Rumah

Lepas Kejadian Dapur Terbakar Tempohari

19:23

Kalau korang pembaca blog kak fiezz ni, mesti korang tahu kes dapur rumah kak fiezz terbakar 2 minggu lepas..Keadaan dapur rumah kak fiezz selepas terbakar, boleh rujuk gambar kat bawah..Lepas je kes terbakar dapur ni  haritu  terus kak fiezz contact dengan uncle yang pernah buat grill dapur ni..Kali ni mintak uncle tu terus pasang awning & tambah besi kat belah tengah utk jadi rak..Sebab pasang awning, nak elak kejadian terbakar lagi..Harap lebih kukuh guna besi compare guna papan hat sebelum ni..Esoknya selepas kes terbakar ni, uncle dtg untuk ambil ukuran..dan dia mmg dah ckp hari sabtu baru dia datang untuk pasang awning..kak fiezz & mr hubby okey je la..tak rushing..cuma sementara tu seminggu gak la periuk,kuali bersepah kat ruang tamu..hehe..apa nak buat..tak ada tempat nak letak..


Pagi hari sabtu dalam pukul 9 lebih uncle dah sampai..Awal weii..x dan nak masak breakfast..terus brunch je haritu...Uncle ni start buat dari pukul 9pg sampai 1ptg..Masa dia buat tu, siap kena sound dengan org dari tkt.12 sbb bising..Yelah,guna drill bagaikan..mmg la bising sikit..Uncle tu dengar mcm suara budak yg sound dia..Uncle tu suruh kak fiezz atau mr hubby naik atas,bagitau nak pasang awning..Jadi bising sikit untuk sementara..sebabnya uncle tu ckp,suara yang sound tu bagi warning kat dia..bagi masa 1/2 jam..kalau bising jugak,dia nak turun..amboii..kak fiezz ckp dgn uncle tu,x pe 'uncle buat je..kalau dia turun..biar saya jawab'..sbb punca terbakar tu pun dari rumah dia,okey..kak fiezz bagitau dengan mr hubby pasal uncle tu kena sound..Mr hubby naik ke atas..Sekali rupanya yang sound uncle tu budak2..Sbb masa mr hubby naik,tanya mana mak dengan ayah budak2 ni..katanya mak ayah dorang dah lama keluar..so mr hubby cakap sapa marah uncle yang buat bising tu..dorang tunjuk kat adik dorang yang kecik..dorang 3 beradik..kisahnya dorang tgk cerita kat tab tapi tak dengar sbb bising..adeh,sabar je la..budak2 zaman sekarang,kan...Masa uncle tgh buat awning ni, jiran datang nak tengok..Sambil2 tu sembang dengan dia dan dia cerita pasal punca terbakar haritu..Jiran kak fiezz ni cakap, punca terbakar haritu punca dari 3 beradik ni dengarnya sbb masa hari kejadian ada jiran2 tkt.12 nampak dorang main lighter dgn kertas..Lepas tu siapa ntah marah,dorang masuk dalam rumah plak..duk sambung main kat dalam rumah..tgh ralit main,mak dorang tegur agaknya 'buat apa tu'..kelam kabut dorang campak kertas yang dah terbakar ke bawah..Nak jadi cerita, sangkut kat tingkat 11 sambung kat tkt 10 & umah kak fiezz pun terkena jugak..Tue mr hubby cakap, ada naik kat tingkat atas masa hari terbakar tu nampak kertas2 yang dah terbakar kat tepi tangga..hmmm..tak pe la kejadian dah berlaku pun..nak buat camne,kan..tapi untuk mak pak yang ada anak2 tengah membesar tu, sila pantau kegiatan anak..terutama kalau bapak merokok..lighter tu sila la letak di tempat yang tersorok..Kadang budak2 ni, dorang suka eksperimen..hah mcm kes ni, eksperimen sampai orang lain pun tanggung akibatnya...

Total yang kena keluarkan untuk buat awning & tambah besi kat tengah haritu,RM180..

Ni la rupa lepas dah siap awning & rak kat tengah tu..Kak fiezz letak periuk & kuali je...Nanti bila2 balik kampung, angkut bawak ke kampung...

beauty

Me Time Di Rumah Dengan SkinFood Egg White Pore Mask

10:10

SkinFood Egg White Pore Mask

Kak fiezz ni part penjagaan muka tak berapa sangat..eh!!tak la langsung tak jaga..maksud kak fiezz..sebelum2 ni tak ada la kak fiezz layan mask-mask ni..leceh pulak rasa nak tepek2 kat muka mask ni..Tapi bila sedor diri usia dah makin meningkat, penjagaan muka tu kena extra patutnya..Jadi moh la kita letak mask kat muka..Pore Mask  ni kak fiezz beli kat website hermo tahun lepas..Ha'ah beli tahun lepas..tapi jarang2 guna..haha..Ni baru rajin nak cuba dan buat entry kat blog....Masa beli ni, tengok gambar dia, kandungan dari putih telur..menarikss..kalau try google pun, ada petua untuk buat mask guna putih telur sebab banyak khasiat dengan putih telur ni untuk kulit..Kalau rajin boleh buat sendiri..Tapi kak fiezz beli yang dah siap je..



