AFB Feeds

LifeStyle

Nak Bela Kucing, Pastikan Kucing Melepas Di Rumah Sendiri

12:27

Entry ni berkaitan status semalam update kat fb..Geram je rasa..Ni khas untuk yang pencinta haiwan..Faham sangat korang sayang benor dengan kucing..Tapi tolong la beradap sikit..Jangan ajar kucing berak merata..Ajar buang depan rumah tuan dia..Agak2 tuan dia okey tak?Dengan bau-bauan + pemandangan yang tak baper nak indah di mata...Kak fiezz tak kisah yang suka sayang sangat dengan kucing..faham sangat la naluri sayang tu, kan...tapi yang marahnya kucing kesayangan tu duk membuang najis merata rumah orang, yang tu menaikkan kemarahan..Macam semalam, bukak je pintu bau semerbak..Dah tau mesti kucing melepas kat area koridor rumah kak fiezz ni..walaupun dia tak kena betul2 depan rumah kak fiezz..kena kat rumah sebelah..tapi bauan dia 'sila kongsi bersama'..jiran kak fiezz tu pulak, geli agaknya..harus la kan..kak fiezz pun geli..dia tak nak basuh..so nak tak nak mr hubby la tolong basuhkan semalam sebab kalau dibiarkan, nanti jadi port kucing tu membuang lagi..geram je, tau..kucing orang lain..orang lain yang kena basuh..tak nak pulak kucing tu membuang depan rumah tuan dia,kan..bagi makan nak..kucing melepas, tak nak uruskan..orang lain pula kena cucikan...

Kita ni duk kat rumah flat..Ikutkan syarat & peraturan perumahan awam tak boleh bela haiwan peliharaan tapi ada yang degil nak bela..tak kisah korang nak bela sebab korang pencinta haiwan sangat..tak macam kak fiezz ni, hah..tapi tolong la guna adap & kesedaran sivik untuk berhemah sikit..ni kang nak tegur, memasing dah jadi mak bapak orang..Ni untuk sesapa yang bela kucing la yea terutama yang duduk di rumah bertingkat-tingkat (flat derrr), tolong la nak bela kucing, sila kan tapi PASTIKAN KUCING TU MELEPAS DI RUMAH SENDIRI..Jangan time melepas, halau kucing tu pi koridor rumah orang lain..Rasa-rasa tak mampu nak beli pasir untuk kucing membuang, jangan BELA KUCING...Tolong guna akal fikiran yang Allah dah bagi tu untuk fikir kat orang lain yang kena basuh najis kucing yang sayang sangat tu...Lepas tu cuba letak diri kat tempat orang lain, rasa-rasa seronok ke tengok pemandangan hari2 longgokan buangan kucing tu di koridor rumah sendiri...Kak fiezz sabar lagi ni..Kalau dah melampau sangat, memang ku report je kat pengurusan...Semalam baru mr hubby basuh..Pagi ni, kucing tu duk melepas juga najis kat koridor..pffttt..bosan tau tak nak mengadap orang tak ada sivik macamni...Nak mengata tapi tak baik..Orang dah bagi duk flat, sewa pun murah..perangai tu elok la sikit..ni perangaiii...Pffffttt...

Maaf la entry ni memang geram sangat...Nak je tampal entry ni lekat kat kawasan rumah kak fiezz tu..geram sangat...

