FOUNDATION REVLON 

Meh kak fiezz nak kongsi dengan korang kaum wanita terutamanya yang pencinta mekap..Nak tak kalau kak fiezz kongsi dengan korang foundation revlon ni terutama untuk kaki-kaki selfie..Suka lettew,kan. Apa kelebihan foundation revlon yang baru ni?Sebelum tu nak tanya, kebiasaan  paling basic korang sebelum keluar rumah paling tidak, contoh la nak ke gym, mesti tepek foundation + compact powder/loose powder kan untuk menutup cela pada muka kita, kan..contoh seperti jerawat, jeragat..Apa ciri yang korang nak pada foundation tu?

REVLON AIRBRUSH EFFECT

Nampak Natural...wajib la kan..tak nak la pakai foundation tapi macam tepung gomak, ko..Terkojut orang kat gym..haha..Sama jugak yang mana suka selfie..Tak mau la dalam gambar nampak fake sangat muka ketara penggunaan foundation yang agak tebal..Tak cun la..Sebab nampak beno foundation tu..So meh kak fiezz nak introduce korang dengan foundation terbaru dari Revlon iaitu REVLON AIRBRUSH EFFECT..Kesan dari penggunaan Revlon AirBrush Effect ini akan membuat kulit lebih lembut serta licin. Mudah diratakan pada keseluruhan muka dengan menggunakan tangan ataupun sponge. Dari testimoni yang telah menggunakan Revlon AirBrush Effect ini, tidak terasa macam memakai sebarang mekap di muka kerana teksturnya yang ringan..

Revlon AirBrush Effect ini sesuai untuk kulit normal dan kering manakala bagi kulit berminyak, digalakkan alas foundation dengan menggunakan sebarang bedak bagi menggelakkan kulit kelihatan berminyak.. 


Apakah Keistimewaan Revlon AirBrush Effect ni?

**Tahan lama

**Warna lebih nampak natural & kesan yang lebih segar. Serta formula teknologi penapisan cahaya memberikan kulit wajah nampak semulajadi di dalam gambar..dan membuat kita bersedia untuk selfie atau menangkap gambar dalam apa jua situasi tanpa perlu risau rupa kita ketika itu kerana menggunakan Revlon AirBrush Effect..

**Mengandungi minyak yang menjadikan kulit lebih moisturize..

**Menutup cela di bahagian muka terutama liang pori yang besar, jerawat ataupun jeragat.

Jadi kalau korang yang jenis kaki-kaki bergambar/selfie, korang wajib gunakan REVLON AIRBRUSH EFFECT ni untuk dijadikan sebagai asas mekap korang kerana boleh menjadikan wajah korang nampak semulajadi di dalam gambar...

TIPS PEMILIHAN WARNA FOUNDATION MENGIKUT WARNA KULIT

**Jangan letakkan foundation di bahagian tangan kerana warna kulit di bahagian muka & tangan kita berbeza..Seeloknya calitkan sikit foundation di bahagian muka sekitar dagu dan ratakan untuk melihat kesesuaian tone foundation yang telah dipilih..

**Sekiranya keliru dengan pemilihan warna foundation, boleh mix dua tone foundation kerana kebiasaanya hasil campuran dua tone ini akan sesuai dengan warna kulit kita..ambil satu tone lembut dan satu tone gelap dari tone kulit kita..Cuma pastikan kuantiti yang betul untuk campuran samada tone lembut lebih atau tone gelap sikit begitu juga sebaliknya mengikut tone kulit kita...Cara ini juga sesuai dipraktikkan sekiranya ada kenalan atau sedara-mara yang datang ke rumah kita & tertinggal barang mekap..Jadi kita boleh cadangkan gabungan 2 tone foundation revlon ini mengikut kesesuaian tone kulit dorang...

8 Comments

  1. sha rasa kulit sha sesuai yang paling gelap tu. takpernah try lagi foundation ni, mahal tak?haha

    ReplyDelete
  2. revlon punya product sure best ni

    ReplyDelete
  3. Oo.. boleh gabung ya. Gud info ni. Thanks akak

    ReplyDelete
  4. Selalu kluar iklan tv kn.. sape guna best tak

    ReplyDelete
  5. macam menarik je produk revlon ni , kena terjah lagi lebih detail la , CCL punya foundation dah hampir habis , boleh try foundatoin yang baru

    ReplyDelete
  6. lama tak pakai revlon. macam best pula revlon airbrush effect ni ...yg best boleh tutup segala pori terbuka dan kesan jerawat... teehee.

    ReplyDelete
  7. menarik ni kak..akk, banyaknya ada 3 warna tu !

    ReplyDelete