hujung tahun lepas..Kak fiezz pun gedik la nak jugak, kan..Ramai blogger yang guna planner ni sebab nak update tarikh-tarikh event yg kena cover ke, due date untuk hantar draft review produk ke & ada la lagi yg personal..nak remind tarikh harijadi ke, ulangtahun perkahwinan ke..Jadi tu la antara fungsi planner ni..

Kak fiezz pulak decide untuk gunakan khidmat planner ni sebab nak tulis senarai job untuk blog & tarikh yang kena hantar draft atau post entry kat blog..Cuma kak fiezz tak tahu nak deko dia..uwaaa..dah la tangan jenis tak berseni..tak pe la sis cuba, hokay...

DIY PLANNER 

1st sekali kalau nak ber planner, korang boleh beli yang ready made..Banyak ada jual kat pasaran..online ada..offline ada..cari je la..tak payah pening-pening nak deko-deko..Tapi kalau nak DIY..korang boleh beli cover yang putih jernih macam gambar kat bawah ni, cari kat shopee..kak fiezz dah survey tempat lain, tak ada cover ni je..cover ni mmg fully cover kosong yea, korang kena isi sendiri termasuk kat belah dalam untuk korang tulis-tulis tu..Yang ni jenis ring, korang boleh tukar kat dalam tu habis je tempoh setahun..So cover dia korang boleh guna semula..Jimat di situ..Ada je planner yang satu set lengkap termasuk belah dalam tu cuma harga dia mahal sikit...Macam kak fiezz beli cover ni hat kosong & dapat free inserts..Selain dari cover ni, kak fiezz beli jugak sticker macam emoticon, shape & note macam label dan jugak calendar 2018...ni je..

www.fiezasani.xyz
A5 A6 Matte Transparent Traveler's Notebook Diary Planner for Minimalist

Ni la rupa planner kak fiezz..plain..size A6..Yang depan tu kosong jadi kak fiezz lekat kan je sticker yang kak fiezz dah beli sekali dengan cover ni...harga RM12.90

www.fiezasani.xyz
2018 Calendar Index Planner Sticker
RM4.49

Kalendar 2018 mengikut bulan..kak fiezz lekat di separator ni...

www.fiezasani.xyz
Free planner inserts..


www.fiezasani.xyz
Weekly Planner ni kak fiezz D.I.Y

www.fiezasani.xyz
Separator berwarna ni pun, kak fiezz buat sendiri...

Ni antara item yang kak fiezz beli untuk decorate planner kak fiezz ~

Colourful Flat, Banner Decorative Washi Tape  RM4.90
Mini Flag Banner Sticky Note Marker (100pcs)  RM2.90
Colour Seal Sticker Love Circle for Planner Photo Album RM0.98x2

Kak fiezz beli semua item untuk planner ni di Shopee..Total keseluruhan kos untuk D.I.Y planner ni RM24.43..Harga ni ikut pada kreativiti masing-masing & apa yang korang nak untuk hias planner masing-masing..Macam kak fiezz ni simple je orangnya..Jadi deko pun tak mau la sarat sangat..sakit mata...

Dapur FiezaSani

Resipi Coleslaw Yang Simple dan Sedap

09:41

Coleslaw Homemade Ala KFC

Hi korang..Morning..cheer up sikit..Hari isnin ni, no monday blues..cewah..padahal kak fiezz pun lemau ni hah..haha..semalam pi layan wayang, teman mr hubby ke Low Yat..sampai rumah dah malam..lepas tu penat la ni, hah..Moh la update blog..Kak fiezz kalau weekend je blog pun sunyi..malas nak mengarang entry..Ada je story nak share dengan korang tapi penyakit M tu lagi tinggi..okey, dah dah..jom to the topic utama entry ni..Kak fiezz cari resipi coleslaw baru ni..Mr hubby request tapi dia tak makan pun..sabar je la..kak fiezz je yang makan..lantak la..Kak fiezz rasa sedap je coleslaw yang kak fiezz buat ni...Kak fiezz dapat resipi dari blog CIK EPAL..kenal kan blogger top lagi famous ni...Jom kita tengok resipi coleslaw yang simple lagi senang ni..Ingatkan susah bebenor nak buatnya..eh!!bila baca entry Cik Epal tu, sonang je ghupenya...


