Set Hadiah Enchanteur Untuk Si Dia Tersayang

08:30

Gift Idea For Girls

Korang, kak fiezz nak share dengan korang gift ideas for girls ..terutama untuk kaum lelaki yang tak tahu nak bagi hadiah apa,kan..asyik2 hadiah yang sama je tiap tahun..bunga..coklat..kad..kek..tak kisah la untuk ulangtahun kelahiran ke, ulangtahun perkahwinan ke, nak minta maaf ke sebab buat salah..haha..so meh nak kongsi dengan korang ni..tak terhad pada kaum lelaki yang nak bagi hadiah kat pasangan je..Yang nak bagi pada mak, kawan-kawan atau adik beradik..Pun boleh jugak uolls...Kak fiezz suka gift ideas for girls ni..Sweet gitu..dah la bentuk pun comel2 gitu..Kalau yang lelaki bagi kat pasangan, confirm jatuh cinta kali ke-2..Gitu...


Set Wangian ENCHANTEUR 

Meh kak fiezz share apa gift menarik yang korang kaum lelaki boleh bagi pada pasangan korang...Tadaaa..Set Wangian Enchanteur..Set hadiah ni ni boleh dijadikan hadiah untuk hari lahir, ulang tahun perkahwinan. Set ini mengandungi wangian EDT & losyen. Pemberian wangian ni melambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar tetapi lebih praktikal & mengandungi intipati haruman dari kuntuman wangian bunga ini yang memberi gabungan simbolik keintiman & kemewahan..


Untuk SET WANGIAN ENCHANTEUR ini, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

Macam k.fiezz kenal ENCHANTEUR ni sejak zaman k.fiezz sekolah lagi..Tipu la kalau kata tak kenal Enchanteur..Dulu-dulu berangan tau nak pakai minyak wangi Enchanteur ni..Lagi pulak masa tu sekolah lagi, nak beli tak mampu..Hanya mampu tengok je..Tapi kalau pi pasaraya, nampak wangian Enchanteur ni confirm gedik sembur kat tangan..haha...Nampak tak haruman Enchanteur ni dah memikat hati k.fiezz serta ramai lagi kaum wanita kerana harumannya yang memang telah dikenali lama..Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis kerana Enchanteur diilhamkan dari kota cinta itu..dan Enchanteur sangat berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan.

Jom kita tengok 5 set wangian Enchanteur ni yang boleh dijadikan pilihan ~

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri -  seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.
SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)



Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja.  
SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE


Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)



Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.
SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)



Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA.  
ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

You Might Also Like

12 Comment

  1. Saya pn pakai enchanteur je pi keje skrg hehehe.

    ReplyDelete
  2. Set hadiah yang sangat eksklusif.. Comel dan menawan..

    ReplyDelete
  3. miza pun memamg pakai enchanteur siap share dengan EE. suka wangi

    ReplyDelete
  4. Brand enchanteur dr start kluar smpai sekarang, mmg tak pernah mengecewakan dia punya bau...sentiasa harum dan segar.

    ReplyDelete
  5. boleh bagi hint kat bf dah nak hadiah apa haha

    ReplyDelete
  6. cantik botol kak fiez dapt ni..yang penting wangii

    ReplyDelete
  7. Sure kalau pakai perfume ni lalu sebelah orang kena toleh 2-3 kali...hehehe

    ReplyDelete
  8. seriously memang wangian dia terbaik tau..Dari sekolah dulu memang suka guna wangian dari Enchanteur

    ReplyDelete
  9. Lepas ni orang lelaki tak perlu susah-susah nak fikir nak bagi hadiah apa dah dekat orang perempuan. Gerenti la orang perempuan tu senyum sampai ke telinga bila dapat set Enchanteur ni

    ReplyDelete