Nak Macam Dulu Buat Hal Sendiri

08:30

Entry kali ni kak fiezz nk sesi luahan perasaan sikit pasal situasi kak fiezz di pejabat sekarang ni..Kak fiezz ni kalau org tak kenal mmg akan cakap kak fiezz sombong..tapi tak sombong pun benornya..cuma muka je mcm sombong..kalau dah kenal rapat dengan kak fiezz,tahu la kak fiezz ni camne orgnya..dulu2 kak fiezz ni susah sikit nak rapat dengan orang..tapi bila dah rapat, mmg kak fiezz setia orgnya..masa kak fiezz di tempat lama dulu, kak fiezz tak ada specific kawan rapat..kak fiezz kawan dengan semua orang..cuma tempat lama kak fiezz dulu ramai orang2 yang dah berumur..jadi kak fiezz susah sikit nak masuk dengan sapa2..kawan gitu2 je la..kalau breakfast atau lunch,kak fiezz lebih suka lone ranger je..sampai org kesian tgk kak fiezz ni tak ada kawan..haha..bila masuk ke bahagian sekarang, ramai yang baya2 kak fiezz..kak fiezz ada la rapat dengan sorang dua..seronok bila ada geng ni rupanya..lunch keluar sesama..tapi bila dah lama2 ni, dengan macam2 pengalaman bila dh ada geng sendiri,kak fiezz lebih suka macam dulu..lone ranger..sebab kita tak payah nak jaga hati orang..kita tak tahu apa2 rahsia pejabat yg boleh sebabkan kita terlepas cerita dengan orang lain..yg penting,tak ada sapa nak komen pasal diri kita..kita gemuk..kurus ke..tak ada yg terlebih concern nak tegur..biar la kita nak bdn macamana pun janji kita sihat..ni org lagi tahu pasal badan kita dari kita sendiri..kak fiezz rimas part ni..sebab kak fiezz ni kategori tak suka nak komen pasal orang lain..so tolong la jangan nak komen pasal kak fiezz..i is very sensitif part ni..ada la reason kenapa kak fiezz nak badan macamni...so jangan nak judge why & why?kak fiezz ni sampai meluat bila orang tegur menda yang sama..n ni buatkan kak fiezz stress..kak fiezz dalam usaha untuk something so kak fiezz tak boleh nak stress2...

pasal rahsia tu plak,baru2 ni seorang member ofis kak fiezz,kak fiezz label kan sbg A bercerita mengenai sesuatu pada kak fiezz..Then salah kak fiezz pulak pi bercerita rahsia tu dengan member ofis lain,kak fiezz labelkan sebagai B...dan member ofis B ni pulak tercakap pasal rahsia tu dengan orang lain pulak..pfttt..Kawan ofis A kak fiezz agak marah la sebab dia cerita tu dengan kak fiezz & seorang lagi member..yang rapat dengan si B ni,kak fiezz je...So confirm2 la kak fiezz yang cerita..Dah buat salah tu,kak fiezz mengaku je la..Memang my mistake pun sbb mulut tak reti nak jaga...haih..So kak fiezz dah mintak maaf pada member ofis A ni tapi dia macam sinis pulak dengan kak fiezz..Hmmm..jadi sebabkan ni kak fiezz rasa better tak payah rapat la dengan sesapa,kan..Kalau nak bercerita sangat, better kak fiezz membebel dengan mr hubby je di rumah..

how i miss nak jadi lone ranger macam dulu..buat hal sendiri...tak campur dengan org lain..tak menambah dosa sbb terngumpat pasal orang lain..haha..biasa la ofis kan..

Rasanya kak fiezz nak macam dulu selesa bergerak as lone range..tak rapat dengan sapa2..Ada suggestion macamana cara kak fiezz untuk elakkan rapat dengan sesapa?kak fiezz tak sombong tau cuma kak fiezz ni sangat sensitif..jadi malas nak rapat dengan sesapa...

You Might Also Like

6 Comment

  1. sha pun takde rapat dengan sapa sapa kecuali memang kawan baik sha, kalau dorang takde kat sini (balik tempat belajar) memang sha sorang sorang jelah haha kesian orang nampak tkdak kawan padahal sha ok je, kawan baik kita dah tau dah perangai kita mcam mana. nak kenal dengan kawan baru ni susah sikit, karang kena jaga hati lah, kena jaga tingkahlakulah haha takbest langsung. sebaik kat tempat kerja ni sha sorang je kerja. so sha rasa akak buat taktau je, back to the normal life, jadi lone ranger hehe

    ReplyDelete
  2. zikir Ya Hafiz Ya Muhaimin selalu kat fiez semoga Allah melindungi mejaga dan pelihara pendengaran kita, pergaulan kita drp perkara yang tak sepatutnya...

    ReplyDelete
  3. Macam rabia ni..rabia pendiam je kt tmpt kerja dan kolej dulu..Tapi disebabkan terlampau pendiam pun..org x suka..hmmm..better rabia duduk sorang2 je.tak ada kwn.kwn dalam alam maya je.i suka buat hal sendiri.

    ReplyDelete
  4. yes.. Nurul pun salah seorang lone ranger.. malas nak fikir apa2 dkt tempat keje.. kita buat je keje kita..

    ReplyDelete
  5. Saya selama bekerja tak pernah rapat dengan org especially staf perempuan. Ramai sgt berpuak....staf lelaki pun perasan saya jenis lone ranger. Breakfast saya dh siap2 settle di rumah / falam kereta otw ke pejabat, lunch kadang bawa bekal atau pergi cafe tapaw makan di pejabat. Senang hidup...dan alhamdulillah saya selalu jadi org terakhir tahu gosip2 dalam opis. Tak semak otak.

    ReplyDelete
  6. Kadang kadang buat hal sendiri lg bagus kan kak.tak sakit hati..

    ReplyDelete