Fungsi SkinFood Egg White Pore Mask


Untuk menghilangkan kekotoran dalam liang pori kita dari bekas mekap yang kita guna seharian..Selain berfungsi untuk mengecilkan liang pori kulit, merawat jerawat, mengatasi kulit kering dan awet muda..Seperti yang korang sedia maklum kita kaum perempuan ni, setiap hari wajib gunakan bedak/foundation dan mekap..Tapi tahu tak korang, walaupun dah dibersihkan dengan pencuci mekap tetapi tak bersih sepenuhnya 100%..Pada belah luar sahaja yang bersih tetapi bahagian dalam, masih ada sisa mekap tadi..Jadi mask ni berfungsi menanggalkan sisa yang tertinggal jauh dalam liang pori kita...Lepas sesi mask ni, korang boleh rasa kulit lebih licin macam kulit baby gitu..Pakar kecantikan yang kak fiezz pernah buat facial, ada berkongsi info..Katanya lebih elok guna loose powder dari compact powder sebab loose powder tak menyebabkan liang pori muka kita tersumbat berbanding compact powder..dan hasil nasihat dia tu, kak fiezz guna loose powder sekarang..hehe..

Waktu bila nak guna MASK  ni?

Masa kak fiezz buat facial di satu pusat kecantikan, kak fiezz ada tanya pada pakar kecantikan kat situ..Dia cadangkan setiap kali lepas kita scrub muka, kita guna mask.. Nak senang ingat..Setiap kali lepas scrub je, mesti guna mask..

Cara Guna SkinFood Egg White Pore Mask

Cuma calitkan di beberapa bahagian muka..Ratakan keseluruhan & biarkan selama 10-15 minit..Selepas tu, boleh la di cuci..

bisnes kecil-kecilan

Ikhtiar Hamil Dengan Manjakani

11:40

KHASIAT MANJAKANI UNTUK HAMIL

Manjakani untuk hamil..Kita usaha yang menentukan kun fa ya kun adalah Allah..Yang penting bila mencuba sesuatu, biar istiqomah dan yakin..Bila mula amalkan, bagi serasi dengan badan dulu..Penerimaan badan setiap orang berbeza..Jadi tempoh penerimaan tu pun berbeza...Jadi jangan la banding orang tu makan sebotol dah jadi, kita makan berbotol2 masih nan ado...fikir secara positif..Mungkin belum berhasil macam yang kita nak tapi manjakani dah membantu bagi teratur period..ni contoh la yea..Jadi yang penting korang konsisten..Meh kak fiezz nak kongsi sikit pasal khasiat manjakani. Macamana manjakani boleh membantu untuk wanita2 yang bergelar isteri untuk menjadi ibu..Bagi wanita yang mudah lekat tanpa perlu bantuan sebarang herba/ubatan moden, korang harus bersyukur sebab insan terpilih yang dimurahkan rezeki oleh Allah untuk menimang cahaya mata sendiri..tapi bagi wanita2 yang susah untuk lekat, bermacam usaha perlu dibuat..Antaranya pengambilan ubat/supplement dan rawatan moden di hospital/klinik..tapi tahu tak korang, bahawa manjakani adalah herba tradisional turun temurun yang boleh membantu untuk hamil..Manjakani berfungsi untuk MENYUBURKAN RAHIM.Selain tu manjakani juga membantu untuk MENSTABILKAN HORMON dan membantu untuk wanita2 yang mengalami masalah period tidak teratur, keputihan..Kadang punca sukar untuk hamil juga berpunca dari period yang berterabur dan susah untuk menentu waktu subur. Kebiasaannya untuk proses pembenihan yang sesuai adalah waktu kita kaum wanita dalam tempoh waktu subur jadi bila period teratur, mudah untuk kita mengira waktu subur & boleh 'bersama' dengan en.suami pada waktu ini..Masalah keputihan pula boleh menghalang benih2 kita dan suami untuk bertemu jadi manjakani merawat kerana kandungan estrigent dalamnya membantu menyingkirkan bakteria dan fungus sekaligus menyahbau yang kurang menyenangkan..Manjakani juga boleh MENGECUTKAN CYST/FIBROID jika diamal secara konsisten..Faktor-faktor sukar hamil juga ada kalanya disebabkan wujud masalah cyst/fibroid ini. Jadi manjakani boleh mengecutkan cyst/fibroid yang korang alami..

SS dari customer kak fiezz yang mencari info mengenai manjakani dan terjumpa blog kak fiezz..alhamdulillah...





FUNGSI MANJAKANI

TESTIMONI HAMIL DENGAN JAMU MANJAKANI JEHAN

ni testimoni yang dikongsi oleh founder dari customer beliau..




Tahniah kepada bakal2 ibu ni..

Alhamdulillah manjakani membantu impian mereka bergelar ibu..

Korang pernah tengok tak buah manjakani?Selalu kat kedai2 india ada jual..Kalau rajin, boleh rebus dan minum air rebusan tu..tapi pahittt..percaya la sebab kak fiezz pun buat jugak macam ni bersama beberapa campuran bahan lain...pejam mata je ku minum..hehe..
Kalau yang tak lalu nak minum sebab pahit, boleh amalkan serbuk manjakani yang telah dikapsulkan..senang..ngap, tolak dengan air dalam mulut..setel..biar manjakani beroperasi dalam badan membetulkan masalah2 dalam badan korang tu..dengan syarat wajib minum AIR PUTIH 3L atau mengikut berat masing-masing...kat mana nak dapatkan kapsul manjakani ni?hello2 je dengan kak fiezz.. Boleh pm kak fiezz di FB  >>  facebook.com/fieza.sani @ dm di IG >> fiezzshoppe / WhatsApp ~ 0163333 (Zero Four Six)


