Kursus Diet dan Fitness Ketika Ramadhan..Tips Masakan dan Pemakanan Sihat..
DIET KETIKA RAMADHAN
Minggu lepas Kak Fiezz attend Kursus Diet & Fitness Ramadhan..Best tau..banyak info2..Antara input dalam kursus ni mengenai diet ketika ramadhan, tips masakan sihat serta cara pemakanan sihat..Kursus terbahagi kepada dua sesi iaitu sesi pertama taklimat mengenai pemakanan sihat semasa Ramadhan, tips masakan sihat dan diet ketika ramadhan oleh coach - Mohd Farid Zulkiffli & sesi kedua, taklimat dan sesi senaman oleh coach Andien Sahad..to be honest, dua2 sesi best..Menghadiri kursus di bulan Ramadhan, memang seperti yang kita tahu boleh Zzz dibuatnya kalau yang bagi taklimat tak best..Tapi masa kursus ni minggu lepas, mmg tak rasa nak Zzz langsung..Dua2 bagi taklimat yang fun & buat kita nak dengar lagi info-info dari diaorang..Okey, dah stop kak fiezz membebel..Jom kak fiezz kongsi info pasal pemakanan sihat di bulan Ramadhan yang En. Farid kongsikan kepada kitaorang..
SMART DIET RAMADHAN
Kenapa Wajib Sahur?
Sumber : Google
Sahur adalah makanan pertama yang kita makan waktu pagi di bulan puasa bagi memberikan kita kekal bertenaga sepanjang hari. Sebab dengan makanan sahur tu ada mengandungi tenaga, nutrien, fiber bagi memastikan kita boleh membuat aktiviti-aktiviti di siang hari..Dengan bersahur juga memastikan blood sugar level korang dalam keadaan baik. Jadi kalau korang tak sahur, lepas beberapa jam di pejabat korang dah mula rasa tak bertenaga, lesu & cepat dahaga. Jadi, jangan skip bersahur, okey..Kang tak larat nak buat keja kat ofis..Menepek je tidur...
TIPS DIET UNTUK SAHUR
Sila pastikan korang sediakan makanan untuk sahur awal, kot la esok pagi terbangun lewat ke tak ada la macam orang bergaduh kat dapur tu..Antara menu simple yang korang boleh sediakan awal sebelum tidur >> Sandwich, Oats, Ayam & Potato Salad atau lebihan makanan semasa berbuka)..Masak nasi siap2..Minum air putih antara 2 ke 3 gelas..Elakkan makan yang masin2 contoh kailan ikan masin, nasi goreng ikan masin sebab makanan masin buatkan kita cepat dahaga di siang hari.. Elakkan juga minuman berkafein kerana boleh menyebabkan badan cepat terhidrasi iaitu badan kita akan cepat mengeluarkan air..Pilih makanan yang complex carbohydrates daripada simple sugar. Contoh makanan complex carbohydrates (Nasi, roti, biskut, mee, bihun, pasta, oats & buah-buahan)..Contoh makanan simple suger (jammed, 3 in 1 drinks, air berkordial, apa2 jenis gula, coklat serta susu manis. Makanan dalam kategori simple sugar ni menyebabkan tahap gula dalam darah menurun secara drastik yang membawa kepada kawalan gula yang lebih rendah berbanding dengan karbohidrat kompleks yang melepaskan gula secara beransur-ansur. Lebihkan sayur dan buah. Sayur & buah memberikan fiber yang mencukupi untuk meningkatkan penghadaman kerana semasa bulan puasa, kebiasaannya kita akan menghadapi masalah sembelit jadi dengan pengambilan air & sumber fiber yang mencukupi dapat mengatasi masalah ini. Selain itu sayur & buah juga adalah sumber terbaik untuk antioksida.
APA YANG PATUT DILAKUKAN SEMASA RAMADAN
Sumber asal - KKM..
Kak fiezz buat semula sebab slide
Kak fiezz buat semula sebab slide
yang diberi masa taklimat hanya untuk penerangan sahaja kepada peserta oleh En. Farid..Gigih Kak Fiezz snap picture setiap slide...
Sumber asal - KKM..
JANGAN AMALKAN SEMASA RAMADAN
PILIHAN MAKANAN
*Pilih makanan sihat*Cara masak
Pilihan Makanan Sihat
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu ZON MERAH, ZON KUNING & ZON HIJAU
Yang mana pilihan korang selalunya?Tak jawab pun,dah tau..hehe..eh!dah zon2 pulak..acane nak tau yang mana patut elak yang mana patut amik...senang, korang amik contoh setiap zon tu mewakili lampu isyarat..tahu kan merah tu apa?kuning tu apa?dan hijau tu apa?
