Hannan Medispa Publika

Jumaat lepas time lunch kak fiezz & kawan pejabat ke Hannan Medispa Publika ni untuk buat rawatan muka a.k.a facial..at first kitaorang nak buat rawatan Cleopatra Therapy iaitu Oxygen Infusion/Microderma Abrasion/Radio Frequency/LED Mask tapi kena tunggu 45 minit sebab masa tu ada orang tengah buat rawatan yang sama..kak fiezz dan kawan bertiga..kata staff tu, mesinnya ada satu je..kena tunggu yang agak lama pula kalau tiga-tiga kitaorang buat rawatan yang sama..so kak fiezz & da geng tukar ke rawatan facial biasa je..

Facial Di Hannan Medispa

Kisah kak fiezz & member-member buat facial kat sini sebab kitaorang beli kupon Hannan Medispa..Hujung tahun lepas, ada beberapa staff dari Hannan Medispa datang ke pejabat untuk promosi baucer dorang yang bernilai RM29.90.. Dapat 3 baucer untuk rawatan muka (facial) biasa, Eyelash Perming & Cleopatra Therapy...dan boleh pilih untuk buat rawatan di mana-mana cawangan Hannan Medispa..Kak fiezz & kawan pejabat pilih Publika sebab antara yang paling dekat dengan pejabat..Senang naik Grab je ke sini...

Baucer ni valid sehingga bulan Jun 2018. Jadi untuk permulaan ni,kitaorang redeem facial biasa je dulu..Nanti baru redeem yang lagi 2 tu..


Lepas sesi pendaftaran, kita posing dulu sementara tunggu turn untuk masuk bilik rawatan..

Best ke Facial di Hannan Medispa

Overall proses facial kat sini, okey je untuk k.fiezz cuma tue la salah sorang staff dia masa kitaorang sampai untuk pendaftaran agak kureng sikit layanan..Tak tau la maybe sbb kitaorang beli kupon murah je kot..Agaknya la...Tapi biar la kan..Tak ambil port pun..Cuma nak komen muka dah lawa tu, dik..Kalau senyum lagi lawaaa..Tak kisah la customer yang datang tu beli pakej mahal atau murah..Layanan biar la sama rata..

Berbalik pada cerita facial yang k.fiezz & kawan-kawan buat ni, staff yang buat facial kat k.fiezz ni muda belia budaknya..dan tak banyak cakap..Kawan-kawan k.fiezz dapat yang ramah..But okey jugak dapat yang pendiam sbb kak fiezz pun tak berapa suka nak sembang time facial..Tak berapa nak rajin..Walaupun staff tu tak banyak cakap tapi setiap proses sebelum nak letak apa2 kat muka, dia akan beritahu la apa menda yang dia nak tepek kat muka kita..


Proses facial bermula dengan cuci mekap dahulu memandangkan k.fiezz mekap..Lepas tu sapu sejenis gel & proses menyerap gel dengan menggunakan sejenis mesin bagi memudahkan proses penyerapan gel ke dalam kulit untuk menggalakan pembinaan kolagen dalam kulit..Diikuti dengan steam muka untuk proses membuka liang pori bagi mengeluarkan whitehead/blackhead..Selesai sahaja steaming, terus proses vacuum iaitu membuang whitehead/blackhead di muka..Nasib dia guna cara vacum ni,hah..Kak fiezz & member sorang lagi tu risau kena yang hat manual..Nasib baik kitaorang tak kena..Tapi sorang member kak fiezz dapat yang jenis manual..haha..adeh..bertabah la yea, kak..beauty is pain..Habis je sesi ni, muka kita dibersihkan & disapu dengan sunblock..


Selesai je sesi facial ni, kita dihidangkan dengan minuman..Ada 3 jenis..Green tea/mango juice & orange juice...Kak fiezz pilih green tea..


Ruang santai sambil menunggu kawan-kawan kak fiezz siap rawatan..Haritu kak fiezz masuk paling last dalam bilik & paling awal yang siap..Sambil menunggu kita dihidangkan dengan air pilihan masing-masing..

Laluan ke bilik rawatan..Eksklusif dekorasi dia...

Masa tunggu turn untuk masuk ke bilik rawatan, tetiba nampak suami Nurul..kak fiezz yang perasan dulu & kak fiezz ckp kat member..yang member kak fiezz cakap bukan suami Lana Nordin ke?haha..adeh..Terus google nak confirm suami Nurul ke tak..Confirm betul..Tak lama lepas tu Nurul keluar dari bilik rawatan..Kawan k.fiezz yang tanya kat Nurul untuk bergambar..kak fiezz sogan..Ingat Nurul tak mau sebab baru lepas buat rawatan, muka tak make up..

Lepas rawatan, apa lagi isi perut le kat Publika..Kedai >> Teochew Cendol Penang

Ni antara menu kitaorang haritu..Yang ni kawan kak fiezz punya...

8 Comments

  1. Bestnya pergi spa lagi pulak dengan geng memang best

    ReplyDelete
  2. Wahhh kak fieza pergi spa....makin cantiklah akak nanti

    ReplyDelete
  3. Seronok buat rawatan muka, tp bab nak hilang whitehead segala tu, kalau manual mmg sakit... siap jumpa nurul lagi... suka jg kat nurul ni, sesekali skodeng jg blog dia...

    ReplyDelete
  4. seronoknya dapat pi spa...SA ada satu lagi tak pergi tapi takde masa nak pi...sibuk dengan rutin harian

    ReplyDelete
  5. Seronoknya pergi spa! Tapi ciktie tak pernah lagi pergi sana

    ReplyDelete
  6. cantiknya spa dia! wah best dapat jumpa artis, sha dulu minat gila dengan nurul haha

    ReplyDelete
  7. lama tak pergi spa, buat facial massage semua ni..dulu pergi sebelum kawin..hahaa

    ReplyDelete