advertorial

Nak Menang Baucer RM50 Tak?Jom Shake Shake Uolls Sempena Riang Ria Raya Lazada

08:30

Salam ramadhan ke-9 korang..pejam celik pejam celik dah 9 hari kita berpuasa..pejam celik pejam celik, rayaaa..Korang acane dah buat persiapan raya..Kak fiezz baru beli baju raya..mr hubby punya dah hantar kat tukang jahit sebelum puasa..Nanti nak raya baru pi amik sebab tempah kat Ipoh..Nasib tukang jahit tu nak ambil tempahan lagi sebab bagi kat dia kain dah nak puasa..hehe..perangai sangatkan...Mr hubby kalau nak beli baju siap, agak pening kak fiezz nak cari saiz..hehe..kalau korang follow kak fiezz kat IG/FB tahu la sebab apa..Na mo cakap kat sini..Sebab mr hubby kak fiezz comel orangnya..hehe..Legaaa bila mak mertua beritahu, tukang jahit tu terima lagi tempahan kalau dari mak mertua kak fiezz..Orang lain dia tak mau..Nasib mak mertua kak fiezz peramah...

Membeli Belah Atas Talian

Memang trend la sekarang kan semua suka membeli-belah atas talian atau shopping online ni..Tak kisah la hari biasa atau musim perayaan..Kenapa?Mudah..tak perlu nak bersesak keluar, sangkut tengah jalan sebab sesak terutama musim-musim perayaan ni..Boleh tekanan perasaan je...Jadi oleh sebabkan ini, tak hairan la kenapa ramai yang suka membeli-belah atas talian..Kak fiezz sendiri antara yang suka membeli-belah atas talian..Contoh baju raya yang kak fiezz beli untuk mak & kak fiezz, beli secara atas talian juga..Buka IG/FB/Website yang mana nak, pilih pilih yang berkenan di hati..Klik..Bayar..Pon pon..tunggu abg posmen / kurier hantar...siap...tak penat..tak stress..Nampak tak kelebihan membeli-belah atas talian...Jadi meh la kita membeli-belah atas talian...

Riang Ria Raya Lazada

Okey, website Lazada ni tak perlu kot kak fiezz nak perkenalkan..Satu malaysia kenal..Sapa tak kenal Lazada?eh!!ketinggalan sangat tau..Lazada website yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk membeli-belah atas talian?Kenapa Lazada hot sangat?Sentiasa ada diskaun, promosi musim perayaan dan banyak lagi sebab kenapa Lazada jadi pilihan rakyat Malaysia...Dan sempena musim raya ni, Lazada melancarkan kempen Riang Ria Raya Lazada...

Ada Apa Dalam Kempen Riang Ria Raya Lazada?

Mulai 1 - 4 Jun 2018, Lazada menawarkan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% untuk pelbagai barangan terpilih. Wahhh..90 peratus..banyak tu...RM RM RM mata kak fiezz tengok potongan sampai 90% tu...Lebih dari 30 jenama terkenal yang turut serta dalam kempen Riang Ria Raya Lazada ni, antaranya WATSONS, CARLO RINO, URBAN DECAY, LIFEBUOY, SUNSILK, DRYPERS, ANMUM, MAYBELINE, TESCO, NIVEA, ETUDE HOUSE, ASUS, PHILIPS dan banyak lagi...Jom terjah Lazada sekarang



KLIK BANNER

Selain dari potongan diskaun sehingga 90%, Riang Ria Raya Lazada turut menawarkan Flash sales, lebih dari 600 baucer untuk raya & bufet berbuka puasa.

dan jangan lepaskan peluang memenangi CASH VOUCHER sehingga RM50 dengan turut serta dalam Shake Shake Uolls...haha..apa pulak ni,kan..Macam-macam la kak fiezz ni..Okey, meh kak fiezz explain..Korang cuma perlu muat turun aplikasi Lazada dan pastikan sentiasa di paparan utama website & daftar masuk ke akaun masing-masing...siap 3 menda ni..Setel..Dan mulai 22 Mei hingga 4 Jun 2018 pada pukul 5.30PG, 12.30T/HARI & 9.30MLM, korang boleh shake..shake untuk memenangi baucer tunai sehingga bernilai RM50...eh..banyak tu kalau dapat..boleh sambung membeli-belah kat Lazada...

Mungkin korang nak belikan hadiah ke untuk orang yang tersayang macam atuk dalam video ni, Lazada pilihan yang terbaik untuk korang membeli-belah secara atas talian...



SELAMAT MEMBELI-BELAH UOLLS

advertorial

Pakej Percutian Ke Beijing

22:02

Korang..ada tak terfikir nak pi bercuti ke Beijing..Hah!!kak fiezz ni dah mula la kan..tahu la kaki berjalan..hehe..ala, saja nak hasut korang pi bercuti..Kak fiezz setiap tahun kebiasaanya memang ke luar negeri..cewah..kembang kempis hidung ai..eh!!tak ada la berlagak ke apa..ada rezeki lebih, apa salah kan kita melancong tengok negara orang..Kali ni kak fiezz nak ajak korang berjalan-jalan ke Beijing pulak..Walaupun tak pernah jejak lagi ke Beijing ni, tapi kak fiezz tertarik nak tengok pakej percutian ke Beijing ni..Biasalah kalau melancong macam ni, baik kita guna agensi pelancongan..Mana tahu ada tawaran menarik & harga pun murah kan..Jom kita tengok ada apa dalam pakej percutian ke Beijing ni..Tapi mula-mula meh kita tengok dulu, tempat-tempat menarik yang ada kat Beijing..Best ke idok?

Tempat Menarik Di Beijing

Dari hasil carian kak fiezz di Mr Google, difahamkan Beijing ni antara bandar yang paling banyak dikunjungi didunia..wahh..tak sangka kan..kita rasa macam 'eh ada apa la kat beijing tu'..sekali kau, antara tempat yang paling banyak dikunjungi..Kenapa?Sebab tarikan banyak tempat menarik, serta bangunan bersejarah. Dan jarak tempat-tempat yang dikunjungi ni kebanyakan berada di pusat bandar & tak jauh antara satu sama lain..Ni pada yang larat la nak berjalan, boleh la kot nak berjalan kaki..Kalau tak larat, yang mana ambil pakej percutian ke Beijing dengan agensi pelancongan, mesti ada pengangkutan di sediakan...Eh..membebel pulak kak fiezz ni..Dari tadi nak tengok tempat-tempah menarik kat Beijing..Jadi moh le kita tengok..

TIANANMEN SQUARE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Simbolik untuk Beijing ialah Tiananmen Square..Kira kalau sebut Beijing, ingat Tiananmen Square ni..Tempat wajib dikunjungi kalau ke Beijing..Tiananmen Square ni merupakan dataran awam terbesar di dunia dan menjadi tempat tumpuan pelancong. dan bersambung dengan Forbideen City..Dari pembacaan kak fiezz, nak masuk ke Tiananmen ni beratur sebab tumpuan pelancong..Dalam Tiananmen ni lengkap dengan Tiananmen Tower, Monument to the People’s Heroes, Great Hall of the People, Chairman Mao Zedong Memorial Hall . Kira lawatan ke Tiananmen ni macam membaca keseluruhan sejarah negara China dan yang menariknya pada awal pagi ada upacara menaikkan bendera dan kalau nak tengok upacara ni, perlu sampai awal pagi di sini..manakala upacara menurunkan bendera diadakan pada waktu malam..Jadi kalau nak tengok upacara naik dan turunkan bendera boleh la terjah ke sini awal dari waktu upacara..