review

Safi Balqis OxyWhite Untuk Merawat Kulit Muka Kusam Dan Gelap

09:30

SAFI BALQIS OXY WHITE

Sekarang ni kaum hawa tak kira yang remaja ataupun yang dah berkerja macam kak fiezz ni, amat mementingkan penjagaan muka. Kenapa perlu jaga? Nak ke kulit muka kusam dan gelap..Tambahan pula rutin harian kita yang sibuk & terdedah dengan cuaca tak menentu, udara yang tercemar, pemakanan kita yang tak seimbang semua memberi kesan pada kulit kita yang menyebabkan kulit muka kusam dan gelap..Jadi penjagaan muka perlu di titik beratkan samaada dengan pengambilan makanan tambahan atau vitamin untuk merawat kulit dari dalam atau menggunakan produk kecantikan yang bersesuaian untuk membantu memperbaiki struktur kulit kita di bahagian luaran..Yang terbaik adalah pengambilan makanan tambahan atau vitamin untuk kulit bagi merawat dari dalam tapi kak fiezz tahu ramai yang malas nak makan2 vitamin ni..Jadi kak fiezz cadangkan korang WAJIB menjaga kecantikan kulit dengan menggunakan produk kecantikan yang bagus....Persoalannya banyak produk kecantikan sekarang ni..Mana nak cari produk kecantikan yang bagus?okey, meh sini kak fiezz nak kongsi set produk kecantikan jenama Safi Balqis Oxy White..Yang bestnya set Safi Balqis Oxy White ni, selain merawat dari luar, ia juga bertindak seperti vitamin kerana dapat merawat kulit dari dalam juga..Jadi tak pening nak kena makan vitamin & jaga kecantikan muka dalam masa yang sama..Dengan Safi Balqis Oxy White, ia bertindak 2 dalam 1...

RANGKAIAN PRODUK SAFI BALQIS OXYWHITE

Memahami kehendak setiap gadis untuk memiliki wajah cerah sempurna, Safi jenama HALAL tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baru dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite. Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit muka kusam dan gelap. Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secara efektif dengan memperlahankan pembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.


Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Di bawah set SAFI BALQIS OxyWhite yang terdiri daripada :~

   SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
   SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
   SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel

www.fiezasani.xyz
SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek          : 50g/ 100g
RCP                : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:

(a)  Membersih jauh ke dalam liang pori
(b) Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
(c)  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
(d) Sesuai untuk semua jenis kulit

SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek          : 100ml
RCP                : RM10.90 (selepas 6% GST)
Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

(a)  Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
(b) Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
(c) Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol

SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek          : 45g
RCP                : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:

(a) Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
(b) Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka 
(c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
(d) Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
(e) Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam



www.fiezasani.xyz
                                                         Rangkaian produk Safi Balqis

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

👉Masalah JERAWAT 

Jalan-Jalan Cari Makan

Pertama Kali Cuba Makanan Korea di Dubuyo Sogo

22:44

1st time makan makanan korea...Seriusly, kalau orang lain dah beratus kali makan makanan korea..kak fiezz tak pernah terfikir nak cuba sebab kak fiezz bukan peminat cerita korea..haha..ada kaitan ke?agaknya la..kak fiezz selalu fikir, kalau orang suka tengok cerita korea, mesti suka makanan korea..kak fiezz bukan peminat cerita korea..tapi seorang kawan kak fiezz dalam gambar ni, peminat cerita korea..dia tau je cerita korea yang mana paling top..kak fiezz memang, ermmm..sekian..hehe...Berbalik pada cerita makan makanan korea ni, waktu lunch tadi kak fiezz & kawan-kawan makan kat Dubuyo Sogo..Biasa la hari jumaat, rehat lama kan..Jadi kakitangan kerajaan macam kak fiezz & kawan-kawan ni, memang cari peluang la makan kat luar..Tukar selera sekali-sekala..Tak selalu..Selalunya time2 dapat gaji macam ni..Boleh la makan kat luar..Jadi tadi pilihan sponsor di Dubuyo Sogo..

Nak order tadi pun, kak fiezz & seorang lagi member tak tahu nak order apa..Kitaorang berdua tak pernah try makanan korea..Jadi minta pendapat kawan kak fiezz yang fanatik dengan korea tu bagi cadangan..Jadi kawan kak fiezz, cadangkan menu kat bawah ni..Maaf, nama menu tak ingat...haha..Rasa dia macamana?Untuk selera kak fiezz yang tekak melayu atau sekali-sekala western ni, boleh lalu kat tekak makanan korea ni..Sedap...Kimchi tu 1st time cuba..Eh!!Sedap..Patut la ramai orang suka benor dengan Kimchi..Sebelum ni pelik juga, apa yang sedapnya..Bila dah rasa..Hah, ko!!Sedap...Tapi kak fiezz tak makan habis kimchi tu sebab risau perut tak boleh terima..Tadi test dulu tengok perut tahan ke tak?Bukan apa takut mengulang ke bilik ayor..dan sangkaan kak fiezz meleset..Tak ada berulang ke toilet..Terbaik!!Jadi lain kali boleh cuba lagi makan kimchi atau makanan korea ni...