review

Pilihan Yang Lebih Sihat Dengan Dehydrated Chicken Stock Powder Dari Kravve

10:48

http://kravve.co/

Kita ni kalau masak, mesti nak buh bahan perasa makanan..sebab apa?sebab nak bagi sedap masakan kita tu..Tapi nak guna bahan perasa makanan ni pun kena cari yang betul2..Kalau di pasaran sekarang ni banyak bahan perasa makanan macam kiub ayam, kiub ikan bilis cuma bahan yang digunakan untuk menghasilkan tu, ada campuran dengan bahan pengawet..huhu..Jadi kalau di beri pilihan ramai yang lebih memilih produk organik walaupun harganya mungkin lebih mahal sikit. Yang penting kesihatan diri & keluarga terjamin..Kak fiezz ni pun sebenarnya bukan la seorang yang cerewet guna bahan perasa makanan..Kadang guna je apa yang ada..Kat pasaraya tu macam2 jenama ada,kan?pilih je ikut jenama kesukaan masing2..contoh seperti **tet**, **tet** & **tett**..tapikan kalau diberi pilihan bahan perasa masakan asli dan tiada sebarang bahan pengawet..Harus la kak fiezz pilih yang ni..sebab rasa selamat untuk dimakan dan elok untuk kesihatan..Yelah disamping kita nak makan yang sedap kesihatan kena jaga juga uolls..Jadi pilih la bahan perasa makanan yang asli..eh!!ada ke?susah kot nak cari bahan perasa yang asli & 100 peratus tidak menggunakan bahan pengawet..sebenarnya ada tau korang?Ni hah, meh cari kat sini http://kravve.co.. di Kravve.co ni korang juga boleh dapatkan Spreads & Jams, Sauces & Dressings, Seasonings & Spices dan Snacks yang asli dan tiada sebarang campuran bahan pengawet yang berbahaya untuk kesihatan..kravve.co memastikan kita memilih bahan masakan yang lebih asli dan menjaga kesihatan kita dan keluarga tersayang...

Kak Fiezz dah cuba antara produk keluaran http://kravve.co/ ni...iaitu 

DEHYDRATED CHICKEN STOCK POWDER


Dah rasmi guna dalam masakan bihun goreng..

Pilihan kak fiezz 

KENAPA PILIH DEHYDRATED CHICHKEN STOCK POWDER ?

sebab kandungan dehydrated chicken stock powder ni menggunakan 3 bahan sahaja iaitu Kampung Chicken BreastAustralian Carrots, Australian Celery. Proses penghasilan yang teliti - ayam dicincang halus & dimasak dengan australian carrots & celery sebelum melalui proses dehidrasi selama 12 jam sebelum di kisar halus. Dehydrated chicken stock powder ada 3 saiz iaitu 70g, 90g, 130g dan ia tahan sehingga 3 bulan..

Jadi ni antara sebab kenapa kak fiezz bertukar kepada dehydrated chicken stock powder keluaran http://kravve.co/ kerana bahan yang digunakan terbukti tiada sebarang campuran bahan pengawet disamping untuk menjamin penjagaan kesihatan kita melalui makanan...

Kravve.co memastikan bahan yang digunakan untuk penghasilan produk homemade mereka adalah asli serta berkualiti tinggi, tiada sebarang bahan pengawet di gunakan, menggunakan tenaga manusia untuk penghasilan produk dan bukannya bergantung kepada mesin serta penghantaran percuma sehingga depan pintu rumah bagi pembelian produk yang bernilai RM50 dan ke atas..


Jangan lupa, gunakan kod ni untuk membeli-belah di kravve.com & nikmati diskaun RM5..

Kod - FiezaSani

Rumah

Kejadian Di Hari Minggu..Dapur Terbakar...

21:09

Kejadian di petang hari Ahad..huhu..Masa kejadian nasib baik kak fiezz & mr hubby ada kat rumah..tak berjalan ke mana-mana kalau tak mungkin kebakaran tu merebak kat dalam rumah..Kak Fiezz tengah tengok tv masa ni..Mr hubby pulak tidur dalam bilik..Tengah syok2 tengok tv tu, dengar bunyi macam menda meletup..Tak pasti apa..Kak fiezz duk syak budak-budak main bola kat koridor luar rumah..So mungkin duk sepak2 bola, bola terkena pagar luar rumah kak fiezz ni..Jadi kak fiezz abaikan je..Sambung tengok tv macam biasa..tapiii menimbulkan syak sebab lepas meletup tu ada bau terbako..jenguk kat dapur tapi tak berani tgk sampai belah dalam sikit tempat letak gas..tgk dari sudut je, tak nampak api..panggil mr hubby,beritahu macam ada menda terbakar..sementara mr hubby nak bangun tu,jenguk lagi sekali kat dapur..tapi kali ni jenguk dalam sikit sampai nampak bhg.gas..tu diaaa,baru nampak ada api belah atas kat grill dapur tu ..kelam kabut panggil mr hubby kat bilik..lepas tu kitaorg laki bini kelam kabut ambil air kat bilik air..kak fiezz isi air,mr hubby tukang simbah air..jenuh gak la nak padamkan..kak fiezz dah standby bukak pintu siap2 sbb takut jadi apa2 tambah plak masa tu asap dah memunculkan diri..masa kak fiezz bukak pintu,nampak jiran sebelah kelam kabut nak naik atas sbb dipercayai punca dari tingkat atas sebab masa kejadian kak fiezz tak guna dapur gas untuk memasak, cadangnya petang sikit baru nak masak untuk makan malam..tengah defrost daging & ikan masa tu..kak fiezz tegur jiran tu tanya dari tkt berapa yg terbakar..tapi kak fiezz tak cakap rumah kitaorg pun terkena tempias gak..kalau tak, boleh guna air dari pili bomba kat sebelah tangga dekat dengan rumah kak fiezz..panik uolls..tak terpikir plak...

