Sambungan entry sebelum ni, jom tengok antara aktiviti kitaorang semasa cuti-cuti di Jepun ni..Seperti yang kak fiezz inform dalam entry sebelum, percutian kitaorang ke Tokyo, Jepun ni tidak menggunakan sebarang travel agent. Semua aktiviti berjalan kitaorang explore sendiri. Cuma ada 1 hari aktiviti iaitu yang kak fiezz nak kongsi ni sahaja kitaorang guna khidmat travel agent..Pakej ground Jepun ni kak fiezz & mr hubby cari di MATTA FAIR..Kak fiezz pernah share jugak kat blog pasal ni tapi masa tu kak fiezz tak beritahu nak ke mana?hehe..Saja surpriseee..Pakej ground Jepun yang ni kitaorang ambil dengan SEDUNIA TRAVEL..Masa jalan-jalan kat MATTA FAIR tu, tak banyak booth yang tawarkan pakej ground Jepun macam di  booth SEDUNIA TRAVEL ni..Kebanyakan tawar full package..Survey punya survey jumpa booth SEDUNIA TRAVEL yang ada tawarkan pakej ground Jepun ni..Tanya harga harga agak reasonable..Masa tu tak terus ambil..Tanya opinion ahli group yang akan bercuti sekali dengan kitaorang samaada setuju ke tidak nak ambil pakej ni..Rasa macam buat undian..dan majoriti bersetuju..hari ke-3 baru kak fiezz & mr hubby repeat ke MATTA FAIR & baru booking package ni..Booking kena bayar sikit deposit..Lagi sebulan atau dua bulan tarikh nak fly to Japan, kena bayar penuh..total..Okey, tu nanti kak fiezz buat entry lain..hehe

Apa ada dalam pakej ni?

**Melawat Odawara Castle Tower - Nak tahu pasal sejarah dan replika2 lama Jepun ada kat sini cuma sayang info dia dalam bahasa Jepun..Kalau fasih dan boleh baca tulisan Jepun, boleh la baca setiap info dalam muzium ni..kalau macam kak fiezz yang confirm tak faham, tengok gambar je la..Sebelum naik ke castle ni, akan lalu satu taman..dan kawasan lapang macam gambar bawah ni dan ada disediakan tempat untuk baju sewa tradisional pahlawan Jepun kot..sorry, tak tahu nama apa..Kisahnya kak fiezz ada snap gambar tapi kan kak fiezz ter 'delete gambar dalam handphone..uwaaaa...Masa mula-mula cuti2 ni kak fiezz banyak snap gambar guna handphone je..Padahal ada bawak kamera..Tapi lepas kes ter'delete terus tukar guna kamera..Ni gambar ehsan dari group wasap & adik ipar kak fiezz..Dia photographer, jadi mmg banyak la gambar dia ambil..Yang mana ada muka kak fiezz & mr hubby, dia kongsi..uwaaa sedey tau..gambar dari hari pertama sampai ke empat rasanya, kak fiezz ter'delete...padan muka...Okey, dah..koser nak ingat memori tak best itu..Ni kak fiezz share  yang mana ada je la..


www.fiezasani.xyza
Pinjam gambar adik ipar kak fiezz yang photographer tu..Ni gambar dia kat sisi castle  memandangkan gambar kak fiezz & mak mertua kat sini, tangan gatal kak fiezz pi delete...

Ni di bahagian dalam castle...

