Total Pageviews

Shopping

Sogo Buat Member Card Sale 2017. Wajib Terjah.

09:00

Sogo Member Card Sale 2017

Bila pejabat dekat area Sogo & hari jumaat, waktu lunch lama..dan kebetulan ada Sogo Member Card Sale 2017..Hah!!Memang wajib la ke Sogo..Duk ofis pun tak tahu nak buat apa..Ngadap je pc..Jadi kita rehatkan mata & cuci-cuci mata ke SOGO..haha...

Dah nama ke SOGO & ada sale..Mampu ke nak tengok je tanpa beli..Kak fiezz mampu kalau tak ada duit dalam bank..Tapi yang pi masa ni tak mampu sebab dalam bank ada duit..Haha...Idok la banyak..boleh la beli selai dua baju, seluar..

HAPPY HOUR

Dan masa kitaorang naik ke tingkat 1, dengar bunyi loceng..Maksudnya masa tu ada happy hour..Terus berkerumun kat tempat yang jadi tumpuan..Tengok dan tengok dan tengok..baju-baju Applemints RM15 je..Ooooemgeee..Why Why Why so murah...Kakak fiezz alergik laaa kalau murah-murah ni...





Beg Fila harga RM39..Nasib kak fiezz tak berapa berkenan sangat..Actually berkenan dengan 1 sling bag tu tapi harga dia selepas sales RM2**.**..Mak aihhh..kenapa k.fiezz selalu jatuh cinta dengan beg-beg harga ratus-ratus ni..Ai is stress tau..Sebab mahal, tak boleh nak beli..Kena menabung dulu..haha..ada sesapa nak offer job untuk review tak?haha..



Dan hasil cuci mata, dapat sepasang kemeja + seluar slack..Okey tahun 2018, imej k.fiezz ke pejabat macam PA private..haha

1 DAY ONLY SOGO MEMBER CARD SALE 2017


Sales ni hanya untuk sehari sahaja iaitu pada 29.12.2017...sorry..Tunggu sales sempena chinese new year nanti...

Jalan-Jalan Cari Makan

Bufet Lunch RM10 di Hotel Transit Kuala Lumpur

08:30

Buffet Lunch Murah Di KL


Khamis baru ni, kak fiezz & kawan pejabat lunch di Hotel Transit depan Puduraya..Betul-betul mengadap Pudu..Wahh..kemain makan tengahari kat hotel..Tapi makan dengan harga RM10..yeaaa kak fiezz tak salah taip tu..bufet lunch murah di Hotel Transit sampai Disember 2017 pada hari bekerja sahaja. 

**Sorry, gambar makanan kak fiezz tak tangkap sebab segan..Tapi menu dia biasa je..Ala, harga RM10 je..Takkan nak expect yang best..Menu masa kak fiezz & geng pejabat pi haritu pun okey je..Ada masakan kampung & pencuci mulut..Okey la tu, kan..Berbaloi dengan RM10..


Sebelum ke sini, officer k.fiezz dah telefon dulu untuk tempahan. Masa sampai je kat sini, staff cafe terus bawa kitaorang dalam bilik ni..Eksklusif la kitaorang makan dalam bilik..Ada 1 meja je yang macam dalam gambar...


Salad pun ada..kawan pejabat k.fiezz ambik ni dulu...K.fiezz haritu cadang nak ambik juga tapi sedar diri, tangki kecik..haha


Ni menu makanan kampung..Antaranya Ayam Masak Lemak, Sayur Campur, Kentang Goreng bersama sayur..serta Mee goreng...

Pencuci mulut - Bubur Jagung
Air - Mangga

Burppp..kenyang...

Health

Apa Kelebihan Bertangas?Dengarnya Boleh Meningkatkan Kesuburan Juga..

16:09

Kerusi Tangas

Yeay..voucher hasil kemenangan untuk 2nd prize - contest lazada online revolution blogger yang kak fiezz menang haritu, dah redeem barangnya..Kak fiezz beli apa tu?haha..barang favourite..Kalau korang pencinta SPA macam kak fiezz ni, mesti tahu apa benda ni..hehe..Orang perempuan seeloknya kena amalkan selalu ni untuk merawat masalah-masalah wanita yang biasa kita alami...Jadi memandangkan kak fiezz sangat sangat suka berkunjung ke SPA..kak fiezz beli kerusi tangas, boleh Me Time di rumah je..Sebelum ni kak fiezz memang dah beli serbuk tangas tapi tempat nak duduknya iaitu kerusi tangas, tak ada..adeh..Dah plan nak beli siap survey kat shoppee..Ada la seller jual harga berpatutan..Sebab paling mahal kak fiezz pernah nampak orang jual kerusi tangas ni, RM300..dan paling murah kak fiezz pernah nampak, RM140 di shoppee..Yang lagi best boleh COD sebab seller tu duduk di area KL je..

