Semalam sambil tengok cerita kekasih paksa rela, mr hubby tanya soalan cepumas 'perempuan suka ke dimadukan?'.. Jawapan k.fiezz 'tak suka sbb tak nak berkongsi'. Then hubby jawab balik 'tamak betul perempuan'..

Eh.. Memang la kena tamak..tak ada istilah kongsi2 sebab lelaki susah nak berlaku adil..mula2 mungkin manis mulut janji nak berlaku adil tapi dah lama-lama, badan dah penat sbb kejap rumah sana kejap rumah sini..mmg kelaut la perkataan adil tu..

Perempuan ni tak nak kongsi sbb boleh imagine macamana layanan suami pada kita, macam tue jugak la layanan pada yang sorang lagi.. Kalau kak fiezz, ai is cannot.. Jeles okey... Nanti belah sini dpt hadiah, belah sana pun kena bagi jugak.. Nilai hadiah mesti la sama.. Kang tak adil. Sorang mahal.. Sorang murah..

Untuk lelaki mungkin suka.. Senyum sampai ke telinga dapat berbini lebih dari satu.. Tapi utk perempuan, banyak makan hati..Selain tu kena tgk jugak dapat madu yang macamana.. Dapat yg faham istilah kongsi, tak pe la.. Dapat yg sejenis dia je nak conquer, kan ke boleh menimbulkan perang..

Jadi bermadu ni pada kak fiezz kelebihan pada suami je. Isteri memendam rasa..

Banyak faktor pun kalau bermadu ni. Kalau suami mampu dari segala segi, fine.. Boleh diterima.. Tapi kalau setakat mampu di atas katil je, yang lain kelaut.. Hmmm.. 

So wanita-wanita single yang mungkin sedang berkawan dengan suami orang, fikir2kan la sebelum bersetuju menjadi yang no. 2 atau seterusnya..

I like honey.. Honey yg boleh makan tu..Bukan honey hat satu lagi tu..

Madu ni manis tapi bukan hidup bermadu.. 

8 Comments

  1. kihkih kak fiezz layan jugak cerita Kekasih Paksa Rela tu 😊😊😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan..haha..tengah kemaruk dengan citer tu..

      Delete
  2. Sama.. Sha setuju sangat..
    Sha pun tak suka berkongsi..
    tapi tak layan drama tu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sha..mana2 perempuan pun tak suka kongsi2 ni..hehe..saya terjebak dengan drama itu..adeh penangan Remy Ishak & aura intan najuwa, hero & heroin citer ni..

      Delete
  3. tak suka kongsi jugak, tapi kalau dah ketentuan erm...sakitttt sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tapi kalau dah ketentuan..redha je la..huhu

      Delete
  4. Rasanya semua perempuan sama tak nak berkongsi dan ciktie pun tak nak berkongsi

    ReplyDelete
  5. setuju kata FS, melainkan dah ketentuan Allah, nak buat mcm mana kan ... tak nak bermadu, kena doa byk2 semoga hidup aman damai tanpa gangguan...

    ReplyDelete