OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

08:30

Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM telah dengan khususnya telah menyediakan pelbagai acktiviti istimewa dalam kedai sempena sambutan ulangtahunnya ke-38.
 
 “Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan.” kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun

 “Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita.”

 “Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik,” katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan.

Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya. 

Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu – sebagai kerusi urut  yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh  bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

www.fiezasani.xyz

Sebagai tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove.

Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia.

Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut  uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.

Kerusi urut  uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga.”

“Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahad pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung,” katanya.

Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa.

“Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah.

Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu.

Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove.

Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama.

“Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki,” katanya.

Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas. 

Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988.

Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda.

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti. Layari www.OSIM.com.mu untuk keterangan lanjut.

You Might Also Like

4 Comment

  1. lina kan suka sangat kerusi osim ni...setiap kali lalu tengok jelah mampu hihi

    ReplyDelete
  2. kerusi urut mewah OSIM uLove cantiklah..bestnya kalau beli satu ni.

    ReplyDelete
  3. Meh hadiahkan SA satu...nak beli tak mampu...hahaha...larikkkkkkkkk

    ReplyDelete