Tapi dah rezeki  kak fiezz nak dapat free kerusi tangas ni..hehe..hasil menang di tempat kedua contest lazada yang kak fiezz beritahu kat atas ni..



Sesi unboxing 

dan tadaaa..Ni la rupa kerusi tangas yang kak fiezz beli di Lazada..harga cuma RM156 sahaja..Memandangkan kak fiezz menang contest haritu bernilai RM150 so kira kak fiezz bayar duit postage je la kerusi tangas ni..ngeee...eh!!kalau sesapa berminat nak cari kerusi tangas ni, nanti kak fiezz sertakan link kat bawah..



Sebelum kak fiezz beli haritu, kak fiezz tanya dengan seller samaada kerusi ada stok ke tak sebab masa nak order ada 1 je..Lepas tu seller beritahu, kerusi ni bila ada order baru dorang buat untuk menjaga kualiti kerusi..kisahh..patut dalam stok ada 1 je...

Apa Itu Tangas?

Okey, kak fiezz duk cerita kerusi tangas..kerusi tangas..ada pula yang tak tahu apa la fungsi kerusi ni..meh nak cerita..Bertangas ni adalah mandi wap atau bahasa modennya disebut sauna..Tangas ni tak terhad pada wanita berbangsa melayu sahaja tetapi semua wanita dari pelbagai bangsa di galakkan untuk bertangas bagi MEMBERI KESEGARAN TUBUH BADAN serta MERAWAT BEBERAPA PENYAKIT wanita. Kebiasaan yang kita tahu wanita selepas bersalin sahaja yang bertangas tapi sebenarnya wanita setiap kali selepas haid juga digalakkan untuk bertangas bagi membuang sisa/lendir darah yang mungkin masih ada..

Okey, tadi kak fiezz beritahu bertangas ni boleh merawat beberapa penyakit?apakah penyakitnya..Bertangas ni untuk mengeluarkan peluh bagi membuang toksin yang sebabkan kita bisa badan. dan antara penyakit wanita yang boleh diubati melalui tangas adalah mengurangkan keputihan, merawat bau serta lendir busuk, membuang angin, kecutkan rahim, mencegah rahim daripada jatuh (tombong), menyembuhkan luka jahitan, mencegah buasir, membantu masalah period tak teratur, meningkatkan kesuburan serta dapat mewangikan badan..

Kredit info berkaitan Tangas & Kesuburan dari PAMA.KARANGKRAF..

Bertangas
Bertangas bukan sahaja baik untuk wanita berpantang, malah turut disarankan bagi wanita yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Antara khasiat bertangas bagi perempuan adalah memulihkan sistem peranakan.

Cara Bertangas Sendiri

Ini cara bertangas sendiri & hasil pengalaman kak fiezz bila buat aktiviti tangas di SPA..Jadi boleh praktikkan di rumah..Dah dapat kerusi tangas, kan..hehe..

**Seeloknya untuk wanita yang bukan dalam sesi berpantang, amalkan setiap kali selepas haid.

-Rebus rempah tangas & tuang air ke dalam periuk tanah & diletakkan pada kerusi tangas. Duduk di atas ruang tengah di kerusi tangas antara 15-30 minit. Tutup keseluruhan badan semasa proses ini supaya wap tangas akan masuk ke kawasan V kita..

Semasa proses tangas ni, kita digalakkan membuat kemutan di V untuk menguatkan otot di kawasan itu...

Kelebihan Bertangas

Tangas bukan setakat tumpuan kepada penjagaan bahagian sulit sahaja tetapi amalan kesihatan secara keseluruhan badan kita. Amalan ini juga boleh membantu wanita mengatasi masalah keletihan, berat badan berlebihan dan memberi kesegaran pada tubuh kita.

Korang yang berminat nak bertangas sendiri kat rumah, boleh dapatkan kerusi tangas ni di

beauty

Penting Ke Masker Muka Ni?