RESIPI COLESLAW


www.fiezasani.xyz

Bahan-Bahan 
*Kobis
*Lobak merah
*1 sk jus lemon
*1/4 Cawan susu (Fresh Milk)
*Lada Hitam
*5 Sudu mayonis
*Garam & Gula

CARA BUAT COLESLAW SENANG NI

www.fiezasani.xyz

Potong dadu kobis & lobak merah..Potong sekecil yang korang boleh..Kak fiezz mampu potong camni je..haha..dasar pemalas sangat, kan...

www.fiezasani.xyz
Letak susu dalam 1/4 cawan 

www.fiezasani.xyz
Diikuti mayonis (5 sudu)

www.fiezasani.xyz
1 sk jus lemon..Jangan banyak sangat, nanti masam

www.fiezasani.xyz
Sikit serbuk lada hitam

www.fiezasani.xyz

Sikit garam

www.fiezasani.xyz

sikit gula

www.fiezasani.xyz
Gaul rata semua sekali

www.fiezasani.xyz

Siap..Boleh simpan dalam peti ais untuk lagi sedap & lazat..Sekurangnya 3 jam untuk bagi bahan mesra & sekata rasa dia..Kalau korang nak terus makan lepas dah siap tu pun boleh je..Tak sapa marah pun...Kalau kita beli KFC, kan sejuk gitu kita dapat coleslaw ni...Sedap je makan...Tu yang dicadangkan letak dalam peties 3 jam..

Rasa dia - sedap la weii..masam, manis dengan sayur yg rangup gitu..sedap je ratah...tambah sendiri buat..lagi extra sedap..hehe...

advertorial

Shopee Campaign. Payday Sale 26-28 February 2018

14:56

Hi korang..kak fiezz nak war-warkan untuk yang suka shopping kat website SHOPEE, jangan lepaskan peluang promosi sempena HARI GAJI..uwaaa..ni untuk orang swasta la..org gomen dah gaji awal bulan baru ni..gaji bulan Mac lambat lagi weiii..kitaorang yg gomen ni cuci-cuci mata je la dulu..So korang yang keja private & gaji dah otw masuk dalam akaun tu, boleh la grab kempen shopee yang menarik ni... 

Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh kesukaan membeli-belah pengguna semasa tempoh terima gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

www.fiezasani.xyz

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
*Sila rujuk infografik dilampirkan

www.fiezasani.xyz

Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet ; Kesihatan & Kecantikan ; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Untuk sebarang pertanyaan media, hubungi:

Paris Ashiqin (Cik)
Pegawai Kanan Pemasaran, Perhubungan Awam
Emel: paris.ashiqin@shopee.com
Tel: +6010-4079948

Vanessa Tan (Cik)
Go Communications Sdn. Bhd.
Emel: vanessa@gocomm.com.my

Tel: +603-7710 3288

LifeStyle

Cara Jimat Membeli Kereta

10:43


Kereta Satu Keperluan

Sekarang ni kereta satu keperluan wajib semua orang..Sebab mudah nak bergerak ke sana sini..Tambah-tambah yang dah ada anak-anak..Nak heret anak-anak naik pengangkutan awam, fuh memerlukan kesabaran yg tinggi kot..Sekali sekala tak pe la bagi anak-anak rasa naik bas, keretapi, LRT..tapi kalau selalu, boleh mengundang amarah kot..haha..tambah anak-anak yang jenis aktif sangat...Jadi mmg wajib rasanya ibu bapa sekarang mesti ada kereta..Nak beli kereta pun, kena tengok juga kegunaan, saiz kereta yang nak dibeli supaya boleh muat untuk 1 family naik, jenama, harga..eh!!banyak la faktor sebelum beli kereta ni...Jom tengok tips untuk jimat membeli kereta


Cara Jimat Beli Kereta

Beli Kereta Terpakai - Kalau bajet kurang memberangsangkan, boleh cari kereta terpakai je yang masih logik untuk dibeli dari segi harga & kereta berfungsi dengan baik. Kalau nak dibaiki pun tak perlukan kos yang banyak...