Ni la menu tengahari kak fiezz tadi..Nama makanan tak ingat tapi air Ice Peach Tea...Favourite kak fiezz air ni...

Sorry, kualiti gambar kurang memuaskan..Handphone lama..Nak kena tukar ni..eh!!motif sangat..hehe..Abaikan kawan kak fiezz yang tunjuk kat makanan tu..


Geng lunch kak fiezz tadi..Yang tudung kelabu & specky tu kaki cerita korea..Dia la bagi cadangan pada kak fiezz & kawan kak fiezz yang tudung corak2 tu, menu apa nak makan..Harap kitaorang tadi, macam dah blur..Apa la nak di order ni?Yang baju hitam tu, officer tempat kak fiezz..Lunch ni sponsor oleh officer kak fiezz ni..tQ Cik Julie..Lain kali belanja lagi..hehe

So, lepas ni nak ajak mr hubby pulak cuba makanan korea..Tak tahu la tekak dia boleh terima ke tak?tak cuba, tak tahu kan..Sekali-sekala tukar selera...

bisnes kecil-kecilan

Lactose Intolerance?Banyakkan Susu Badan

10:38

Baru ni ada 1 komen kat entry yang kak fiezz review pasal satu produk ni untuk banyakkan susu badan untuk ibu2..Komen tu mula2 kak fiezz tak faham sebab pengomen sebut perkataan Lactose Intolerance..Haih, apa ke menda la pulak ni?Maaf la, tak baper nak pandai pasal ni..Jadi kak fiezz cari info kat mr gugel, apa ke menda la Lactose intolerance ni..Dari hasil cari kat mr.gugel, Lactose Intolerance maksudnya alahan pada laktosa..Dalam erti kata lain Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.  oo..gitu..tapi kak fiezz tak pasti alahan laktosa ni untuk semua jenis susu ke apa..maksud kak fiezz susu lembu dan susu kambing..tapi kat bawah ni info yang kak fiezz dapat dari blog Laman Seri ni..Produk yang kak fiezz review kat entry NI  kandungannya terdiri daripada bahan2 semulajadi & antaranya susu kambing...Jadi si pengomen minta cadangan kak fiezz okey ke tak dia nak cuba satu lagi produk lain iaitu Pump It milkbooster..Haih, kak fiezz tak expert uolls..Kak fiezz bukan pakar penyusuan badan..Jadi tak berani nak cakap produk tu bagus..produk ni bagus..Produk tu gerenti boleh banyakkan susu badan..Produk ni boleh banyakkan susu badan..Kalau uolls nak tahu, kena la cuba sendiri produk tu mengikut kesesuaian badan masing-masing...Lepas tu boleh rasa sendiri produk2 tu berjaya banyakkan susu badan macam yang uolls nak ke tak...

Eh..Lupa pula, ni info mengenai makanan yang mengandungi laktosa macam awal entry kak fiezz tadi...

Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.  
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.

Jadi untuk ibu2 yang ada masalah LACTOSE INTOLERANCE macam pengomen kak fiezz ni, kak fiezz nak cadangkan cara alternatif iaitu amalan pemakanan herba tradisional..100% asli hanya menggunakan serbuk manjakani..yea..kak fiezz sekarang agen jamu manjakani jadi kalau korang ada masalah2 wanita yang pernah kak fiezz kongsi kat SINI & SINI..Korang boleh roger kak fiezz, k..Insyaallah kapsul serbuk manjakani boleh membantu masalah2 yang korang hadapi tapi dengan syarat utama, korang WAJIB KONSISTEN..Jangan makan sebotol, tak nampak kesan..terus berhenti..No..salah itu..Bagi masa untuk jamu manjakani tu bertindak dalam badan kita..eh!!boleh ke ibu2 yang menyusukan badan makan kapsul serbuk manjakani?Mesti ramai yang tertanya2...okey, kejap lagi kak fiezz bagi testimoni dari founder jamu manjakani sendiri sebab dia pun tengah menyusukan anak & testimoni dari ibu2 yang menyusukan baby yang dah mencuba sendiri jamu manjakani...