09:00

Mask Muka Daiso

Haritu kak fiezz pi ke mall dengan mr hubby, ada daiso kat situ..kak fiezz kan alergik dengan daiso ni..kalau nampak je, wajib singgah..walaupun pada asalnya saja-saja cuci mata..sila la jangan percaya..tak ada nya cuci mata..memang lekat la 1-2 barang..Kak fiezz ada cerita pasal lekat barang bila masuk Daiso kat sini...dan antara yang kak fiezz ambil, ni hah Mask Muka Daiso..Tak pernah cuba pun..Main ambil je..Dalam 1 plastik yang kak fiezz beli tu ada 2 mask muka..Satu kak fiezz bagi hadiah pada top pengomen bulan Disember 2017..Yang 1 ni, kak fiezz baru rasmi minggu lepas...



Perlu ke masker muka ni?


Untuk kak fiezz, sebagai wanita..cewah..yelah wanita la kan..eh lelaki pun boleh..yang jenis menjaga kecantikan & kesihatan kulit, wajib la amalkan masker muka ni seminggu sekali..Bukan susah pun nak pakai, tepek je kat muka..biar sampai kering..

Mask muka ni ada beberapa jenis..kak fiezz ada yang jenis clay dari skinfood..dan yg jenis topeng ni, kak fiezz baru cuba..1st time pun beli topeng muka jenama Daiso..Kak fiezz pun tak tahu elok ke tidak..Nampak kat luar tu ada tulis, 'mengandungi collagen'..Elok la tu rasanya..Kak fiezz pakai baru ni, alhamdulillah..tak ada la kulit jadi merah-merah ke, gatal ke..Kira serasi la mask ni dengan muka kak fiezz..

Menjawab kepada persoalan kak fiezz seperti di sub tajuk 'Perlu ke mask muka ni?'..Kalau tanya kak fiezz perlu sebab masker ni berfungsi untuk membuang sel kulit mati di bahagian lapisan atas kulit + melembapkan kulit muka..Pemakaian masker yang konsisten, boleh menjadikan kulit lebih lembut, licin, gebu serta MELAMBATKAN PROSES KEDUTAN + MENEGANGKAN KULIT MUKA AGAR LEBIH ANJAL..okey, nampak tak huruf besar kak fiezz tulis tu..so maksudnya penting penggunaan masker muka ni untuk kita kaum wanita ataupun lelaki..terutama bila usia dah makin menginjak ni,kan..part kedut tu macam errrr, kena jaga lebih sikit supaya proses kedut-kedut tu lambat..haha..untuk kak fiezz la, orang lain tak pasti...

Kalau korang tak ada masa buat facial, ni salah satu solution untuk korang menjaga kulit supaya sentiasa sihat & cantik serta lambat berkedutnya...haha...

Bila Nak Pakai?

Bila-bila yang korang free..Boleh layan 'Me Time' di rumah...

Cara Pemakaian Masker Muka?

JENIS TOPENG ~

1 -Keluarkan topeng dari plastik & tepek di muka..SIAP 

2 - Tunggu sehingga kering..

JENIS CLAY ~

1 -Sapu rata pada keseluruhan muka & biar sehingga kering.

2 -Boleh bilas seperti biasa.

Dengan penggunaan yang konsisten, korang boleh nampak kesan hasil dari masker ni..

vacation

Cara Memasak Nasi Dengan Microwave Semasa Cuti-Cuti Ke Jepun

09:00

Masak Masa Travel

Ingat tak entry kak fiezz yang ni >> Japan Trip 2017 Hotel Shirobara Inn Asakusa , kak fiezz ada cerita pasal bergunanya microwave bila bercuti & kebetulan bilik yg k.fiezz booked di hotel ni ada microwave..Faham la cuti keluar negara macam ke Jepun ni..Perut melayu ni, cuti tu cuti juga tapi nasi wajib untuk mengisi perut..Kalau tak ada microwave ni, mencabar juga la weii nak masak nasi kat celah mana..

Kat entry ni kak fiezz nak ajar korang, cara memasak nasi dengan microwave..Kak fiezz pun masa mula-mula tak tahu boleh masak nasi guna microwave ni..Masa cuti-cuti ni memang la bawa beras bagai tapi tak tau nak masak guna apa..Siap cadang dengan mr hubby nak beli periuk nasi kat jepun la..haha..Nasib baik adik ipar kak fiezz cari kat you tube cara masak nasi dengan microwave..legaaa..setel 

CARA MEMASAK NASI DENGAN MICROWAVE


Tadaaa..Nasi yang dimasak dengan microwave..alhamdulillah..menjadi..kenyang perut..habis la beras 2 kilo yang bawa masa bercuti ke Jepun ni..