Beli Kereta Tempatan - Beli kereta jenama tempatan yang harganya jauh lagi rendah dari kereta luar & berjenama..Yang penting bukan pada jenama tapi kegunaan..Kalau beli kereta jenama tapi jarang digunakan, parking je kat rumah rasanya tak perlu la membazir..Ada setengah orang, sampai ikat perut untuk puaskan hati beli kereta jenama tapi kereta tu jarang digunakan pun ataupun mmg jadi kegunaan utama cuma sanggup berlapar demi bayar ansuran kereta jenama yg lagi tinggi bulanannya...

Bayar downpayment tinggi - Beli kereta & bayar downpayment lebih jadi bulanan dapat dikurangkan.

Ikut Bajet/Gaji Bulanan - Ukur baju di badan sendiri orang cakap..Sebelum beli kereta buat kira-kira dulu..Cukup tak untuk bayar ansuran bulanan kereta..Termasuk kos minyak/tol yang akan dikeluarkan setiap bulan..Jangan kang, ada makan megi hari2 ataupun catu makan sebab tak cukup bayar ansuran bulanan & isi minyak...

Kumpul duit beli kereta secara tunai - Hah, yang ni memerlukan kesabaran tinggi sbb ambil masa  sikit..Menabung dulu sebelum beli kereta..Tapi keuntungannya korang tak payah pening nak bayar ansuran bulanan kereta..Cuma keluarkan duit untuk isi minyak/tol.

Beli kereta pada musim perayaan/hujung tahun - sebab selalunya masa ni banyak tawaran rebate untuk pembelian kereta..Dapat penjimatan sikit di situ...

Suruh Tersayang Belikan/Hadiahkan - Macam Hanan Khaira dalam citer Kekasih Paksa Rela..haha..Motip sangat kan..Ni tengok la pada kemampuan pasangan korang..Jangan hentak-hentak kaki pulak suruh belikan padahal pasangan korang gaji tak seberapa...

Okey, ni antara tips/cara jimat untuk membeli kereta..Ni personal opinion kak fiezz la yea..kak fiezz tak terer sangat pasal kereta ni..Cuma kongsi dari pengalaman & logik.. hehe

Give Away

Bestnya join GALS, hadiah untuk 5 PEMENANG

09:00

Seronok tau join giveaway LubukSeni.com

So far, puas hati dengan hadiah yang di-offer. Selain spesis jarang ditemui, hadiah meleleh tu untuk ramai pemenang. Kali ni, pemenang untuk 5 orang. Ramai tuhhh, rugi la tak join kanss.

Nak join giveaway? Klik je gambar bawah ni ya!

Banyak rupanya entry menarik kat LubukSeni.com . Kalau sesaperrr minat seni eloklahh singgah blog ni sebab memacam idea uols boleh dapat. Antara perkongsian dalam blog ni ialah:

Dah alang-alang singgah tu, jom Follow BLOG Lubuk Seni [tekan sini] Jom korangg follow LubukSeni sebab lepas ni, banyak lagi entry kreatipp penuh warna-warni. 
Follow rerapatt okke!

