Japan Trip 2017 | Kaminarimon Gate

10:00

Eh..cerita Jepun lagi..ngeee...mesti korang ingat dah abis entry pasal cuti-cuti Jepun kak fiezz & family in law 2 bulan lepas..hah!!ko 2 bulan lepas punya cerita tak siap lagi..adeh..kak fiezz..bz ke apa..jangan la ditanya..kak fiezz pun tak faham...Jom sambung entry cuti-cuti Jepun ni..Untuk entry yang ni kak fiezz nak kongsi dengan korang salah satu tempat yang menjual souvenir di Jepun...banyak je tempat jual souvenir kat Jepun tapi ni yang kak fiezz terjah sebab dekat dengan hotel kitaorang di Asakusa..Jalan kaki dalam 20 minit lebih kurang (anggaran je la..tengok cara jalan macamana..kitaorang berlenggang kangkung je)..hehe...

KAMINARIMON GATE

Kat sini tempat souvenir yang kitaorang terjah..kiri kanan berderet souvenir..Rambang mata jap..tapi yang pasti, harga tak ada la murah..actually kalau cari souvenir kat tempat lain pun, harga lebih kurang je..cuma kat sini kelebihannya banyak pilihan...tak caya..sila la tengok gambar di pintu masuk kat bawah ni...Kaminarimon gate ni sekali dengan temple orang Jepun..Kat belah dalam tu ada temple dia...





Depan Kaminarimon Gate ;)





Meh baca story sikit pasal Kaminarimon Gate ni..

www.fiezasani.xyz

Entrance Kaminarimon Gate..Caya tak, rambang mata kat sini..Sepanjang jalan dari sini
sampai ke temple dia di hujung tu, memang kita cuci-cuci mata dengan pelbagai souvenir yang dijual kat sini..Sediakan ongkos sahaja..Cuma sikit tips dari kak fiezz, kalau melancong ke Jepun ni memang kena sedia duit banyak sebab harga barang dia yang mahal..Walaupun souvenir sahaja...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Salah satu temple dalam Kaminarimon Gate ni..Besar jugak tempatnya...belah depan kedai2 souvenir yang berderet kiri & kanan..belah belakang, temple dia...

www.fiezasani.xyz

Take 5 sat..Penat gak jalan kat sini..Dengan orang ramai nya...fuhhh..sebab tengah melancong kitaorang redah jugak tengok tempat orang...Kalau tak, bukan melancong la namanya...

www.fiezasani.xyz

Kat sini ada gadis-gadis Jepun yang memakai kimono..Kalau nak bergambar, boleh je..Berkenaan bayaran kak fiezz tak pasti ada yang kena bayar atau tak..Tapi yang kak fiezz ni, FREE sahaja...dan dorang pun sangat okey..nak cakap peramah, tak bercakap pun..main senyum2 je..cuma makchek mr hubby tanya kebenaran nak ambil gambar sesama je....



www.fiezasani.xyz

Ni kitaorang di kedai makan HALAL area Kaminarimon Gate..Not exactly dekat situ tapi masih dalam kawasan yang sama..kitaorang jalan kaki dari Kaminarimon Gate ke tempat ni..

Menu utama kat kedai ni  RAMEN..Untuk kak fiezz, dia macam ala2 sup gitu..Rasa..sedap..Kena la dengan tekak kak fiezz ni..Mr hubby, tak kena dengan selera dia..tak abis pun yang mr hubby punya..dah la mr hubby pi amik hat dia yang mangkuk besor tu..memang besor sungguh...sekali tak abis...sayang je..nak tapau orang kedai tak bagi..Air kosong tu memang disediakan..Jadi kalau nak save budget tak payah la order air lain..Minum air kosong je...Elok untuk kesihatan pun... motif sangat kak fiezz korang ni..padahal sendiri kemain order jus apple..ngeee

You Might Also Like

2 Comment

  1. wow, bestnya dpt jalan2 p oversea, akak ni jalan2 dlm mesia pun x dapat,.. uwaa... tapi mmg betul la, jauh perjalanan luas pengalaman, banyak bend anak dicerita jadi ramai orang nak baca entry kat blog, tahniah..

    ReplyDelete