Ni la menu sarapan pagi kak fiezz & mr hubby masa cuti-cuti ke Jepun..Selalu breakfast, apa yang ada..Kadang makan dengan sambal goreng che nor tu je..Masa kak fiezz snap ni, kebetulan ada ayam yang kitaorang tapau kat kedai kebab masa sesi meronda kat Tokyo..Esok pagi panaskan, makan dengan nasi..hah!!pagi-pagi makan berat..ghasak la..janji perut kenyang..hehe..Maklum la travel sendiri tanpa guna agen..Kena pandai-pandai la part makan..


Okey, bahan utama yang diperlukan untuk masak nasi dengan microwave..wajib la ada microwave,kan..

Langkah Pertama - Masukkan beras dalam bekas yang boleh digunakan untuk microwave.  **kak fiezz guna bekas seperti di gambar yang pertama..Suka hati la nak sukatan banyak mana.. 

Langkah kedua - Basuh beras & letak air ikut sukatan beras..(Ni korang agak-agak je la..sama macam masak nasi guna periuk nasi)

Langkah ketiga - Masukkan dalam microwave & ambil suhu yang paling tinggi..Letak masa memasak dalam 10 minit..

Langkah keempat - Boleh tambah masa sekiranya nasi belum cukup masak..Sebab ni ikut pada jenis beras.. **macam k.fiezz haritu, masak guna beras wangi, dalam 15 minit..**

Langkah kelima - Siap..

Makanan Mudah Untuk Dimasak

Sikit tips ketika bercuti, kalau nak jimatkan sikit part makanan terutama yang travel sendiri tanpa gunakan agen..korang boleh bawa makanan mudah untuk dimasak yang banyak ada di pasaran seperti makanan yg dah siap dalam peket (rendang/kari)  cuma panaskan je atau maggie yang boleh masak dengan microwave je..

Ni antara contoh makanan yang kak fiezz bawa semasa bercuti keluar negara, korang boleh rujuk kat sini >> Shopping barang keperluan untuk cuti-cuti keluar negara

So korang kalau nak memasak semasa travel, pastikan ada microwave di hotel korang booked tu...

Ooo..lagi satu tips part makan - jangan lupa biskut atau makanan ringan untuk kudap-kudap..Macam mak saudara mr hubby, bawa kurma/kismis & siap peketkan dlm plastik kecil..Yang ni untuk lapik perut sementara cari tempat makan sbb pengalaman kitaorang sendiri yang bercuti tanpa guna travel agent..

complaint

Masalah PosLaju..Barang Tak Sampai, Kita Guna Medium Twitter

08:30

Haritu ada ternampak post mummy linda pasal tweet dengan pos malaysia selepas status barang tak diketahui dalam erti kata lain masalah pos laju barang tak sampai..dan baru-baru ni, kak fiezz mengalami masalah yang sama jugak iaitu barang tak sampai. Status no.tracking barang yang customer order , pending gitu je dalam sistem pos..nombor tracking tu ada tapi tak di kemaskini..weh..tak kelakar tau pos buat macam tu..

dah la customer dari Brunei yang borong n.batu & kapsul nenas batu ni..Mau tak cuak..yelah melibatkan kepercayaan,kan..Nanti customer ingat kak fiezz menipu pulak..Padahal masalah di pihak Pos Laju..faham la customer ni macam-macam ragam..Nasib baik, alhamdulillah customer dari Brunei yang borong dengan kak fiezz ni sangat-sangat okey & tak mendesak duk tanya status barang dia..Kak fiezz update je dengan dia status barang dan dia pun check juga dalam website pos laju..Legaaa..Maklum la kadang customer ni kita bagi no.tracking tapi dia tak check pun..Barang tak sampai, bising kat kita.fuhhh..mencabar hokay..Rezeki dapat customer yg sporting dari Brunei macam ni...

