Lee Kum Kee | My Fun Cooking 2017

22:24

Ahad lepas kak fiezz pi tengok orang masak-masak..Selalu kita masak..Ni kita tengok orang pulak masak..Pertandingan My Fun Cooking 2017 pusingan pertama ini berlangsung di One Space @ The Square, One City anjuran bersama oleh Lee Kum Kee & Desa Home. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah menggalakan kanak-kanak bagi menunjukkan bakat mereka & keseronokan memasak bersama ahli keluarga masing-masing. Pertandingan ini dijadikan sebagai platform asas untuk kanak-kanak seronok membantu aktiviti memasak bersama ibu ataupun ahli keluarga lain dengan menggunakan produk Lee Kum Kee..Bagi minggu pertama ini, 4 kumpulan telah bertanding dan pertandingan My Fun Cooking ini akan berlangsung selama 4 pusingan..Pemenang bagi setiap pusingan akan bertanding pada pusingan akhir dengan selebriti, Mr. Peter Davis. 

Seperti yang kita ketahui produk Lee Kum Kee telah dikenali dengan sos tiram serta pelbagai sos keluaran mereka yang berkualiti. Oleh itu Lee Kum Kee komited untuk mempromosikan masakan Cina di seluruh dunia dan mencari bakat masakan pada masa hadapan. Dan seterusnya mempromosikan misi ini di Malaysia dengan mengadakan My Fun Cooking 2017 di One Space @ The Square, One City yang akan berlangsung sebanyak 4 pusingan bermula dari 

Pusingan Pertama - 15 Oktober 2017
Pusingan 2 -  22 Oktober 2017
Pusingan 3 -  29 Oktober 2017
Pusingan Akhir - 12 November 2017


Setiap pasukan yang bertanding akan melibatkan dua ahli keluarga iaitu seorang dewasa samaada ibu atau bapa atau penjaga serta kanak-kanak yang berusia 10 hingga 18 tahun. Peserta kanak-kanak telah diberi jumlah bajet yang tertentu oleh pihak penganjur untuk membeli bahan-bahan dari SK Market, salah satu daripada penaja pertandingan My Fun Cooking 2017 ini. Pasukan yang mengambil bahagian perlu menyediakan hidangan utama mereka dalam masa satu jam berdasarkan tema yang ditetapkan menggunakan sos Lee Kum Kee. Untuk Pusingan pertama ini ,ayam menjadi bahan utama. Pasukan yang mengambil bahagian perlu kreatif dan mencipta kelainan untuk menyediakan hidangan yang lazat.

Semua peralatan elektrik yang digunakan semasa acara ini ditaja oleh Electrolux dan
Desa Home Theater Sdn Bhd

Untuk butir-butir pertandingan, sila lawati laman Facebook rasmi acara

"MyFunCooking2017" atau hubungi Cik Ling di 03-4287 0039 / 011-2608 8034.

Mengenai Lee Kum Kee

Telah ditubuhkan sejak tahun 1888 oleh pengasas, Mr Lee Kum Sheung. Dengan kegemilangan sejarah selama 129 tahun, Lee Kum Kee telah menjadi pilihan utama isi rumah untuk chinese sauce & condiments serta jenama antarabangsa dan menjadi simbol kualiti serta kepercayaan mereka yang telah menggunakan produk Lee Kum Kee. Telah menguasai pasaran selama 3 abad, Lee Kum Kee telah menjadi Syarikat Cina yang terkenal di seluruh dunia yang menawarkan lebih daripada 200 pilihan sos ke lebih 100 negara & wilayah. Butiran lanjut, sila layari www.LKK.com

Mengenai Desa Home

Ditubuhkan pada tahun 1995, Desa Home adalah syarikat yang menawarkan barangan peralatan rumah untuk pelbagai jenis produk bagi keperluan isi rumah. Desa Home telah memenangi Anugerah Lima Tertinggi Malaysia bersama-sama dengan jenama terkenal di peringkat antarabangsa seperti Sony, Samsung dan LG. Mereka adalah penjual semula jenama yang dipercayai seperti Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, Perintis, JVC,Yamaha, JBL dan banyak lagi. Telah dilatih dan diperakui oleh ISF dan THX, pasukan Desa Home dilengkapi dengan pengetahuan profesional menyediakan perkhidmatan berkualiti khusus untuk berkhidmat kepada pelanggan korporat.

Jom tengok sekitar pertandingan ahad lepas untuk pusingan pertama ini.

www.fiezasani.xyz
Penaja utama My Fun Cooking 2017

www.fiezasani.xyz
Cak..Bersama produk-produk keluaran Lee Kum Kee

www.fiezasani.xyz
Barisan juri yang akan menilai masakan peserta-peserta

www.fiezasani.xyz
Membeli-belah bahan-bahan yang diperlukan di SK Market, salah satu penaja untuk pertandingan My Fun Cooking 2017

www.fiezasani.xyz
Peserta-peserta sibuk memasak. Masa yang diberi adalah 1 jam sahaja.

www.fiezasani.xyz
Peserta

www.fiezasani.xyz
Peserta

www.fiezasani.xyz
Peserta

www.fiezasani.xyz
Peserta

www.fiezasani.xyz 
Menu masakan yang disediakan oleh peserta-peserta...Agak2 yang mana la yang menarik pada deria rasa juri...sabor..Kat bawah ni kak fiezz share...

