Jalan-jalan cari makan, uolls..Dua minggu lepas masa kak fiezz ke majlis Grand Opening De Centrum di Jalan Ikram-Uniten, Kajang, kak fiezz mencuba menu western di salah sebuah kedai makan dalam mall tu..Terletak di tingkat yang sama dengan SPP Book Agency..Lepas selesai event pembukaan tu dan selepas shopping..ngeee...Kak fiezz & mr hubby nak gerak balik rumah dah..Sekali mr hubby ajak makan dulu kat kedai ni..Masa perasmian SPP Book Agency, orang kedai ni ada edarkan flyers promosi kat semua yang ada di depan SPP Book Agency masa tu..Mr hubby salah seorang yang dapat flyers..Dah mr hubby ajak makan dulu..Kak fiezz follow je..Tak banyak cerita...Lagipun memang dah lapar pun masa tu..Dah dekat pukul 3 lebih kalau tak silap..Mana tak lapar..Lepas habis upacara pembukaan SPP Book Agency tu, kitaorang pi shopping pulak kat Mr.D.I.Y & kedai elektrik..Nampak tak ..Kedai elektrik pun boleh nak shopping..Kalau orang lain, apa je la nak shopping kat situ..Sebenornya kak fiezz & mr hubby nak cari satu barang je..Tapi yang sangkut 3,4,5 barang..haha...

Okey, berbalik pada point utama entry ni..Kak fiezz & mr hubby JJCM di kedai (rujuk gambar bawah ni)..PAK UDA KITCHEN & GRILL..Western + Pasta + Salad...Tengok nama kedai pun korang dah tau la menu-menu dia..So tak payah la kak fiezz nak cerita detail..


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz


www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

www.fiezasani.xyz

Sementara tunggu order kitaorang sampai, jom selfie..Kak fiezz suka dengan lukisan kat pintu nak ke dapur tu..Menariksss...

www.fiezasani.xyz
Kalau bawak budak2, insyaallah dorang senyap sebab tuan kedai pasang cerita kartun..haha..Dengan mr hubby sekali sangkut layan...

www.fiezasani.xyz
Order ala2 kat Old Town,kan...Tulis sendiri...

www.fiezasani.xyz
Post selfie harus la nampak kak fiezz debab sikit..Mr hubby jenuh tahan nafas tu...
Nak nampak sado..Gitu... :D

www.fiezasani.xyz

Okey, ni la order kitaorang..eh!!bukan share tau..tapi kitaorang order menu yang sama..Jadi kak fiezz ambil gambar yang kak fiezz punya je la...
Ni set promosi Chicken Chop..sekali dengan Teh O Ais (RM10.00)


Komen kak fiezz & mr hubby - Sedap..tue je..haha..Sebab lapar ke..tak pasti..Tapi overall okey..sedap untuk tekak kak fiezz & mr hubby..Kak fiezz pun bukan food blogger..Cuma kak fiezz nak kongsi dengan korang salah satu kedai makan yang ada di sini kalau korang jalan-jalan kat mall ni...Rasa macam jemu makan Kepci ke, Pizza ke..Boleh la cuba western food kat sini pulak...

4 Comments