LifeStyle

10 Cara Jimat Masa Melipat Baju

15:35

10 CARA JIMAT MASA MELIPAT BAJU

Antara banyak-banyak kerja rumah..Yang mana korang paling tak suka?jawab dengan jujur..Kak fiezz rasa majoriti akan jawab lipat baju..Semua rasanya wanita-wanita bergelar isteri ni, paling tak suka lipat baju kan..kak fiezz pun salah sorang..Rasa macam, bila part kena lipat kain baju je..Ada la rasa nak amik maid..haha..kemain duk rumah sewa gomen, nak maid bagai..pang kang..haha..Tapi betul kan..padahal kerja lipat baju ni paling rileks kot..buat sambil duduk..sambil layan tv..
Sebenarnya okey je lipat baju ni ni cuma bila melipat baju sambil duduk tu banyak ambil masa kita..terutama yg ada anak-anak kecik la..nak masak lagi, nak kemas rumah lagi..tetiba anak bergaduh, menangis tu yg kadang sampai bertimbun kain baju tak berlipat..basuh je..lipat KIV dulu..tunggu free2 baru buat..Ada tak cara jimat masa melipat baju?haha..melampau tau..tu pun nak google..haha..ala, zaman maklumat di hujung jari ni..tak ada yang melampau..cari je kat google...Meh ni cara kak fiezz la yea yg pertama tu..Yang lain tu, pendapat kak fiezz je..

CARA KAK FIEZZ

Kebiasaannya kak fiezz ni basuh baju kerja hari-hari & baju-baju biasa hari sabtu/ahad..Tengok mood kak fiezz..Kalau basuh baju kerja hari-hari ni, lepas je kering..angkat je dari ampaian..Terus lipat..Kak fiezz ni nak kata pengemas sangat tu tak la tapi tak suka tengok kain baju berlonggok..Pernah la time mood malas kak fiezz datang, berhari2 tak lipat baju-baju..Biar je berlonggok kat ruang tamu..eh!!sakit pulak mata kak fiezz nengoknya..tapi nak lipat malas..Jadi kak fiezz latihkan diri SEBAIK JE BAJU-BAJU KAT AMPAIAN DAH KERING, TERUS LIPAT..tak tunggu menimbun baru lipat...Mungkin korang boleh cuba cara kak fiezz ni..

Sumber dari Google


Cara lain seperti di bawah ni

Sumber dari Google


Kalau boleh MASA LIPAT BAJU-BAJU, JANGAN MAIN HANDPHONE..Sebab bila main handphone tu yang jadi malas sebab sibuk layan WhatsApp, buka FB/IG/Twitter..Memang ralit la...

Sumber dari Google


JANGAN BIARKAN BAJU-BAJU MENIMBUN DALAM BAKUL tanpa dilipat berhari-hari..Bila buat macam tu, kemungkinan masa untuk melipat baju nanti akan jadi lagi lama..

Sumber dari Google



LIPAT BAJU SAMBIL TENGOK TV CARI  CERITA YANG BEST-BEST..Mata khusyuk ngadap tv, tangan melipat baju sambil jeling sikit-sikit tengok betul ke tak lipatan tu, tahu2 dah siap sebakul baju korang lipat..

Sumber dari Google

KORANG BOLEH JUGA SANGKUT JE BAJU-BAJU DENGAN HANGER so tak perlu la lipat..Cuma sediakan tempat penyangkut baju yang mencukupi dan hanger baju...Masa sangkut ni terus match baju & seluar atau pakaian ke pejabat...

KALAU ADA ANAK-ANAK YANG DAH BESAR & BOLEH DIAJAR UNTUK BUAT KERJA RUMAH, MASA MELIPAT BAJU NI SILA LATIH ANAK-ANAK UNTUK MELIPAT BAJU MASING-MASING..Kalau anak-anak yg kecik bukan tak boleh ajak untuk lipat baju sama-sama kita tapi penat nak betulkan balik lipatan-lipatan baju tu..haha..

