Mask Muka Daiso

Haritu kak fiezz pi ke mall dengan mr hubby, ada daiso kat situ..kak fiezz kan alergik dengan daiso ni..kalau nampak je, wajib singgah..walaupun pada asalnya saja-saja cuci mata..sila la jangan percaya..tak ada nya cuci mata..memang lekat la 1-2 barang..Kak fiezz ada cerita pasal lekat barang bila masuk Daiso kat sini...dan antara yang kak fiezz ambil, ni hah Mask Muka Daiso..Tak pernah cuba pun..Main ambil je..Dalam 1 plastik yang kak fiezz beli tu ada 2 mask muka..Satu kak fiezz bagi hadiah pada top pengomen bulan Disember 2017..Yang 1 ni, kak fiezz baru rasmi minggu lepas...



Perlu ke masker muka ni?


Untuk kak fiezz, sebagai wanita..cewah..yelah wanita la kan..eh lelaki pun boleh..yang jenis menjaga kecantikan & kesihatan kulit, wajib la amalkan masker muka ni seminggu sekali..Bukan susah pun nak pakai, tepek je kat muka..biar sampai kering..

Mask muka ni ada beberapa jenis..kak fiezz ada yang jenis clay dari skinfood..dan yg jenis topeng ni, kak fiezz baru cuba..1st time pun beli topeng muka jenama Daiso..Kak fiezz pun tak tahu elok ke tidak..Nampak kat luar tu ada tulis, 'mengandungi collagen'..Elok la tu rasanya..Kak fiezz pakai baru ni, alhamdulillah..tak ada la kulit jadi merah-merah ke, gatal ke..Kira serasi la mask ni dengan muka kak fiezz..

Menjawab kepada persoalan kak fiezz seperti di sub tajuk 'Perlu ke mask muka ni?'..Kalau tanya kak fiezz perlu sebab masker ni berfungsi untuk membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit + melembapkan kulit muka..Pemakaian masker yang konsisten, boleh menjadikan kulit lebih lembut, licin, gebu serta MELAMBATKAN PROSES KEDUTAN + MENEGANGKAN KULIT MUKA AGAR LEBIH ANJAL..okey, nampak tak huruf besar kak fiezz tulis tu..so maksudnya penting penggunaan masker muka ni untuk kita kaum wanita ataupun lelaki..terutama bila usia dah makin menginjak ni,kan..part kedut tu macam errrr, kena jaga lebih sikit supaya proses kedut-kedut tu lambat..haha..untuk kak fiezz la, orang lain tak pasti...

Kalau korang tak ada masa buat facial, ni salah satu solution untuk korang menjaga kulit supaya sentiasa sihat & cantik serta lambat berkedutnya...haha...

Bila Nak Pakai?

Bila-bila yang korang free..Boleh layan 'Me Time' di rumah...

Cara Pemakaian Masker Muka?

JENIS TOPENG ~

1 -Keluarkan topeng dari plastik & tepek di muka..SIAP 

2 - Tunggu sehingga kering..

JENIS CLAY ~

1 -Sapu rata pada keseluruhan muka & biar sehingga kering.

2 -Boleh bilas seperti biasa.

Dengan penggunaan yang konsisten, korang boleh nampak kesan hasil dari masker ni..

6 Comments

  1. saya pun dah suka dgn mask. dulu2 tak suka

    ReplyDelete
  2. Saya suka jenis topeng, senang nak guna....hehe....

    ReplyDelete
  3. Sy suka jenis yang bertopeng tu. Dah lama tak bermasker ni

    ReplyDelete
  4. sha suka mask topeng sebab takbanyak kerja kena buat. kalau yang jenis clay tu nak kena gi cuci haha

    ReplyDelete
  5. suker gak pakai maskkkk best gilerrr

    ReplyDelete