So memandangkan barang kak fiezz ni statusnya barang tak sampai, apa lagi meh la kita guna medium twitter..ni screenshot tweet kak fiezz & pos malaysia..Alhamdulillah, ada reply dari pihak Pos Malaysia..Masa Pos jawab tweet kak fiezz  ni, barang dah ada kat Miri untuk penghantaran..Petang sikit, kak fiezz tengok dah selamat diterima...Legaaaa kak fiezz...




So korang kalau ada masalah barang tak dikemaskini atau nak tahu status barang, boleh la cuba cara ni..Confirm di jawab dari bagi e-mail atau telefon..Kalau telefon, jenuh nak dapat cakap dengan customer service dia...e-mail pun lepas beberapa hari baru dapat reply..Jadi twitter ni salah satu medium yang boleh digunakan kalau menghadapi masalah macam k.fiezz ni...

Shopping

Bila Dapat Duit Hasil Blogging...

08:30

Dapat duit hasil blogging, tadaaa...shopping time..hehe..kak fiezz ni memang kalau ada duit dalam akaun tu, alergik tengok duit tu gitu je tak pakai..mula la reka nak shopping.. 

Tengahari semalam, time lunch kak fiezz & da geng keluar ke SOGO..Nak makan makanan korea kat Dubuyo..Lepas makan, apa lagi shopping le kome...Cadang nak beli seluar je..Kak fiezz nak cari seluar skinny jeans..dan hasilnya kak fiezz lekat seluar jeans patern lain & kemeja..Jeans tu harus la nak pakai jalan-jalan..Yang kemeja pulak nak pakai ke pejabat..Bergaya la sikit kat tempat kerja walaupun kerja government..Asyik baju kurung je..Kadang-kadang kita kena pelbagaikan sikit penampilan..Gituuu..Padahal orang tengok kak fiezz pakai seluar & kemeja pun, kak fiezz dah rasa annoying..Dalam hati 'dah kenapa, pandang-pandang'..haha


Tapi lantakkan la orang..Yang beli baju ke seluar tu, kita..Suka hati kita la,kan..As long penampilan tak terlalu seksi & mengikut peraturan berpakaian di premis kerajaan..


Dua ni pulak, kak fiezz & da geng shopping kat Lazada masa Online Revolution Sales..Kemain, sakan shopping...Lekat 1 blouse & 1 kemeja...Pun guna duit hasil blogging juga..Alhamdulillah..Sikit-sikit pun ada juga hasil berblog ni, yea tak..Bila dapat income hasil berblog macam ni,rasa semangat nak update blog hari-hari walaupun kadang tak tau nak update apa..haha...

beauty

Foundation Revlon Airbrush Effect dan Tips Pemilihan Warna Foundation

09:00

FOUNDATION REVLON 

Meh kak fiezz nak kongsi dengan korang kaum wanita terutamanya yang pencinta mekap..Nak tak kalau kak fiezz kongsi dengan korang foundation revlon ni terutama untuk kaki-kaki selfie..Suka lettew,kan. Apa kelebihan foundation revlon yang baru ni?Sebelum tu nak tanya, kebiasaan  paling basic korang sebelum keluar rumah paling tidak, contoh la nak ke gym, mesti tepek foundation + compact powder/loose powder kan untuk menutup cela pada muka kita, kan..contoh seperti jerawat, jeragat..Apa ciri yang korang nak pada foundation tu?

REVLON AIRBRUSH EFFECT

Nampak Natural...wajib la kan..tak nak la pakai foundation tapi macam tepung gomak, ko..Terkojut orang kat gym..haha..Sama jugak yang mana suka selfie..Tak mau la dalam gambar nampak fake sangat muka ketara penggunaan foundation yang agak tebal..Tak cun la..Sebab nampak beno foundation tu..So meh kak fiezz nak introduce korang dengan foundation terbaru dari Revlon iaitu REVLON AIRBRUSH EFFECT..Kesan dari penggunaan Revlon AirBrush Effect ini akan membuat kulit lebih lembut serta licin. Mudah diratakan pada keseluruhan muka dengan menggunakan tangan ataupun sponge. Dari testimoni yang telah menggunakan Revlon AirBrush Effect ini, tidak terasa macam memakai sebarang mekap di muka kerana teksturnya yang ringan..

Revlon AirBrush Effect ini sesuai untuk kulit normal dan kering manakala bagi kulit berminyak, digalakkan alas foundation dengan menggunakan sebarang bedak bagi menggelakkan kulit kelihatan berminyak.. 


