Raja Buah | Pertama Kali Cuba Musang King

09:30

Bila mr hubby seorang peminat fanatik durian, jadi kak fiezz pun terjebak sama dengan selera dia tu..Kak fiezz memang makan durian pun..idak la nolak pulak kalau dah depan mata..hehe..Minggu lepas, mr hubby ajak makan durian kat SINI..kak fiezz pernah cerita tempat ni kat dalam entry tu..Nak tahu kat mana?Sila la klik..Area Selangor je..

Masa ke sini, kitaorang ambil durian jenis MUSANG KING..hah!!harga pun ehem ehem gitu..hehe..nak tahu ke harga berapa?ermmmm...yelah, yelah..kak fiezz share harga dia..RM58/sekilo..ambil 2 biji..sebelum tu, mr hubby makan cendol durian MUSANG KING, harga RM28..gulp (telan air lior, kome oiii)...Licin mr hubby makan..haha..1st time makan cendol kemain harga sampai puluh ringgit..adeh..apa nak buat..udah dia bubuh durian jenis mahai..mahai la rega dia...


www.fiezasani.xyz

Ate..sedap ke MUSANG KING nya ni, hah...Tak tau la kak fiezz nak explain..1st time rasa benornya durian jenis MUSANG KING ni..Tapi pada lidah kak fiezz ni, rasa macam durian biasa je...hehe..Maaf la tak reti nak cerita detail pasal rasa dia tu..Kak fiezz & mr hubby, dua2 pertama kali try jenis durian MUSANG KING ni...kak fiezz ingat mr hubby pernah makan jenis ni..Rupanya tak pernah jugak..Kalau tak, boleh suruh mr hubby explain perbezaan durian MUSANG KING dengan durian biasa...Kalau ikut deria lidah kak fiezz, macam rasa durian je la..Kak fiezz pun makan tak ada la banyak..beberapa ulas je..tak berani makan banyak-banyak..takut panas..

Kalau korang ke sini, jangan terkejut tau..Kedai dia meriah..Macam kedai makan tu, hah...Padahal jual durian semata je..Pelanggan sentiasa keluar masuk ke kedai..Yang datang tu makan bukan sebiji dua, kak fiezz tengok sebakul besar tiap meja..fuhhh...Untung besar tauke dia..

You Might Also Like

6 Comment

  1. Tak pernah lagi cuba yang musang king nie.. Selalu makan yang kampung je.. Memang powerlah bau dia.. Semerbak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time gak rasa musang king ni..okey la rasa dia..sedap

      Delete
  2. sedapnya kak..alamat rumah rabia masih sama kak.dah email kat akak

    ReplyDelete
  3. adoi tengok kaler pun tahu, musang king is the best n sedapp..

    ReplyDelete