review

Excited Nak Cuba Rangkaian Produk Himalaya

08:30

Yeay..sampai dah produk Himalaya kak fiezz..Excited sangat sebab korang pun tahu la kan Himalaya ni well known brand...Walaupun harga item dia agak mahal tapi pada yang memang tahu kebaikan dan khasiat produk HIMALAYA ni tak kisah mengeluarkan kos lebih demi untuk memastikan produk yang digunakan selamat, terjamin dan berkesan..Lagipun produk2 Himalaya ni senang nak cari di Farmasi atau cawangan Himalaya sendiri yang terdapat di seluruh Malaysia..Antara item di bawah ni, kak fiezz dah rasmi guna yang lip balm tu..Kak fiezz  baru je ada masalah bibir kering..Semalam rasmikan lip balm ni, alhamdulillah..bibir  rasa lembap je sepanjang hari..Kak fiezz sapu lip balm ni dulu lepas tu baru sapu liptik kak fiezz..Lepas solat Zohor, kak fiezz cuma sapu lip balm ni je...Nampak macam dah jatuh cinta dengan Himalaya ni..Yang lain kak fiezz belum rasmi lagi..Untuk Neem tu, kak fiezz nak bagi pada adik ipar..Sebab dia ada masalah jerawat yang boleh tahan juga la..Adik ipar kak fiezz  ni belajar lagi jadi stress belajor agaknya..

Okey,jom intai produk Himalaya koleksi terbaru kak fiezz ni...

Set Produk Himalaya
**Moisturizing Aloe Vera Face Wash
**Nourishing Skin Cream
**Anti-Hair Fall Shampoo (all hair types) 
**Protein Conditioner (Repair & Regeneration)
**Lip Balm
**Neem

Neem
Secara tradisional digunakan untuk membantu mengekalkan kulit dan rambut yang sihat
Cara guna  : 1 kapsul 2 kali sehari selepas makan.

Yang ni kak fiezz nak bagi pada adik ipar yang amalkan..Hope membantu masalah jerawat dia & makin berseri,gitu...
Nourishing Skin Cream
Mengandungi Aloe Vera & Winter Cherry
Berfungsi untuk menyuburkan, melembapkan dan melindungi kulit.
Krim penggunaan harian yang ringan dan tidak berminyak ini untuk memastikan kulit kita sihat dan anjal. Aloe Vera menyuburkan dan melembapkan, manakala Winter Cherry dan Indian Kino Tree melindungi kulit dari pencemaran dan kekeringan.
Cara guna : Urut perlahan-lahan pada badan yang telah bersih, muka dan leher

Lip Balm
Diperkaya dengan Carrot Seed Oil, pelindung matahari dan Wheatgerm Oil, sumber vitamin E yang kaya untuk menyuburkan dan melembutkan bibir
Cara guna : Sapu di bibir dan apabila perlu.

Moisturizing Aloe Vera Face Wash
Timun sejuk serta melegakan dan aloe vera menghidrat dan menyuburkan. Memberi kulit kita lembut selepas setiap cucian.

Cara guna : Basuh dah urut secara lembut pada keseluruhan muka. Bilas dengan air biasa & biarkan kering
Note : Elakkan kawasan mata.  

Anti--Hair Fall Shampoo
 2 dalam 1 formula yang memulihkan serta menguatkan akar rambut. Meningkatkan tekstur rambut untuk mengurangkan keguguran rambut akibat kerosakan.

Protein Conditioner
Diperkaya dengan ekstrak herba yang kaya protein, perapi baru Himalaya ini menyuburkan rambut & memberikan tiga manfaat penting yang diperlukan oleh rambut kita - kekuatan, mengurangkan keguguran rambut dan perlindungan dari kerosakan setiap hari. Menyediakan pelindung intensif dari kering. Rambut keriting atau rosak. Pembaikan, memulihkan dan melindungi rambut kita secara perlahan dari kerosakan berulang di masa hadapan, serta menjaga rambut untuk sihat dan lembut sentiasa.

Cara guna  : Urut secara perlahan Anti-Hair Fall Shampoo pada rambut yang basah dan kulit kepala. Biarkan selama 2-3 minit dan bilas dengan air biasa. Selepas itu, sapukan Protein Conditioner pada rambut yang masih basah tadi pada keseluruhan rambut. Bilas seperti biasa.

Tak sabar nak rasmikan syampu & conditioner ni pulak...

Dari ulasan kak fiezz baca di blog2 lain yang dah menggunakan produk Himalaya ni, ramai berpuashati..Lagipun seperti yang kita tahu Herba Himalaya mempunyai pelbagai produk semula jadi, berkesan dan selamat yang menggunakan herba istimewa yang dipilih dengan teliti dari alam semula jadi. Digabungkan dengan ayurveda serta bertahun penyelidikan secara saintifik, produk ini berkesan memulihkan kesihatan dan kecergasan semula jadi kulit kita..

Okey, tetiba dah fall in love dengan Himalaya tambah2 kandungan dia menggunakan bahan2 semulajadi..Bebas Parabens, Silicone & SLES..

Jom tukar kepada Himalaya :D

advertorial

Kuasa untuk Memilih Terletak Ditangan Setiap Ibu

08:30


Janganlah anda memandang rendah terhadap keputusan yang diputuskan oleh ibu-ibu, ia bukan sahaja boleh membentuk peribadi anak-anak akan tetapi juga cara permakanan mereka.

