CUTI-CUTI DI KAMPUNG

Baru ni kak fiezz & mr hubby balik kampung..kat mana?atenya..perak lerrr..Haritu dah cuti2 ke Jepun 9 hari..Kali ni cuti-cuti kat Perak pulak..Kebetulan parents kak fiezz pun dah pindah duk kampung..Jadi nak tengok la rupa baru rumah kampung parents kak fiezz ni..Okey ke idok?Alhamdulillah..okey sangat..Macam yang mak kak fiezz nak la sebelum ni..Kalau abah kak fiezz dah pencen & balik duk kampung, mak nak rumah yang macamana..Kira rumah sekarang ni memenuhi la piawaian mak kak fiezz..Suka balik kampung bila rumah mak kak fiezz betul2 dalam kampung...Best..

Okey, berbalik pada tajuk utama entry kak fiezz ni..Jalan-Jalan Cari Makan..Jom nak kongsi info kalau korang ada di kawasan berdekatan & nak cari tempat makan di kawasan Perak, boleh la cuba ke sini...Mr hubby yang suggest ke sini..Kedai dia betul2 tepi jalan Kira boleh nampak la signboard dia (macam dalam gambar kat bawah ni)..Kedai Mee Hailam D Perak ni terletak antara deretan kedai2 runcit & satu-satunya kedai makan di situ..Korang boleh waze 'mee hailam d perak' dan ikut je arahan waze..Nanti sampai la ke sini..No worry tak sesat punya..Waktu beroperasi mulai pukul 3ptg..

www.fiezasani.xyz



www.fiezasani.xyz

Review kak fiezz - Apa istimewanya mee ni sampai popular sangat ni..Dalam mee ni cuma ada daging + sayur sahaja..erm..simple..sedap ke idok?meh rasa..ikut pada tekak kak fiezz & family kak fiezz, semua bagi positif respons..Bak kata mak kak fiezz..'Sedap & boleh repeat lagi'..;) Mr hubby beritahu mee ni handmade..Kak fiezz pun tak tahu nak panggil mee ke kuew tiaw..Bentuk macam kuew tiow tapi bukan..Dah tuan kedai bagi nama mee..Kita ikut la panggil mee..

Mee tu lembut, daging banyak, portion banyak, rasa kuah pekat..Kesimpulannya sedap la..Tapi sedap itu subjektif, kan?Ikut pada selera masing-masing..Kalau kebetulan korang berjalan ke Perak dan ada di kawasan Parit, Perak, nak cari tempat makan area Perak, boleh la singgah ke sini..Boleh feel suasana makan kat tepi jalan di kawasan kampung..Sesekali tukar selera, yea tak..

okey, total makan untuk 4 mee hailam + 6 minuman (RM34)..murah kannn..sorry kak fiezz lupa berapa harga 1 pinggan mee hailam ni..tapi untuk kak fiezz affordable sangat..portion dia yang agak banyak tu, kak fiezz share dengan anak buah (Si Iman)..Mak kak fiezz share dengan adik kak fiezz..lepas setel 1 pinggan..kekenyangan masing-masing..

Jangan pandang rendah tau, walaupun kedai kampung, tetap up to date..Wajib ada IG & FB tau..kalau korang nak research dulu pasal kedai ni korang boleh la terjah kat sosial media Mee Hailam D Perak bawah ni..Kak fiezz tengok dalam ig dorang, masuk surat kabor lagi, u..hebat tak hebat la mee hailam d perak ni..dah makin terkenal...

Instagram - mee hailam d perak
Facebook - Mee Hailam Perak

Lokasi kedai ~ kg tengah,32800 parit. 

3 Comments

  1. Mee hailam .. tak pernah makan lg..wow bercuti dekat perak.baru ni kak g japan.hehe.

    ReplyDelete
  2. klu ipoh popular mee kicapkan! nampak sedapppp mee hailam tu, kalau g sana nak trylah.

    ReplyDelete