Ekspo Negaraku | Ada Apa Di Sini?

09:30

EKSPO NEGARAKU


Minggu lepas kak fiezz ikut rombongan KKR ke Dataran..Macam ke jauh benor..haha..kisah la..nak joint jugak rombongan ni..kebetulan bos kak fiezz masa hari tu tak ada kat pejabat..dia ada meeting kat luar KL..Jadi PA dia ambil kesempatan la..hehe..ala, tak ada la ambil kesempatan pi ngulor shopping ke apa...Saja ikut rombongan KKR ni ke EKSPO NEGARAKU di Dataran Merdeka ni...Nak tengok ada apa kat sini?Duk nampak dari LRT bila lalu kat Dataran ni, kubah-kubah tengah padang ni..Ada apa dalam dia yeak?

ADA APA KAT EKSPO NEGARAKU NI?


Masuk PERCUMA yea, korang..Ekspo ni bermula dari 15 November 2017 - 15 Disember 2017 di Dataran Merdeka..Jom masuk, tengok ada apa kat sini...Ada 5 kubah semuanya kat sini..Walaupun di tengah padang, korang jangan risau tau..Sejuk bila dah masuk dalam kubah ni..Terutama kubah yang pertama..Mak aih, dia punya sejukkk..Nasib baik tayangan video dalam 5 minit macamtu..Untuk kubah pertama ni, tayangan video mengenai macamana rupa Malaysia di masa akan datang..dan setiap kubah memaparkan pembangunan, pertanian, lifestyle rakyat dan Malaysia di masa akan datang..Banyak la pembangunan-pembangunan yang dah dikecapi oleh Malaysia dari dulu hingga sekarang..Ada juga di letakkan barang yang rare masa sekarang..Dulu tak rare..Barang wajib ada gitu..Sekarang nak jumpa pun susah..hehe...dan banyak lagi la info mengenai pembangunan di Malaysia..

Dalam kubah ni ada tren..hah..acane tu, ada tren..Pi ke mana tren tu..haha..Sila la kunjungi sendiri..Ada juga video tayangan penggalian terowong dan semua tayangan video dalam ni tak ada button touch ke apa..Main lambai-lambai je, dia gerak..ala, apa ke namanya..Sensor pergerakan kot nama dia..Tapi guna sensor ni la...

Rumusan dari ekspo ni yang kak fiezz dah attend, pameran mengenai pembangunan di Malaysia yang telah dikecapi & banyak lagi dalam pembinaan..Kalau korang nak tengok apa yang Malaysia dah capai & impian Malaysia di masa hadapan, korang boleh berkunjung ke sini bersama keluarga..Bagus bawa anak-anak..Dorang boleh belajar..Ada aktiviti mewarna juga untuk budak-budak..Nasib remaja tua ni tak boleh masuk aktiviti mewarna..Kalau tak, tetiba dah joint sekali kat meja tu..hehe

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Ni kat kubah yang pertama..Sejuk ya amattt dalam ni..Nasib berapa minit je..fuhhh..

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Aktiviti mewarna untuk budak-budak...

www.fiezasani.xyz

Suarakan pendapat anda, Rakyat Malaysia..Kak fiezz pilih PETROL.. hehe

www.fiezasani.xyz
Pameran telefon..Nak tanya, ada yang kenal ke idak?haha
Maklum la zaman sekarang, handphone je yang paling glamer...Baby pun ada smartphone...

www.fiezasani.xyz
Okey, telefon yang ni sebelum zaman kak fiezz lagi...rare sungguh ni...

www.fiezasani.xyz
Ada apa kat dinding tu?

www.fiezasani.xyz
Pertanian

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Yang ni kak fiezz tak tahu nampak apa?kawan kak fiezz yang tengok..
Udah nak tergelak nengoknya..tertonggeng-tonggeng..haha

www.fiezasani.xyz
wall  ni bila kita pegang, lampu menyala..eh!!peghak jap..kalau tak silap wall ni pasal elektrik kot ke solar..eh!!tak ingat la remaja tua ni..korang pi terjah la sendiri...haha

www.fiezasani.xyz
Ni kat kubah yang kelima..Tayangan video di kubah..yang mana cepat masuk, dapat la tempat duduk..kak fiezz berlari masuk dalam ni bila nampak ada seat empuk ni, hah...orang peghak, memang camtu...hehe..tapi kat sini best sebab tayangan video di paparkan pada bumbung kubah ni..terasa canggih disitu..okey la, bagi semangat sikit korang terjah ke sini..nah, video yg kak fiezz rakamkan sikit...



www.fiezasani.xyz
Okey, ni kat belah luar..ada Food Truck uolls..Harga..standard la..Dah penat jalan dalam tu, kena la isi perut..Kak fiezz tak beli makan pun..beli Mangga susu je..RM5



You Might Also Like

4 Comment