Testimoni founder

www.fiezasani.xyz


Kalau korang masih ragu-ragu? Terpulang..Tepuk dada tanya selera..Kat bawah ni testimoni yang founder kongsikan kat status dia..Kak fiezz, edit sikit supaya senang korang nak baca...

www.fiezasani.xyz





Jadi ibu-ibu yang nak mencuba sendiri jamu manjakani boleh roger2 kak fiezz, k ;)

WhatsApp 0163333046

advertorial

Di Mana Nak Dapatkan Bateri Kereta Murah..Servis Terbaik dan Selamat Untuk Wanita

08:00

BATERI KERETA MURAH 

Kat mana nak cari bateri kereta murah..servis terbaik..Eh!dah kenapa cerita pasal bateri kereta ni..Macam la kak fiezz terer benor..Idok la pandai...Tapi kalau tetiba bateri kereta kong..Mesti masing2 dah pening kepala..Mana nak dapat bateri kereta murah..Bateri kereta mana ada yang murah..Kalau bawa kereta ke bengkel, sah2 kena 'ketuk' dengan mekanik..Kalau kereta perodua kancil bateri RM300...Jadi kita sedia maklum harga bateri kereta mahal..
Takkan tak nak tukar kalau bateri kereta kong..kereta pengangkutan utama kita..Nak bergerak pergi-balik kerja..Kalau hari cuti, nak bawa keluarga jalan2..Jadi nak tak nak kalau bateri kereta kong.Kena la tukar..Kita ni plak dalam kes nak tukar bateri kereta,mesti nak cari yang bateri kereta murah..harga berpatutan..servis terbaik..Agak2 ada ke bengkel yang dapat memenuhi piawaian kita ni?Bengkel memang susah nak dapat yang macam ni..Tapi ada satu tempat yang menawarkan bateri kereta murah & servis terbaik..

BATERI KERETA MURAH


Nanti kak fiezz cerita lebih detail kat bawah kat mana nak dapatkan bateri kereta murah..

Sebelum cerita pasal bateri kereta murah ni, nak tanya korang kaum wanita kalau berada dalam situasi kat bawah ni..lelaki..pi main jauh2 sebab korang terer pasal kereta..

Cuba bayangkan korang berseorangan balik kerja lewat malam..atau terleka di shopping kompleks..Tahu2 dah nak tutup je mall tu..So kena balik rumah la kan..Takkan nak tidur kat pejabat atau kat shopping kompleks tu pula..Jadi korang pun naik kereta & nak drive balik rumah, tapii kereta buat hal..bateri kereta kong..Agak2 apa tindakan korang?


A. Keluar dari kereta & repair sendiri..
B.Telefon suami/pasangan/family/kawan minta bantuan..
C. Cari bengkel yang paling dekat..
D. Telefon BATERIKU.COM

Agak-agak yang mana pilihan korang?

Kalau yang mana pandai berkaitan kereta,confirm pilih A..Yang jenis tak berapa nak pandai macam kak fiezz ni harus pilih B..C pulak..takkan kita nak pi cari bengkel malam2..Jadi pilihan yang selamat & terbaik harus la D..Kenapa kena pilih D?Sambungan cerita selanjutnya kat mana nak dapatkan bateri kereta murah.. 

 Bateriku.com? 

bateri kereta murah

Pernah dengar tak pasal bateriku.
com ni..tak pernah..okey, meh nak cerita..Bateriku.com menawarkan servis
PEMASANGAN & PEMERIKSAAN PERCUMA untuk kereta kita..Caj cuma dikenakan untuk harga bateri sahaja..
Harga bateri kereta di sini adalah lebih rendah dari bengkel atau tempat alat ganti..Tue yang dari tadi kak fiezz beritahu bateri kereta murah..bateri kereta murah..kat mana korang boleh dapatkan bateri kereta murah?Jawapannya kat sini...Okey, sekiranya pihak bateriku.com telah membuat pemeriksaan & masalah bukan berkaitan dengan bateri tiada sebarang caj akan dikenakan..dan Pihak bateriku.com yang datang masa itu akan teman kita sehingga bantuan lain sampai..Bantuan ini sangat-sangat diperlukan oleh kita kaum wanita terutamanya bila kita berada dalam situasi yg kak fiezz bagi contoh kat atas..

Untuk pengetahuan korang juga, waranti bateri dengan pihak bateriku.com boleh dibuat di mana-mana sahaja dalam kawasan yang diliputi oleh bateriku.com.