Di dalam kajian yang dijalankan oleh Michigan State University College of Nursing, kanak-kanak kecil didapati kurang menyukai makanan buah-buahan dan sayur-sayuran jika ibu mereka tidak memakannya sendiri dengan secukupnya atau jika ibu menyangka anak mereka itu “memilih makanan”. Apabila ibu mengangap anak mereka memilih makanan, mereka mungkin tidak akan mengalakkan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Dengan kata lain, habit pemakanan ibu selain daripada gaya kehidupan ibu bapa, mempunyai kesan yang besar terhadap pemakanan makanan anak-anak sama ada sihat atau tidak. Malangnya, di dalam era makan segera dan jadual ibu yang sibuk, memilih dan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya adalah tidak mudah bagi sesetengah orang.

Tetapi janganlah risau, salah satu cara untuk mengabungkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih sihat ke dalam kehidupan harian and adalah dengan meminum jus buah-buahan. Jadi belilah beberapa sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti ketika membeli-belah dan membuat sedikit jus di rumah setiap hari.

Walau bagaimana pun, jika kerja membuat jus akan memakan banyak masa yang anda miliki untuk diluangkan untuk keluarga anda, dapatkan lah jus buah dengan pelbagai kombinasi yang lazat daripada pakar jus di Juice Works! Ya, anda selalu akan mempunyai pilihan lain daripada membuatkannya sendiri, kuasa untuk memilih terletak di tangan setiap ibu!

Terutamanya untuk bulan Ogos ini, Juice Works menawarkan promosi “Beli 1 Percuma 1” untuk mereka yang dilahirkan pada bulan 31 Ogos sempena memyambut Hari Merdeka!

Jadi ibu-ibu, jagan merasa bersalah jika andak tidak dapat meluangkan masa untuk memasak atau membuat jus untuk anak-anak anda. Dengan Juice Works, anda masih boleh mengamalkan cara peminuman yang sihat – dan anda boleh melakukannya bersama-sama dengan keluarga yang disayangi anda juga!

Jangan lupa juga mengajar anak-anak kecil anda untuk membuat pilihan yang lebih baik seawal yang mungkin. Lagi pun, penyelidik daripada penyelidikan CNRS di Perancis telah memberikan bukti pada tahun 2012 yang telah di kaji selama sedekad yang menunjukkan bahawa citarasa kami telah ditetapkan sejak awal kehidupan. Ya, kite bercakap mengenai peringkat awal kehamilan!

Saintis percaya bahawa bayi yang berada didalam rahim dapat merasa dengan menghirup cecair amniotik di dalam badan ibu mereka. Dan apa makanan yang diambil oleh ibu ketika itu akan juga diambil oleh janin apabila otak janin itu dibentuk, dan “berkemungkinan memberikan akibat jangka panjang”.

Oleh itu, demi kebaikkan anak anda, pilih lah dengan bijak hari ini!

*Promosi ini hanyalah boleh digunakan untuk pembelian dari kategori tropical & Fruity Blend dan Power Meal kategori. Pembeli mestilah memaparkan kad pengenalan untuk pengesahan tarikh lahir**
**Minuman percuma boleh ditebus untuk minuman yang bernilai kurang atau sama dengan harga pembelian.

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia

Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010 295 4802
e-mel chan@greatworksmarketing.com

beauty

My Digi Reward..Untuk Pengguna Digi Yang Setia

09:00

Bila kita pengguna Digi Postpaid yang setia..Kita akan dapat MyDigi Rewards..Kak Fiezz tak berapa alert sangat pasal Digi Rewards ni..Mr hubby la yang selalu check kat dalam handphone..Offer dalam MyDigi Rewards ni sentiasa bertukar..Kita kena tengok update2 terkini, mana tahu ada antara barang yang di promosi ni menarik hati kita contoh macam item yang kak fiezz beli ni..Kalau korang baca entry kak fiezz pasal shopping untuk beli barang2 keluar negara, korang perasan tak kak fiezz ada mention pasal beli Organic Make Up Cleansing Tissue ELIANTO..tau x korang kak fiezz dapat beli item  ni dengan harga promo melalui My DigiRewards..RM0.99 sahaja / 30 helai..Dapat dua sebab redeem guna kak fiezz punya & mr hubby..Kitaorang dua2 pengguna Digi yang setia..dan kebetulan masa kitaorang ke Elianto masa tu ada promosi pulak beli 5 percuma 1 Organic Make Up Cleansing Tissue ELIANTO yang berharga RM9.90..Apa lagi, terus grab..Yang beli 5 percuma 1 ni, pek kecik..1 peket ada 10 helai..6 peket ada 60 helai..eh!!okey la tu...yang peket besar tu ada 30 helai x 2 peket = 60 helai..Dah 120 helai tu..Lebih dari cukup untuk kak fiezz bawa time cuti2 ni...Tak perlu berat beg nak bawak makeup remover dengan facial cotton..Haih, tu la dilema seorang perempuan macam kak fiezz yang suka bermekap ni..Jadi bila ada make up cleansing tissue ni, memang membantu sangat...


Masa kak fiezz shopping baru ni, tengok update terkini dalam senarai MyDigi Rewards ada Make Up Cleansing Tisssue...