FORBIDEEN CITY

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dalam bahasa melayu 'Bandar Terlarang'..Eh, tak boleh masuk ke?haha..apa pulak tak bolehnya, korang tahu tak setiap tahun kira-kira 14 juta pengunjung berkunjung ke sini untuk melihat keunikan seni bina, kebesaran serta keluasan Forbidden City ni..Kota terlarang ni dibina pada Zaman Dinasti Ming & terletak di tengah-tengah kota Beijing. Dibuka setiap hari kecuali hari isnin dan boleh ke sini dengan pengangkutan awam. Wajib kalau ke sini, jangan lupa bergambar depan bangunan Forbidden City..

JUYONGGUAN GREAT WALL 

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dah sampai ke sini, wajib berkunjung ke Juyongguan Great Wall atau Tembok Besar China yang dikenali antara 7 keajaiban dunia..Seperti kita tahu sejarah pembinaan tembok besar cina ni dibina masa dulu untuk pertahanan ketenteraan. Kalau tengok cerita-cerita Cina yang berkisarkan dulu-dulu, kadang ada babak di tembok ni,kan..Jadi kalau selalu kita tengok kat TV. Ni dah sampai ke sini, wajib la berkunjung & bergambar kat tembok ni dan tengok sendiri seni bina tembok terbesar yang dibina oleh manusia dulu..Hebat tak hebat kan orang dulu, mampu membina jambatan ni tanpa bantuan mesin..Pembinaan tembok besar cina ni pun memakan masa yang lama dan projek terbesar di dunia...Kagum kan..Sila singgah kalau ke sini...

OLIMPIK STADIUM

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Dah kenapa kena pi ke Stadium Olimpik pulak kalau dah sampai ke Beijing..Hah!nak tahu kenapa?kerana bentuk dia menyerupai sarang burung. Dikenali sebagai Stadium Sarang Burung disebabkan seni binanya yang unik..Pernah menjadi tuan rumah sukan Olimpik di sini pada tahun 2008. Sekarang stadium ni menjadi tumpuan pelancong dan menjadi tempat untuk perlawanan yang penting. 

THE SUMMER PALACE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Ada apa pulak kat The Summer Palace atau Istana Musim Panas Beijing ni?

Istana ni merupakan taman terbesar diraja dan paling sempurna di China. Istana ni dahulunya dijadikan tempat istirehat musim panas Maharaja dan di sini terdapat juga pavilion, rumah agam, kuil, jambatan & tasik besar purba.

Dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750. Ia menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik, dan bukit-bukau. 

Dengan seni reka bentuk yg hebat & arkitek menampilkan seni taman cina, Istana ni mendapat gelaran 'Muzium Taman Imperial'. Taman imperial yang dikhususkan dengan landskap termewah & tumpuan terhebat bangunan istana musim panas. Istana ni dimasukkan dalam senarai warisan kebudayaan dunia pada 1998. 

THE PLACE-LED SCREEN

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Pusat membeli-belah yang mempunyai LED Skrin terpanjang di Asia..Tak tahu la nak gambarkan macamana..Kena pi tengok sendiri..Dari pembacaan kak fiezz di google, skrin ni di belah atas & kita kena mendongak untuk tengok..Skrin ni yang terpanjang di Asia..


NIUJIE MOSQUE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

NANDOUYA MOSQUE

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Bagi yang beragama islam, wajib singgah ke dua masjid ni. Selain menunaikan ibadat, dapat tengok seni bina cina pada struktur bangunan. Yelah,kat Malaysia mana ada seni bina masjid macam ni..

NIUJIE MUSLIM SUPERMARKET

www.fiezasani.xyz
Sumber - Google

Bagi yang beragama islam, kalau ke Beijing risau nak dapatkan stok makanan halal boleh berkunjung ke Niujie Muslim Supermarket..Satu-satunya super market muslim yang ada di sini. Jadi jangan risau kalau nak dapatkan stok-stok makanan yang halal.


XIUSHUI MARKET
www.fiezasani.xyz
Sumber-Google

Masa untuk membeli-belah..hehe..Kalau kak fiezz, memang berkenan bebenor la beli-belah ni...Di Beijing, jangan lupa untuk dapatkan pelbagai barang untuk dibeli sebagai cenderamata pada keluarga atau rakan-rakan di Xiushui Market..Dari sumber yang kak fiezz google, Xiushui Market telah bertukar nama kepada Silk Street pada 18 Mac 2005.

Ada apa kat sini?Pusat membeli-belah tujuh tingkat & mempunyai 1,700 buah kedai yang menawarkan pelbagai jenis barangan tiruan berjenama yang dijual pada harga murah. Kebanyakan jurujual di situ sangat fasih berbahasa inggeris kerana Silk Street menjadi destinasi pelancong yang ketiga popular di Beijing selepas Tembok Besar China & Kota Larangan. Beroperasi mulai pukul 9 pagi-9 malam.

Antara barangan yang dijual di sini seperti baju, beg tangan wanita, kasut, tali pinggang, fabrik sutera & kraf tangan tradisional China seperti barangan antik, kaligrafi, permaidani, lukisan. Serta barangan elektrik, alat permainan kanak-kanak & perhiasan wanita.

AGENSI PELANCONGAN UNTUK PERCUTIAN KE BEIJING

Best ke tidak dari senarai kat atas ni kenapa korang perlu memilih Beijing sebagai salah satu destinasi untuk melancong. Mesti best kan..Kak fiezz boleh rumuskan Beijing menjadi tarikan kerana struktur dan seni bina bangunannya yang cantik-cantik selain dari faktor utama TEMBOK BESAR CHINA yang terkenal di serata dunia. Jadi kalau korang nak bercadang untuk bercuti ke Beijing, digalakkan korang ambil pakej percutian ke Beijing dari agensi pelancongan yang sah dan berdaftar. Selain memudahkan korang yang cuma bayar pada sekian sekian harga dan pakej termasuk semua (makanan, penginapan, kapal terbang, pemandu pelancong, tiket lawatan serta pengurusan VISA)..Yeaa..nak masuk ke China, kena ada VISA uolls...Jadi kalau korang nak buat sendiri, agak leceh kan..Jadi pilih agensi pelancongan yang berdaftar. kat sini k.fiezz nak cadangkan Muslimtravelbug Sdn Bhd. 

MUSLIMTRAVELBUG SDN.BHD.

Kenapa k.fiezz rekomen dorang?

1. Berdaftar dengan kementerian pelancongan KPL 8549
2. Harga pakej yang sentiasa dibawah harga pasaran Malaysia.
3. Mempunyai pejabat operasi di Malaysia dan boleh dikunjungi bila-bila masa.
4. Ahli pejabat terdiri daripada mereka yang pernah bekerja di agensi pelancongan muslim terkenal di
Malaysia dan berpengalaman luas.
5. Professional dan diiktiraf sehingga pernah menguruskan rancangan tv ASTRO RIA untuk penggambaran
SYOKNYA SEOUL.
6. Deposit rendah dan khidmat pelanggan dan mudah dan mesra.

