Drama | Sangkut Dengan Kekasih Paksa Rela

23:41

DRAMA MELAYU BEST

Kak fiezz ni kan jarang tau tengok drama melayu..Kak fiezz lebih suka dengan cerita omputih..Tak ada sambung-sambung..Kalau yang berepisod pun,kak fiezz layan siri penyiasatan macam Hawaii Five-O, Criminal Minds & seangkatan dengan cerita yang macam ni..Walaupun dia sambung tapi episod berlainan & jalan cerita pun tak sama...

Tapiii kalau kak fiezz dah tertengok satu drama melayu tu & jalan cerita dia menarik tambah pulak pelakon dia best, memang kak fiezz akan jadi pengikut setia la jawabnya..lagi kemaruk..siap cari sedutan drama tu kat ig..tengok balik scene2 yang ala-ala sweet gitu..haha..tu yang kak fiezz malas nak tengok benornya tapi kan cerita ni memang buat kak fiezz tercongok depan tv pukul 7pm..

Nak tau cerita apa?

Jeng Jeng Jeng..

Kekasih Paksa Rela
Sumber Dari GOOGLE

Gara-gara pakcik hot, dark, hensem & tall ni kak fiezz kemaruk tengok cerita ni sekarang..Masa start minggu pertama tu k.fiezz tak tengok..start episod ke berapa entah k.fiezz terlayan..dan terus terjatuh cinta dengan cerita dia..best sangat untuk kak fiezz..

Sinopsis drama Kekasih Paksa Rela..

Cerita ni berkisar pasangan Adham & Rosnaida yang berkahwin sebaik sahaja tamat belajar & tanpa persetujuan ayah Adham..Sejak itu, ayah Adham tak berapa suka dengan si Ros ni..Sebabkan Ros ni pun ada attitude yang eksen & keras kepala..dan si Ros ni gunakan alasan ayah adham yang tak suka kat dia untuk melarikan diri dengan sambung belajar ke luar negara..Nak balik Malaysia pun susah..Sampaikan Ros ni ada kat Singapura sebelah Malaysia je, pun dia tak nak balik Malaysia hampir 3 tahun..Sebelum Ros keluar negara, Adham cuba juga untuk baikkan hubungan bapak mentua dan menantu ni tapi tak berjaya..

dan selepas hampir 3 tahun Ros di luar negara, Adham pula terjumpa dengan Hanan Khaira..Mulanya tolong Hanan atas dasar simpati sehingga bernikah sebab nak selamatkan Hanan dari dijual bapak tiri dia..Tapi dari simpati dah bertukar jadi cinta..Dari tak suka..terus suka..Mula-mula tidur asing-asing..La ni dah tidur sebilik..haha..

Si Ros masih tak tahu adham ni dah kahwin lagi satu..Kalau tengok drama ni, Ros & Adham ni jarang-jarang berhubung pun melalui telefon..Jadi mmg banyak masa la si Adham ni dengan Hanan..Tak mustahil la bibit cinta tu boleh timbul..Tambah pulak Adham kesunyian, Hanan mengisi kekosongan hati..eh..memang boleh menjadi la kan..

**hah tue la Ros..ada suami, biar macam tu je..kan orang dah tumpang sekali..**

Kita tengok la sesama yea..Adham, Ros & Hanan apa kesudahannya..Bermadu kah?Berceraikah?Konflik bermula bila Ros tiba-tiba balik ke Malaysia..jeng jeng jeng..Happy ending kah?sad ending kah?

You Might Also Like

8 Comment

  1. Suka jugak! Selalu tengok kat utube jee. Alahai pakcik bos ni. Taktahu tang mana hensem nye tapi tetap ada aura dia. Aummm! hehe

    ReplyDelete
  2. Hari tue terjebak kejap drama pukul 7 ni dengan titian cinta & lelaki ini pemilik hati . Now drama yg tengah on going kekasih paksa rela . CCL tak sempat nak tengok drama ni . Just tengok sedutan - sedutan dalam tv je .. hero remy ishak kan ?

    ReplyDelete
  3. mmg follow cite ni...cuma semak ngan shiqin yg tk abis2 ngacau hanan ngan AM

    ReplyDelete
  4. rmai yg tengok cerita ni. say atak sempat. Balik keje 6.30. smpai rmah dah maghrib. what's a life? sobbbssss

    ReplyDelete
  5. Ciktie tak sempat nak layan lagi cerita ini. Tapi selalu je baca entri ramai yang tulis pasal drama ini

    ReplyDelete
  6. sha pun dah terjebak dengan drama ni, set masa betul betul sebba nak layan cerita ni haha

    ReplyDelete
  7. drama melayu atas pelakon yg rabia minat dan atas jalan cerita drama lah..kalau drama cinta2 ni..kurang tgk lah..

    ReplyDelete