Lepas keadaan dah terkawal n api berjaya dipadamkan baru jiran2 tahu rumah kak fiezz pun terkena sekali. Yang jiran sebelah rumah kak fiezz marah kenapa tak bagitau masa kak fiezz tegur dia tu..huhu...

Dari cerita orang2 situ punca terbakar dari tingkat 12..tuan rumah cerita masa kejadian, rumah dia berasap..dia panik,dia sembur 1 rumah dengan air dari pili bomba yang memang ada kat setiap tingkat..mungkin sebab dari semburan tu ada lintar pintas kot..yang terkena sekali dari tkt.12 tu sampai ke rumah kak fiezz..Nak burukkan keadaan, bhg dapur rumah kak fiezz ada la pulak bahan2 mudah terbakar macam brg2, botol2 plastik, tiub getah, papan..memang punca je la api lagi cpt naik..mr hubby cakap masa simbah air tu, samaada api jadi makin besar atau padam..Kalau makin besar, memang get ready untuk keluar je..tapi nasib baik berjaya dipadamkan..kalau tak mungkin melarat sampai ke tingkat2 bawah...

Lepas api dah padam, kak fiezz bawak turun segala kuali periuk yg letak kat area situ..maklum la rumah flat..ruang terhad..situ la jadi tempat simpanan segala barang2 dapur..

Ni gambar2 selepas kebakaran..Masa terbakor tu idok la kak fiezz snap gambar...Tgh kelam kabut nak padamkan api berdua dengan mr hubby..mr hubby, abg bomba i love u la...

Pihak bomba dtg lepas kitaorg dh berjaya padamkan api & dorang ambil gambar utk buat laporan...

Huhu..Kat ruangan ni kak fiezz letak segala barang2 dapur macam kuali, periuk & bahan-bahan masakan (kulit kayu manis & etc)....Belah atas tu, abah kak fiezz tutup dengan papan je..Jadi masa tu mungkin ada kain yang dah terbakar jatuh atas papan ni..Tu yang jadi punca kebakaran kat rumah kak fiezz pulak...

Jenuh nak mengemop bahagian ni pulak..adeh..pakej dengan lipas sekali kat dalam kabinet tu..sabar bebanyak je kak fiezz, tau...

Barang2 yang kak fiezz letak atas gril tu..Nanti bawak balik kampung ni..

Antara barang plastik termasuk periuk kukus dengan tin biskut yang bertutup dengan plastik sampah..

Pengajaran, tak nak simpan barang2 plastik kat situ..kuali,periuk pun nanti bila2 balik kampung,nak bawak bagi mak kak fiezz..terkejut sekejap lepas kejadian ni...terus hari isnin E/L..penat weii mengemop, angkat barang2 dari dapur tu..nampak je macam sikit..pagi esok (hari isnin), baru rasa badan sakit...

LifeStyle

Salesman Yang Annoying

13:44


Eh..bukan korang tau..ni hah!!kak fiezz angin dengan seorang salesman yang jual barang kat pejabat kak fiezz..dia jual produk apa ntah..dari cerita member2 ofis yang beli, produk untuk urut2 belakang badan sekali boleh pecahkan lemak..kira macam produk slimming la..Masa budak ni jual haritu, dia tak ada masuk ke bilik kak fiezz pun..Alhamdulillah..kalau dia masuk nak promote pun, kak fiezz nak tolak awal2..nak cakap gini je 'dik..badan ahkak memang dah slim'..bukan la nak eksen tapi realiti kot..boleh tengok sendiri depan2..selamat part kak fiezz sbb dia tak masuk promote kat bilik akak pun..Ada kawan2 kak fiezz yang lari masa budak ni datang promote dari meja ke meja kat bahagian kitaorang ni...Macamana kak fiezz tahu..Sebab member2 datang lari ke tempat kak fiezz..Dorang tanya ada ke budak tu masuk ke bilik kak fiezz..Kak Fiezz cakap tak ada tapiii petang hari kejadian, dia dengan selamba menonong masuk bilik bos kak fiezz..kak fiezz yang kat luar bilik bos, tercengang2..eh!!ko..nampak kan ada P.A. kat luar..ko boleh buat kurang ajar gitu..tak pe la..kak fiezz abaikan je la part tu..Lepas dia dah promote bagai, bos kak fiezz keluar dengan budak ni & bos kak fiezz pesan kalau budak tu ada hantar apa2 barang, tolong amik..tolong amik, yea..so kak fiezz pun okey je la..

Semalam budak ni datang nak hantar barang..Bos kak fiezz tak ada kat bilik..Tengah jumpa bos besor..Kak fiezz suruh budak ni datang balik lewat sikit..Pi hantar barang yang orang lain order dulu kat Kementerian ni..Lepas2 tu, Kak fiezz beritahu juga dengan bos, budak ni datang nak hantar barang yang dia order..Bos kak fiezz tak cakap apa pun..Cuma bos mention, ingatkan budak tu datang harini (Jumaat)..Kak fiezz cakap tak tahu je la..Kak fiezz cakap dia dah datang tadi (Khamis)..Tapi bos tak bayar, so kak fiezz beritahu dah suruh budak tu datang petang sikit..Lepas tu setel..Kak fiezz dah beritahu bos..Ingatkan budak tu datang semalam belah petang lewat sikit la kan..Sekali pagi tadi (Jumaat), dia datang lagi & bos kak fiezz tak ada, ada meeting kat Putrajaya..Ni conversation kitaorang...

Budak Itu : Assalamualaikum kak..