2 peket besar & 6 peket kecil..Meriahhh

souvenir for my reader

Cenderahati Top Pengomen Untuk Bulan Jun - Julai 2017 di Blog FiezaSani

08:30

Tahniah Rabia, jadi top pengomen di blog kak fiezz untuk bulan Jun - Julai 2017..Combine terus dua bulan sebab adik Rabia ni memang yang paling banyak tinggalkan jejak kat sini..Kak fiezz tak paksa tau korang tinggalkan komen kat setiap entry kak fiezz..Kalau ada entry kak fiezz yang korang nak kongsi info atau cerita masing2, boleh la tinggalkan komen..hehe..Cuma yang rajin dan paling banyak komen, kak fiezz bagi sedikit cenderamata yang tak seberapa..Ikhlas dari kak fiezz..cewahh..hihi...




tQ Rabia selalu singgah ke sini & tinggalkan jejak..Sedikit cenderahati dari kak fiezz..hehe..sorry lambat..Pening nak cari hadiah benornya sebab Rabia dah kali kedua jadi pengomen ngetop kak fiezz ni..Jadi tak ada idea nak belikan apa..Ni kebetulan haritu masa keluar nampak 2 item ni, kak fiezz pilih je yang berkenan di mata & hati..Dua2 item ni beli berlainan tempat & waktu..

Eh!!Kenapa ada 2 item..Okey, as appreciation sebab Rabia paling banyak mengomen kat sini..Jadi sebagai menghargai kerajinan Rabia, kak fiezz bagi dua item..Bukan yang frame & bekas bunga tu, tau..Tu dekorasi atau tempat kak fiezz photoshoot gambar barang review kat situ selain kat rumah..Bukan situ, yea..Gift untuk pengomen bulan Jun-Julai 2017 tu hah botol ayor & tempat letak surat..Harap berguna la pada Rabia & family...hehe



Jom  terjah blog adik Rabia kat bawah ni

beauty

Sesi Me Time Di Rumah

08:30

Korang..Jom share, korang jaga muka macamana?Kak fiezz kebiasaanya cuma guna pencuci muka je..Lepas tu kalau rajin kak fiezz pakai mask sekali seminggu..Sebelum guna mask, kak fiezz scrub muka dulu..Then baru kak fiezz bertopeng muka..haha..Tips ni kak fiezz dapat dari salah seorang beautician masa kak fiezz buat facial kat satu pusat kecantikan masa bulan April haritu..Korang boleh BACA KAT SINI entry kak fiezz buat facial tu..

Korang tahu tak?Berapa kali seeloknya wanita2 buat facial..Mesti memasing jawab, ikut bajet kan..Betul tu..Kak fiezz kalau nak buat facial ni memang tengok bajet dulu..Kalau ada bajet lebih, boleh la menjenguk kat mana2 pusat rawatan kecantikan..Kalau bajet tak berapa nak mandang (bak kata orang Perak), duk je la senyap kat rumah..Kita buat la sesi penjagaan muka sendiri kat rumah..Macam kak fiezz ni..Sebab kak fiezz ni kaki mekap tapi tak ada la mekap yang heavy sangat tu..Basic makeup bak kata orang putih..Tepek foundation, loose powder..Lepas tu pakai eyeshadow sikit2 (warna pilihan kak fiezz pun yang jenis nampak tak nampak je), blusher, lukis kening, eyeliner & liptik..Dah siap!!Nampak macam simple je, kan..Padahal banyak jugak step tu..hehe..Jadi bila dah tepek banyak sangat menda kat muka, kalau dibiarkan muka jadi kusam sebab sisa mekap yang tertinggal di belah lapisan dalam kulit masih ada..Solution kak fiezz buat sesi pakai scrub & mask di rumah..Scrub ni fungsinya untuk menanggalkan segala sel kulit mati, membersihkan kotoran yang tersumbat dalam liang pori dan memberi kulit bernafas serta membolehkan kulit kita menerima nutrisi dan khasiat produk kecantikan yang kita guna seperti losyen, pelembap dan lain-lain..Untuk kesan jangka panjang, kulit kita akan sentiasa halus..

Mask pulak berfungsi untuk membuang sel kulit mati, melembapkan kulit. Untuk kesan jangka panjang, konsisten dalam pemakaian masker kerana boleh menjadikan kulit lebih lembut, licin, gebu, menegangkan kulit muka serta juga melambatkan proses kedutan..hah!!part lambatkan proses kedutan tu mesti ramai suka..Kak fiezz pun..


Meh bagi setepek gambar kak fiezz ber'topeng..Selalu tepek gambar cun je, kan..Nah kak fiezz tepek gambar kurang cun pulak.. :D..

Mask kak fiezz guna yang ni..KLIK kat SINI...