AJAK SUAMI LIPAT BAJU SAMA-SAMA..haha..ni memang bertuah sungguh si isteri dapat suami yang nak tolong lipat baju..tapi tak cuba tak tau kan...Lagi satu kalau suami dah tolong, walaupun lipatan tu kurang kemas, jangan komplen..biar je..Nanti bila si suami selalu tolong kita lipat baju, cara lipatan tu akan diperbaiki secara sendiri...suami nak tolong pun dah syukur alhamdulillah...

Sumber dari Google

Kalau rasa leceh nak lipat baju, CARI CLOTHES FOLDER yang banyak dijual..Masa lipat baju jadi lebih cepat & effisien gitu...

Sumber dari Google

CARI MAID..haha..ni kalau rasa mampu, boleh la...bukan takat lipat baju, segala-gala kerja rumah boleh dibuat..

Sumber dari Google

Kalau tahap malas sangat dan kurang kemampuan cari maid, pi HANTAR KE KEDAI SERVIS LIPAT BAJU..eh! ada ke?ada la kot..Cuba la google..Sekarang ni apa yang tak ada..semua complete..Tengok contoh kat atas..ada weiii..kak fiezz saja google je & terjumpa kat atas ni..hah!boleh la kalau sesapa yang malas dan sibuk sangat..hehe..

SELAMAT MENCUBA :D

review

Berry Bright Eye Nourishing Drink Minuman Kesihatan Untuk Mata

09:30

SUPPLEMEN MATA 

Orang cakap kalau jatuh cinta dari mata turun ke hati..Macam lagu Norkumalasari ni -

Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya (Mata oh mata)
Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya (Mata oh mata)

Tapi kalau mata tak bermaya, letih je ghupanya acane nak jatuh cinta tu..Tahu tak mata memainkan peranan paling penting antara anggota badan kita..Dengan mata kita melihat untuk tengok tv, menghadap handphone/laptop, baca buku dan lain-lain..Jadi penting tau untuk memastikan mata kita sihat dan segar sentiasa..Ramai wanita/lelaki pentingkan penjagaan muka je..tapi bahagian mata acuh tak acuh..No No No..salah tu, tau..Kalau kebiasaannya untuk kecantikan muka, badan..kita amalkan pelbagai makanan kesihatan..Tau tak korang, mata pun perlukan supplemen mata..Ada meh?mesti macam tertanya-tanya ada ke supplement mata ni..Ada la korang..Ni kak fiezz nak share dengan korang..

Berry Bright Eye Nourishing Drink

Berry Bright Eye Nourishing Drink ni merupakan supplemen mata yang dilengkapi dengan nutrisi penting untuk melindungi dan mengekalkan kesihatan serta penglihatan mata. Kandungannya yang terdiri dari 4 jenis cassis (Blacurrant) yang telah terbukti secara klinikal mampu meningkatkan penjanaan semula sel mata, meningkatkan kelembapan mata serta meningkatkan tahap penglihatan. Kandungan utamanya iaitu Blackcurrant New Zealand mengandungi 4x ganda antosianin berbanding blueberi Amerika Utara, 25x ganda Vitamin C berbanding bilberi Eropah dan 2x ganda kandungan antioksidan berbanding blueberi Amerika Utara. 
  • Melindungi mata daripada sinaran biru yang berbahaya - mengandungi Lutein, Zeaxanthin & Karatenoid yang berfungsi sebagai antioksida & melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas yang dihasilkan oleh sinaran biru.
  • Meningkatkan peredaran darah - pengaliran darah yang lancar  dapat meningkatkan metabolisme dan perkumuhan toksin serta mengurangkan mata lebam dan pembentukan lingkaran hitam pada mata.