Kak Fiezz : Jawab salam dalam hati je...Bos tak ada..Mesyuarat kat Putrajaya (sebab dah nampak muka budak itu, terus kak fiezz beritahu bos tak ada)...

Budak Itu : Bos cakap bagi barang ni kat akak & bayar pakai duit akak dulu..

Kak Fiezz : Eh!!bos tak cakap apa pun dengan akak..Akak tak bawak duit..Akak bawak duit belanja RM10 je sehari.. (Masa ni budak itu tenung kak fiezz dengan pandangan marah..kak fiezz balas la balik pandangan dia tu, kan)..ko dah kenapa nak tenung2 aku macam tu..Lagipun bos kak fiezz sebelum keluar gi meeting tadi pun, tak pesan apa2..Takkan nak suka2 bayar..Mana la tau kot dia menipu ke apa...

Budak Itu : Bos cakap dengan saya, haritu kat dalam bilik..Dia cakap nanti hantar barang, bayar pakai duit akak dulu kalau dia tak ada..

Kak Fiezz : Bos tak cakap apa pun..Kan semalam akak suruh datang lewat sikit..kenapa tak datang..bos ada semalam tapi dalam bilik bos besar...

Budak Itu : Tak pe la, kak...Buang masa saya je datang sini (dengan intonasi annoying)...Sebenarnya ada lagi conversation kitaorang tapi tak ingat sangat..Ni antara yang kak fiezz ingat...

Kak Fiezz : Okey...(Ingatkan nak minta maaf kat dia sebab kesian dia datang semalam & harini tapi sebab intonasi dia yang annoying tu, terus tak jadi)..Kak Fiezz balas pun dengan nada annoying jugak..

Dik, akak kesian ko datang jual barang..Dengan muka tebal pi dari meja ke meja nak jual barang..Cari rezeki...Yelah tu cara ko cari rezeki tapi kan cara ko tadi masa nak deliver barang kat bos akak, sangat la annoying ..Bukan takat intonasi ko je..Dengan gaya ko pun sama gak...Tak pe la dik..Moga murah rezeki ko...

bisnes kecil-kecilan

Petua Jarakkan Anak Dengan NENAS BATU

16:16

Nak tanya kaum2 ibu ni?Siapa yg tgh planning nak jarakkan anak..Kebiasaannya dari cerita2 yg kak fiezz dengar dari kawan2 dan sedara-mara, korang makan ubat,inject pil perancang..kan?tapi ada effect dari pengambilan ubat dan injection tu, kan..Paling selalu yg kak fiezz dengar berat badan naik...huhu..paling tak disukai, haruslah berat naik weii..dh naik tu susah nak turun..boleh nk turun tapi kena exercise,jaga makan..eh!!leceh kan..tambah2 yg ada baby tu..jenuh nk kontrol makan..kalau baby menyusu bdn,kena makan byk..adeh..nak exercise plak..harapan je la..susah kot..takkan nak berjoging dgn baby..mesti dilema kan..nak tak kak fiezz kongsi petua jarakkan anak..ni cuma cadangan je..kalau allah dh tentukan korang lekat jugak, itu rezeki namanya..tpi klu korang nk cuba, tiada masalah..sebab bahan ni dari semulajadi..Tiada kesan sampingan berbanding cara moden yang jadi pilihan ibu2 macam kak fiezz beritahu kat atas ni...Apa dia yeak?

Jom..kak fiezz perkenalkan..tadaaa (tgk gambar)..penah tgk tak?haritu kak fiezz penah up status pasal herba NENAS BATU ni kat fb..ada yg komen,kenal sbg bunga hiasan..haha..adeh..tak dinafikan ada yang buat jadi bunga hiasan..tapi tahu tak korang banyak khasiat ni weiii...salah satu nya untuk yang merancang anak...Nak gap kan jarak antara anak..Ada wanita yang diberi anugerah Allah mudah hamil..Anak sebelum baru setahun, dah lekat yang berikutnya..Jadi pada yang merancang nak jarakkan sikit anak, boleh la cuba air rendaman NENAS BATU ni..Apa rasa dia?Tak ada rasa apa pun..no worry..Kot la korang yang jenis tak suka pahit2, jamu ni, kan..Air rendaman nenas batu ni tak ada rasa apa...Macam minum air masak je...Eh!! lupa nak cakap, NENAS BATU ni ada 2 jenis yea..NENAS BATU dari TEMPATAN &  NENAS BATU dari ARAB..

Apa Beza?


Dari segi saiz je..Kalau yg arab punya saiz lebih besar..Yg tempatan lebih kecil & dua2 tahan lama (tgk cara penyimpanan masing-masing)..Khasiat tetap sama..Apa khasiat dia?Banyak..Salah satunya UNTUK MENJARAKKAN ANAK..Cara pengambilan dia..Meh pm tepi kak fiezz..Nanti kak fiezz kongsi, yeak..




Yang besar tu NENAS BATU ARAB & comel tu NENAS BATU TEMPATAN

Harga pun beza sikit tapi masih dalam kategori mampu dibayar..Insya'allah..Yang penting, tahan lama..

Kalau korang berminat mencari NENAS BATU ni, boleh pm Kak Fiezz kat FB >> fieza.sani 
dm di IG >> fiezzshoppe / WhatsApp ~ 0163333 (Zero Four Six)

Dari masa ke semasa, kak fiezz kongsi sikit2 khasiat NENAS BATU ni yea...