Untuk percutian ke Beijing ni, pihak MuslimTravelBug Sdn.Bhd. telah menyediakan pakej seperti di bawah iaitu :~

LENGKAP PENERBANGAN - Pakej Percutian Ke Beijing
GROUND ARRANGEMENT SAHAJA - Pakej Percutian Beijing

Butiran Lanjut :
NO PEJABAT : 03 89575770 (Isnin-Jumaat 9.00-5.30 petang)
Alamat Pejabat : B-4-2 Putra Walk Taman Pinggiran Putra 43300 Seri Kembangan Selangor
Waze : Muslimtravelbug Sdn Bhd
Email : info@muslimtravelbug.com
Laman web : muslimtravelbug.com


Ramadhan

Sedap Atau Murah Di Bazar Ramadhan

13:52

Bazar Ramadhan

Bulan puasa macam ni, bazar Ramadhan mmg jadi tumpuan semua orang..tak kira la untuk kita, orang islam atau yang bukan beragama islam..Bangsa lain pun ramai suka ambil kesempatan membeli juadah di bazar ni..Kata dorang, bulan puasa seronok sebab ada bazar ramadhan ni macam-macam makanan ada...Betul la tu, tak dinafikan..Time ni memang berlambak makanan dijual kat bazar ramadhan...Antara juadah yang paling popular - Roti John, Murtabak..betul tak?Menu wajib ada atas meja waktu berbuka..dah 2 bazar kak fiezz terjah, gerai murtabak beratur weiii..Kak fiezz ni bila part beratur memang malas la..tapi terfikir, orang  yag beratur tu sebab murtabak tu betul-betul sedap atau murah?


www.fiezasani.xyz

Murah atau Sedap?

Menjadi persoalan di situ,kan..Murah ke sedap kat gerai yang ramai sangat orang beratur di bazar ramadhan?Contoh macam gambar kat atas..kak fiezz & mr hubby terjah kat satu bazar di area rumah..ada lah..tak mo cakap di mana..Masa ke sini, nampak ramai orang beratur kat gerai abang ni..Mr hubby cakap 'kena beli ni sebab orang beratur'..Assuming ramai orang = sedap..Gitu la kita,kan..suka membuat andaian..tapi tak cuba tak tahu..Lagi pulak kitaorang pertama kali ke bazar ni..Jadi nak tahu sedap ke tidak?kena la cuba beli..Mr hubby beli 4 keping terus..Masa bayar, kak fiezz nampak mr hubby hulur note sekeping RM20..Kak fiezz bajet RM5 sekeping kot..Kay Ell kan..Tapi nampak si penjual ni bagi balik baki..eh..berapakah?Kat rumah baru k.fiezz tanya harga..RM3 sekeping..Bila rasa murtabak abang ni..errmmm..so so je..pada tekak kak fiezz tak berapa sangat...Jadi rumusannya disini orang beratur kat gerai abang ni sebab murtabak dia jual RM3..Kategori murah la di area Kay Ell ni...

Eh, kak fiezz bukan nak condemn pulak abang ni, tau..Cuma rasa murtabak dia jual ni pada tekak kak fiezz biasa2 je..Mungkin orang lain suka..Kita tak tahu kan..Sedap tu subjektif..

Moga abang ni dimurahkan rezeki sebab menjual murtabak dengan harga yang berpatutan..

Wajib Ke Bazar Ramadhan?


Korang acane pulak, wajib ke pi bazar ramadhan sempena bulan puasa ni. Kak fiezz jenis tak kisah..Tapi mr hubby, wajib gitu..Balik kerja mesti singgah..Korang?,macam kak fiezz atau mr hubby kak fiezz?Kalau macam mr hubby kak fiezz, ada tak menu yang hot kat bazar korang selalu pi tu..Kalau ada meh la share apa menu nya & kat mana?Time weekend, boleh la kak fiezz & mr hubby terjah...

beriklan

Nak Beriklan di Blog FiezaSani

10:47

Sesiapa yang ada produk/servis nak review dan nak bakal pelanggan cari di Mr Google, boleh e-mail kak fiezz yea di fiezasani2127@gmail.com. Jangan main spam di bahagian komen kat entry-entry kak fiezz..Semalam kak fiezz dapat satu komen macam kat bawah ni..Mula-mula fikir +ve sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, ingat nak biar je iklan ni menempel kat blog kak fiezz lagi pulak cara dia tulis, sopan..tapiii..ada tapinyaa..selepas di fikir-fikirkan, kak fiezz buang sebab TAK ADIL UNTUK ORANG LAIN YANG BAYAR KAK FIEZZ UNTUK BERIKLAN kat blog kak fiezz yang tak seberapa ni...Jadi sorry, kak fiezz buang yea komen-komen yang berunsur pengiklanan.. Kalau berminat nak beriklan kat blog k.fiezz ni, sila e-mail kak fiezz seperti di atas..



Sorry pada tuan punya e-mail ni..ayat tu memang dah sopan tapi tak adil untuk orang lain yang sanggup bayar kak fiezz untuk beriklan di sini..Kak fiezz mmg dah ada caj tertentu untuk beriklan di sini..Bukan nak demand ke apa..Tapi segala-gala berkaitan blog ni berbayar..domain, template, watermark, elektrik, internet..Jadi faham kan kenapa k.fiezz caj...Kalau nak beriklan, sila la e-mail kak fiezz...

beauty

Mask Time Dengan The FaceShop Mask

15:33

Mask time

Kak fiezz ni kalau pasal kecantikan memang favourite all da time..Baru2 ni kak fiezz macam busy giler plak, rasa kulit muka dah kasar macam apa je..haih, rimas pulak pegang kulit muka sendiri..So weekend lepas, kak fiezz tak ada buat apa kat rumah..tambah2 di bulan puasa ni,hah..Nak masak lunch apa nya time puasa ni..Kita buat Me Time la kat rumah sambil-sambil tengok tv..


www.fiezasani.xyz


FACE MASK WITH POMEGRANATE EXTRACT

Kak fiezz dapat mask ni masa jadi pengomen top di blog Marsya..Baru rasmi nak guna ni..Excited nak cuba. Serasi ke idok..

Bukak je packaging dia..bestnya bau dia..wangi je..Mask yang ni warna putih jernih..So macam biasa la cara guna..Keluarkan mask dari bekas ni & adjust sikit masa pakai di bahagian mata, hidung & mulut...Dan biarkan selama 10-15 minit..Lepas tu seat back & rilex sambil tengok tv..Lepas dah tanggalkan mask ni pun, kak fiezz saja biarkan ekstrak delima ni meresap kat kulit muka..dap dap sikit....

So hasilnya kulit muka k.fiezz rasa lembut gitu..cewah..haha..agaknya le..sebab sendiri pegang cam lembut..

Kenapa kak fiezz suka pakai Mask?

Mesti yang tertanya-tanya, awat la kak fiezz ni suka sangat pakai mask..Meh baca kat SINI..kak fiezz dah panjang lebar story...

