Total Pageviews

Best Guna EziBox Poslaju. Memang Memudahkan.

09:11

Ezibox Poslaju

Siapa penah guna ezibox pos laju ni?kak fiezz sebelum ni tak tahu apa la fungsi menda ni..macamana nak guna?banyak benor persoalan..dan tahun lepas kak fiezz dapat guna untuk pertama kali bila kak fiezz kena collect brg kat sini..tak tahu pun masa tu pos letak bungkusan kak fiezz dalam ezibox poslaju ni..Kak fiezz cuma letak alamat pos laju .... (self collect)..Tetiba dpt mesej suruh collect bungkusan kat ezibox poslaju ni..waahhh..excited nak cuba..haha..sebelum ni tengok je..nak tau gak apa fungsi dia, kan..haha..peghak bebenor pun..Tapi ni dah biasa..sebab dah beberapa kali collect barang di ezibox poslaju..

Tak Terima Barang Peribadi Hantar Guna Melalui PosLaju

Kisahnya pejabat k.fiezz tak boleh terima barang personal hantar ke pejabat guna pos laju.Selain dari Poslaju, contoh courier service lain tak ada masalah..

Memandangkan kak fiezz seorang shopaholics online berjaya + blogger yang selalu buat review,jadi agak kerap kak fiezz dapat barang2..Kalau hantar guna courier service tak ada masalah tapi kalau guna Poslaju, bermasalah sikit..Nak letak alamat rumah, kak fiezz & mr hubby dua2 kerja..Nak tak nak kak fiezz kena la guna alamat pos laju KL Sentral utk self collect...tu yang kak fiezz selalu bagi alamat pos laju .... (self collect)..

Ezibox Pos Laju KL Sentral

Macamana Nak Guna Ezibox Poslaju Untuk Ambil Bungkusan?


1 ~  Kita akan terima mesej ada barang untuk diambil di ezibox poslaju (lokasi pilihan msg2)..mcm k.fiezz selalu di Pej.Pos KL Sentral.

2.Dalam mesej yg kita terima tu, ada pin no. beserta no.tracking..

3.Sampai di ezibox poslaju,ada beberapa pilihan..Pilih ambil bungkusan.

4.Masukkan tracking no. / pin no. / nama / e-mail & no.telefon.

5. Selesai isi maklumat di no.4, pintu yg ada bungkusan kita akan terbuka secara automatik. 

6. Ambil bungkusan kita. Tutup semula pintu tersebut & siap.

7. Kita akan terima mesej & e-mail untul memberitahu bungkusan kita telah diambil.

Kebaikan ezibox ~

● Boleh diambil pada bila2 masa & boleh minta tolong suami/ahli keluarga untuk ambilkan barang sekiranya kita sibuk. Cuma bagi pin no. & tracking number pada dorang. 

**Kebiasaannya kalau kita ambil di kaunter, staff pos tak bagi orang lain untuk ambil walaupun ahli keluarga & memerlukan kad pengenalan penerima. Jadi dengan ezibox ni, tak ada masalah untuk orang lain tolong ambilkan..

● Memudahkan kita sebagai pengguna. Tak perlu masuk ke kaunter untuk ambil barang.

Keburukan ezibox ~

● Tempoh masa yang diberi untuk collect bungkusan di ezibox poslaju ni 2 hari sahaja. 

**Jadi once dah terima mesej dari poslaju, sila la ambil dengan segera...


You Might Also Like

9 Comment

  1. senang juga ezibox ni..aritu dh cuba amik parcel sbb menang contest

    ReplyDelete
  2. Kat sini tak ada.. Kalau ada, memang guna..

    ReplyDelete
  3. Oo baru tau murah juga Ada ezibox ni

    ReplyDelete
  4. Baru tahu pasal ezibox ni.tq for sharing kakak

    ReplyDelete
  5. kita baru sekali guna.. heheh memula terkial2.. lepas tu senang

    ReplyDelete
  6. ooooo, bagus juga servis ni, so siapa2 yg busy kerja slalu tiada di rumah, mmg sesuai guna ezibox ... advance benda2 postage nowadays kan .... dan samalah kita, kaki online shopping yg berjaya, hehe.

    ReplyDelete
  7. selalu nampak tapi, sebelum ni xtahu kegunaannya.

    ReplyDelete
  8. Kita boleh guna alamat pejabat pos ke untuk order barang? Sbb mmg nak self collect..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..saya mmg guna alamat pejabat pos kalau untuk self collect..

      Delete