Tawar-Menawar Dalam Urusan Jual Beli Tak Salah Tapi

11:01

Kak fiezz ni meniaga kecil-kecilan je,chuolls..Untung jamu2 kak fiezz jual tu tak la banyak..boleh la nak tampung beli barang apa yang kak fiezz nak beli...sambil2 mengisi masa lapang kak fiezz selain berblog ni..Bila ada customer wasap nak beli jamu,tau x gembira sangat sbb customer bermaksud RM..haha. tapi kadang2 patah semangat bila customer mintak kurang harga..adeh..Mahal sangat ke harga jamu kak fiezz jual tu..Rasa dah cukup berpatutan dengan khasiat jamu tu...jamu tu tak ada campuran apa..original satu bahan dari sumber alam kita ni...jadi khasiat dia sangat la banyak untuk tubuh badan kita...Kalau nak dibanding dengan harga dia tu, sangat-sangat la reasonable...

Tapi biasa la kan kalau pembeli nak mintak kurang harga bagai..Kalau kita pi kedai pun, kita tawar menawar harga...cuma tak semua pembeli suka menawar-nawar ni contoh kak fiezz sendiri..hehe..cuma bila dah berjinak2 dalam bisnes ni kak fiezz as seller serba salah bila customer mintak kurang & kak fiezz tak mau bagi..tambah-tambah seller yang baik hati macam kak fiezz ni..tapi kadang ada customer ni mengambil kesempatan..idok la semua..ada segelintir ni..macam hmmm..masa pembelian kali pertama, bayar harga yang dah ditetapkan..kali kedua, macam kena main pulak sbb kata nak beli lebih dari 1..kita pun bagi harga diskaun sebab customer minta kurang plus dia repeat customer...alih-alih bila kita dah bagi kurang, dia tak jadi nak beli 2..nak 1 je..harga yang nak dibayar harga diskaun yang kita bagi kalau dia beli lebih dari 1 tadi..haih..so nampak tak macam customer mengambil kesempatan di sini...lepas tu kali ke-3 customer mintak kurang lagi..haih..berapa pulak untung kak fiezz...dah makin kurang..makin kurang harganya..

Jadi mohon letakkan diri kita di tempat seller, korang meniaga untuk apa?mesti nak untung kan..kalau untung singgit dua, adeh...yelah faham..rezeki jugak tu..tapi worth it tak nak pusing balik modal untuk restock jamu..ni contoh macam kak fiezz yang menjual jamu la..jadi kalau nak minta kurang tu jangan la lebih sangat..bak kata pepatah melayu..dah bagi betis, nak peha..hah..gitu la lebih kurang..kalau rasa kak fiezz jual mahal..pi le beli kat orang lain..tapi kak fiezz nak bagitahu harga jenama jamu kak fiezz jual ni sama dengan ejen-ejen lain..kitaorang tak boleh jual murah lagi dari harga yang ditetapkan...

Kak fiezz tak marah, faham karenah pelanggan yang macam-macam ni tapi kadang tu customer not always right..Jangan la sebab moto yang selalu di sebut customer always right ni, ramai customer ambil kesempatan pada seller..Boleh nak minta kurang tapi berpada-pada la...Ni sampai untung tak boleh nak pusing balik modal, apa kes?hmmmm

Customer oo customer...haih..Lepas ni sorry kak fiezz malas nak layan customer yang nak mintak kurang2 harga ni..Kalau rasa kak fiezz jual mahal, pi la beli kat orang lain atau pi buat sendiri.. #sellergeram

#yangsukaberbisnes

You Might Also Like

4 Comment

  1. Kadang-kadang kena bertegas.. Manusia nie memang suka ambil kesempatan..
    Sha selalu elakkan dari sikap begini.. Kalau penjual bagi diskaun, alhamdulillah.. Tapi kalau tak mampu memang cakap terus terang duit tak cukup.. Tak adalah nak minta diskaun bagai.. Walaupun beli barang preloved..

    ReplyDelete
  2. semoga kak fieza dapat customer mcm sha sebab sha takrrti nk tawar menawar😂

    ReplyDelete
  3. Ana pun xreti minta diskaun. Selalu rasa ok sgt dh harga tu.

    ReplyDelete