Giveaway

Menang Giveaway Doudou.my X CekguNorazimah

15:16

Yeay..kak fiezz tersenarai salah seorang pemenang GA Doudou.my x Cekgu Norazimah..Alhamdulillah..Masa joint GA ni, kak fiezz ada mention kalau menang, pening gak nak cari hadiah kat website doudou.my..haha..website doudou.my ni menjual pakaian-pakaian ibu mengandung, bayi & kanak-kanak..hah!!tak ke pening kak fiezz nak redeem apa kalau menang baucer ni..

www.fiezasani.xyz

eh..sekali rezeki Ramadhan..Menang chuolls..terus masuk ke website doudou.my ni..duk usyar baju2 bebudak..lawa-lawa..Harga pun affordable..Okey la untuk k.fiezz..idok la mahai bebenor..Ni tengah ada sale untuk selected item...Duk usyar-usyar, kak fiezz terbekenan dengan satu set baju + seluar untuk budak lelaki dalam kategori sale item..Lepas diskaun, ngam-ngam harga baucer yang kak fiezz menang..Terus pilih yang ni je..eh!!tak pening pun k.fiezz..haha..Kata pening masa joint GA ni kalau menang nak beli apa..Ni cam sap sap..terus pilih yang mana berkenan di hati..Nampak..Alasan sangat pening tu..Nama k.fiezz ni kalau dah nama shopping tu memang bestfriend sangat...tak pening la kalau bab-bab shopping ni..tak kisah la shopping online atau pi shopping kat mall..petik jari je macam Thanos tu..eh!!haha..tetiba masuk cerita Avenger..

Okey, nanti k.fiezz share pasal set baju yang k.fiezz beli kat website doudou ni lepas dah terima barangnya...

Gift

Jadi Top Pengomen Di Blog Shafyqah..Dapat 1 Set Gambar.

13:08

Terpilih jadi top pengomen lagi tapi kali ni di blog Shafyqah pulak..yeay..thank you Sha...tak sangka pulak terpilih..

Kak fiezz dapat apa?meh tengok


Kak fiezz dapat 1 set gambar..Gambar2 ni Sha dah minta awal melalui e-mail pada k.fiezz...Jadi ni antara 9 gambar yang kak fiezz bagi pada Sha untuk di cetak..Ikutkan banyak..haha..tapi orang dah bagi free, melampau pulak nak suruh print semua..haha..Jadi ni antara yang menjadi pilihan favourite k.fiezz disamping hadiah sampingan - key chain..

Jom pi terjah blog sha (link di atas),mana tau k.fiezz terpilih lagi jadi top pengomen..hehe..

Fesyen

Shopping Baju Raya Online..Trusted IG Seller.

13:59

Korang..sapa dah beli baju raya..amboi kemain excited kakak fiezz beli baju raya..esok baru start puasa..hover nau nau..ala, benornya bukan apa malas nak shopping online time bulan puasa..Mesti pos laju akan jadi slow service dia & ada masalah sebab banyak lambakan parcel yang kena hantar..Nak raya kan, jadi permintaan barang yang jual secara online macam baju raya, kuih raya akan jadi meningkat...Tu yang sebabkan order masa bulan puasa akan lebih dari bulan-bulan biasa... Rezeki untuk para peniaga tapi yang beli macam k.fiezz ni bermasalah bila barang stuck di pos laju..Sistem Pos Laju pun selalunya time2 ni bermasalah...Jadi untuk mengelakkan parcel k.fiezz termasuk dalam senarai yang stuck di Pos Laju, baik la k.fiezz shopping sebelum mula puasa ni...Lagipun beli awal2 ni untung, warna baju yang kita nak & saiz masih banyak lagi...

JOM SHOPPING di Jalinan Mutiara 

Haritu k.fiezz terusya baju ni kat salah satu IG..Eh..berkenan pulak chuolls..Tengok lambang kat gambar ni,baju dari NFH Boutique Gallery..Mula-mula kak fiezz ingat nak terus beli kat NFH ni je, yea la owner kan..Risau nak beli kat agen2 ni..Bila try pm kat page NFH Boutique Gallery ni tak ada jawapan..Lepas tu baru k.fiezz perasan NFH ada inform setiap pembelian baju-baju dorang boleh dapatkan dari mana-mana agen sah NFH yang ada di komen..Jadi kak fiezz pun cari agen2 NFH dari situ..Kak fiezz cuba whatsapp beberapa orang agen dan dari hasil survey tu, kak fiezz boleh rumuskan harga dorang adalah fix..So tak adalah dengan agen ni mahal..agen tu murah..Kak fiezz beli baju kat bawah ni dengan salah seorang agen NFH iaitu Jalinan Mutiara (klik untuk ke IG agen)...Harga baju ni RM1** + free postage + free brooch..

Dah selamat sampai minggu lepas..Keadaan baju seperti dalam gambar..tak ada sebarang masalah..alhamdulillah..

Baju ni untuk mak kak fiezz benornya..hehe..dapat duit review sikit jadi beli la baju ni..cantik sangat..mak kak fiezz masa suruh try, dia cakap macam orang muda..alahh..memang muda pun..apa ada hal,kan..haha...

www.fiezasani.xyz

Serius cantik sangat..berkenan k.fiezz..sesuai la untuk wanita yang tak nak baju ikut cutting & labuh.Salah satu sebab k.fiezz beli untuk mak sebab mak kak fiezz memang tak nak baju kurung yang ikut potongan badan & baju jenis pendek..Jadi masa tengok baju ni, sangat memenuhi kriteria..Dah la main beli je, tak tahu saiz mak..Main agak2 je..Nasib baik okey...


Okey, meh tengok baju raya k.fiezz pulak..Yang ni dah beli lagi awal dari baju untuk mak kak fiezz..haha...Hat ni suruh mr hubby yang bayarkan..hehe...

SHOPPING Di msberipinkcloset


www.fiezasani.xyz

Yang mana satu warna pilihan, nanti kak fiezz share masa hari raya..hehe..Baju ni potongan kebaya kota bharu kalau tak silap..kak fiezz berkenan baju ni sebab design + warna dia..Sweet angat..sesuai la untuk k.fiezz yang comel ni..eh..haha..Cuma skirt dia kak fiezz tukar dengan skirt lain ikut warna bunga sebab nak matchy-matchy dengan baju melayu mr hubby...Untuk skirt yang set dengan baju ni, kak fiezz akan match dengan baju lain..Nanti try cari time shopping kat mana-mana..hehe...shoppingggg..so bff...

IG SHOP YANG BOLEH DIPERCAYAI

So korang dah beli baju raya..Kalau belum, boleh la terjah kat dua IG Shop yang k.fiezz shopping ni..Peniaga yang boleh dipercayai..Faham, ramai takut nak shopping online kan..takut tertipu..Jadi boleh la terjah kat dua IG shop ni...Baju-baju dorang semua lawa-lawa..kak fiezz memang berkenan sangat koleksi baju2 kat sini...Cantik..Nasib kontrol napsu & sedar diri poket tak berapa nak tebal..kalau tak, lebih dari sehelai k.fiezz beli..haha...