Apakah Keistimewaan Revlon AirBrush Effect ni?

**Tahan lama

**Warna lebih nampak natural & kesan yang lebih segar. Serta formula teknologi penapisan cahaya memberikan kulit wajah nampak semulajadi di dalam gambar..dan membuat kita bersedia untuk selfie atau menangkap gambar dalam apa jua situasi tanpa perlu risau rupa kita ketika itu kerana menggunakan Revlon AirBrush Effect..

**Mengandungi minyak yang menjadikan kulit lebih moisturize..

**Menutup cela di bahagian muka terutama liang pori yang besar, jerawat ataupun jeragat.

Jadi kalau korang yang jenis kaki-kaki bergambar/selfie, korang wajib gunakan REVLON AIRBRUSH EFFECT ni untuk dijadikan sebagai asas mekap korang kerana boleh menjadikan wajah korang nampak semulajadi di dalam gambar...

TIPS PEMILIHAN WARNA FOUNDATION MENGIKUT WARNA KULIT

**Jangan letakkan foundation di bahagian tangan kerana warna kulit di bahagian muka & tangan kita berbeza..Seeloknya calitkan sikit foundation di bahagian muka sekitar dagu dan ratakan untuk melihat kesesuaian tone foundation yang telah dipilih..

**Sekiranya keliru dengan pemilihan warna foundation, boleh mix dua tone foundation kerana kebiasaanya hasil campuran dua tone ini akan sesuai dengan warna kulit kita..ambil satu tone lembut dan satu tone gelap dari tone kulit kita..Cuma pastikan kuantiti yang betul untuk campuran samada tone lembut lebih atau tone gelap sikit begitu juga sebaliknya mengikut tone kulit kita...Cara ini juga sesuai dipraktikkan sekiranya ada kenalan atau sedara-mara yang datang ke rumah kita & tertinggal barang mekap..Jadi kita boleh cadangkan gabungan 2 tone foundation revlon ini mengikut kesesuaian tone kulit dorang...

advertorial

Mengapa WD-40 dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar

08:30

Dipercayai ramai dan mesra kepada alam sekitar

Diasaskan pada 1953, produk Syarikat WD-40® sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya.

Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah  produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai.

www.fiezasani.xyz


Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.

www.fiezasani.xyz

Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40® tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.

www.fiezasani.xyz

Produk Pelbagai Guna WD-40® sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.

Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.

Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan.

Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.

Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40® dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk Pelbagai Guna WD-40® ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.

www.fiezasani.xyz

Memandangkan penyembur WD-40® adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar.

Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasa berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40® atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.

Tentang syarikat WD-40®


Syarikat WD-40®  adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40® sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.

Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia

Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205

Email chan@greatworksmarketing.com

job

Ada Job Untuk Aktif Blogger

21:28

Entry ni khas untuk geng blogger kak fiezz..Kak fiezz nak tanya sapa yang nak cari side income dari blog, meh sini bagi e-mail & link blog kat bahagian komen..Ada job ni untuk korang..Tapi bukan kak fiezz yang pilih..Kak fiezz submit je nama pada PR..Syarat - ada domain sendiri & aktif berblog..Kalau boleh blog sentiasa update..Jangan la update sebulan sekali..Acane gaya nak bagi job, kalau blog tak aktif..Senarai nama yang korang bagi ni pun, kak fiezz tak la jamin 100% korang terpilih,  kalau rezeki sangkut..Dapat la korang job ni..Insyaallah..Ni la salah satu cara kak fiezz jana pendapatan dari blog..Kalau yang tertanya-tanya acane dapat side income melalui blog..Tak la banyak tapi boleh la tolong sikit-sikit duit perbelanjaan harian..Jadi kak fiezz tolong korang pulak yang berminat nak cari side income melalui blog...

Job yang kak fiezz bagitau ni pun tak susah copy paste entry..Senang,kan...Kak fiezz tak war-war kat facebook sebab ada geng blogger yang dah post menda sama..So kak fiezz war-war kat blog la..Lagipun ada antara korang yang rajin ke blog kak fiezz ni, tak friend dengan kak fiezz kat Facebook...Jadi kak fiezz guna medium blog...