LifeStyle

Khadijah's Kitchen - Pajeri Nenas

08:30

Masa beli barang2 untuk cuti2 minggu ni, mr hubby amik perencah segera Pajeri Nenas jenama Khadijah's Kitchen ni..Saja nak cuba..Mula2 kak fiezz ingat dah siap nenas ke apa dalam dia..Bila baca belakang dia tu, ooo..tambah air dan nenas..Tanya mr hubby nak try ke?Mr hubby cakap nak..Terus masuk dalam troli..Hari ahad lepas kak fiezz cuba masak..Senang bangat nak sediakan..Tambah air dan nenas je..Belakang tu ada arahan cara untuk masak..Ikut je seperti yang tertulis..Untuk mula2, kena rebus nenas dalam 8 minit..Kak fiezz siap set timer la nak rebus ni..Lepas tu baru masuk perencah segera Khadijah's Kitchen ni..Masak dalam 2 minit, SIAP..Rasa dia acane?Sedap itu subjektif..Ikut pada citarasa masing2..Kalau tanya pada kak fiezz, rasa dia okey..Sedap..Tapi untuk orang lain tak pasti la pulak..Korang cuba la sendiri, yea..Tak mahal pun harga dia..Bawah 10 ringgit..Pada kak fiezz perencah segera macam ni menjimatkan masa untuk isteri2 yang bekerja macam kak fiezz ni..Balik rumah rushing nak masak..Jadi dengan perencah ni, masa memasak lebih cepat dan mudah nak sediakan..Kadang asyik beli makanan siap kat kedai pun, boring juga yeak tak?Kak fiezz la ni sebab kak fiezz kalau hari kerja, memang beli lauk siap kat cafe ofis ni..Kadang tu dah tak tahu nak ambil lauk apa..Belum harga masa nak bayar..Kadang terkejut rega dia..haha..


Dapur FiezaSani

Big No To Daging Asam Rebus

08:30

Baru ni kak fiezz mencuba resipi baru DAGING ASAM REBUS..Kalau tak silap nama dia..1st time cuba benornya..Macam menarik je untuk dicuba..So kak fiezz pun try je la..Asyik masak menu sama je, bosan jugak..Resipi ni untuk permulaan kena rebus dulu daging bersama cili kisar, belacan dan bawang putih/bawang merah/kunyit yang dah ditumbuk atau dikisar..Lepas dah siap kisar bawang putih/bawang merah/kunyit kak fiezz letak semua bahan2 dalam pressure cooker untuk rebus..Lepas kak fiezz dah letak pressure cooker kat atas dapur gas..Kak fiezz ke bilik air dan tak lama lepas tu terdengar mr hubby jerit..Mungkin sebab aroma semerbak hasil belacan tu dah menusuk satu rumah, mr hubby tanya kak fiezz masak apa?kak fiezz tanya kenapa?Mr hubby cakap bau tak best..haha..adeh..Baru rebus dah cakap macamtu..Belum makan lagi..Mungkin sebab ada belacan dalam rebusan tu, jadi semerbak la satu rumah..Lepas mr hubby komen tu, kak fiezz tak tahu la mr hubby makan ke idok ni?Takkan nak buang pulak,kan..Dah rebus..Kita proceed je la..Dan selepas siap di masak, seperti di jangka mr hubby cuba la makan tapi sekali je dia amik..Kebiasaannya kalau lauk tu kena dengan selera dia, dia akan tambah..Siap ratah lagi..Tapi hat ni, memang tak ada tambah-tambah..Sekali amik tu je..Adehhh..Kalau tanya pada kak fiezz pulak sedap ke tidak daging asam rebus ni..Sedappp je..haha..Sebab mr hubby tak berapa nak makan sangat, jadi lauk ni sampai esok tu masih ada lagi..Jenuh kak fiezz nak perabihkan..Mr hubby awal2 cakap, dia tak makan sebab bau yang kurang best itu..haha..Okey, jadi dah tau lauk ni BIG NO untuk mr hubby kak fiezz tu...

Sedap tu subjektif..Nak tahu kena ke tidak dengan selera kita, kena la cuba sendiri..Contoh macam Daging Asam Rebus ni..Untuk mr hubby, dia tak suka sebab bau nya..Kalau pada kak fiezz, sedappp...

Shopping

Nak Bagi Selesa Pakai Kasut

08:30

Ni kasut kak fiezz untuk cuti2 minggu ni..Macam kak fiezz pernah story kat entry sebelum masa beli kasut ni kak fiezz tanya pendapat adik ipar..Over tak kak fiezz pakai kasut ni?hehe..Dia kata tak over cuma pastikan selesa je..Sebab dari sisi gambar yang kak fiezz bagi kat adik ipar, dia nampak tapak kasut ni macam nipis..Takut sakit kaki..Adik ipar jawab whatsapp kak fiezz lambat..Kak Fiezz dah beli pun kasut ni..OTW balik rumah baru adik ipar jawab..Adeh...Jadi cadangan mr hubby beli lapik tapak kasut untuk bagi selesa..Kak fiezz tak pasti nama panggilan lapik ni apa?Tapi kak fiezz panggil lapik tapak kasut je la...Minggu lepas yang masa kak fiezz shopping kat IOI Mall, terus la kak fiezz singgah kat Daiso..Cari punya cari, jumpa pun yang dalam plastik tu..Baca ciri2 kat belah belakang tu, macam okey kot..

Three dimensional molding enables your feet comfortable, easy to walk and soften the footsoreness as well..

Jadi harapnya tak sakit kaki la..Kak fiezz dah letak pun kat dalam kasut ni..Lapik tapak kasut ni kita boleh gunting ikut saiz masing-masing..Memandangkan kak fiezz comel jadi memang kena gunting la sikit...

Kak fiezz akan bawa 2 pasang kasut..Dua2 jenis sport shoes..Kak fiezz kalau cuti2 memang tak kuasa la nak pakai kasut tinggi bagai..sakit kaki, uolls..Dah nama cuti2 mesti banyak berjalan..Jadi kita bawa kasut yang paling selesa...


