ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan


Ramai yang tahu pengambilan air putih secara konsisten 8-10 gelas sehari membantu masalah dehidrasi  pada kulit. Serta dapat mengelakkan kulit kusam yang berlarutan kepada masalah kegatalan mahupupn alahan. Tetapi dengan pengambilan air putih sahaja tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan dalam kulit. Kebanyakan wanita yang bekerja mahupun suri rumah perlu melakukan kerja-kerja mencuci di rumah atau terdedah dengan penghawa dingin bagi yang bekerja di pejabat. Ini menyebabkan kaum wanita sering mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi pada kulit tapi perlu menggunakannya beberapa kali sehari agar kekal lembap sepanjang hari.Dan ini agak melecehkan kerana ramai wanita kurang gemar mengulang menggunakan losyen beberapa kali sehari terutama yang sibuk bekerja di pejabat. 

Memahami gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa padat dengan jadual di pejabat, menguruskan anak-anak serta rumah, Enchanteur meperkenalkan koleksi losyen baru keluaran mereka iaitu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun untuk memastikan wanita-wanita ini dapat mengekalkan kulit mereka sentiasa lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari walaupun sibuk dengan tugasan mahupun aktiviti harian. 

Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan. Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.


ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
•          Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.

ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
•          Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.

ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
•          Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian. 

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. 

Jom dapatkan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ni..Kak Fiezz dah ada 2 koleksi Enchanteur 24H ni..Jangan jeles, okey...Bau kedua-dua koleksi kak fiezz ni memang best..Dua-dua wangi & bau dia lembut..Kalau tanya kak fiezz antara 2 ini yang mana jadi favourite?tak boleh nak jawab..Dua-dua pun fall in love, gitu...

www.fiezasani.xyz
My collection Enchanteur 24H Moist Losyen Haruman Badan dah sampai...

www.fiezasani.xyz
Koleksi kak fiezz >> Charming & Romantic

Nak juga..Okey, boleh dapatkan rangkaian baru ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY. 

3 Comments

  1. Arwah Mak Yani suka dengan bedak Enchanteur, especially bedak yang bau bunga ros tu....baki bedak arwah Mak tu, Yani masih simpan lagi dan kadang kalau rindu Yani pakai kat muka dan tangan. Terubat rindu kat arwah Mak...

    ReplyDelete
  2. Selalu tengok iklan ni dekat tv hehe.

    ReplyDelete