Kak fiezz open sehingga esok Jumaat (22/12/2017) ; 6.00ptg

Update 22/12/2017 : Dah hantar senarai yang bagi nama/link blog & e-mail di bahagian komen entry ni pada PR..Insyaallah, kalau ada rezeki korang dapat la job ni..Semoga terpilih ;)

Shopping

Daiso | Macam Ada Tarikan Magnet

08:30

Alergik betul kak fiezz kalau masuk ke Daiso tak beli apa-apa..haha..Rasa macam ada tarikan magnet je bila kaki melangkah masuk dalam Daiso..haha..Motif sangat..Padahal sendiri tak tahan godaan Daiso sebab harga barang-barang dia semua kategori mampu dibayar..

Ni haritu konon kak fiezz nak cari benda lain, eh eh sekali benda lain yang lekat..adeh..kak fiezz kak fiezz..Melekat BB Face Mask / Touchscreen Glove & Travel Bottle..Tau la masuk kat Daiso tu, ada je menda yang reka kat kepala ni..''oo..menda ni boleh buat ni..menda ni boleh buat tu"..Tau-tau, lekat satu dua tiga barang..Kak fiezz nak buat apa barang2 ni, hah..no worry, kak fiezz ni kalau beli barang tahu la kak fiezz bagi fungsi masing-masing..


BB Cream Face Mask - Apa lagi..'Me Time' la hari cuti..tak buat lagi sebab minggu lepas busy..

Touch Screen Gloves - Nak pakai kat pejabat..Sebab kadang aircond sejuk benor..Kak fiezz ni sejenis tak tahan sejuk..Terutama kalau time hujan..fuhhh..memang mengulang ke bilik air sesaja..

Travel Bottle - Nak letak make up remover kak fiezz..Senang nak bawa ke pejabat atau travel...Botol dia yang comel tu senang nak letak dalam beg mekap kak fiezz...

advertorial

Jucie Works | Free Limited Edition Reusable Bag

08:30


You better watch out, you better not cry, because there’s plenty of shopping left to do!

Yes, the jams are crazy and the last-minute Christmas shopping crowd? Even crazier!

Are your feet aching and your mind in a daze with the array of choices you see? Then it’s time to get yourself properly hydrated and juiced up again, before you head back into the melee of shoppers!

In conjunction with this merry season, we've whipped up a special, sparkly red drink! To us, it epitomises all the goodness, happiness and sweet excitement this time of year brings. We hope the very name itself sends a happy tingle, for it’s called, 'Honey, it's Christmas!'

An icy smoothie mixed with the juices of honey dew, plum, strawberries, lemon, and the seasonal additions of dried mulberry and ruby-red pomegranate, this little concoction is only available from Nov 6 till Jan 1, 2018!

With tonnes of anti-oxidants to zap those nasty free radicals from your body, and chockfuls of vitamin C, fibre, folate and potassium, this is one goodness your body really needs during this hectic and exciting season.

What’s more, for every RM20 you spend at Juice Works, you get a stamp from us. Collect 5 of these stamps, and you’ll get a limited edition reusable bag (yes, very handy for more shopping). This special offer is valid till Jan 31 of the upcoming year, or till stocks last. 

Oh! Not forgetting that it’s the season for joyful giving, we have also prepared Juice Works cash vouchers (RM10 each) that you can buy and gift to your loved ones. Because we know the best gift sometimes is really just the ‘gift of health’, and what better and easier way to ensure your loved ones get the best nutrients, right? 

On that note, from all of us at Juice Works, thank you for having supported us throughout 2017, and may we wish you a healthy, merry Christmas and a grand New Year!
www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz





ABOUT JUICE WORKS MALAYSIA

Juice Works Malaysia is the pioneering fresh fruit juice company in the country where they are trusted by thousands of loyal customers to craft the finest concoctions using natural ingredients.

Founded by Jason Choy and Ling Mooi Li, the duo opened their first kiosk at The Curve shopping mall in December 2004. The single kiosk soon won acclaim for its menu of remarkably delicious yet healthy juices and power packed smoothies.

From that one kiosk, Juice Works Malaysia has evolved as the country’s premium fresh fruit juice and smoothie company specialising in a fabulous menu of over 30 handcrafted choices. The brand is renowned for creating healthy drinks that are freshly made to order, and which are so delicious that a return visit is guaranteed. From busy business executives to parents and health conscious consumers, Juice Works Malaysia has that perfect drink freshly made for every individual need.

Juice Works Malaysia is today found in 29 locations around the country with many more in the pipeline. To meet the increasing demand for wholesome lifestyles, Juice Works Malaysia offers franchise opportunities as part of its expansion plans, as well as mobile kiosks to serve up deliciously healthy drinks to go.