Jom tengok
ZON MERAH
Makanan yang tinggi lemak : CONTOH - makanan yang digoreng, makanan yang bersantan
Makanan yang telah diproses : fast food, frozen food, nugget, hot dog, burger, fries
Makanan tinggi kandungan gula : minuman berkarbonat, sweet pastry ( cakes, pies, cup cakes, brownies & dll), pencuci mulut yang tinggi kandungan gula
ZON KUNING
KOMPLEKS CARBOHIDRAT
Daging/Ayam
ZON HIJAU
Sayur/Buah
JENIS KOMPLEKS CARBOHIDRAT YANG PERLU DIPILIH
**Paling terbaik adalah whole wheat produk seperti :
-Whole Wheat Bread
-Beras perang
-Oats
Produk yang berasaskan whole wheat adalah lebih tinggi kandungan fiber dan kaya dengan vitamin serta mineral. Serta berfungsi mengawal blood sugar level dengan lebih baik..
Buah juga adalah pilihan yang sihat untuk karbohidrat. Serta mempunyai fiber, anti oksida, vitamin dan mineral.
PROTEIN
Telur dianggap sebagai standard emas untuk protein tetapi telur adalah tinggi kolesterol bagi mereka yang mempunyai kolesterol tinggi, gemuk, mempunyai sejarah berat badan berlebihan / keluarga yang mempunyai hiperkolesterolemia, jadi disyorkan bagi mereka yang ada masalah-masalah diatas untuk mengurangkan pengambilan kuning telur.
PROTEIN YANG PATUT DIJAUHI
Bahagian dalaman seperti hati, limpa, pedal, paru & lain-lain kerana bahagian dalaman ini tinggi kolesterol..Siapa suka kari kepala ikan?hah, kepala ikan pun dalam tinggi kolesterol juga yea...
JENIS LEMAK YANG PATUT DIPILIH
Kita perlu memilih makanan yang tinggi lemak tak tepu seperti minyak zaitun (sesuai untuk sos salad)..minyak canola (sesuai untuk aktiviti menggoreng dibawah suhu sederhana dan tidak sesuai untuk suhu yang tinggi)..minyak bijan, sesuai untuk sup dan vegetable dressing..Chia Seed (sumber yang baik omega 3)..Salmon & Ikan Laut Dalam (Kembong, Siakap, Ikan Merah) adalah tinggi dengan omega 3..
JENIS LEMAK YANG PATUT DIJAUHI
Makanan yang tinggi lemak tepu..Contoh minyak sawit dan produk minyak kelapa sawit, butter..
CARA MASAK YANG SIHAT
Kaedah memasak yang sihat mempunyai prinsip-prinsip dibawah:~
(i) Untuk mengurangkan kandungan lemak
(ii) Untuk mengurangkan gula dalam makanan dan minuman
(iii) Untuk mengurangkan penggunaan garam dan perasa tiruan
(iv) meningkatkan jumlah sayur-sayuran dalam diet
TIPS MASAKAN#1
Untuk mengurangkan kandungan lemak dalam makanan, pilih cara masak seperti boil, steam, bake & grill..
TIPS MASAKAN #2
Gunakan perasa semula jadi dalam makanan korang. Bawang, bawang putih, lada hitam, lobak merah, rebus untuk menjadi perasa semulajadi untuk dimasukkan dalam masakan berbanding menggunakan pak aji & seangkatan dengannya...
Gunakan stevia, Equal, palsweet untuk minuman bukan gula atau gula perang
TIPS MASAKAN #3
Gunakan rempah dan herba. Lebihkan perasa semulajadi. Buat stok sendiri..Rebus tulang ayam/daging/kambing untuk dijadikan sebagai stok berbanding gunakan kiub2 segera yang ada di pasaran. stok homemade ni,kita boleh gunakan dalam masakan menggantikan kiub2 segera...
TIPS MASAKAN #4
Lebihkan sayuran dalam masakan
SLIM RAYA
Dibawah ni antara ini adalah cara pemakanan yang biasa kita buat, jadi kenal pasti cara pemakanan ini dan kurangkan atau ubah :
**Skip sahur
**Pengambilan kerap makanan manis (pastri, kuih-muih, dan lain-lain) dan minuman manis
**Pengambilan kerap makanan segera
**Kurang pengambilan sayur-sayuran
**Penggunaan msg (perisa tiruan) dalam masakan
**Makan makanan ringan agak kerap
Ni la antara info yang kak fiezz dapat masa kursus Kursus Diet & Fitness Ramadhan minggu lepas & kak fiezz kongsikan di sini..Semua info-info ni dari Coach Farid & kalau korang nak folo ig dia, boleh klik kat highlight kuning nama dia atas tu...
Next entry kak fiezz sambung entry sesi taklimat + senaman dengan Coach Andien...
5 Comments
good sharing
ReplyDeleteGood sharing Fieza...kebanyakkan yang disarankan memang kami yang sedang berdiet sedang amalkan. Tak sabar nak baca sambungan taklimat + senaman ....
ReplyDeleteGut info fieza...
ReplyDeleteinformasi yang baik untuk dikongsi bersama
ReplyDeletewow nanti rabia cuba diet ya..
ReplyDelete