Contohnya korang beli bateri di cawangan Shah Alam dan kereta korang bermasalah di Penang, korang boleh terus rujuk pada cawangan Penang untuk bantuan. Tidak perlu la korang nak balik ke Shah Alam untuk membuat tuntutan (mengikut terma & syarat)..Di mana je korang ada masa tu, boleh terus hubungi cawangan bateriku.com yang berdekatan..atau korang boleh semak lokasi bateriku.com kat SINI...atau nak lagi mudah bateriku.com dah ada aplikasi..Jadi hanya download sahaja di http://apps.bateriku.com/..

KENAPA BATERIKU.COM SELAMAT ~

Installer yang boleh dipercayai (jujur)
Berpengalaman

bateri kereta murah

NAK TUKAR BATERI KERETA?
#JanganTukarDulu
MUNGKIN BATERI OK LAGI !
#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion
JIMATKAN DUIT ANDA

Panggil BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279

Mereka datang ke lokasi anda | Pemeriksaan PERCUMA | Tidak perlu beli bateri & DIJAMIN tiada sebarang caj sekiranya bateri anda masih elok.

Isnin ~ Ahad | 7am~1am | Johor ke Perlis

Anda berminat menyertai BATERIKU.COM di seluruh negara ?? Sila mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner ( Full Time/Part Time/Freelance) >> Rakan Wokshop >> Rakan Tow Truck


Best ke di Langkawi ?

Cuci Mata di Matta Fair 2017

12:31

MATTA FAIR 2017


Ke mana kita ney?next trip dengan family mr hubby...tempat dah tahu kat mana..Cuma nak cari pakej2 untuk trip semasa kat situ nanti..Mana tau kat Matta Fair 2017 ni ada pakej2 yang menarik..
Eh Ke mana kak fiezz ni, kan?Nanti iolls update later yea..
So hari jumaat lepas, kak fiezz cuti untuk gi ke Matta Fair 2017 dengan mr hubby..Lokasi biasa untuk Matta Fair di PWTC..Masa ke sini hari jumaat lepas, kitaorang naik motor je..Tak kuasa naik kereta..Confirm jammed uolls..Dan sangkaan kitaorang sangat tepat..Jammed..Bawa motor, senang..parking boleh selit2 je..advantage bawa motor...

Bayaran masuk ke Matta Fair 2017 ni RM4 / dewasa...Lepas membuat bayaran, kita akan dapat beg kaler pink yang macam kak fiezz pegang tu..Fungsi..Nanti dah masuk kat dalam hall pameran, banyak flyers, risalah pelancongan kita akan dapat..Jadi tu la fungsi beg pink ni...Berguna sangat..Sampai berat la beg ni, hah...Fokus kitaorang masa ke sini, bahagian international gitu..Nak cari pakej yang kak fiezz beritahu tadi..Dan ada jumpa satu travel agent tawarkan pakej trip ke tempat yang jadi lokasi percutian kitaorang nanti..Kebanyakan travel agent lain, tak ada tawarkan pakej trip ni..Kena ambil whole package..Kitaorang dah book sendiri tiket & penginapan..Cuma nak cari aktiviti yang boleh kitaorang buat masa kat sana nanti..Kebanyakan aktiviti kitaorang free & easy je tapi nak la juga buat satu - dua aktiviti masa bercuti ke sana...

Jom kak fiezz kongsi gambar2 masa kat Matta Fair 2017 ni...Kak fiezz & mr hubby pergi ke Matta Fair 2017 ni, dua kali yea uolls..ngeee..Hari pertama & hari ketiga..Masa hari pertama tu cari pakej trip..Dah tau berapa jumlah yang kena bayar seorang..Kitaorang bincang dulu dengan member group yang akan joint trip ni..Jadi bila semua dah setuju, baru bayar deposit..Tu yang kena pergi ke sini kali ke-2 sebab staff travel agent minta datang buat bayaran kat sini..

Hari pertama - Jumaat (17/3/2017)

Sebelum masuk ke dewan, WAJIB la posing dulu..


Tiket masuk untuk hari jumaat (warna tiket tu ikut hari)..Masa 1st day haritu, warna seperti dalam gambar ni..Hari ke-3 warna oren..hehe

Booth-booth domestik & antarabangsa..Pilihan di tangan korang...Yang mana menarik & rasa berbaloi untuk diterjah..