Berapa harga lapik tapak kasut ni?

Beli kat Daiso je..Rasa2 berapa ringgit..hehe

Shopping

Shopping Barang Keperluan Untuk Cuti-Cuti Keluar Negara

08:30

Okey, sambung story kak fiezz yang entry sebelum ni, kitaorang shopping di IOI Mall beli barang2 keperluan untuk cuti2 minggu ni..Nak tengok tak barang2 kitaorang shopping..eh!!macam ada orang kisah je..tak kira..Nak tunjuk jugak..hehe...Ini la barang2 yang kitaorang beli untuk bekalan makanan, kesihatan & penjagaan diri semasa bercuti nanti...


Stok makanan/minuman..Sebab negara yang kitaorang nak melancong ni, ada makanan HALAL tapi agak mahal & susah nak cari..Jadi stok makanan ni spare..Beras pun ada..haha..Biasalah tekak melayu..Ni cadangnya kak fiezz & mr hubby nak cari periuk nasi kat sana nanti..Kenapa tak bawak dari Malaysia?Elektrik kat sana guna volt rendah..Berbanding kita guna volt tinggi..Jadi kalau bawak periuk nasi kita ke sana, tak tahu la berapa jam baru masak nasi..Tapi mak chek mr hubby bawak periuk nasi..Nanti kita try ujikaji sendiri berapa jam masak nasi..Kalau ambil masa yang lama, mr hubby & kak fiezz cadang cari periuk nasi kat sana..

First Aid Kit..

Just in case..masa cuti2 ni, kena beringat juga..Kadang time tu la sakit perut la, sakit kepala la, tangan terluka la..Jadi kita bawa ni sebagai langkah berjaga2...

Pillow Neck 

Untuk mengelakkan sakit tengkuk di dalam flight..

Lactacyd Feminine Wipes..Make Up cleansing tissue..

Feminine Wipes tu memang dah lama cari..Kak Fiezz dah beberapa kali cari sendiri kalau ke Watson/Guardian tapi tak jumpa..Dalam erti kata lain  tak reti nak cari..Nak tanya pekerja situ, tak ada..Masa ke Watson dalam IOI Mall ni, nasib ada pekerja dia yang layan kitaorang..Kak Fiezz pun tanya dengan pekerja tu..Terus dia tunjuk yang mana sebab kak fiezz confuse samaada Make up Wipes tu boleh guna ke kat bahagian intim kita..Tanya dengan pekerja tu, dia cakap tak boleh sebab kawasan intim kita sensitif..Jadi dia tunjuk tempat Feminine Wipes ni..Oo..ada rupanya..Ingatkan tak ada..Sebab cari sendiri tak pernah jumpa...Ada dua jenis Feminine wipes ni..Kak fiezz ambil brand Lactacyd sebab ada promotion..hehe...Make up cleansing tissue tu promotion kat Elianto..RM9.90 (5 packet + 1 packet) yang ada 10pcs setiap peket..Yg lagi 2 depan tu, kak fiezz & mr hubby redeem guna MyDigi Rewards..Dapat harga RM0.99 setiap peket..Ada 30 pcs / 1 peket..

Elastic Ankle Support

Ni mr hubby punya..Untuk mengelakkan sakit kaki..Maklum la confirm banyak berjalan nanti..

Kasut

Yang ni dah shopping awal haritu..Brand Mydin saja..Tak kisah la,kan..Janji murah & selesa..Dah berapa kali gak kitaorang beli kasut kat Mydin..Tahan & harga berpatutan.Yang kasut merah tu kak fiezz punya..Mr hubby yang 2 pasang tu..satu jenis getah/plastik..Memang dah lama cari kasut jenis tu..Sebab tahan kalau kena air..Kasut kak fiezz tu cadangnya tak nak beli pun..Tapi masa mr hubby duk try kasut dia..Kak fiezz try kasut merah tu..Kebetulan mmg tinggal satu je..ngam2 pulak size sebab kasut ni jenis cutting kecik..Masa tu wasap adik ipar kak fiezz, tanya over tak kalau pakai kasut tu masa melancong nanti..tapi dia lambat jawab..kak fiezz beli je la..Elok dah otw balik rumah baru adik ipar kak fiezz reply..Dia cakap tak over tapi pastikan selesa..Nampak kasut tu tapak dia nipis jadi kemungkinan sakit kaki..Adehhh..Dah beliii..Mr hubby bagi cadangan beli lapik tapak kaki untuk letak dalam kasut tu supaya kaki tak sakit..Nasib jumpa semalam kat Daiso..okey, yang ni next entry..Motip sangat sambung2..haha..Kisahnya nak auto publish entry sepanjang kak fiezz cuti2 ni...

Jalan-Jalan Cari Makan

Buy 1 Free 1 Di Kenny Rogers

08:30

Dating berdua kat kenny rogers...Kisahnya kitaorang nak beli barang2 untuk cuti2 minggu ni..Tu yang nak mencari barang2 makanan, perubatan & penjagaan diri..Masa nak shopping tu, kebetulan kitaorang memang tak makan tengahari lagi..Jadi harap maklum je la, laporrr..Perut duk bergendang je..Kitaorang shopping  ni kat IOI Mall Puchong..Cadangnya nak ke TESCO je..Sekali mr hubby ralit sembang dengan Mak Chek dia sambil drive..Eh!!!pakai speaker, yea korang..Kak Fiezz yang pegang handphone..Dalam duk sembang tu, laju mr hubby masuk ke IOI ni..Kak fiezz okey je..Tapi apa2 masuk dalam mall cari tempat makan dulu..Lalu depan Kenny Rogers ni, nampak pekerja2 dia tengah promote set BUY 1 FREE 1 ni..Terus sangkut kat Kenny Rogers..


