PARFUM PETITE

Sapa yang kalau pi travel malas nak bawa perfume?sep sikit..Kak fiezz kalau nak balik kampung atau travel malas giler nak bawak perfume sebab botol dia besor..Risau terpecah ke apa..haih..Kang satu beg bau perfume..okey tu okey la sebab baju bau wangi tapiii leceh kot nak kena bersihkan balik serpihan2 kaca kalau kata botol terpecah..So itu yang menjadi faktor kenapa kak fiezz tak suka bawa perfume kalau travel atau balik kampung atau outstation..Even ke pejabat pun kak fiezz tak bawa perfume seba leceh nak buh dalam beg, botol perfume yang bersaiz besar...

Jadi kalau sesapa yang  ada masalah sama macam kak fiezz ni, kita geng...Meh kak fiezz nak kongsi solution dengan korang yang malas nak bawak botol perfume yang besar bila nak travel..tak semestinya untuk travel je..Kalau nak bawa ke pejabat pun boleh..Lepas solat, boleh calit-calit je dengan petite parfume yang kak fiezz nak introduce dengan korang ni...Tahu la rutin kita kaum perempuan ni, pagi2 sebelum ke tempat kerja, selepas sahaja sesi berdandan dari muka hingga ke rambut, wajib sembur perfume dulu, kan sebelum melangkah keluar...Semburan wangian ni bukan setakat nak wangi je tapi melambangkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai dan memberi keselesaan pada diri sendiri dengan haruman yang segar..

Namun selepas je waktu tengahari, selesai makan dan solat..Kita akan sesi berdandan semula & masa ni wangian kita yang pagi tadi dah habis baunya..Macam kak fiezz sebab tak bawak perfume jadi bila part semburan ni memang skip padahal wangian memainkan peranan bila kita berhadapan dengan rakan sekerja atau orang luar sebab memberi “scent-sasi” dan impresi yang berkekalan..Memahami kehendak wanita masa kini yang lebih gemar pada sesuatu mudah dibawa terutama wangian, Enchanteur memperkenalkan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli – yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM

Koleksi terbaru enchanteur ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin, bertenaga dan menyerlah. Hasil gabungan pencipta wangian Perancis, Enchanteur menterjemahkan personaliti keempat-empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik.Terdiri daripada empat variasi wangian iaitu 2 aroma paling laris dalam rangkaian ini adalah ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour & Adore..serta dua lagi wangian baru iaitu Cheri & Jolie yang diinspirasikan dari trend bunga semasa..

Menariknya ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM ini dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama. Di reka dengan jenis bebuli (roll-on) memudahkan pemakaiannya dengan cara pantas sepanjang hari dan pada bila-bila masa.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baru ini, memberi kita kelebihan untuk kekal segar sepanjang hari & di mana sahaja. Pembungkusannya yang kecil dan bersaiz seperti gincu menjadikan pilihan utama wanita untuk dimuatkan dalam beg tangan mahupun beg kosmetik atau bagasi yang mudah diselitkan tanpa perlu risau lebihan ruang atau muatan.

Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri masing-masing dan disuai padankan mana-mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi 'signature' si pemakai.

www.fiezasani.xyz

Empat koleksi ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM

www.fiezasani.xyz

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Belle Amour (Beautiful Love)


Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantung berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  

www.fiezasani.xyz

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Cheri (Darling)


Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.

www.fiezasani.xyz
ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Jolie (Lovely)


Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

www,fiezasani.xyz

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM – Adore (Adorable)


Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Koleksi ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM ini boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah / Sarawak) di Watsons, Guardian, Aeon Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.   

8 Comments

  1. wangi selalu la bila pakai... mesti ada yg mengikutnya... hehe

    ReplyDelete
  2. wangii... sz petite ni memudahkan pelanggan beli kerana banyak pilihan nak guna, x da le bosan guna perfume sama hari2..

    ReplyDelete
  3. Semua baunya wangi sangat...ada 4 botol lain- lain bau dan boleh tukar hari- hari kan....best..

    ReplyDelete
  4. Kaklong suka wangian Jolie tu.. Lembut je baunya <3

    ReplyDelete
  5. Best ni. Nanti nak pi bau satu-satu tengok mana yang best.

    ReplyDelete