Bahan-Bahan Utama - Daripada Sumber Asli
  • NZ Antosianin Blackcurrant - Melegakan keletihan mata, mengurangkan lingkaran hitam pada mata serta meningkatkan penglihatan.
  • Ekstrak Eyebright - Herba Eropah yang digunakan sebagai ubat mata secara  tradisional. Berfungsi untuk merawat penyakit mata, membantu melegakan mata kering
  • Ekstrak Marigold - Melindungi retina mata dan sinaran biru yang berbahaya
  • Vitamin C - Antioksidan larut air, melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas
  • Ekstrak Billberi Eropah - Menguatkan kapilari darah mata dan melancarkan peredaran darah (Hanya terkandung dalam BerryBright dengan Stevia)
  • Stevia - Pemanis tanpa kalori yang 100% semula jadi. Selamat untuk penghidap kencing mmanis (Hanya terkandung dalam BerryBright dengan Stevia)

BerryBright

www.fiezasani.xyz

Ada 2 jenis iaitu 
BerryBright Original - Mengandungi fruktosa semulajadi, kandungan gula bersamaan 1/2 biji epal. 38 kalori setiap hidangan. Sesuai untuk semua peringkat umur.

BerryBright Stevia - Tiada gula tambahan. Hanya menggunakan stevia yang berasaskan tumbuhan sebagai pemanis. 31 kalori setiap hidangan. Sesuai untuk semua peringkat umur. Disyorkan penghidap kencinng manis mengurangkan pengambilan gula.

www.fiezasani.xyz
Kandungan BerryBright

www.fiezasani.xyz
Blackurrant Eye Nourishing Drink

www.fiezasani.xyz
Blackcurrant Eye Nourishing Dring (with Stevia)

BerryBright merupakan pemenang anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017 bagi kategori 'Makanan Kesihatan (Health Food)', disokong/disahkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia.

Berry Bright ni sangat disyorkan untuk 

  • PENGGUNA CONTACT LENS
  • MENGADAP SKRIN UNTUK JANGKA MASA PANJANG
  • MATA YG KERING @ LETIH 
  • MEMANDU UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG. MEMBACA UNTUK JANGKA MASA PANJANG
Kenapa korang kena amalkan BerryBright.
  • Setiap sachet BerryBright bersamaan makan 100 biji buah blackcurrant. 
  • Tinggi vitamin C (Setiap sachet 500mg) dan bersamaan dengan 10 biji oren..
  • Tanpa pewarna dan pengawet
  • Sesuai untuk Vegetarian
  • Halal 
Cara Penyediaan - 

a - Sediakan 150ml air bersuhu bilik/air sejuk.

b - Tambah satu sachet BerryBright.

c - Kacau, gaul rata & minum dengan segera untuk mengelakkan pengoksidaan.

Maklumat lanjut Berry Bright :~

Facebook : @berrybrightmy
Instagram : @berrybrightmy

**15% discount pembelian dari SINI (sah sehingga 15 Mac 2018)

review

Goodnite's Love Series | Apa Yang Bestnya Tilam Baru Dari Goodnite Ni

10:56

TIDUR BERKUALITI

Hai..korang..kak fiezz nak tanya?korang tahu cara untuk dapatkan tidur yang berkualiti?Selain dari waktu tidur yang mencukupi, pemilihan tilam pun memainkan peranan penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti..Dulu kak fiezz ni kurang sikit menitik beratkan pasal tilam ni..Janji selesa, letak badan atas tilam sedap & tidur lena..dah cukup tu..tapi lepas kahwin dengan mr hubby  ni, dia seorang yang agak pentingkan kualiti tilam jugak sebab memainkan peranan yang penting..dulu masa mula-mula kahwin, kitaorang guna tilam biasa je sbb kurang sikit dari segi bajet nak beli yang mahal-mahal jadi kita guna je la tilam yang biasa tapi kesannya mr hubby mengalami sakit belakang..Bila mr hubby google, jawapannya pemilihan tilam yang salah boleh menyebabkan masalah tu..

Tilam yang bagus memainkan peranan paling penting kerana memberikan sokongan pada badan kita semasa kita tidur dan memastikan berat kita tidak tumpu pada satu bahagian sahaja yang memberikan postur tidur yang salah. Bila postur salah, itu yang menyebabkan masalah sakit belakang..

