Mengapa WD-40 dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar
Dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar
Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa
menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira
sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak
berdekad lamanya.
Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk
mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah
produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai.
Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini
mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi
pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di
dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak
mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan
plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan
sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan
sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan
lain-lain.
Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya
produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan
Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah
ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga
bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.
Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS)
yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum
(Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated
biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.
Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan
tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses
pembuatan dan pelupusan.
Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia
tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam
sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.
Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar
Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan
di dalam Produk Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon
dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan
sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih
baik kepada alam sekitar.
Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan
mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan
pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk
mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu
akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi
ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai
bahan mudah terbakar.
Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40
sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan
serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna
terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data
teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat
WD-40® adalah
pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti
ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan
pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas
Missile (peluru berpandu) dan ia diubah
kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi,
melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40®
sentiasa menjadi pilihan mereka yang
profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka
seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.
Hari ini WD-40® boleh
diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk
baru seperti WD-40® Specialist™, WD-40®
BIKE dan WD-40® Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan
seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
7 Comments
kat rumah pun ada simpan WD40 ni.memudahkan kerja
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeleteTak pernah tahu pun pasal WD40 ni sebelum ni. Thanks akak
ReplyDeleteSama la.. tk pnah tau
ReplyDeletemasuk entri ni baru CCL tahu apa itu WD40 , tq sis fieza
ReplyDeleteWD40 memang best pakai lagi2 kalo ada tmpt berkarat
ReplyDeleteWD-40 ni memang benda wajib kena ada kat dalam toolbox. Banyak benda boleh repair guna spray ni.
ReplyDelete