Kek Coklat Kukus


Bila kak fiezz dah terjebak dengan hobi baru..baking kek pulak...ala, gedix sangat kak fiezz kan..ala, bukan gedix tau..Kisahnya en.hubby kak fiezz beli periuk pressure cooker jenama Philips..Dia macam Noxxa..Tapi hat ni murah la sikit..En.husben kak fiezz terpengaruh masa lazada online revolution sales bulan 12 tahun lepas...

Periuk pressure cooker ni bukan je boleh masak lauk-lauk..nak bakar/kukus kek pun boleh..tu yg tetiba kak fiezz rajin buat kek coklat kukus..kalau tak, mmg tak rajin la kak fiezz nak buat kek2 atau adik beradik pencuci mulut ni..haha..eh, terlari topik plak..okey kisah pasal periuk pressure cooker...

En.hubby kak fiezz nampak je perkataan steam/bake tu, terus la dia bagi cadangan suruh buat kek..Mula en.hubby suruh buat kek apa ke?tak ingat..tapi kak fiezz tak minat kek yang dicadangkan itu..kak fiezz peminat coklat..Jadi moh la kita buat kek coklat..kek coklat kukus sbb kak fiezz kukus je..nak bakar pun boleh..tapi kak fiezz saja try kukus dulu..nanti bila2 kita try bakar pulak..

Resipi Kek Coklat Kukus Mudah Sukatan Cawan


Resipi kek coklat kukus mudah yang kak fiezz buat ni, kak fiezz cari di mr.Google je...dan hasil carian kak fiezz jumpa kat SINI...Dan kak fiezz suka resipi ni, sebab sukatan dia guna cawan je..Senang sangat la sukatan guna cawan..Kalau kena timbang2, tu yg kak fiezz malas buat sebelum ni...

Untuk kukus kek coklat kukus mudah ni, Kak fiezz anggar dalam setengah jam bahan-bahan yang dah diadun siap masuk dalam periuk untuk kukus..tunggu untuk masak je dalam 45-1 jam 15 minit..okey, yang masa memasak ni, depends pada bekas atau loyang korang guna..Kalau tebal, kena lama sikit kukusnya..Kalau nipis, dalam 45 minit dah cukup..Macam kak fiezz punya loyang tebal..Masa 1st time buat, kak fiezz letak dalam 45 minit..dia jadi macam separuh masak...So kali kedua masak, kak fiezz set 1 jam 15 minit...


Hasil kali pertama buat kek coklat..Jadi.. Cuma belah dalam separuh masak..haha..tapi sendiri makan..habis juga..tak ada sakit perut ke apa...


Yang ni kali kedua & baru je kak fiezz buat minggu lepas..Siap je kek, photoshoot la kat karpet bulu-bulu yang kak fiezz baru beli baru ni...Amacam hasil?

Eh..Kisah ke gambar pula..Jom tengok resipi kek coklat kukus mudah ni..

Bahan-Bahan Kek

- 1 1/2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1 Cawan Gula Kastor
- 3/4 Cawan Serbuk Koko 
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Teh Serbuk Vanilla 
- 1 Biji Telur

Bahan-bahan topping

- Coklat masakan
- Coklat chip

Cara-Cara masak kek

1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
4. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.
5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit.

Cara-cara buat topping kek

Bagi topping, kak fiezz buat teknik double boil untuk cairkan coklat masakan..Guna dua bekas berlainan saiz..Letak air panas dalam bekas di bahagian bawah & satu lagi bekas di bahagian atas..Masukkan coklat di bekas bahagian atas & mulakan proses mencairkan coklat..Selepas dah cair, terus tuang atas kek serta ratakan dan boleh la tabur coklat chip sebagai hiasan..SIAP..

**Nak tau dah masak ke belum kek..Try cucuk dengan garfu & kalau kek tak melekat pada garfu, dah masak le tu..tips ni dari adik sepupu kak fiezz..

9 Comments

  1. Yani pun suka kek coklat kukus dari jenis bakar dlm oven sebab kalau bakar ad potensi terovercook dan jadi garing sgt. Kalau kukus, elok je lembab moist kek tu cuma dia tak tahan lama la..cepat naik kulat kalau simpan lama sikit. Tgk Firza buat ni, teringin plak nak buat kek kukus before bersalin ni...

    ReplyDelete
  2. nampak sedaplah kak, haih teringin nak try haha

    ReplyDelete
  3. Bab2 kek coklat ni mmg feveret...hehe

    ReplyDelete
  4. Wow . Kek coklat banjir nih . Sedap aih . CCL lebih suka kukus dari bakar .. rasa moist je

    ReplyDelete
  5. rajin akk, nampak sedap. boleh try resepi ni

    ReplyDelete
  6. nak kena rajin juga buat ni..hehee

    ReplyDelete
  7. Ciktie pun suka kek coklat ni! Nak cuba la. Kebetulan mak ciktie pun ada beli juga periuk camni. Tap bukan yang ini la

    ReplyDelete
  8. Fav anak-anak miza. Kalau dekat nak jew oder dengan kak fieza. mood buat kek belum mari ne

    ReplyDelete