PENGGANTIAN TILAM SETIAP 10 TAHUN SEKALI


Korang tahu tak, kita sebenarnya digalakkan untuk menggantikan tilam sekiranya berkemampuan untuk setiap 10 tahun sekali. Macam kita tahu la bila tilam tu dah lama, segala debu atau kotoran ada..Tambah dah dikumpul bertahun-tahun, korang rasa kotoran tu banyak mana agaknya kat tilam walaupun tak nampak kotoran tu secara mata kasar tetapi ia dah terkumpul di dalam tilam kita..Nak basuh tilam,fuhh berat weiii...Jadi kalau ada bajet lebih, sila la tukar tilam setiap 10 tahun sekali..Untuk pasangan yang dah berkahwin atau bakal berkahwin, sila bincang elok2 untuk pemilihan tilam bagi keselesaan bersama, okey..Jangan gaduh-gaduh..hehe..Nak beli tilam apa?Jom kak fiezz nak suggest ni..

GOODNITE MATTRESS

Kenal tak jenama Goodnite ni?Takkan tak kenal..Dah bertapak di Malaysia sejak tahun 1989 lagi. Dan mampu bertahan sehingga ke hari ni kerana kualiti tilamnya yang dah dikenali ramai.

Korang tahu tak Goodnite baru sahaja melancarkan keluaran terbaru tilam dorang iaitu Goodnite's "Love Series"..



www.fiezasani.xyz
Eternal Love

www.fiezasani.xyz
First Love

www.fiezasani.xyz
Forever Love

www.fiezasani.xyz
True Love


Goodnite's Love Series

Apa istimewanya keluaran terbaru Goodnite ni iaitu Goodnite's Love Series..Setiap tilam mempunyai 5 zone pocket yang berbeza untuk pastikan tulang belakang berada pada posisi yang betul sepanjang malam. Ramai yang bagi feedback baring atas tilam ni macam ala-ala tidur kat hotel, chuolls..Kita kalau pi ke hotel kan paling suka tilam dia sbb empuk..sedap je tidur..So Goodnite's Love Series ni memang memenuhi piawaian tilam spec hotel..dan ramai pelanggan Goodnite terdiri dari hotel-hotel terkemuka di Malaysia. 

Untuk infotilam Goodnite's Love Series adalah StatFree serta diperbuat dari G-Latex Premium Natural Latex di bahagian atas..Jadi kita akan selesa baring kat atas tilam Goodnite's Love Series ni...Ni kalau jam bunyi pun, rasanya tekan butang off kat handphone tu..Penangan Goodnite's Love Series..

Maklumat lanjut Goodnite's Love Series ni, korang boleh rujuk di ~

Give Away

Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana

09:30



SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog anasuhana.com.

2. Follow IG Ana Suhana di SINI.

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ni.

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.

5. Good luck and all the best to all 😍.


HADIAH :

5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.

** Pemilihan pemenang akan di lakukan melalui sistem random.
** Senarai nama peserta nanti Ana update dan Ana akan bw ke setiap blog ok 

cabutan bertuah

Bila Ada Cabutan Bertuah dan Mengena

15:14

Cabutan bertuah suami isteri

Cabutan bertuah suami isteri..hehe..Minggu yang kak fiezz attend hi-tea bulan satu baru ni, kak fiezz dapat botol air tupperware..Memang tak sangka tau sekarang ni kalau ada cabutan bertuah, agak bertuah dapat..dah 2-3 kali juga kalau tak silap, kak fiezz dapat cabutan bertuah..Selalunya susah benor nak lekat nama ke nombor kak fiezz terpilih...Rezeki pula skrg ni selalu bertuah..Alhamdulillah

