Kesalahan Simple Yang Kita Selalu Buat Di Sosial Media

16:51

Okey, kak fiezz nak kongsi sikit experience pasal isu ni..Masa kak fiezz baru start berbisnes melalui fb..Kak fiezz suka tag kawan2 untuk setiap post kak fiezz tu..dengan niat bila kita tag kawan2, ramai lagi orang tahu pasal produk yang kita nak jual tu..Ramai orang tahu, ramai lagi bakal potensi pelanggan,kan..dan ramai seller terutama yang baru2 berkecimpung dalam dunia bisnes online akan buat kesalahan ini?apa kah kesalahannya..TAG..Tak ada masalah nak tag2 ni cuma yang menjadi kesalahan bila dah kerap sangat tag kawan dalam fb..Sehari sampai pagi, petang, malam duk tag..Rasa2 la penuh ke tidak wall kawan dengan post bisnes kita tu..Kadang sampai orang salah faham ingat kawan yang kena tag jual produk tu, bukan kita yang tag kawan tu..Belum lagi part notification asyik naik bila ada orang komen kat post tu..Bila kita dah tag kawan, harus la kawan kita pun dapat notification..Agak2 kalau kita di tempat kawan yang kena tag tu, rimas tak bila tengok notification berderet..Buka je fb nampak notification berderet..Kita pun klik dengan senang hati sebab ingatkan ada orang komen kat gambar kita atau post kita..Sekali tengok notification komen pada post yang kita kena tag tu..Haih..Sekali dua tak pe la kot..Tapi kalau dah selalu, eh apa kes ni..Yang dapat bisnes orang lain tapi kita terheret sekali sebab kes kena tag ni..Hah..mesti nak cakap jeles..No worry tak jeles pun orang lain dapat rezeki..Cuma rasa diperguna bila kita dijadikan batu loncatan oleh orang lain untuk dapatkan rezeki itu..Kalau nak tag pada saudara mara atau keluarga tak pe la rasanya..Itu pun tak boleh selalu,kang dorang pun menyampah..Tapi kak fiezz tak buat dah tag2 macam dulu..Bila dah lama sikit berkecimpung dalam dunia bisnes online ni, cewaahh..ayat..haha..Kak fiezz dah tau ramai tak suka di tag ni benornya...Jadi kak fiezz elakkan tag orang..Kak fiezz post je di facebook macam biasa...atau kak fiezz akan kongsi info produk kak fiezz jual di blog ni je..Alhamdulillah, ada je dapat sambutan...

Isu tag ni bukan setakat di fb..IG pun sama..kalau tag gambar untuk kongsi dengan saudara-mara atau kawan2, rasanya tak ada masalah..ataupun tag pada gambar yang ada unsur info yang boleh kita kongsi bersama, okey je..tapi kalau tag gambar yang tak ada benefit pada kawan kita tu, kan boleh buat orang annoying dengan kita...Nanti kalau tetiba follower berkurang, cuba check kenapa?Ada tak melibatkan isu2 tag ni..Sebenornya orang tak suka tau di tag ni..Kadang nak cakap serba salah takut terasa ke apa.. Jadi kawan2 kita ni buat senyap2 je..Tau2 kita dah kena block...trust me sebab kak fiezz dah kena..Tau2 dah kena block dengan kawan..Macamana kak fiezz tahu, bila kawan rajin update facebook tapi dah lama tak nampak status2 dia..Bila cari2, tengok dah tak friend rupanya..bila pulak kak fiezz unfriend dia ni..seingat kak fiezz, kak fiezz ni jenis baik hati tak suka unfriend orang..haha..lepas tu baru teringat selalu tag dia..haih..nampak tak kesan dari tag ni..

Okey, lepas ni mesti ramai takut nak tag kak fiezz..haha..Kak fiezz okey je korang nak tag tapi jangan la banyak bebenor..Berderet notification kak fiezz..haha..Contoh ada seorang adik sepupu kak fiezz, dia suka jugak joint contest kat ig..Ada jugak dia tag kak fiezz..Kak fiezz okey je sebab bukan selalu dia tag kak fiezz..Jadi no hal sebab sekali sekala..Dan adik sepupu kak fiezz tu tak ada la tag berderet2 nama kak fiezz untuk contest yang sama tu..Dia tag sekali je..Kalau ada rezeki, menang..ada la..gitu..Ni contoh je la yea..tak semestinya isu tag pasal contest..

Isu tag ni nampak macam remeh je tapi ramai tak suka..Tue sebab fb kak fiezz, kak fiezz pilih dulu kalau ada sesapa yang tag kak fiezz..Kalau post tu lulus pada penilaian kak fiezz, baru kak fiezz bagi permission view kat Timeline kak fiezz..Kalau tag yang saja suka2..memang kak fiezz tak approved..

So korang cer check follower berkurang tak?hah!!kalau berkurang cer baca balik apa kak fiezz membebel kat atas ni..Ada buat ke tidak?haha

You Might Also Like

18 Comment

  1. suka di-tag pada perkara yang berkait-an sahaja

    ReplyDelete
  2. iolss pun selalu kena tag disosial media..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me too puan deeba..sekali sekala tak pe..ni selalu & ditag beberapa kali pada post yg sama..

      Delete
  3. Kaklong pun tak suka kerap kene tag.
    Sekali sekala tu takpe la juga, kita support kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..sekali sekali tak pe..kalau selalu dh menimbulkan annoying..haha

      Delete
  4. miza pun tak suka kena tag tapi bila ada contest kena tag best jugak boleh terjoin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bila kena tag tu ada jugak join, miza tapi kalau selalu sangat..hmmm..mula la hidung dah kembang kempis tahan marah ni..haha

      Delete
  5. yelah fiza...x semua org suka di tag kan...kalau sesekali xpelah kan...ni selalu sangat angin laaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue la..tapi majoriti ramai tak suka di tag..cuma dorang tak nak ckp je..

      Delete
  6. Kalau sekali sekala itu saya okay je. Nak tolong kawan la katakan.. tapi agak menyirap juga kalau bila kita dah tolong, time kita nak minta tolong dia tak nak pulak..

    haih apa la nasib

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali-sekala is okey..tak ada hal..kalau tag byk2 kali terutama pada post yg sama..haih..boleh buat angin satu badan sebab notification berderet...

      Delete
  7. oh..tq for sharing...sbb tu klu contest rabia tag org yg suka join contest jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. wc..just sharing berdasarkan pengalaman akak je..

      Delete
  8. kurang join contest kat fb sebab tag ni la. bukan semua orang suka. tak nak hilang kawan semata-mata benda ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..ramai tak suka pun benornya..tapi malas nak sound kawan..kang boleh bermasam muka dibuatnya...

      Delete
  9. Saya ada sorg nih dlm frenlist suka tag sy promote produk dia jual...popular gak la jenama yg dia jual tuh...memg annoying bila byk noti masuk tp bukan komen pd post kita. Memg sy x approve yg dia tag tuh kt wall fb..pastu sy untag nama sndri. Sbb kalo biz pun sy xsuke tag org...de rezki org akan cari

    ReplyDelete
  10. Haha memang sakit hati tapi sekali sekala ok lagi2 memang kawan rapat kita tapi lagi sakit hati bila dia tag kita utk like contest kawan dia masyaAllah sekali dua takpe wakk ni macam dia ada community tau semua kawan dia join contest semua dia tag kita dan lagi 20+ kawan dia utk like contest tu kita sampai rimas dah huwaaa janganlah buat begini. Kita nak meluah pun tak sampai hati last last kita unfollow jela sorry terluah kat sini hahahaha

    ReplyDelete