Dah feeling2 kat Indonesia ni, hah..Siap ada sesi urutan lagi...

Booth ni cantik..Siap ada makanan ringan lagi disediakan..Booth ni tak ramai sangat orang sebab tempat percutian dia, seriusly kak fiezz tak pernah dengar..


Antara yang menarik perhatian kitaorang haritu..Pakej ni murah tapi tiket kapal terbang, mahai benor nak ke Bandung..Mr hubby cakap, macam tak berbaloi je...oo..tiket kapal terbang kita beli sendiri yea..Travel agen ni cuma tawarkan pakej je..Memang menarik tapi harga tiket mahal...

matta fair 2017
Saja usha kalau ke Korea berapa?hah, tue dalam gambar..telan air liur...Ni lokasi percutian cadangan adik kak fiezz..So, KIV dulu...

Masa berjalan-jalan kat Matta Fair 2017 ni, suami isteri lupa diri..Tak makan..Kebetulan ada satu travel agent tu ada offer Japan Snack ni..Kita cuma perlu isi e-mail je..Apa lagi, isi le..Sedap weiii..Ambil feel dulu konsepnya..hehe

Ni masa hari ke-3

Serius muka mr hubby..

Tengah kira jumlah bayaran untuk pakej trip yang kitaorang pilih..Telan air liur tengok jumlah dia, weiii..Tapi nak cuti2 konsepnya..Jadi bayar dengan senyum...
Kebanyakan travel agent yang ada kat Matta Fair, tak ada tawarkan pakej trip macam dorang ni..

Dari hari pertama nampak staff travel agent ni..lawanyaaa..Kan main mancung hidung dia..
Dari Rusia dia ni tapi stay kat Jepun...

Ni la travel agent yang kitaorang ambil pakej trip tu..

Dapat snack dari jepun lagi..ngeee..

Yeay dapat redeem hadiah sebab kitaorang beli pakej kat booth Sedunia Travel dan cabutan bertuah...hadiahnya sat gi, kat bawah..

Kak Fiezz ambil mood holiday...hehe

Tangkap seorang staff  yang pakai kimono ni...nak tangkap gambar...kan nak ambil mood..hehe

Hi Tokyo ;)

Hadiah yang kak fiezz cakap tadi...

Hadiah redeem - topi

Hadiah cabutan bertuah-Japan Mayonnaise
Pen & Gelang tu cenderamata masa lalu kat booth Japan...

Agak-agak mana la lokasi percutian kak fiezz & family mr hubby ni?
Hehe...

LifeStyle

Minum Air Teh Badan Jadi Angin?

17:22

Air Teh


Kakfiezz ni seorang penggemar air teh..cewah..nak try bahasakan diri kakfiezz la..hehe..ala2 keknis gitu..okey, back to the topic..kalau makan kat luar, mesti order air teh ni..bukan tak suka air lain tapi macam tak baper nak gemor kat tekak..kadang tukar juga sekali sekala tapi air teh tetap pilihan utama..Baru2 ni ada seorang blogger up status kat bawah ni..kakfiezz pun komen sebab ex member ofis pernah kongsi juga pasal menda yang sama..air teh elok diminum waktu panas..sebab kalau dah sejuk,boleh menyebabkan badan angin..lepas ex ofismate beritahu tu, terus kakfiezz tukar cara minum...kakfiezz ni tak ada masalah nak minum air panas..tapi jangan la panas sangat..ala2 sederhana gitu...suam2 le senang citernya...Jadi bila kak ita ni reply komen kakfiezz macam kat bawah ni..baru tahu info baru pasal air teh ni..kakfiezz kongsikan kat sini dengan korang juga yang gemor air teh macam kakfiezz...

Jadi lepas ni, dah tau..jangan buat macam yang selalu buat tu,k...

Dapur FiezaSani

Dapur FiezaSani ~ Rendang Ayam Mudah Dan Sedap

10:36


Bila fieza rajin masuk ke dapur hari bekerja..hehe..terhasil la rendang ayam mudah dan sedap..haha..konon2 macam sedap..tapi tanya mr hubby, sedap katanya..jadi ai is kembang muntot kejap..Rendang ayam ni cara masak mak aku..First time aku try masak rendang ayam..Sebelum ni, mak yang buat..dan aku memang suka sebab sedap..Kali ni, aku cuba pula..#siscuba okey...Jom tengok bahan-bahan dia..Very da simple..Untuk wanita2 yang berkerja macam aku, sesuai sangat la masakan yang simple macam rendang ayam mudah dan sedap ni..