Raya

Dapat Duit Raya Dari Broframestone.com

11:11

Alhamdulillah..rezeki duit raya dari broframestone.com..hehe..dah besar2 camni, dapat duit raya mmg over sikit..haha...kisahnya sabtu lepas ternampak bro up status kat bawah ni..kak fiezz pun laju2 la pi komen kat blog bro..setel komen kat 5 entry..share salah satu entry tu kat fb..

www.fiezasani.xyz

Kak fiezz pilih yang ni...sebab..kak fiezz suka lokasi wedding ni..curlass sangat uolls..kalau korang bakal melangsungkan perkahwinan tapi tak ada tempat nak buat majlis, boleh la usya2 kat sini...pada mata kak fiezz, cantik sangat tempat dia...nampak mewah gitu...
www.fiezasani.xyz

Dan kak fiezz terpilih jadi salah seorang pemenang duit raya dari bro..tq Bro...

www.fiezasani.xyz

Jalan-Jalan Cari Makan

Cuba Sendiri Jus Green Dinosaur Di Juice Works

15:39

Minggu lepas kak fiezz ke Mid Valley dengan adik ipar..Saja jalan2..Mr hubby balik lambat..Dia ada program dengan kawan2 pejabat so adik ipar kak fiezz ajak keluar gi mana2..Kak Fiezz pilih yang paling dekat dengan rumah..Mana lagi, Mid Valley le..Dah alang2 ke Mid ni, kak fiezz ternampak kiosk JuiceWorks ni..Nak try la jus hijau dia yang baru tu..Yang mana?ala jus yang orang tak suka sayur2 tu..Boleh cuba jus hijau baru ni..Kak Fiezz pernah up entry pasal jus hijau ni.. 


Masa singgah ke kiosk ni, ada la sekumpulan foreigner tengah beli jus kat sini..Dorang tegur kitaorang 'you should try this (tunjuk kat gambar air Green Dinosaur} tu.' Kak Fiezz pun macam 'yaa..we want to order that'..cewah..speaking sat walaupun berterabur..haha..Masa dorang cakap tu, tak pasti ikhlas ke idok. sebab lepas cakap cam tu dorang gelak2 pulak..Kak fiezz dengan adik ipar dah pelik..Cara dorang gelak tu dah macam menyindir je..tapi kak fiezz cakap dengan adik ipar, bior la..selera masing2..Kot dorang tak suka kot Green Dinosaur ni..Jadi kitaorang proceed je order air jus Green Dinosaur ni...Sedap ke idok?

Lantak la foreigner tu...ahkak tetap order jugak air Green Dinosaur..Sedap tu subjektif, yea tak?

Yeay..Dapat dah air Green Dinosaur kitorang..Sedap ke?

Ni la rupa dia..

Pada kak fiezz okey la rasa dia..boleh la di minum pada deria rasa lidah kak fiezz yang tak mengada2 sangat ni..Kalau minum jus ni, tak rasa sangat pun bayam tu, hah..lebih kepada rasa laici sbb dia dah campur..jadi kalau tanya kak fiezz, sedap la air Green Dinosaur ni..tapi seperti biasa, sedap itu subjektif..Kang kak fiezz kata sedap bebenor..kang korang rasa ntah apa2, ada gak yang anonymous komen marah kat fiezz kat entry ni..haha..jadi nak tau sila la rasa sendiri..

Shopping

Macam Ada Magnet Kalau Nampak Daiso

11:34

Kak Fiezz sekarang gi mana2 mall, nampak Daiso ke, Mr DIY ke..alergik..mesti nak singgah..sebab?Murah la weiii..Lagi satu barang2 kat Daiso ni menarik..Ikut pada mata kak fiezz la..Kalau kak fiezz singgah ke sini, mesti ada yang sangkut satu dua barang...orang lain kak fiezz tak pasti la..tapi kak fiezz, mesti ada yang sangkut punya..nampak je Daiso terutamanya, eh!!macam ada magnet kena tarik masuk dalam tu...haha...dasar sangat kan!!Haritu kak fiezz ke mall mana yeak..lupa dah..tapi ada Daiso ni..apa lagi, terus la tertarik nak masuk,kan..Cakap kat mr hubby saja nak masuk..duk usya punya usya..terus sangkut 2 barang ni..adeh...kan dah kata..mesti sangkut punya..yang kali ni bekas lawa tu & holder card case..mr hubby duk tanya nak buat apa bekas tu..kak fiezz jawab 'ada la'..nak buh pun barang2 mr hubby gak..sebelum tu guna kotak kasut je tapi dah nak koyak kotak tu..berapa kali ntah kak fiezz stapler...koyak balik..cari punya cari bekas yang lawa2, sangkut pun yang ni..holder card case tu pulak, tak plan nak beli..sebelum ni ada terbaca blogger ain share dia penah beli bekas ni kat Daiso..Ada la kak fiezz cari lepas terbaca entry ain tu tapi tak jumpa..Masa ni baru terjumpa..tu pun mr hubby yang nampak..Apa lagi, ambil satu..kak fiezz pilih yang boleh letak 40 keping kad..Dia ada 20,30 & 40 kalau tak silap...holder card case ni untuk letak kad nama korang tau..sapa2 la yang ada name card..kak fiezz pun ada gak, weii..hehe..walaupun jarang muncul kat event blogger..Maklum la komitmen dengan kerja..kak fiezz kerja sepenuh masa..blogger, part time je..jadi kalau nak hadir event-event ni payah sikit..tapi ku tetap beli jugak bekas name card ni..kot2 tersesat gi event atau ada orang nak tukar2 kad dengan kak fiezz ke..perasan..haha...

Hasil rembatan di Daiso..

