Kekal atau Bertukar?

08:30

Ada baca haritu, kan entry kak fiezz pasal ni Pencapaian Dalam Kerjaya Naik Pangkat..dan Alhamdulillah seperti yang diarahkan dalam e-mail tempoh hari, kak fiezz kena ke JPA semalam untuk ambil surat penempatan..dan..kak fiezz kekal di Kementerian yang sama..cuma bahagian tak dapat dipastikan lagi..Terpulang pada pihak HR kementerian kak fiezz nak isikan kekosongan di mana yang ada..Memang dah request dengan HR, nak kekal di bahagian yang sama tapi tak tahu la HR nak layan ke idok..haha..Kalau di layan, alhamdulillah..Kalau tak di layan, HR letak kat mana2 bahagian pun kak fiezz okey je..Fikir positif, boleh tukar environment..Gitu...


www.fiezasani.xyz



Sesi selfie lepas dapat surat masing-masing..Muka ada sinyumm..hehe..sebab semua kekal di Kementerian yang sedia ada je..

Meriah nak ambil surat kat JPA..kawan2 kak fiezz ni memang jenis buat lawak selamba je..Penat gelak, tau...

You Might Also Like

4 Comment