Masa yang diberikan untuk jalan-jalan di castle ni adalah 40-50 minit..

kemudian, aktiviti makan KETAM..Masa untuk lunch di sini 50 minit.

www.fiezasani.xyz

Ni la rupa ketam yang kitaorang makan tu..Cara masak cuma rebus dengan air kosong je..Rasa..masin..haha..Selain tu yang boleh dimakan cuma salad sahaja..dan ada la spaghetti..


www.fiezasani.xyz

Sesekali letak gambar tak berapa nak cun kak fiezz..eh!!cun kah kalau tak..haha..
Khusyuk makan kak fiezz & mak mertua..Kedai ni tak  di iktiraf halal jadi yang boleh dimakan cuma ketam, spaghetti & salad sahaja..kak fiezz terlupa diri sebab lapar..pi amik ayam goreng..terus kena marah dengan mr hubby..haha..lupa..Ingat kat Malaysia..Boleh amik semua...Moral of the story kalau melancong ke negara yang susah nak dapat makanan halal, kena hati-hati & beringat sikit...reminder for yourself, fieza...hehe
Masa ambil pakej ground jepun dengan SEDUNIA TRAVEL, agen mmg dah maklum kan pada kitaorang..dan masa tu ada salah seorang staff SEDUNIA, orang islam & dia tinggal di Jepun..Dia pun akui pasal ni tapi dia beritahu boleh la makan ketam kat sini sebab cuma direbus sahaja..

Selepas makan, jom kita fefeling jadi Kapten Jack Sparrow jap...Kita naik Hakone Pirate Ship..Masa diberi untuk menaiki kapal ni 30 minit..Tapi yang ni jangan risau, tour guide kita follow sekali..Jadi tak risau kena tinggal ke apa..Tour guide ready je pegang bendera sebagai penanda..Jadi cam kan je tour guide masing-masing...

www.fiezasani.xyz
Ni la kapalnya..ada 3 buah kalau tak silap...

www.fiezasani.xyz
Gambar masa dalam kapal..Kita di bawa pusing untuk menikmati pemandangan Gunung Fuji, antara tempat yang popular untuk sightseeing spots di Jepun...

Video yang kak fiezz rekod semasa atas kapal..Dengan tiupan angin yang agak kuat dan pemandangan yang sejuk mata memandang..Kak fiezz nak komen, best sangat...hehe


Selepas itu, kitaorang di beri masa 1 jam untuk meniti Mishima SkyWalk dan berjalan di sekitarnya..Selepas meniti jambatan Mishima ni di seberang sana tu ada satu lagi port atas bukit kalau nak tengok pemandangan keseluruhan dan kedai-kedai serta taman, kak fiezz tak larat nak naik bukit tu cuma jalan-jalan di kawasan sekitarnya sahaja..Lagipun kak fiezz & mak mertua yang menyahut cabaran berjalan atas Mishima SkyWalk ni..mr hubby tak berani..haha..sebab kat tengah jambatan ni, boleh rasa bergoyang sikit..sikit je la...

Mishima SkyWalk ni merupakan jambatan gantung untuk pejalan kaki yang terpanjang di Jepun iaitu 400 meter...

www.fiezasani.xyz

Ni mercu tanda Mishima SkyWalk..Panas lit lit masa ni..

www.fiezasani.xyz

Meniti jambatan gantung ini untuk ke seberang sana...

www.fiezasani.xyz

Geng menyahut cabaran meniti jambatan gantung terpanjang di Jepun ni..


Video yang kak fiezz rekod sambil berjalan atas jambatan ni..sila abaikan suara mengada-ada duk beraduh-aduh tu..kisahnya kak fiezz terpegang apa ntah..sakit..ate sambil jalan, sambil rekod..mampu...haha



Okey, ni aktiviti kitaorang pada hari ke-4 semasa di Jepun...Aktiviti ni ambil masa 1 hari sebab jarak perjalanan yang agak jauh jugak dari satu tempat ke satu tempat di atas ni...Lepas je habis aktiviti ni, naik atas bas..Memasing Zzz..penattt..Tapi untuk kak fiezz walaupun penat tetap best..Cuma tak best kena marah dengan mr hubby je..hehe


sambung next entry...

6 Comments

  1. boleh tahan FS naik jambatan gantung tu, kalau mrs pip memang tak lah...
    mrs pip ni takut tempat tinggi :(( ..gayat eh.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Boleh la..tak ada rasa apa..masin je..haha..

      Delete
  3. Doakan Mimi dapat jejak kaki kat Jepun juga.....

    ReplyDelete