For more information and press images, please contact

Chan
Great Works Marketing Consultation
Mobile +6010 295 4802

contest

Menang Contest Lazada Online Revolution Blogger Contest

02:30

Alhamdulillah..Hasil joint contest lazada online revolution blogger contest kak fiezz dapat 2nd prize..Yeay..Rezeki..hehe..Shopping time..Apa nak beli ni yeak?dah macam-macam dalam list..Semalam dapat result kat bawah ni melalui e-mail, terkejut tengok nama ada dalam senarai nama pemenang..

Semoga murah rezeki selalu macam ni la..Aamiin...


Tahniah juga kepada semua pemenang lain..Rezeki kita..Kak fiezz pun joint contest  ni masa hari tutup..Memula macam malas nak joint lepas tu kebetulan mr hubby kak fiezz ada membeli belah masa Lazada Online Revolution Sales, eh rasa nak share la kat blog..sekali la joint contest ni..dan alhamdulillah, rezeki..

produk review

Garlic Complex Shaklee | Merawat Masalah Bisul Berulang

08:30

Haritu mr hubby kak fiezz kena bisul atau bengkak-bengkak kat badan..semua di tempat2 sensitif..Bila duk fikir kenapa mr hubby selalu kena bisul2 ni?sebab agak kerap juga la mr hubby kena..Duk fikir2 minum apa..makan apa..dan conclusion rupanya mr hubby alergik minuman berkafein..Sebab tiap kali lepas minum je, selang sehari atau dua hari kemudian mesti bisul tu naik..Mula dengan bengkak biasa je dulu..Lepas tu nampak naik mata (nanah)..Jadi dah nampak nanah tu harus la bisul kan..

Kak fiezz pun mencari info dari mr.google cara untuk merawat masalah kekerapan bisul yang mr hubby selalu kena ni..dan dari hasil carian, ramai yang suggest Garlic Complex Shaklee ni...Kekerapan naik bisul ni juga selain sebab kak fiezz mention kat atas, boleh disebabkan dari banyak faktor lain..Jadi kak fiezz google cari solution sebab selalu sangat bisul tu naik, dari info yang kak fiezz baca di blog-blog ramai yang bagi petua menggunakan bawang putih kerana sifat antibiotik nya yang tinggi, kalau ikut cara lama potong halus & tempek pada bisul tapi sikit renyah la kan..Jadi kalau cara moden, telan Garlic Complex Shaklee ni la jawabnya..Kita cuba rawat dari dalam badan untuk mengelakkan masalah bisul ni berulang..Bawang putih bukan sahaja untuk mengatasi bisul tapi boleh tingkatkan imuniti tubuh dan menyekat pembentukan kulat, yis candida & virus lain.


1 tablet garlic Shaklee menyamai 2 ulas bawang putih segar yang berkualiti..Kalau kita nak makan bawang putih segar-segar memang tak la,kan Tak boleh telan..Jadi cara paling mudah & senang, amalkan pengambilan Garlic Complex Shaklee..

Meh tengok antara fungsi Garlic Complex Shaklee ni..

- Mengelakkan pertumbuhan sel kanser
- Melambatkan proses penuaan
- Meredakan stress
- Menghilangkan tekanan darah tinggi
- Menurunkan kadar kolestrol
- Meningkatkan insulin darah bagi penghidap diabetis
- Melumpuhkan radikal bebas yang menganggu sistemm kekebalan tubuh
- Menjaga stamina tubuh
- Merawat gastrik/angin
- Merawat asma/batuk/selsema
- Mengatasi/Melegakan senggugut
- Mengubati luka
- Mengandungi vitamin A, B & C
- Mengandungi kalsium & potassium
-Bermanfaat sebagai penawar racun (detoxifier) yang melindungi tubuh dari pelbagai penyakit

So, mr hubby pun baru je makan Garlic Complex Shaklee ni sebagai makanan tambahan tapi kena pantang juga la tak boleh minum kafein..Kang memasal pulak bisul tumbuh balik..Hope membantu la masalah bisul mr hubby kak fiezz yang selalu naik tak kira tempat tu..

Btw, kalau sesapa nak cari produk shaklee boleh roger kawan kak fiezz (no.telefon yang tertera kat gambar atas ni)..