Ni la menu kitaorang order haritu..Cuma tambah Mashed Potato & Air - Ice Lemon Tea / Strawberry..Dalam set ni, kitaorang dapat ayam, nasi, sayur yang macam KFC tu, baked beans..Kenyanggg..Tapi yang tak best sebab perut kak fiezz dah masuk angin lambat makan..Lepas makan ni, terus temujanji dengan Mr.T..Adehh..baru isi..dah keluar..haha...

Jumlah kekenyangan di Kenny Rogers

Buy 1 Free 1 Set - RM22.90 
Mashed Potato - RM8.50
Ice Lemon Tea - RM6.90
Strawberry - RM6.90
  
Total - RM45.20

contest

Serum No.1 Di Malaysia Menggunakan Semburan Iaitu Rose Face Serum ZEETA

08:30

ROSE FACE SERUM ZEETA

Korang..Haritu kan kak fiezz mencari serum kan..tapi lain yang kak fiezz sangkut sebab tak tahu nak pilih serum yang macamana..Banyak sangat serum sekarang ni sampai pening nak pilih..Kak fiezz ni kalau boleh nak cari serum yang organik..Bukan apa, menda kita nak tepek kat muka..Jadi kena pilih yang selamat & tak was-was kandungan dia..Kak fiezz baru terjumpa satu serum ni..Kak fiezz rasa, macam best nak cuba sebab kandungan dia organik..Okey, sangat menepati ciri-ciri yang kak fiezz suka ni..Maklum la kak fiezz kan suka guna produk yang berasaskan organik..Jadi bila tahu produk ni mengandungi bahan yang organik, terus jatuh cinta...Eh!!Korang nak tau tak serum apa yang kak fiezz duk membebel ni?Okey, jom perkenalkan korang dengan ROSE FACE SERUM ZEETA (boleh rujuk gambar macamana ke rupa serum ni)..Terus rasa nak cari ROSE FACE  SERUM ZEETA ni tapi produk yang kak fiezz guna ada lagi..Lambat pulak habisnya..hehe..Tak pe nanti dah habis produk yang kak fiezz guna ni..Boleh tukar kepada ROSE FACE SERUM ZEETA ni pulak..Apa fungsi ROSE FACE SERUM ZEETA ni?Korang ada masalah jeragat, jerawat, bekas jerawat?Nak tahu cara hilangkan jeragat paling berkesan, cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat serta bagaimana nak hilangkan parut jerawat..Okey kalau semua jawapan korang adalah 'YA..Korang wajib menggunakan ROSE  FACE SERUM ZEETA ni..sebab ROSE FACE SERUM ZEETA ni adalah penyelesaian kepada soalan korang di atas..ROSE FACE SERUM ZEETA dikenali sebagai produk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 dan produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017..Apa yang menariknya, ROSE FACE SERUM ZEETA ni serum No.1 di Malaysia menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat & parut jerawat sepantas 14 hari serta ia tidak melekit & sejuk bila disembur pada muka kita..Kandungan ROSE SERUM ZEETA adalah 100% bunga Rose Organik dan Rose Merah..

Menarik kan Rose Face Serum Zeeta ni..Organik dan boleh selesaikan masalah jeragat, jerawat serta parut jerawat..Ni antara masalah yang biasa kita alami..Sebab lambakan produk yang ada dipasaran, buat kita was-was nak guna sebarangan serum kerana risau pada kesan sampingan pada masa akan datang..Tapi dengan adanya Rose Face Serum Zeeta ni, korang tak perlu was-was lagi..Dijamin selamat & diakui HALAL..


www.fiezasani.xyz=

APA KELEBIHAN ROSE FACE  SERUM (RFS)

• Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.
• Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.
• Vitamin E 30,000 iu
• Serum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit.
• Parut jeragat hilang seawal 7 hari

4 Nutrisi Hebat Dalam RFS

Vitamin E

– utk menghalang radikal bebas dari udara yang di kenali sebagai anti oxidant. Ni yg sebab kan proses penuaan pd kulit. Bila kita boleh halang radikal bebas dari kulit, kita boleh mengurangkan kedutan dari berlaku dgn cepat dan menjaga sel kulit muka muda.

– perbandingan, ada beza baju yg kita sidai kat tempat teduh dan baju kita sidai kat panas matahari. Warna baju pudar nampak macam baju dah lama…padahal baju baru..

– kulit kita selalu hasilkan sel kulit baru, kalau jaga dan dilindungi, maknanya kita jaga kemudaan sel kulit muda tu supaya slow sikit “lusuh” nya.