SELAMAT SHOPPING & SELAMAT BERPUASA chuolls

Pilihanraya

Sekali Lagi Bertugas Masa Pilihanraya ke-14

11:33

Pilihanraya ke-14 pada 9 Mei 2018 baru ni kak fiezz lagi sekali bertugas sebagai petugas Pilihanraya..Kali ni kak fiezz ambil jawatan sebagai Kerani Pengundian dan Mengira Undi je..Tak mau jadi Ketua macam masa Pilihanraya ke-13 dulu..fuhhh banyak koje, weiii..Plus kak fiezz tak ada ciri-ciri untuk memimpin..tak reti..kak fiezz suka ikut orang je..Dah terbiasa kot sebab jawatan k.fiezz bekerja pun jadi PA bos..Dah biasa terima arahan bos untuk buat kerja..bukan kak fiezz bagi arahan kat orang.haha..so nampak tak, tak ada ketokohan tu..jadi kalini kita jadi kerani je la..Elaun kurang sikit tapi berbaloi la sebab kerja tak susah sangat...

SALURAN 1 

Kali ni kak fiezz dapat saluran 1 juga macam masa PRU ke-13 dulu..Saluran 1 ni utk info korang, saluran mengundi untuk orang tua / warga emas yang dah pangkat atuk-atuk/nenek-nenek kita..Ada yang berkerusi roda, bertongkat, ada yang macam tak boleh pun nak mengundi sbb ada sakit..tapi k.fiezz kagum sangat sebab dorang tetap datang menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia.


www.fiezasani.xyz

Pas petugas & kak fiezz memilih undi seperti biasa memandangkan k.fiezz bertugas di parlimen yang sama dengan tempat k.fiezz mengundi..Dah petang sikit, orang dah tak ramai k.fiezz lari kejap ke sekolah yang k.fiezz kena mengundi...Siap..

www.fiezasani.xyz
Selfie sebelum kena sound dengan ejen tempat mengundi..huhu..

Pengalaman Bertugas Sebagai Petugas PRU di Saluran 1

Seronok sebab boleh tengok macam-macam karenah orang-orang tua/warga emas ni mengundi..Ada yang bila kita dah celup jari dengan dakwat tu ingat kena tanda kertas mengundi dengan jari tu..haha..adeh..besa la orang tua kan..tapi apa pun k.fiezz salute sangat dengan orang-orang tua/warga emas ni yang sanggup datang mengundi walaupun ada yang dalam keadaan tak berapa sihat..Siap ada yang guna tiub kat hidung, nak memangkah pun tak boleh..tapi datang juga masa hari mengundi tu untuk tunaikan kewajipan..tak ada lah semua tak sihat yang datang haritu tapi ada la beberapa orang..ada yang masih sihat walafiat..cuma sifat dorang yang datang mengundi tu buat k.fiezz kagum sbb dorang pernah hidup di zaman kita belum merdeka..dorang tahu pentingnya setiap undian untuk memilih pemimpin yang layak menjadi suara kita rakyat marhaen...jadi sila la contohi warga emas ni...

Ramai antara kita yang muda-muda ni & dah layak mengundi pun ada yang tak berdaftar..yang dah mendaftar, tak nak pi mengundi..haih..alasan..guna alamat kat kampung..dah kawen, duduk kat tempat lain..adeh..kenapa tak tukar alamat..menda simple je kot..Ada tu cakap 'eh..tak minat politik'..adeh..suruh korang pi berkempen ke?tak kan..suruh korang pangkah je..tu pun susah..Kalau tengok warga2 emas yang turun masa hari mengundi, korang tahu sedih tengok keadaan dorang yg sanggup turun utk tunaikan kewajipan pada negara..kita yang sihat walafiat..tuuu terbongkang ataih katil lagi...Nanti bila pemimpin yang tak layak naik, korang lak beria-ia bising..padahal mengundi pun tak..yang sedih tu mendaftar pun takkk..hmmmm..Tepuk dada tanya la selera..
Bak kata adik ipar k.fiezz, yang lelaki kalau ada yang tak mendaftar..tanggungjawab pada negara pun korang tak leh nak laksanakan..nak jadi ketua keluarga..huhu...

Tapi apapun tahniah pada Tun M yang kembali mengetuai Malaysia sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7...Alhamdulillah, kerajaan baru yang memimpin Malaysia skrg..Semoga ada perubahan yang lebih baik dari sebelum ni..Kak fiezz membesar di zaman Tun M & memang di akui masa zaman Tun M dulu, tak ada sebarang masalah & rakyat tak tertekan dengan macam2 kos..Mungkin ada masalah ekonomi/kewangan dulu tapi berjaya ditangani dengan baik oleh kepimpinan Tun M..Moga Tun M terus sihat untuk membaikpulih Malaysia yang sekarang...

Give Away

NAK MENANG GIVEAWAY BUKA PUASA AZLINDA X BANGI GOLF RESORT 2018

23:59

Jom join GA mummy Alin ni..nak menang Giveaway Buka Puasa anjuran Mummy x Bangi Golf Resort..Kak fiezz ni kalau bulan puasa, jarang berbuka di luar...So kalau dapat voucher ni, nak test menu kat BGR yang dengarnya sedap bebenor ni..Eh..sebelum tu, mummy alin ada tanya apa menu favourite mummy kalau ke BGR ni..Jawapannya -Kambing Golek is pilihan utama mummy kalau ke sini ;) Macam best je menu favourite mummy tu...

www.fiezasani.xyz

Klik SINI untuk joint 

Gift

Coin Purse From Bali

15:47

Yeay dapat souvenir dari bos..bos k.fiezz pi ke Bali, Indonesia minggu lepas..So ni ole-ole dari Bali la..Eh pi Bali..ala, tak ingat..kalau tak boleh kirim beg yg Uzu beli kat Bali..Uzu ada post kat FB dia, beg tu Uzu beli masa ke sana..Beg tu tengah in kat sana...Tak perasan pulak bos k.fiezz pi ke Bali..Padahal k.fiezz yang isi borang cuti, borang keluar negara bagai..cehhh sabar je la..Boleh tak perasan pulak k.fiezz ni..

COIN PURSE

Minggu lepas bos bagi keychain tu je..Tadi tetiba dia bagi coin purse pulak..alolo..suwit sangat bos k.fiezz ni..Katanya k.fiezz pun ada coin purse cam dia..Memang sebelum ni k.fiezz ada jugak tapi dah penuh dengan duit rupiah syiling..tak tahu nak buh kat mana, kak fiezz bubuh dalam coin purse yang ada..Udah lepas tu k.fiezz tak ada coin purse lain..Bersepah duit syiling kita dalam wristlet k.fiezz...Malas nak mix dalam coin purse yang letak duit syiling rupiah tu..takut terbayar dengan duit tu beli barang..haha..Haritu beli n.lemak, k.fiezz terbagi 500 rupiah syiling kat orang tu..Nasib dia perasan..Lepas tu k.fiezz malas nak bawak coin purse tu...

www.fiezasani.xyz

Rezeki pulak k.fiezz dapat coin purse ni..thank you bos...homey sangat macam k.fiezz..eh..haha

advertorial

Naik Bas Sekolah. Pengalaman Yang Seronok.

