MASALAH LIPAS

Sapa ada masalah LIPAS kat rumah..atau masalah SEMUT kat rumah..Sep sikit..kita serupaaa..stress kak fiezz dengan LIPAS-LIPAS yang bermaharajalela kat rumah ni, tau..Macam2 petua dah kak fiezz buat..Yang paling banyak kak fiezz dapat tangkap lipas guna PETUA yang mak mertua bagi..Petua INI..Tapiii sekejapan je lipas-lipas tu menyerang balik..bak kata mr hubby..Seekor lipas yang kita nampak merayap kat rumah, ada berpuluh lagi dalam sarang dia..haih..Kak fiezz duduk rumah flat je..Kadang kita betul jaga kebersihan tapi jiran-jiran kita..Jaga ke?tak ada la menuding jari pulak tapi tue la masalah kalau duduk di rumah flat ni..Kadang kita dah jaga kebersihan untuk elakkan lipas masuk ke rumah kita tapi dia datang dari rumah sebelah-sebelah..Kak fiezz pun tak ada pembersih sangat tapi masing-masing ada tanggungjawab untuk memastikan kawasan rumah kita selesa dan pastikan rumah kita tidak dimasuki oleh serangga perosak yang boleh tersebar di rumah jiran kita juga..Jadi apa solution yang mampu kita buat..Macam kak fiezz sendiri, kak fiezz guna petua yang kak fiezz cerita kat atas tu..Korang boleh klik link tu kalau nak cuba petua tu..kat bawah ni solution ke-dua kak fiezz..Harap2 berhasil atau berkurangan lipas-lipas kat rumah kak fiezz..Please Lipas, go away from my home..eh!!macam lipas boleh baca pulak kat blog kak fiezz..haha..


KLEENSO RESOURCES SDN BHD

Korang pernah dengar tak produk KLEENSO ni?Kak fiezz pun 1st time dengar jenama KLEENSO ni..Dari apa yang kak fiezz baca, KLEENSO Resources merupakan pengilang dan pengedar yang berpangkalan di Malaysia bagi jenama kleenso dan peeso iaitu produk pembersihan rumah, penyelesaian kepada serangga perosak serta produk penjagaan kereta dan barang-barang pakai buang. Produk Kleenso Resource telah dibawa oleh peruncit besar seperti Giant Hypermarket, Cold Storage, Village Grocer dan kedai Aeon, serta mart terkenal seperti speedmart 99 dan Mr.DIY. Dengan portfolio produk dan penyelesaian yang pesat berkembang, ditambah dengan rangkaian pengedaran yang luas, produk dan penyelesaian sumber kleenso dipasarkan di seluruh negara dan dieksport ke lebih dari 12 buah negara. Untuk maklumat lanjut mengenai sumber kleenso, lawati www.kleenso.com.my

Okey, menarik..ada perkataan penyelesaian kepada serangga perosak di atas..Ni yang kak fiezz kemain excited nak cuba produk KLEENSO ni..Nyah ko lipas..haha (gelak jahat kat lipas)..

Rangkaian produk KLEENSO


Ni diantaranya yang kak fiezz guna..Banyak lagi rangkaian produk lain, korang boleh terjah di website Kleenso (link di atas)..

www.fiezasani.xyz

Tile & Bathroom Cleaner
Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner
Eco-Ant Bait Natural Ingredients
Eco Cockroach Bait Natural Ingredient
Bio Degradable Garbage Bag

www.fiezasani.xyz
Tile & Bathroom Cleaner


Berfungsi untuk menyental permukaan porcelain seperti tile, toilet bowl, bath tub, basin & etc. Dapat menghilangkan kesan yang susah untuk ditanggal pada jubin mozek selain mengandungi perumusan anti bakteria yang dapat membunuh kuman dan menghilangkan 
bau kurang enak.



 www.fiezasani.xyz
Bio Degradable Garbage Bag

Kebiasaanya plastik sampah yang kita beli selalu nipis & terlebih berat, terkoyak pulak..arghhh..kak fiezz kalau kena macam ni memang stress..Nak nak time pagi waktu nak ke tempat kerja..sekali harung bawak sampah sebab nak buang..eh masa tu jugak la dia nak koyak..terus jadi lambat tau..Jadi kak fiezz suka sangat dengan Bio Degradable Garbage Bag ni sebab lebih tebal & paling menarik ada 2 jenis..satu untuk sampah jenis kering contoh kertas, plastik dan satu lagi untuk jenis basah seperti sampah yang berair, berminyak..wahh..suka suka..

www.fiezasani.xyz

Eco-Ant Bait Natural Ingredients
Eco Cockroach Bait Natural Ingredient


Yang ni memang kak fiezz tak sabar-sabar nak cuba...dan dah tentu ia berfungsi untuk menghapus lipas-lipas dan semut-semut yang bermaharajalela dalam rumah kita..Jangan risau , ia selamat digunakan kerana dihasilkan dari Acid Boric.. Setiap kotak mengandungi 2 unit dan cuma perlu tarik pita pelekat & letak di mana-mana kawasan dalam rumah yang banyak serangga perosak itu...Fuh..kak fiezz dah rasmi guna pun..Hasilnya...tadaaaa

www.fiezasani.xyz

Di kawasan dapur & sinki...Yang gambar 1st, tu la rupa item dalam Eco Cockroach Bait Natural Ingredient ni...Sebelum letak tu, tarik tali pita pelekat di bahagian atas & boleh letakkan di kawasan rumah yang banyak lipas atau semut..

www.fiezasani.xyz

Serai Wangi Liquid Wax Floor Cleaner

Dirumus khas untuk membersih dan melindungi lantai. Ia selamat digunakan dan tidak perlu dibilas dengan air selepas menggilap lantai. Permukaan lantai akan selesa dan menyerikan selepas menggunakannya. Ia lembut, ph sederhana,anti-statik dan melindungi lantai serta kilat sepanjang masa. Ia mengandungi bahan semulajadi pati-serai wangi dan pati lemon
yang dapat mengurangkan serangga seperti nyamuk, lipas, cicak dan semut. ia tidak mengandungi bahan racun serangga.


Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut pasal produk2 keluaran Kleenso ni, boleh rujuk website di bawah.

Facebook : KleensoResources/

7 Comments

  1. rumaah lina banyak lipass....kat bilik air pun ada tau...boleh la cuba produk klensoo ni...

    ReplyDelete
  2. serai wangi kleenso tu best.. bila mop lantai memang sedap je bau dia ^^

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar produk ni. Macam best jer. Kat umah byk lipas jugak tu

    ReplyDelete
  4. Kat rumah ni lipas la musuh utama. Kena cari satu ni

    ReplyDelete
  5. Yangant and cockroach bait tu mcm best...
    Tak perlu nak berperang lg dgn lipas lepas ni ...

    ReplyDelete
  6. Rabia pun guna serai wangi ni.sembur3 dalam kereta.wangi sgt baunya.

    ReplyDelete
  7. Masalah lipas memang ada sama lah kita. Kena usha produk ni

    ReplyDelete