Vitamin C:
Seperti vitamin E, kaya dgn antioxidant, manakala vitamin c memainkan peranan untuk mengaktifkan sel muka bagi menghasilkan kolagen, molekul penting utk kulit yg sihat. Vitamin c ni samada yg kita makan atau kita sapu kat kulit mmg akan merangsang kulit menghasilkan collagen.Yg kedua, vitamin c ni penting sebab dia yg akan merawat ultraviolet (uv). UV ni yg akan rosakkan kulit muka, nama dia photodamage.Org dok makan collagen kan.Cara yg lebih baik ialah kita ambik vitamin c, dan sapu vitamin c pd kulit. Biar kulit secara natural hasilkan collagen tu.
Omega 3 (makan dan sapu)
Kulit memang perlukan fatty acid macam omega 3 utk kekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan utk maintain kulit nya elasticity.
Sama macam vit c, dia penting utk lindungi kulit dari photodamahe dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response”. Lebih kurang macam kesan kulit macam kena minyak panas tu…
Omega 3 dalam minyak ikan yg kita makan, akan pergi ke liver, di proses dan akan ke kulit utk fungsi yg sama. Omega 3 yg kita sapu kat kulit akan pergi ke kulit dgn lebih cepat.
Omega 6
Omega 6 ni kaya dengan linoleic acid, dia ringan dan nipis rasa minyaknya. Peranan dia utk menyuburkan kulit dan kurang berminyak. Omega 6 ni tujuannya utk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas.Org yg ada masalah jerawat dia kurang linoleic acid, tu yg menyebabkan kurang keupayaan “melindungi” dan kulit jadi senang di serang bahaya dari uv dan toxic udara.

Oleh tu, ROSE FACE SERUM ZEETA telah di formula untuk ada 4 benda ni, bila spray saja ROSE FACE SERUM ZEETA kita menggunakan teknologi sama dengan nano, hasil semburan tak akan meleleh, elok terletak kat muka dan perlahan meresap ke dalam kulit. Hasil teknologi ini juga memberikan kesan positif kepada kulit muka dengan selamat dan cepat.

Harga - RM50/1 botol belum termasuk postage. 
Tempoh ketahanan - Lebih dari 2 bulan bergantung pada kekerapan penggunaan.
Halal - Telah diakui oleh JAKIM & Kementerian Kesihatan Malaysia


Testimoni ROSE FACE SERUM ZEETA


Untuk info lanjut mengenai ROSE FACE SERUM ZEETA, korang boleh rujuk di bawah.

Media Sosial ROSE FACE SERUM ZEETA


Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR

Instagram: @zeetaofficial

Whatsapp untuk order: 019-2209069
Website: www.zeeta.com.my

Khas untuk blogger..Jom joint contest yang dianjurkan oleh Zeeta ni..

Klik pada banner di atas..

Shopping

Agak Complicated Nak Isi Form Online Watson

08:30

Baru ni,kan kak fiezz tolong sorang member..Dia baru joint member Watson jadi kena aktivate kad dalam website watson..Kawan kak fiezz minta bantuan kak fiezz sebab dia tak berapa pandai sangat menda2 macamni..Kak fiezz pun okey je..Tapiii rupanya tak semudah yang disangka uolls nak register dalam website Watson ni..Banyak benor kiranya (bak kata orang perak)..Dah isi form online dalam website tu tapi asyik salah katanya..Bukan sekali, bukan dua kali..Kak fiezz rasa lebih 10x isi, tetap tak berjaya..Ingat internet kat ofis problem sebab asyik salah & error je..Try isi kat rumah..Pun sama jugakkk..Wahhh..Agak stress kejap disitu..So rumusannya baru ni kak fiezz cuba lagi sekali kat ofis..Kalau tak berjaya jugak, kak fiezz nak call direct je kat customer service Watson...Sebab bila kak fiezz isi & salah banyak kali..Terus kena block kad ni..pfffft..apa susah benor nak ngisi form Watson ni..Siap kak fiezz update status kat FB la..Sebab menyampah sangat asyik failed je...Dari komen kat status yang kak fiezz tulis di fb tu, ada yang share penah alami situasi sama macam kak fiezz ni..Dia ada bagi tips untuk daftar secara online di website Watson ni..Dan kak fiezz cuba..Tetap sama..That's it...Cubaan demi cubaan yang asyik gagal + kad pun dah kena block terus kak fiezz contact customer service Watson je..Dalam masa berapa minit je, terus berjaya aktivate kad watson member ni..Legaaa weiii..Setel...Sebab dah dekat 2 minggu rasanya member bagi kad dia ni..Kak fiezz takut terhilangkan..Maklum la pelupa...haha..So bila setel tu, legaaa...Bagi kad balik pada member ni...


Haih..memacam Watson ni..Kak fiezz ada jugak kad watson tapi yang lama punya..Seingat kak fiezz masa jadi member Watson dulu, tak ada kena aktivate bagai dalam website dia..Nak tahu point ke apa, pihak Watson akan bagi e-mail je...Tak tahu kad tu masih boleh guna ke tak sebab kak fiezz pun jarang shopping kat Watson..Dulu sebelum kahwin, memang tempat shopping kak fiezz Watson ni..Waahhh..kemain shopping kat Watson..haha..Dulu la..Sekarang..kat mana beli barang dapur, situ la beli barang2 personal kak fiezz..haha...Tapi kadang2 kalau nampak Watson ni, mmg rasa nak menyinggah je..sebab selalu ada diskaunn...