14:57

Rutin pagi-pagi time keluar nak pi kerja, selalu nampak budak-budak beratur tunggu bas sekolah kat area kawasan rumah k.fiezz. Mak-mak tunggu kat sebelah, yang anak-anak beratur..Anak-anak berborak sesama dorang, yang mak-mak membawang la kot..haha..agaknya la..pandai je cakap orang membawang..ceh..sabar je la..Bila tengok budak-budak tu beratur tunggu bas, alahai teringat pulak zaman k.fiezz kecik-kecik dulu..Pernah buat menda yang sama..Kak fiezz & kawan-kawan beratur mengikut barisan, mak k.fiezz & mak budak-budak yang lain tunggu kat sebelah..Tunggu la sampai kitaorang selamat naik bas, bas dah bergerak baru mak-mak ni naik ke rumah..alah..sweet pulak bila teringat momen tu,kan..

Moment dalam bas beramai-ramai dengan kawan-kawan, memang best la..Walaupun nak pi ke sekolah time tu tak berapa suka benornya,kan..haha..tapi terpaksa..walaupun terpaksa, demi menuntut ilmu & masa depan, kita gi jugak sekolah..Mak abah berhempas pulas cari rezeki nak sekolah kan kita, besarkan kita..So kita gembirakan dorang dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Hasil paksaan kena pergi sekolah tu menjadikan kita 'kita' sekarang..haha..betul tak..Bila ingat dulu-dulu semua tak suka gi sekolah..Semua duk fikir bila la nak abis sekolah ni..cewah..tapi bila dah kerja, ala bestnya zaman sekolah dulu..eh!!haha

BAS SEKOLAH

Siapa ingat situasi masa kita naik bas dulu camne?best kan..Dulu yuran naik bas sekolah murah je..kak fiezz tak ingat berapa tapi kategori mampu di bayar...Itu dulu la masa zaman kak fiezz kecik..Zaman la ni, korang share sikit berapa yuran naik bas sekolah untuk seorang anak..tapi kak fiezz pasti sangat mesti mahal kan memandangkan kita sekarang dalam zaman ekonomi yang mencabar..harga minyak turun naik..dah harga minyak naik, harus la harga barang pun naik..so kenaikan pelbagai kos dan taraf hidup sekarang ni, mesti la kos pengangkutan bas sekolah untuk anak-anak pun sama juga...haih..mengeluh tau mak pak terutama mak pak yang duduk kat area kota metropolitan Kuala Lumpur ni..serba serbi mahal..


www.fiezasani.xyz

Bantuan Bas Sekolah Percuma

Mesti korang macam terkejut tengok gambar atas ni,kan?ada ke bantuan bas sekolah percuma?kak fiezz masa mula-mula nampak bas ni di area kawasan perumahan kak fiezz, macam terkejut jugak..BAS SEKOLAH PERCUMA..tanda soal di situ...sapa yang sponsor?macamana nak mohon..hah..macam-macam soalan dalam kepala k.fiezz ni..dan lepas tu baru k.fiezz tahu mengenai bantuan bas sekolah percuma ni atas usaha serta inisiatif pihak DBKL untuk warga KL terutama yang tinggal di kawasan Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA)..

Terjawab persoalan k.fiezz.

Sebanyak 165 buah bas disediakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah di 74 PPR & PA di sekitar Kuala Lumpur. Inisiatif ini di buat untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah. Jadi pihak Kementerian tumpukan kepada penduduk di kawasan ini. Bantuan bas sekolah percuma ni mula dilaksanakan pada Januari 2017 dan kos sepenuhnya ditanggung oleh pihak Kementerian.

INISIATIF DBKL & KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Alhamdulillah..inisiatif yang bagus sangat dari pihak DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk laksanakan program ni..Kurangnya keluarga yang terpilih untuk program ni boleh menarik nafas lega sebab mengurangkan kos bulanan yang perlu dikeluarkan. Yelah, contoh yuran bas sekolah RM80 untuk seorang..kalau yang ada 3-4 orang anak sekolah, dah berapa kos kena keluarkan setiap bulan..RM80 x 4 orang = RM320..fuhhh..banyak gak tu..Jadi bantuan bas sekolah percuma yang dilaksanakan ni, banyak sangat membantu keluarga yang kurang berkemampuan...

Banyak kan benefit jadi warga KL..jom jadi warga KL..

LifeStyle

Digital Ninja Program Untuk Anak-Anak Kita

23:23

Haritu kak fiezz attend baca world ni di PWTC bersempena dengan pameran buku..Selain ada pameran buku-buku memacam jenis buku ada..novel, buku sekolah, kamus, kitab..aih..nasib k.fiezz tak baper nak kaki novel sangat..rasanya kalau kaki novel, mau sangkut shopping novel kat situ haritu..haha..Kak fiezz concentrate ke situ untuk attend satu sesi talk dengan Datuk Yasmin Mahmood, CEO MDEC mengenai satu program yang dilaksanakan oleh pihak MDEC.

Program ni mengenai Digital Ninjas..Kak fiezz mula-mula ingat program apa la ni..Ingatkan ada sekumpulan anak muda berjaya buat aplikasi ke apa,kan..blur jap..Tapi bila Datuk dah mula sesi talk dia & dia terangkan dengan lebih detail baru la tahu program ni pasal apa?

Kehidupan Sekarang Di Kelilingi Teknologi?

Zaman kita sekarang ni semua berkaitan teknologi,kan..sana sini teknologi..handphone tu memang melekat macam kat gam kat tangan..sambil tengok tv, tunggu bas, dalam kelas (pun curi-curi tengok handphone), dalam toilet..Di ringkaskan, orang sekarang memang tak lepas la dengan handphone..Teknologi dalam kehidupan kita sekarang dah macam makanan..Wajib gitu..Nak shopping pun skrg tak payah  nak susah-susah keluar..di mana-mana janji ada smartphone/PC, dah boleh shopping dengan senang hati...Nak bayar bil, secara online saja..Semua di hujung jari la kiranya...

Nak cari apa-apa maklumat, google saja..Macam-macam jawapan ada..cari la yang mana paling tepat dengan persoalan kita tu...

Melalui teknologi ni jugak, ada yang membuat kerja sebagai freelance je dari rumah..Tawaran kerja kosong ni kebanyakan datang dari majikan di luar negara..Untuk maklumat lanjut, korang boleh rujuk di website MDEC. so korang kalau jenis yang malas nak kerja office hour 8-5, nak jadi freelance..Boleh dapatkan info di MDEC. 

www.fiezasani.xyz

DIGITAL NINJAS

Atas faktor teknologi ni, Digital Ninjas ni diwujudkan untuk melatih anak-anak kita yang masih muda remaja untuk terlibat dalam pembangunan teknologi ni..Bukan setakat cuma jadi pengguna tapi membuatnya juga..Kebiasaan kem untuk digital ninjas ni dianjurkan pada cuti sekolah (kalau tak silap k.fiezz)..Apa yg menariknya program ni, bukan sahaja anak-anak ni dilatih dalam bidang teknologi, didedahkan dengan masalah berkaitan teknologi di syarikat besar, dorang juga di latih untuk bertutur dalam english walaupun broken english..

Haritu ada 3 orang dari Digital Ninjas ni yang datang untuk bercerita mengenai pengalaman dorang dalam program ni..Dorang bercerita dalam bahasa inggeris, hokay..fluent ko...

Ni video perkongsian dari 3 orang Digital Ninjas..Dorang terlibat dengan syarikat Digi utk menyelesaikan masalah..Sila tengok video untuk maklumat lanjut...




