Corat Coret Hari Raya Kak Fiezz & Keluarga

11:17

Bersiaran kembali..Dah baper hari blog kak fiezz ni sunyi tak berupdate..Mood cuti raya tak abis lagi..Benornya bukan tak ada mood nak update..tapi lappy kesayangan dah rosak..ada pc kat rumah tapi malas nak on sbb kena duk kat meja..kalau lappy, sambil tengok tv boleh mengadap lappy..2 dalam 1 konsepnya...kat ofis, line internet tak berapa nak cun..lagipun kadang sibuk dengan kerja..cewah, macam sibuk benor..

Memandangkan kita masih lagi dalam mood raya, kak fiezz nak kongsi corat coret sambutan raya kak fiezz & keluarga..Tahun ni giliran beraya dengan family kak fiezz dulu di Sungai Siput, Perak..Kitaorang tiap2 tahun #teamrayaperak..hehe..Untung sangat uolls..Walaupun 1 bendera, kitaorang amalkan juga sistem penggiliran..Dua2 belah family kitaorang akan balik raya cuma turn raya pertama rumah siapa dulu, tetap ikut giliran macam orang lain..hehe..adil gitu...Tema tahun ni, kak fiezz dah tempah baju warna hijau jadi itu le temanya..dan masa pagi raya, mak, abah & adik kak fiezz pun berpakaian serba hijau..cuma hijau berlainan tona..tak kisah la yang penting ku lihatt hijauuu..hehe..


raya
Menu pagi raya - Nasi Impit / Lemang / Rendang Kerang / Daging Masak Hitam / Sizzling Yee Mee..terselit sizzling yee mee pulak..balance buka puasa sehari sebelum raya tu..Nak buang, sayang..Jadi kita masukkan je dalam menu pagi raya...Setel..hehe...


Wajib la pose gambar raya...

Mak & Abah kak Fiezz


Selepas sesi bersalam-salaman & makan2 menu raya di Sg.Siput, kitaorang ke kampung mak kak fiezz kat Manong..Beraya kat sana pulak umah opah kak fiezz & jiran2 dekat situ..Ambil Iman sekali & lepas tu kitaorang beraya ke rumah bapa saudara kak fiezz di Kuala..Dah selesai sesi mengenyangkan perut dengan nasi daging, kitaorang beraya ke Padang Rengas, kampung abah kak fiezz pulak...Untung kampung satu daerah je...hehe

Kak Fiezz & mr hubby

Ni beraya di kampung kak fiezz - Manong, Kuala Kangsor...

OOTD kak fiezz di hari raya..

OOTD baju match dengan mr hubby di hari raya kedua...

Raya kedua, kak fiezz & mr hubby ke Ipoh pulak..Turn belah sana..Tapi raya kedua tu, kitaorang tak raya mana pun..Balik rumah mama & layan cerita..hehe..Raya ketiga, baru kitoarang pi beraya rumah bapa saudara mr hubby & kawan baik mama di area Ipoh..Raya keempat, kitaorang balik ke Sg.Siput sebab nak hantar Iman..Raya kelima, kitaorang dah gerak balik KL..Nak elak jammed..Alhamdulillah, jalan clear..Sampai kat Bkt.Beruntung jammed sikit sebab ada bas eksiden..Tapi kejap je jammednya..Okey, tu je cerita raya kak fiezz..very da simple...cerita raya korang pulak?

You Might Also Like

5 Comment

  1. wahh wahhh meriah tu fieza... Makanan pun banyak..

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya Fiez.. wiwit~ sporting la ur hubby siap OOTD sesame, hehehehe...

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya Aidilfitri 😄 biarpun dah penghujung Syawal

    ReplyDelete