Ahad baru ni k.fiezz and geng (mr hubby & adik2 k.fiezz) pi tengok wayang cerita JUSTICE LEAGUE. Ikutkan k.fiezz tak suka sebab cerita ni ada wonder woman. K.fiezz tengok movie Wonder Woman..x best okey..dia punya teknik CGI, entah apa2 je...tak real kot macam movie english yang lain..tengok yg mana guna teknik CGI mmg gempaq hasilnya..but bukan pada movie wonder woman..

Tapi dah mr hubby suka movie yang jenis superhero macam Justice League ni,kita layan je..

Kebetulan Maybank adakan promosi pembelian tiket dengan harga RM10 sahaja (standard hall) setiap hari untuk tayangan hingga 6ptg di TGV tertentu sahaja dan  antaranya di Vello City KL. Dengan syarat setiap pembelian tiket dengan menggunakan Maybank American Express® Cards, MasterCard®, Visa Credit or Debit Card di keluarkan oleh Maybank. Promosi ni sah mulai 1 Februari 2017 sehingga 31 Januari 2018.

Kak fiezz baru tahu pasal promosi ni. Mungkin ada yang dah tahu. So yang mana geng dengan k.fiezz, k.fiezz kongsikan kat sini..



Sinopsis Justice League

Justice League merupakan gabungan superhero seperti Batman, Superman,  Wonder Woman. Dan kemunculan  Aquaman, The Flash dan Cyborg menambahkan lagi perasa yang menarik dalam jalan cerita Justice League ni..Bergabung untuk menentang si penjahat yang cuba menakluk bumi. Tambah menarik lagi dengan menggunakan kuasa jahat ini juga, Batman dan superhero yang lain dalam cerita ni menghidupkan semula Superman untuk bantu diaorang menentang si penjahat ni. Cerita ni ada selit sikit sambungan dari movie Batman Vs  Superman..Kak fiezz pun masa tengok scene berkaitan dari movie Batman vs Superman blur jap..Kena tanya mr hubby..

Overall movie ni, menarik & best juga..Especially si The Flash tu..Dia jadi pak lawak dengan dialog bersahaja yang jadi elemen lawak dalam movie ni..Kak fiezz suka watak The Flash dan The Aquaman..Cyborg serius watak dia..yelah dia stress & tak boleh terima sebab bertukar jadi separuh robot..Kemudian Wonder Woman ajak untuk joint group superhero yang diketuai oleh Batman..Diikuti oleh The Flash & The Aquaman..

Berjaya ke tidak superhero ni menentang si penjahat yang cuba menguasai dunia ni, korang kena tengok sendiri..hehe

Kak fiezz bagi 4/5 untuk movie Justice League ni..

6 Comments

  1. SA lagi suka Thor Ragnarok dari Justice League ni...tp suka gak la sebab Superman dah hidup...

    ReplyDelete
  2. Belum sempat tengok... Nanti nak tgk jugalah menarik juga bila baca Fieza punya review ni

    ReplyDelete
  3. Sha pun suka flash tu.. Yellah dia antara yang sangat budak lagi kan.. Cerita ini pun menarik.. Gabungan superhero yang pelbagai dan saling melengkapi..

    ReplyDelete
  4. belum sempat tengok, ingtkan kluar nanti baru nak tengok tah ada lagi ke tak taktahu la haha

    ReplyDelete
  5. tak sempat tengok lag..aci tak tunggu kat ASTRO je hehehe

    ReplyDelete
  6. review mcm best ... la apasal ending suspens ni? nak juga tau kesudahan mcm mana ...hehe.

    ReplyDelete