WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant
Tiada lagi kebosanan dengan si pakar kecil ini !
Cermin kereta tersekat? Pintu
bunyi berkeriut ?
Kita
sedia maklum bahawa getah dan PVC lama
kelamaan akan mendegrasi dan mengeras.
Untuk mengatasi masalah ini, kita
memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan
asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40®
Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.
Usah
gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan
turun (atau tersekat di kesesakan jalan raya).
Dapatkan setin WD-40® Specialist™ High Performance Silicone
Lubricant, yang berupaya melincirkan,
mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah,
plastik dan vinil.
Untuk
mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat sekat, hanya semburkan
sedikit ke atas penutup getah tingkap
cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan, Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik
pulih kereta klasik antik dengan tingkap
menggunakan tombol pemusing – di mana ada habuk dan minyak terperangkap – hanya semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan
ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.
Begitu
juga dengan pintu kereta yang berkeriut hanya semburkan dan biarkan beberapa
minit, dan nah - tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. Paling menarik, pelincir
ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengaliran
air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.
Selamat
digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High
Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan
prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar ( dari -73°C sehingga +260°C). Ia juga boleh digunakan untuk
peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub.
Merupakan
antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone
Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan
banyak lagi.
Selain
daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor –
atau mana mana bahagian penyambung yang sukar. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan
melancarkan gelongsor pintu.
Ingin
tahu lebih lanjut? Layari laman web
WD-40® Silicone di https://goo.gl/e5yJz2 atau
di http://wd40.asia hari ini.
Paling penting adalah usah panik sekiranya
ada berada di dalam situasi yang sukar. Hanya
pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan
oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu!
Tentang syarikat WD-40®
Syarikat
WD-40® adalah
pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti
ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan
pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas
Missile (peluru berpandu) dan ia diubah
kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi,
melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.
Produk syarikat WD-40®
sentiasa menjadi pilihan mereka yang
profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka
seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit.
Hari ini WD-40®
boleh diperolehi di seluruh dunia dalam
pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40®
Specialist™, WD-40® BIKE dan WD-40®
Specialist™ Automotive.
Rangkaian produk WD-40®
boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat
lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia
Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com
3 Comments
Macam2 boleh buat dgn ni Kan.
ReplyDeleteTq for sharing
ReplyDeleteDekat rumah memang selalu ada stok ni, Maklumlah Kanda suka pomen kereta dan motor sendiri.. kadang2 halaman rumah npk macam workshop he he he.
ReplyDelete