Bahan2 :~

Ayam
 1-2 Biji Bawang Besar **
3 Ulas Bawang Putih **
1/2 inci halia **
1-2 Batang Serai **
Asam Keping
2-3 Sudu Besar Cili Kisar
Santan
Daun Kunyit
Serbuk Kunyit
Kerisik
Garam

Cara Masak :~

a) Kisar semua bahan yang bertanda ** bawang besar, bawang putih, halia, serai..
b) Masukkan semua bahan kisar dan ayam, santan, cili kisar, serbuk kunyit, daun kunyit, kerisik serta garam di dalam kuali/periuk...
3) Kacau-kacau sekejap bagi sekata semua bahan di dalam kuali/periuk & biarkan seketika..Sekali-sekala kacau-kacau sekejap sehingga rendang masak...

SIAP!!  

Komen mr hubby - sedap..terbukti sebab licin dengan kuah dia sekali...

LifeStyle

Memudahkan Kerja-Kerja Di Dapur

11:35


Homemade pes cili..Hasil air tangan fiezasani..Sebab..Untuk memudahkan kerja-kerja di dapur pada hari bekerja..Maklum la wanita berkerjaya gitu..Kadang beli lauk dah siap..Tapi kalau hari-hari beli lauk luar, boring juga..Jadi sesekali kalau rasa nak masak, bahan-bahan asas dah siap..Senang kerja..ngeee

Botol yang kaca tu, cili kering kisar je..Bekas plastik yang tutup biru tu campuran cili kering + bawang merah + bawang putih..Yang tu kawan pejabat aku yang punya idea sebab dia buat macamni gak..Jadi moh la kita buat juga..Dulu tak pe, sebab kitaorang duduk sekali dengan mak..Petang balik kerja, mak dah siap masak..ngeee..Sekarang ni mak dah pindah duduk kat kampung, kena la ahkak turun ke dapur petang-petang lepas balik kerja, kalau tetiba mood nak masak tu datang..

Jadi homemade pes cili ni memang membantu sangat kerja-kerja di dapur..


LifeStyle

Ulam Kampung Tapi Harga KL

20:14



Petai ni aku beli kat Pasar borong..Nak tahu harga dia?RM10 sepeket..Masa bayar tu, tanjat sekejap..Sebab aku beli ubi kentang dalam 4-5 biji, harga RM1.50..Total sekali dengan petai ni RM11.50..Aku tanya balik dengan penjual tu berapa harga kentang, dia cakap RM1.50, petai RM10..Mak aihh..Rasa nak letak balik je masa tu..Tapi bayar juga le sebab reaksi terperanjat tu tak berjaya mempengaruhi otak aku untuk 'stop' jangan beli petai..hehe

LifeStyle

Operasi Hari Minggu Menghapuskan Lipas Yang Bermaharajalela

11:33

Lipas oo lipas

Hari sabtu baru ni, aku melancarkan perang dengan lipas..Tak sengaja kisahnya..

Masa bangun pagi, aku nak siapkan breakfast..Sekali terjumpa serombongan lipas bawah surat khabar kat tempat letak bawang..Mak aih..beranak pinak ko lipas kat situ..Hah!!apa lagi..terus lancarkan perang...jenuh main spray2 kat lipas..maaf la jadi pembunuh lipas haritu..kita tak geli tapi marah sebab banyak sangat lipasnyaa..dah kenapa?Aku syak mungkin sebab tong sampah aku jenis tak bertutup..Jadi banyak la sisa makanan dalam tu yang tarik perhatian lipas-lipas ni..