Ni hah guna bekas yang kak fiezz beli tu..Nak letak barang2 mr hubby..Segala2 charger la, remote la..Nak buang, mr hubby marah..Jenis sayang barang..kak fiezz pulak, kalau dah tak boleh guna apa lagi buang je la..tapi mr hubby, bukan begitu uolls..jenis penyimpan...kak fiezz jenis pembuang..haha...

Tadaa..this is my card..walaupun blogger yang jarang hadir ke event...

Shopping

Barang-Barang Hasil Kemenangan Di SGShop Dah Sampai

16:22


Yeay..Barang2 yang ditunggu dah sampai...Kalau korang ada baca entry kak fiezz yang NI, mesti tahu kak fiezz menang kredit RM100 di SGShop..Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadhan..Barang2 dah selamat diterima hari Isnin (10/7/2017)..Jangkaan patutnya 13hb tapi sampai lebih awal..Terbaiklah SGShop...Ni yang nak shopping selalu kat situ..eh!!
Kat SGshop ni barang-barang dari China tau korang..Jadi proses penghantaran ambil masa sikit..Kalau nak cepat pun boleh tapi kos penghantaran lebih la sikit..Macam kak fiezz guna kapal laut afrika je..hehe..Nak kos murah..gitu la...Kalau korang yang poket tebal sikit dari kak fiezz ni, boleh la pilih penghantaran melalui udara..Apa yang kak fiezz beli?Jom tengok..eh!!macam kisah je..tak kisah la..nak share jugak..hehe


Senyum tengok parcel ni atas meja masuk office semalam..Dah boleh agak dari mana?Kebetulan masa otw mr hubby hantar kak fiezz pagi semalam ke office, mr hubby tanya beg baru dia bila sampai?Kak fiezz beritahu 13hb..Tup tup, masuk office nampak parcel ni atas meja...Yeay!!!

Hasil menghabiskan RM100 kredit shopping di SGShop..

Sling Bag untuk mr hubby..Dapat percuma wallet, earphone casing & bag shopping..Harga beg ni RM40.97..4 helai t-shirt tu, kak fiezz punya..Harga antara RM9.00 - RM21.00..Maklum la badan dah slim river gitu, jadi cari t-shirt size S (yeay) sebelum ni size M sbb bam bam sikit...hehe..Kak fiezz ada buat video unbox hasil shopping kat SGShop ni..Gedik sangat..5 item pun nak buat bideo bagai..ahaks..Al-maklum la tengah praktis nak jadi youtuber (konon..haha)...nah video amatur kak fiezz 

advertorial

Green Dinosaur di Juice Works. Terutama Yang Tak Suka Sayur Boleh Cuba Ni

11:05

Dapatkan Green Dinosaur di Juice Works

www.fiezasani.xyz


"Habiskan sayur-sayuran anda atau anda tidak and dapat pencuci mulut!"

Ibu anda mungkin menggoda anda sebegini apabila anda masih kecil. Apabila anda semakin tua, anda mungkin pernah menggunakannya sebagai motivasi untuk mengambil makanan hijau anda setiap hari. Jika anda seorang ibu atau ayah sekarang, anda mungkin menggunakan helah yang sama pada anak-anak anda.

Kami tahu sayu-sayuran hijau bukanlah makanan kegemaran untuk setiap orang. Tetapi selalu ia mempunyai lebih daripada satu cara untuk mendapatkan nutrien yang luar biasa dari sayuran berdaun itu. Mengapa anda perlu memaksa diri anda jika anda tidak suka memakannya? Minum sahaja ia!

Dan terdapat begitu banyak kombinasi yang hebat dan rasa yang didapati di kiosk Juice Works yang boleh membuat anda berfikir semula mengenai hubungan anda dengan sayur-sayuran.

Khususnya untuk bulan Julai - dengan musim lychee yang lebat ini – Juice Works ingin memperkenalkan kepada anda minuman kami yang lazat, Green Dinosaur! Mengapa dinosaur? Kerana ia terdiri daripada banyak kebaikan yang terlalu lazat untuk ditolak!

Apakah kandungan Green Dinosaur ni? Ia mengandungi bayam, chia seed, Lime, Lychee (tentu saja!), jus tropika dan ais krim vanila rendah lemak - semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.

Warna hijau semulajadi yang menakjubkan dari minuman ini berasal dari bayam, yang dikenali sebagai salah satu sayuran terbaik untuk dimakan dan ia telah disenaraikan sebagai Superfood oleh sesetengah ahli nutrisi.

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Popeye the Sailor begitu suka bayam? Ia adalah kerana sayur-sayuran berdaun ini kaya dengan larut air dan vitamin larut lemak, pelbagai fitonutrien, dan banyak klorofil. Ia juga adalah sumber mineral magnesium dan besi, vitamin B2, B6, K dan E, dan folat. Ia mempunyai kalsium, kalium, Vitamin A, mangan, dan juga tembaga!

Sebagai tambahan ia di tambahkan dengan laici untuk keharuman, kemanisan dan airnya! Rasa keenakkan laici - ya, ia sangat baik dan ia juga adalah makanan kegemaran legenda imperial Yang Guifei, salah satu Empat Gadis Tercantik dari Cina Kuno - buah kecil ini penuh dengan kebaikan.


Ia kaya dengan Vitamin C antioksidan, dan dikenali sebagai salah satu buah dengan kepekatan polifenol tertinggi di kalangan buah-buahan - termasuk rutin, yang merupakan bioflavonoid yang dikenali untuk menguatkan saluran darah. Ia juga mempunyai quercetin, antioksidan yang kuat dengan sifat anti-radang, serta kaempferol yang dikenali untuk manfaat kanser dan manfaat jantungnya.

