Raikan | Majlis Persaraan KkR 2017

09:30

Khamis baru ni ada majlis meraikan pesara-pesara di Kementerian kak fiezz kerja..Setiap tahun, Kementerian kak fiezz memang akan buat satu majlis untuk meraikan pesara-pesara ni..Rasa kak fiezz mana-mana syarikat pun buat yang sama juga..Tak kisah sambutan diadakan secara sederhana atau besar..Bagi kak fiezz elok adakan majlis ini untuk menghargai segala khidmat bekas-bekas kakitangan kerajaan selepas lama mereka berkhidmat..Yalah, mereka dah bertungkus lumus untuk menjalankan tugas selama berpuluh tahun untuk berkhidmat dengan kerajaan dan juga rakyat..Jadi kehadiran kita ke majlis ini, sebagai penghargaan atas jasa-jasa mereka...Masa majlis ni ada juga jumpa dengan ex-officemate kak fiezz yang hadir sebagai pesara..Kak fiezz pun terkejut sebab ingatkan dia masih bertugas..So sembang-sembang dengan dia, tanya buat apa sekarang..Rehat kat rumah je katanya...

Tahun lepas pun kak fiezz ada attend juga majlis ni..hehe..rezeki..rezeki makan...Alhamdulillah...

Seperti tahun lepas juga, wajib la ada photobooth gitu..Kebetulan masa ni, kak fiezz & officemate orang terawal sampai..Wajib la nak posing-posing gitu kat photobooth...


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Kak fiezz bercita-cita nak jadi boss untuk my own business..ngeee..Dulu masa kak fiezz mula-mula berkhidmat dengan kerajaan, ada officemate yang dah senior, bersara pilihan..bersara wajib tu faham la, kan..Yang bersara pilihan tu duk terfikir gak, kenapa yeak?haih, bila kak fiezz dah lama berkhidmat ni, ku faham kenapa..haha..So kak fiezz bercita-cita nak buat apa-apa business & boleh jadi WAHM.. ;)

www.fiezasani.xyz
KSU KKR memberi ucapan sepatah dua untuk pesara-pesara yang hadir pada majlis ini..

www.fiezasani.xyz

Sesi pemberian sijil dan cenderahati untuk pesara-pesara..Masa sesi pemberian sijil ni, touching kak fiezz tengok ada seorang anak menerima sijil penghargaan bagi pihak arwah ayah dia..Lepas dia turun dari pentas untuk duduk balik kat meja, nampak dia tahan menangis..Dah la kak fiezz ni emo, tau..uwaaa..jenuh tahan ayor mata..

www.fiezasani.xyz

Menu of the day

www.fiezasani.xyz

Makan time...ngeee

You Might Also Like

2 Comment

  1. macam best je photobooth tu. paling tksabar mestilah time makan kan hehe

    ReplyDelete