Okey, dah tengok kan..Kak fiezz bukan expert nak cerita pasal program ni..Kalau korang yang berminat nak hantar anak-anak korang ke kem ni, boleh cuba hubungi pihak yang berkenaan..

INFO RUJUKAN

Datuk Yasmin IG - @yasmin.mahmood 

MDEC IG@mymdec

LifeStyle

Dapat Bagpack Comel

23:16

Kakak fiezz & beg bff sangat..kak fiezz ni dari dulu lagi memang pengumpul tegar beg..macam-macam jenis beg ada dari zaman anak dara..tapi selalu beli yang murah-murah je...Kak fiezz punya konsep, biar murah tapi selalu tukar..gitu..lagipun kak fiezz memang hobi suka tukar-tukar beg pun..rasa bukan k.fiezz je..korang pun sama kan..kan...hehe

Sekarang ni pilihan beg kak fiezz jenis backpack macam dalam gambar ni..Kak fiezz pernah up entry tahun lepas beli 2 backpack branded..Ni bertambah lagi koleksi backpack baru kak fiezz..Souvenir mr hubby beli masa company trip dia ke Xian, China baru-baru ni..Upah tak leh ikut walaupun nak bayar sendiri..

Backpack Comel

www.fiezasani.xyz

Ni la backpack comel koleksi terbaru kak fiezz..harga - RMB259..berapa tu, calculate la ke RM..hehe..Comel tak comel tak..macam kak fiezz,kan..eh..haha


Give Away

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah

22:24

Jom joint Giveaway CN ni..gedik sangat k.fiezz ni..ni kalau menang, mau pening nak beli apa..haha..tapi tak pe..menang ke tidak, belakang kira..bagi sokongan pada rakan blogger konsepnya..so blogger2 jom joint...syarat-syarat pun senang je...

Giveaway doudou.my X cekgunorazimah



Khas buat pembaca cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 April 2018, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 14 Mei 2018 iaitu tepat jam 11.15 malamcekgunorazimah.com bersama lamanweb doudou.my bekerjasama untuk giveaway voucher pembelian pelbagai barangan di doudou.my.

Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Giveaway doudou.my X cekgunorazimah" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 10 orang pemenang akan dipilih untuk memenangi voucher barangan doudou.my bernilai RM30. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mei 2018.

LifeStyle

Kenapa Perempuan Kalau Keluar Rumah Baru Melawa

14:46

Haritu kak fiezz ada up status di Facebook pasal topik seperti tajuk ni..agak hot isu ni rupanya..ramai kaum2 wanita yang komen kat status kak fiezz tu..haha..Balik rumah kak fiezz tanya kat mr hubby ada baca tak komen2 kat status kak fiezz tu, ada yang dia baca..ada yang dia tak dan nak baca..siap dia cakap, ada persatuan ke apa yg komen-komen tu..hah tue la suh tanya lagi...berderet semua ada alasan masing-masing kenapa time nak keluar baru pakai lawa-lawa, mekap bagai..dan majoriti setuju dengan jawapan yang kak fiezz bagi kat mr hubby..

Status ni kak fiezz up di facebook sebab mr hubby tetiba tanya soalan cepumas ni..terkelu jap masa nak jawab..at first ingatkan mr hubby nak bahan k.fiezz ke apa..maklum la k.fiezz time keluar je melawa bagai..kat rumah, selekeh..haha...yea la secara logik takkan nak mekap kat rumah kan...

SOALAN CEPUMAS 



www.fiezasani.xyz

Tapi dah mr hubby beria tanya..jadi kita bagi la jawapan yang logik selogiknya...

Kat bawah ni antara rumusan dari komen-komen yang kak fiezz terima di status atas ni...

Kenapa perempuan nak keluar rumah baru melawa 

Nak keluar baru melawa untuk 
*Self confidence - 
Untuk diri sendiri berdepan dengan orang ramai terutama yang bekerja..Tapi yang tak bekerja pun, waktu keluar mesti kita akan berjumpa / terserempak dengan orang ramai..Jadi dah tentu kita nak nampak cantik..plus bila kita cantik, orang pun puji 'ooo..cantik bini dia..pandai husben dia jaga'..see nak jaga air muka suami...

*Faktor kerjaya
Betul..ramai wanita sekarang berkerjaya..Jadi keperluan untuk nampak cantik bagi kepuasan diri sendiri bila nak berdepan dengan orang ramai macam yg k.fiezz mention kat atas ni...

*Untuk Suami
Tak nak suami pandang perempuan lain yang mekap lagi tebal dari kita..padahal kita mekap sikit2 je cuma nak nampak cantik..So mekap & pakai baju cantik2 bila nak keluar dengan suami untuk jaga pandangan nakal suami beralih kat perempuan lain...

Kenapa tak boleh nak melawa kat rumah..

*Kat rumah bukan tak boleh nak bergaya tapi secara logik, tak rimas ke nak buat kerja rumah pakai baju lawa-lawa..Nak mekap pun rasa membazir sbb nak kena buat kerja-kerja rumah terutama kalau suami tak membantu langsung..dan seperti yang kita tahu la bila buat kerja-kerja rumah ni, mmg cepat la berpeluhnya..ate nak mekap macamana...Jadi bila keluar baru kita nak melawa sebab tak ada nak buat apa..Memang nak keluar berjalan..dan kita keluar dengan husben..sekali lagi nak jaga air muka husben..tak ada la orang cakap 'eh..apa pakai baju macamtu, suami dia tak beli baju ke..ketinggalan fesyennya'...hah, tau je la kan mulut-mulut makcik bawang ni..aihhh...

*Kalau yang ada anak-anak berderet pulak, bukan tak nak melawa tapi kalau suami tu tolong buat kerja rumah sesama tak pe la..ada gak masa si isteri nak membelek muka kat depan cermin..ni semua harapkan isteri, suami lepak je sambil main handphone..rasa-rasa, dan ke nak membelek muka depan cermin...

*Masa untuk mekap yang agak lama tu boleh save untuk kita buat kerja rumah..cepat siap, cepat rehat...hehe

Dan boleh je nak cantik-cantik depan suami di rumah..Kita pakai baju seksi-seksi sikit..suruh dia belikan..Okey la tu kan..Cuma part mekap tue tak la coz nak buat kerja rumah...

So korang ada nak tambah tak?jom share selain dari reason kat atas ni...

advertorial

Kempen Jom Pi Pasar Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

10:49

Jom korang..jom pi pasar..kat pejabat k.fiezz, setiap Selasa & Khamis hari pasar..Macam-macam bahan mentah ada..Kak fiezz pun salah sorang pengunjung tetap pasar tue..sebab beli bahan basah macam ikan, daging, makanan laut seperti udang.. Harganya pun lebih murah & segar gitu..Sayur pun ada..Kalau kawan pejabat k.fiezz paling suka beli sayur kampung sebab kat pasar je ada..pasaraya macam Aeon, Tesco, Giant..Susah nak cari..Kak fiezz rasa bukan kitaorang je yang suka ke pasar untuk dapatkan bahan-bahan mentah samaada kering ataupun basah..Semua pun suka..Sebab paling utama, harga lebih murah sikit dari pasaraya & barangnya lebih segar..