Oleh itu, jangan menyeksa diri anda dengan sepinggan sayur-sayuran lagi. Dapatkan cawan anda ** Green Dinasour hari ini!

**Green Dinosaur Dinosaur boleh didapati di dalam tiga jenis saiz: Junior (250mL) RM8.95; 
Sederhana (450mL) RM9.95; Dan Besar (650mL) RM10.95.
 
P/s: Tidak pasti apa itu anti-oksidan? Jangan risau. Secara ringkasnya, ia adalah sumber 
pertahanan yang diberikan oleh alam semula jadi untuk melawan radikal bebas yang 
boleh menyebabkan penyakit. Mereka juga boleh membantu melambatkan proses penuaan.

MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 28 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.

Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010 295 4802
e-mel chan@greatworksmarketing.com

advertorial

Atasi Masalah Resdung Dengan Herba Resdung Tok Aki

10:56

MASALAH RESDUNG 

Hai korang..Kak fiezz nak kongsi dengan korang terutamanya yang ada masalah RESDUNG..Tak payah cerita detail la resdung tu apa?Korang google je..Tapi majoriti , tahu pasal resdung ni..dan sebenarnya ramai antara kita yang menghidap resdung tapi kita tak tahu dan masalah resdung ni samaada kita menghidap secara sederhana atau teruk..Macamana nak tahu korang menghidap resdung ke tak?Korang boleh baca simptom2 kat bawah?Bagi yang tak ada masalah resdung, alhamdulillah..Korang boleh gak baca entry kak fiezz ni..Boleh kongsi info dengan kawan-kawan atau keluarga yang ada masalah resdung ni...Boleh la cadangkan dorang untuk cuba produk yang kak fiezz nak cerita ni..Kebiasaanya penghidap resdung akan mengalami BERSIN waktu pagi atau sejuk, GATAL kat hidung & mata, ALAH pada makanan laut (yummmy tapi sayang tak boleh makan), HIDUNG TERSUMBAT & BERBAU, SAKIT KEPALA, muka berJERAWAT..euwww, paling tak suka part jerawat ni, kan...so acane nak menyelesaikan masalah-masalah kat atas ni?Setahu kak fiezz ramai memilih rawatan dengan lilin resdung, kan?Yang gunakan asap untuk keluarkan ulat2 resdung dalam hidung..Kak fiezz pun pernah buat dulu sebab ada resdung gak tapi dalam kategori tak berapa teruk sangat setakat ni, alhamdulillah..Tapi untuk buat rawatan dengan lilin tu, kita buat kat pusat rawatan/spa kebiasaanya..Agak leceh disitu..Faham la lifestyle kita yang sentiasa sibuk ni, kita tak ada masa nak ke pusat rawatan/spa tiap bulan..Bila tak buat rawatan tu, takut masalah resdung kita jadi lagi bertambah teruk pulak...Abis camna nak buat?Okey, ni yang kak fiezz nak kongsi info dengan korang...

HERBA RESDUNG TOK AKI

herba resdung tok aki

Pernah dengar tak jenama herba resdung tok aki ni?Tak pernah dengar, meh kak fiezz cerita...Untuk info korang, herba resdung tok aki diperbuat daripada 100% herba kayu terpilih tanpa campuran bahan kimia. Kesannya dapat dilihat dalam masa 5minit!!insya'allah...Kita cuba..Herba resdung tok aki ni diperkenalkan untuk memudahkan korang membuat rawatan sendiri kat rumah sambil membuat aktiviti harian disamping dapat menjimatkan masa korang tanpa perlu berulang alik ke pusat rawatan/spa bagi membuat rawatan resdung.

KENAPA RAMAI PILIH HERBA RESDUNG TOK AKI

Mudah digunakan..Cuma ambil sedikit dengan jari kelingking dan calit di hidung. Korang boleh nampak kesan sepantas 5 minit apabila lendir mulai keluar. Tiada sebarang kesan sampingan kerana ramuan herba resdung tok aki 100% dari herba kayu. Tahan lama untuk 1 kotak (penggunaan 30-40 kali). Selain menjimatkan masa & tenaga korang tanpa perlu bersusah payah untuk ke pusat rawatan/spa. Ramai pakar rawatan resdung tradisional menggunakan herba resdung tok aki ni dan dijamin selamat. Bentuknya yang menarik & mudah dibawa ke mana sahaja.

“KESAN SEPANTAS 5 MINIT!”
Dihasilkan dari 100% ramuan semulajadi, Herba Resdung Tok Aki bertindak pantas dengan membuang lendir kotor punca resdung dalam rongga hidung dan tekak. Sesuai untuk mereka yang sering gatal-gatal di bahagian muka, hidung, telinga dan mata serta hidung tersumbat.
Cara penggunaan:
Calitkan sedikit herba di hujung jari dan sapukan pada rongga dalam hidung kiri dan kanan. Guna dua kali sehari, pagi dan malam untuk minggu pertama. Untuk minggu seterusnya, guna apabila perlu sahaja.

TESTIMONI HERBA RESDUNG TOK AKI


testimoni herba resdung tok aki

testimoni herba resdung tok aki

testimoni herba resdung tok aki

Alhamdulillah feedback positif dari mereka yang dah mencuba sendiri Herba Resdung Tok Aki..Untuk penghidap resdung, korang bila lagi?Takkan nak biar resdung tu dah melarat , weiii..Cepat2 dapatkan rawatan..

KAT MANA NAK DAPATKAN HERBA RESDUNG TOK AKI

No. Telefon : 0132290930