OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad
Tahun 2017
melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM
memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot
kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM telah dengan
khususnya telah menyediakan pelbagai acktiviti istimewa dalam kedai sempena
sambutan ulangtahunnya ke-38.
“Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang
selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup
membanggakan.” kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik
Chia Sook Fun
“Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat
kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita.”
“Bagi terus kekal relevan dalam pasaran,
pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan
dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik,” katanya.
Maklum balas positif dari
berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata
mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi
keselesaan.
Pelangan juga memberi respon
dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas
hati dengan prestasinya.
Keistimewaan kerusi urut
mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu – sebagai kerusi urut yang mampu memberi kelegaan badan dan
ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih
mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.
Sebagai tawaran istimewa
sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi
peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet
pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan
menyamankan kerusi urut uLove.
Sejak kerusi urut uLove ini
dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di
seluruh dunia.
Pelanggan yang juga seorang
surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik,
menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut uLove membantu beliau untuk tidur dengan
lebih senang dan lena.
“Kerusi urut uLove ini cukup selesa dan mudah untuk
digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada
kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan
urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga.”
“Selain itu ia cukup dinamik
dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung,”
katanya.
Pelanggan yang juga pegawai
IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia
mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa.
“Kerusi ini adalah rekaan
yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan
memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon
pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja
dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah.
Bagi Andrew Teh, 43, pula,
beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove
yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot
hiasan pada ruang tamu.
Sementara itu pelanggan yang
juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman
beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove.
Chen berkata beliau sering
berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak
ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan
elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama.
“Selain dari itu dan yang
paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan
dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.
Apa yang membuat kerusi urut
mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam
kemasan warna emas.
Hanya 66 unit saja
dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu
RM19,988.
Ia turut dilengkapi dengan
meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah
anda.
Kerusi urut mewah uLove OSIM
ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow
yang akan diadakan nanti. Layari www.OSIM.com.mu
untuk keterangan lanjut.
4 Comments
lina kan suka sangat kerusi osim ni...setiap kali lalu tengok jelah mampu hihi
ReplyDeletebest ni kalau ada kat rumah..:)
ReplyDeletekerusi urut mewah OSIM uLove cantiklah..bestnya kalau beli satu ni.
ReplyDeleteMeh hadiahkan SA satu...nak beli tak mampu...hahaha...larikkkkkkkkk
ReplyDelete