Kempen Jom Pi Pasar

www.fiezasani.xyz
Sumber : Google

eh..dah kenapa kak fiezz cerita pasal pasar pulak ni,kan..okey, sebenarnya nak story kat korang mengenai kempen 'Jom Pi Pasar' ni yang di laksanakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur..Korang tahu tak inisiatif pihak DBKL ni untuk warga yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khususnya terutama di kawasan perumahan awam seperti PPR (Program Perumahan Rakyat), pihak DBKL telah mengadakan kempen 'Jom Pi Pasar' ini sejak awal tahun 2017. Program ini dilaksanakan untuk membantu meringankan keluarga yang berpendapatan rendah. Semasa kempen Jom Pi Pasar ni dilaksanakan di kawasan pasar yang terpilih, kupon sebanyak RM20 diedarkan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan..

Mesti nak cakap, ala RM20 je..eh..rezeki jugak tu dapat kupon RM20..siapa nak bagi tu..Zaman ni serba serbi mahal chuolls..dan kempen ini pun disasarkan di kawasan yang mempunyai penduduk berpendapatan rendah..dan k.fiezz layak rasanya dapat kupon tu sebab k.fiezz duduk di kawasan perumahan yang dikategorikan itu..hehe...Nak check la bila kempen 'Jom Pi Pasar' ni akan buat kat area rumah k.fiezz pulak.. Nak jugak berbelanja secara berhemah di pasar..#janganjeles, hokay..hehe

Kempen 'Jom Pi Pasar' membantu golongan yang berpendapatan rendah


Selain dari mendapatkan bahan-bahan mentah di pasar, kak fiezz suka ke pasar kerana senang nak dapatkan produk seperti mihun, mee, kuew tiow dan banyak lagi makanan segera (fish cake, fish ball dan lain-lain) yang dikeluarkan atau diusahakan oleh usahawan bumiputera..Seperti kita tahu,produk yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera ni,kita dah tahu proses pembuatan produk tersebut..Jadi kita lebih yakin menggunakannya..

Secara tidak langsung menaikkan permintaan terhadap produk keluaran bumiputera.

Eh dah tercerita pasal produk bumiputera pulak..okey, sebenarnya nak share dengan korang kempen 'Jom Pi Pasar ni, pada kak fiezz sangat-sangat wajar diteruskan dan dilaksanakan secara berterusan kerana tujuan utamanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah. Terutama buat mereka yang mempunyai keluarga besar, sumber makanan yang diperlukan juga lebih besar..Dengan harga barang yang boleh didapati dengan murah di pasar serta kupon RM20 ini, sikit sebanyak dapat mengurangkan beban ketua keluarga...Kebanyakan keluarga dari golongan berpendapatan rendah ni, hanya ketua keluarga sahaja yang mencari rezeki..manakala isteri di rumah menguruskan rumahtangga..Jadi faktor pembelian barang mentah samada basah mahupun kering, perlu dibeli mengikut bajet yang bersesuaian...

Jom pi pasar!!

Jom kongsi kenapa korang pun suka membeli bahan-bahan mentah di pasar?

souvenir for my reader

Siapa Yang Bertuah Dapat Sample Althea Bare Essential?

17:06

Sample Althea Bare Essential

Dalam entry INI, kak fiezz ada cerita pasal produk Althea Bare Essential yang best ni..dan kak fiezz mencari dua pengomen bertuah yang mengikut syarat yang ditetapkan untuk mencuba sendiri Althea Bare Essentials ni...dan tadaaa..dah jumpa pengomen bertuah tu..tahniah Miza Talib & Shafyqah Azry...Korang terpilih untuk mencuba sample bare essentials dari Althea ni...

Selamat mencuba Althea Bare Essentials , kalau serasi boleh la teruskan penggunaan Bare Essentials ni...

www.fiezasani.xyz

Cenderahati Dari Medan

Selain dari sample althea bare essentials ni, kak fiezz selitkan cenderahati dari Medan untuk dua orang yang bertuah ni...Kalau nak pos sample tu je nipis la plak..Kebetulan k.fiezz memang ada beli extra cenderahati masa kat Medan untuk pengomen blog kak fiezz..Jadi kak fiezz selitkan sekali cenderahati ni..

LifeStyle

Redeem Digi Reward - Kit Kat Chocolatory Di Mid Valley

11:01

Redeem DiGi Reward 

Semalam k.fiezz share pasal redeem Digi rewards, beli Elianto Brilliant Riche Lip Color..Yang ni kak fiezz redeem di Kit Kat Chocolatory pulak..Beli satu percuma satu Kit Kat..Harga bergantung pada jenis coklat yang kita nak..so redeem Digi reward untuk kit kat ni dua sebab dua nombor Digi..jadi dapat 4 kotak..Yang redeem ni bergantung pada offer tau jenis coklat yang dapat free..Masa k.fiezz redeem Digi Reward untuk Kit Kat Chocolatory ni, dapat perasa Almond & Orange..

Kit Kat Chocolatory

Kat kit Kat chocolatory ni, kita boleh beli flavour yang jarang ada kat pasaraya..Nak customized ikut selera sendiri pun boleh..Pilih la kombinasi yang korang nak..Antara flavour yang unik - Ice kacang, Nasi Lemak, Durian dan banyak lagi pilihan..Ni antara yang kak fiezz ingat sebab unik..Sebelum beli tu, kalau nak rasa tester, ada disediakan..Korang boleh rasa..Haritu k.fiezz cuba Ice kacang..memang rasa ice kacang sungguh..Nasi lemak, bila makan rasa bubur kacang hijau pun ada..bukan k.fiezz je cakap..adik ipar, mr hubby pun cakap yang sama..Kata staff Kit Kat Chocolatory, tourist ramai beli perasa Nasi Lemak tu...


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Harga bergantung pada jenis perasa coklat yang kita nak..Haritu k.fiezz & mr hubby pilih Caramelized Pecan & Green Tea Almond..dan free  Almond & Orange (2 kotak)...Redeem untuk 2 nombor Digi...so total 4 kotak...

Rasa & Rupa Kit Kat di Kit Kat Chocolatory?

Coklat..kan..harus la sedap..kak fiezz ni memang peminat coklat so sedap je pada deria rasa lidah k.fiezz ni..eh, sapa tak suka coklat..semua suka...

Dari segi saiz,lebih tebal sikit dari yang biasa kita beli di pasaraya dan dalam bentuk 4 jejari...Kekacang pada setiap coklat ditabur di bahagian belakang..Nak makan kena lapik kalau tak berterabur..

Kalau korang bosan dengan flavour yang biasa ada kat pasaraya, boleh cuba di Kit Kat Chocolatory ni..Unik flavour yang ada, as kak fiezz beritahu tadi..Nak customized pun boleh..Sesuai la kalau nak bagi hadiah ke kat sesapa..Boleh pick flavour dan topping yang korang suka...

Kit Kat Chocolatory yang kak fiezz pi ni di Mid Valley..ada 2 lokasi dalam Mid Valley...Satu di bawah [LG] nak naik ke eskalator & berhadapan dengan farmasi (sorry tak ingt nama farmasi tapi kat hujung..Dekat dengan Aeon)..Satu lagi di tingkat SATU, memang kedai Kit Kat Chocolatory..Macam butik gitu..Keluar dari situ lepas beli kit kat, terasa cam orang Ada-ada je..haha...mau tak rasa gitu, beli kit kat ada paper bag..kelasss...