LifeStyle

Tukar Duit Di Money Changer Mid Valley

09:00

Alaa..seriusnya muka uncle kat duit ni..tak mo la serius2..eh!!duit negara manakah ni?sapa yang pertama teka dengan betul, kak fiezz bagi cenderahati dari negara yang kak fiezz & family nak pi melancong ni..Okey, setel part tukar duit..Fuhhh jenuh tunggu nilai duit rendah..Semalam mr hubby dapat beli duit kat bawah tu dengan nilai yang agak rendah..Okey la kan..Nak tunggu lagi rendah, nilainya tak berapa stabil..Kejap naik, kejap turun..Jadi ni dah dapat murah, kira okey la..Nak tunggu lagi murah, minggu depan cuti2 kitaorang start...Kang kelam kabut nak tukar duit bagai..Ooo, tukar duit ni, mr hubby pi ke Mid Valley..Tempat kitaorang selalu tukar duit kalau nak cuti-cuti keluar negara..Sebab kat Mid Valley ada 2-3 tempat money changer..Dan kebiasaanya harga untuk beli duit yang kita nak tukar, nilai agak rendah berbanding money changer tempat lain...

Tazabarrr nak cuti2...excited harus laaa...cuti2 kan..sapa tak suka..Yalah kita asyik kerja je..nak juga release tension, jadi kita pilih melancong..Nak cuti2 tak semestinya keluar negara..Dalam Malaysia pun boleh..Banyak tempat2 menarik..Untuk percutian kali ni, kak fiezz bercuti keluar negara..Alhamdulillah ada rezeki lebih, boleh la melancong keluar negara..Kalau fulus tak baper nak mandang (bak kata orang perak), kita cuti2 dalam Malaysia je...Nanti kak fiezz share gambar2 percutian kak fiezz & family mertua..Nak tengok update paling cepat, harus la IG & FB kak fiezz..Jadi sila la follow IG & FB kak fiezz..hehe..kalau nak..tiada paksaan..Saja nak kongsi gambar2...



Update : aduhh..spoiled tau yang budak 3 orang buat onar kat Jepun tu..Adeh..Harap orang Jepun tak pandang sinis pada kitaorang..Seperti pepatah orang kita "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"...

advertorial

Kembara Jom Jimat Elektrik Dari SMK Telok Panglima Garang

08:30

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 





jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Nuffnang

Pertama Kali CashOut Dari Nuffnang

08:30


Selepas kak fiezz tengok iklan dari Mr.Nuff dah tak naik lagi kat blog ni, kak fiezz cadang nak keluar RM yang terkumpul dari Nuffnang..Tak ada la banyak..Duk kumpul kat Mr Nuff ni start dari blogging tahun 2012..Masa tu tahu Mr.Nuff je..So sign up dengan Mr Nuff..Dah jadi member Mr.Nuff, tepek la banner iklan kat blog kak fiezz ni..Masa tu tak aktif sangat blog..Update ikut suka je..Tapi ada la juga iklan yang tersangkut Mr.Nuff bagi kat blog kak fiezz ni..Jadi ni la hasil yang cashout selepas 5 tahun..haha..Idok la banyak jumlahnya..Boleh la masuk tabung blogging kak fiezz..So hari Isnin baru ni, kak fiezz terus cashout RM dari situ..Lagipun tengok iklan dari Mr.Nuff pun macam sogan2 nak melekat kat blog ni, jadi kita keluarkan dulu RM yang terkumpul tu..Nanti kak fiezz fikir nak masih setia ke idok dengan Mr.Nuff..Tambah2 dah ada Adsense kan..lagi menarik..USD uu..hehe..Tempoh pembayaran cash out kak fiezz buat di Mr.Nuff akan dapat dalam tempoh 30 hari..Wahhh..Boleh tahan..tak pe, sabar je la menunggu..Tak urgent pun nak guna..Nak masuk tabung je...Lepas cash out tadi, kak fiezz saja update status kat fb..Dari komen2 geng blogger, ramai yang cakap Mr.Nuff tak bagi iklan sekarang ni..Oo, kak fiezz ingat line internet problem sebab bukak blog kak fiezz kat ofis memang tak keluar iklan Mr.Nuff..Try bukak blog kat rumah sebab internet rumah laju..Tengok, samaa jugak..tak keluar pun iklan dari Mr.Nuff..Bila baca komen2 kat status kak fiezz tu, terjawab persoalan..Bukan kak fiezz je yang tak keluar iklan..Ramai lagi seangkatan..bukan tak keluar tapi mr nuff tak bagi iklan..huhu..Apa nak buat..Orang tak nak bagi, takkan nak paksa..Yea tak...So, nak setia ke idok ni dengan Mr.Nuff..ermmm...

Okey, untuk korang yang pertama kali nak cashout kat Mr.Nuff ni, korang boleh klik kat bhg.Earning..nanti korang nampak macam kat bawah ni..


www.fiezasani.xyz

Kalau jumlah untuk cashout dah cukup, nanti korang nampak ada button 'cashout'..Kalau tak ada lagi tu, maksud masih tak cukup la untuk cashout..Jumlah untuk boleh cashout, kalau tak silap atas RM50..Kalau ada je button cashout tu..Klik je..Lepas tu korang boleh nampak jumlah terkumpul jadi RM0.00 semula..Maksudnya proses permohonan untuk cashout tadi suksess..Transaction fee RM1 akan dikenakan..Siap semua, tunggu je payment korang sampai..Tempoh bayaran seperti yang tertera di atas...