Khadijah's Kitchen - Pajeri Nenas

08:30

Masa beli barang2 untuk cuti2 minggu ni, mr hubby amik perencah segera Pajeri Nenas jenama Khadijah's Kitchen ni..Saja nak cuba..Mula2 kak fiezz ingat dah siap nenas ke apa dalam dia..Bila baca belakang dia tu, ooo..tambah air dan nenas..Tanya mr hubby nak try ke?Mr hubby cakap nak..Terus masuk dalam troli..Hari ahad lepas kak fiezz cuba masak..Senang bangat nak sediakan..Tambah air dan nenas je..Belakang tu ada arahan cara untuk masak..Ikut je seperti yang tertulis..Untuk mula2, kena rebus nenas dalam 8 minit..Kak fiezz siap set timer la nak rebus ni..Lepas tu baru masuk perencah segera Khadijah's Kitchen ni..Masak dalam 2 minit, SIAP..Rasa dia acane?Sedap itu subjektif..Ikut pada citarasa masing2..Kalau tanya pada kak fiezz, rasa dia okey..Sedap..Tapi untuk orang lain tak pasti la pulak..Korang cuba la sendiri, yea..Tak mahal pun harga dia..Bawah 10 ringgit..Pada kak fiezz perencah segera macam ni menjimatkan masa untuk isteri2 yang bekerja macam kak fiezz ni..Balik rumah rushing nak masak..Jadi dengan perencah ni, masa memasak lebih cepat dan mudah nak sediakan..Kadang asyik beli makanan siap kat kedai pun, boring juga yeak tak?Kak fiezz la ni sebab kak fiezz kalau hari kerja, memang beli lauk siap kat cafe ofis ni..Kadang tu dah tak tahu nak ambil lauk apa..Belum harga masa nak bayar..Kadang terkejut rega dia..haha..


You Might Also Like

2 Comment

  1. ada jual dkt mydin mall.tak beli lah pulak..sedap tak?

    ReplyDelete
  2. senang la lepas boleh cari nanti. beli kat mana tu

    ReplyDelete