PENYEMBUR LIPAS 



Kat umah memang ada standby je spray bygon ni..Sebelum ni, abah yang rajin main2 spray lipas ni..tapi ni abah dah pindah duk kampung, nak tak nak aku la ambil alih tugas itu...ngeee

Dah spray anak-beranak lipas ni, banyak la yang keluar dari sarang..Masing-masing menyorok dari lalu-lalang depan aku..Tapi ada gak yang terlepas menyerah diri depan aku, memang kena spray la jawabnya..Sekejapan je lipas-lipas ni 'out'..Lepas dah spray ni, satu hal pulak kena lap atau mop balik tempat bekas-bekas spray tu kat lantai...tu yang malas nak main spray tapi dah banyak sangat, geram juga rasanya...Sampai habis la baygon tu..Petangnya beli baru tapi jenama lain plak..

Sama je fungsi cuma brand lain...Tapi untuk aku okey je, janji dapat menghapuskan lipas-lipas-lipas kat rumah aku..Dua2 penyembur lipas ni memberi kesan seperti yang aku nak & tidak mengecewakan..hehe..Cuma agak jenuh nak spray lipas-lipas yang banyak tuuu..Ambil masa juga nak hapuskan semua lipas-lipas tu..Kat bawah aku dapat beberapa tips/petua untuk halau lipas..Nanti aku cuba...



Dah aku membuat operasi besar-besaran menghapuskan lipas-lipas kat rumah hari sabtu tu, ada lipas yang balas dendam kat aku..Tak semua dapat dihapuskan, ada lagi tu..tapi lipas2 ni menyorok..Lepas dah setel operasi menghapuskan lipas-lipas tu, aku rehat duduk kat kerusi sambil layan tv..Sekali rasa macam ada menda naik kat tangan..Toleh2 tu diaaa ada sekor lipas tengah naik kat atas tangan aku..Apa lagi menjerit ler sambil melibas2 baju yang aku pakai sebab nak jatuhkan lipas tu..Sambil jerit, lari masuk bilik sebab mr hubby kat situ..Lipas yang naik atas aku tadi dah terjatuh, aku tengok lipas tu, menuju arah aku..weiii..balas dendam ko...Apa lagi lipas yang kejar aku tu kena spray pula dengan mr hubby..Rasakan ko..haha...jahat tak?terpaksa jahat...Sebab banyak sangat anak-beranak lipas kat rumah aku tu...Rimas weii..letak makanan atas meja, dah bertutup pun lipas ni boleh masuk kat celah tudung saji tu..tak ke angin..Kira nak letak makanan atas meja ke apa..Kena bertutup elok..Kalau tak, memang horay-horay lipas-lipas tu..

Tadi gugel petua untuk halau lipas..Terjumpa satu petua yang menarik..ada beberapa petua tapi aku suka yang satu tu..sebab bahannya senantiasa ada stok kat rumah...


Gunakan lemon

Satu lagi keajaiban Lemon ni, macam-macam perkara boleh dibuat jika anda simpan lemon. Bukan saja dalam menjaga kesihatan, malah boleh digunakan dalam urusan menghalau lipas.

Apa yang anda perlu buat adalah sebelum nak mop lantai rumah, atau lantai bilik air, campurkan air dengan perahan lemon. Kemudian baru gunakan air tersebut untuk mop lantai rumah. Bau citrik yang dikeluarkan oleh lemon itu akan menghalau lipas dan serangga lain.




Okey, weekend nanti boleh cuba la...

Yang ni tips dari blogger HH untuk halau lipas..Nanti aku cuba juga yang mana senang nak cari bahan...

  1. Ambil sebuku sabun mandi dan potong dadu. Kemudian letakkan ketulan kecil sabun ini pada setiap kawasan yang mempunyai lipas. Biarkan sahaja selama beberapa hari dan lihat hasilnya.
  2. Potong dan letakkan hirisan lemon di kawasan yang ada lipas dan lipas akan bertempiaran lari selepas terkena lemon itu. Selepas beberapa hari, apabila lemon sudah kering, gantikan dengan lemon yang baru.
  3. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat yang terdapat banyak lipas. Kemudian secara perlahan-lahan lipas akan mati.
  4. Seterusnya, Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.
  5. Jika terlalu banyak lipas, sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek, kemudian campurkan bersama serbuk penaik dan gaul. Buat seperti bergedel dan letak di tempat banyak lipas.
  6. Letakkan hirisan daun pandan di dalam uncang dan jangan lupa untuk tebuk uncang itu, kemudian letakkan di dalam laci atau di tempat pembiakan lipas.

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.