Bulan Bahasa | Sasana bahasa

20:53

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Minggu lepas kak fiezz hadir ke program Sasana Bahasa di JPA Putrajaya..Sasana Bahasa ni sempena Bulan Bahasa Kebangsaan. Majlis yang kak fiezz hadir ni merupakan majlis penutup..

BAHASA 

Bercakap pasal bahasa ni, Kak fiezz perasan sekarang ni, ramai sangat ibu bapa suka ajar anak-anak diaorang dengan bahasa inggeris..bagus tu bagus tapi kak fiezz rasa macam kenapa ibu bapa sekarang (tak semua) sangat menekankan anak untuk bercakap dalam bahasa inggeris..Ajar sikit-sikit sebagai asas sebelum masuk ke alam persekolahan tu, pada kak fiezz tak ada masalah..Tapi ini memang sepenuhnya speaking london di mana-mana..Yang ni kak fiezz perhatikan ramai anak-anak artis atau orang kenamaan..kak fiezz macam, kenapa tak guna bahasa melayu..malu ke?ibu ayah guna bahasa loghat negeri masing-masing bila bercakap..tapi bila bercakap dengan anak-anak, guna bahasa inggeris..apa salahnya bercakap dengan anak guna bahasa melayu..bangga dengan bahasa kebangsaan kita..Jangan nanti, bahasa melayu dah jadi bahasa kedua..bahasa inggeris jadi bahasa utama..anak-anak kita nak cakap melayu pun nanti pelat lidah orang putih...hmmm...Ni cuma pandangan peribadi kak fiezz sendiri sahaja.. Mungkin setiap ibu bapa ada alasan sendiri kenapa tekankan anak-anak untuk bertutur dalam bahasa inggeris..Cuma jangan la terlalu agungkan bahasa inggeris..Rasanya kita dah lama bebas dari penjajah,kan...

Okey, tak pe la..tak mau ulas panjang pasal isu ni..cuma pandangan peribadi kak fiezz sahaja..

Jom tengok ada apa kat Sasana Bahasa ni?Antaranya pertandingan pidato, debat berirama,syair,puisi...

www.fiezasani.xyz
Kak fiezz & officemate..antara wakil kementerian yang hadir ke sasana bahasa ini.

www.fiezasani.xyz
Acara pembukaan dengan koir..2 buah lagu..Yang paling menarik Kurik Kundi..Lagu kegemaran..hehe...

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz
Pertandingan Gegar Pidato...Kak fiezz tertarik dengan peserta yang memakai songkok tu memberi hujah penutup..Kita menekankan penggunaan bahasa melayu tetapi hari-hari kita lalu tol,perkataan pertama yang kita akan nampak adalah 
'Touch & Go'..Kenapa tidak gunakan Sentuh & Lalu?Fikir2kan..dan hujah yang diberikan oleh beliau paling menarik & mudah difahami...

www.fiezasani.xyz
Pemenang Gegar Pidato..Seperti yang kak fiezz teka, En.Hariri ~ peserta yang memakai songkok itu di tempat pertama...

www.fiezasani.xyz

Antara yang menarik hari itu..Debat berirama..Cerita mengenai sejarah kedah tua...

www.fiezasani.xyz
Deklamasi puisi

www.fiezasani.xyz
Acara penutup oleh Tan Sri KPPA

www.fiezasani.xyz
Di ruang legar JPA, diadakan juga pameran-pameran yang berkaitan dengan bahasa...Dan ada booth penjualan buku2...


"CINTAI BAHASA KITA"

You Might Also Like

1 Comment