Sementara menunggu peserta-peserta sibuk memasak, kami para tetamu dihidangkan dengan masakan-masakan serta minuman yang menggunakan produk Lee Kum Kee..Antara menarik perhatian kak fiezz, air di bawah ni..Sedap chuolls..


www.fiezasani.xyz
Sos Plum + Lime = Sedapnyaaa...

www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Minum dah..Makan pun dah..Jom, nak tengok tak sapa menang ni?

www.fiezasani.xyz

Mr. Vincent Chui, Regional Marketing Director of Lee Kum Kee Malaysia menyampaikan hadiah kepada pemenang untuk pusingan pertama 

Pemenang untuk pusingan pertama :
Mom: 郭汉婷 Kat Kok Han Teng
Daughter: 叶承瑜 Chloe Chong Cheng Yee, 11 yr

TAHNIAH!!

www.fiezasani.xyz

Dish name : 锦锦有调
Kum Kee Golden Patties

www.fiezasani.xyz
Para peserta yang lain tidak pulang dengan tangan kosong..Setiap peserta menerima cenderahati dari Lee Kum Kee..Tahniah chuolls..

www.fiezasani.xyz
Barisan pemenang bersama penganjur-penganjur pertandingan My Fun Cooking 2017


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :~
M&C Star Enterprise
Camy Ling
Tel/Fax: +603- 4287 0039
Mobile: + 6012- 976 5737
Email: camy@mcstar.com.my
camyling@rocketmail.com

Mark Thomas
Tel/Fax : +603- 4287 0039
Mobile : + 6012-267 8100
Email: mark@mcstar.com.my
markthomas20@gmail.com

You Might Also Like

22 Comment

  1. Ayam marinade dengan sos bbq tu nampak cam best lah kak fiez. Terliur baby lam perut Annur kikiki
    Rasa macam nak try je sos bbq tu, tapi produk lee kum kee ni memang ade sijil halal ke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Annur, kat botol dia ada cop Halal..try la cari nanti..

      Delete
  2. Bestnya macam My Kitchen Rule plak 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke..tak tengok rancangan tu..tapi kalau masak2 gak, sama la konsep dengan my fun cooking ni...

      Delete
  3. sangat meriah. tahniah kepada yang menang dan yang terlibat. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah juga ;) Tunggu pusingan akhir..Nanti Kak fiezz update ;)

      Delete
  4. Kan best kalau SA dpt join masak ngan anak mcm ni..SA mmg pengguna sos tiram lee kum kee...best sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yea ke SA..nk try la jugak nnti...

      Delete
  5. Terbaiklah kak....akak memang suka memasak yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata suka sangat tu, tak la..sedang2 gitu..hehe

      Delete
  6. Seronoknya buat aktiviti masak2 dgn anak3 ni..tak sabar nk tunggu anak2 i besar so dat we can do this fun activity together

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang fun aktiviti macam ni, Alia..Boleh ajar anak2 kita berdikari jugak..Nanti dorang dah besar, mesti dorang hidup sendiri..Jadi aktiviti ni bagi pengalaman & new lesson untuk dorang praktikkan...

      Delete
  7. kena banyakkan aktiviti mcm ni dengan budak-budak..
    plus memasak merupakan skill berguna utk semua org

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes..setuju sangat nisa..skill memasak ni, mmg berguna untuk perempuan mahupun lelaki...

      Delete
  8. Tak pernah dengan produk makanan ni dan tak pernah guna tapi kalau Halal tu mungkin akan cuba buat masakan cina pula mesti sedapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maha, di botol dia ada label Halal..Kalau maha refer kat bahagian komen ni, SA ada mention, dia salah seorang pengguna produk ni...

      Delete
  9. Meriahnya, mesti seronok kan dapat masuk tanding dengan anak. Kalau sis masuk sure kecoh..dgn anak tak pandai masak lagi..hehehe.
    Apa2 pun sos tiram produk ni mmg sedap

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau dapat join program macamni. Seronok dpt memasak bersama anak.

    ReplyDelete
  11. Bestnya pertandingan macam ni.. Boleh eratkan lagi hububungan kekeluargaan.. Harap program macam ni lagi banyak diadakan

    ReplyDelete
  12. Hadiah yang ditawarkan juga nampak menarik.. tak cukup keyakinan untuk sertainya

    ReplyDelete
  13. Yang mana kita try hari tu memang lazat kan - minuman air plum tu memang terbaik sangat!

    ReplyDelete
  14. i suka air plum tu, senang nak buat jugak!
    nice to meet you there!

    ReplyDelete