Baru ni mr hubby pulak dapat cabutan bertuah..Yang ni masa mr hubby attend dinner..Masa ni kak fiezz tengah kursus kat Melaka..Mr hubby hantar wasap bagi gambar dapat air fryer Philips ni..laaa..tak sangka murah rezeki pulak sekarang dalam cabutan bertuah ni..Tapi hat ni kak fiezz & mr hubby sepakat bagi kat mak mertua..sebabnya kitaorang baru beli Air Fryer jenama Elba masa Lazada sales bulan Disember tahun lepas..Takkan nak pakai 2 pulak..Nak simpan salah satu, kang rosak sebab bersimpan je...Jadi kita kongsi rezeki ni dengan mak mertua..

www.fiezasani.xyz
Mr hubby dapat masa dinner..AirFryer Philips...

www.fiezasani.xyz
Kak fiezz dapat masa Hi-Tea PUSPANITA..Botol air jenama Tupperware...

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk..Dapat hadiah pun rezeki juga..
Harap suami isteri ni sentiasa la dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk..Aamiin...

review

Balm Bayi Tok Syed | Berasaskan Bahan Semulajadi dan Menjadi Pilihan Ibu-Ibu

09:08

Balm Untuk Bayi

Kak fiezz saja nak kongsi dengan korang balm untuk bayi yang berasaskan bahan semulajadi ni..Sekarang ni banyak dah balm untuk bayi dari pelbagai jenama..Pilih je yang mana nak..kak fiezz memang suka balm yang dari sumber semulajadi macam ni..Rasa selamat nak sapu kat badan kita atau bayi kita...Mesti ramai mak-mak yang lain macam kak fiezz,kan..Kalau boleh balm untuk bayi kita, mesti nak guna dari sumber semulajadi macam balm yang kak fiezz nak cerita kat entry ni..Jom berkenalan dengan balm untuk bayi dari salah satu jenama yang terkenal ni..


Balm Bayi Tok Syed

Balm bayi tok syed ni berfungsi untuk MELEGAKAN BATUK, SELSEMA & HIDUNG TERSUMBAT.  Diproses di kilang bertaraf GMP & menggunakan bahan-bahan semulajadi serta sesuai untuk bayi mahupun dewasa. Balm bayi tok syed ni dah menjalani proses R&D dengan begitu teliti & telah diperakui bahan-bahan utama dalam balm bayi tok syed ni akan memberi kesan yang positif kepada penggunanya...

Macam kak fiezz mention tadi, bahan yang digunakan untuk menghasilkan balm bayi tok syed ini adalah dari BAESWAX (LILIN LEBAH), MINYAK KELAPA DARA, MINYAK BUNGA MATAHARI & PATI MINYAK LAVENDER. Setiap satu bahan ni mempunyai fungsi yang berbeza. 

Baeswax (Lilin Lebah) - bahan asli yang dihasilkan dari lebah dapat membantu masalah radang kulit. 

Minyak Kelapa Dara - Telah terbukti di seluruh dunia, kebaikan dan manfaatnya.

Minyak Bunga Matahari - Diesktrak dari bijinya yang kaya nutrien seimbang. Mengandungi Vitamin E dan asid lemak omega 6 yang tinggi menjadikannya efektif untuk urutan luaran. 

Pati Minyak Lavender - Agen  utama yang berfungsi untuk mengurangkan tekanan. Bukan sahaja sebagai bahan aromaterapi, kebaikkannya untuk merawat demam & selsema telah terbukti.


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Cara Penggunaan : 

1. Sapukan balm & urut perlahan-lahan pada tapak kaki
2. Urutan perlahan di belakang badan
3. Urutan perlahan di bahagian dada
4. Boleh juga disapu sedikit di bahagian 'T' muka

Antara testimoni yang berpuashati selepas menggunakan balm bayi tok syed

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz


Kalau korang yg berminat nak dapatkan balm bayi tok syed ni, maklumat lanjut seperti di bawah ni ~


Website rasmi -  www.toksyed.com/
No. telefon HQ - 0168262990
Senarai pengedar yang sah - www.toksyed.com/stockist