AFB Feeds

Cermin Mata Raya, Murah Dan Cepat Di Times Square

09:00

KEDAI CERMIN MATA TIMES SQUARE

Baru ni masa kak fiezz & mr hubby jalan-jalan kat Berjaya Times Square, misi mencari baju raya kak fiezz (pasal baju raya nanti kak fiezz share), mr hubby beritahu nak buat cermin mata sebab dah lama tak tukar..dah 2-3 tahun rasanya..kak fiezz baru je tukar dalam awal tahun ni..jadi tak kisah sangat..kak fiezz penah terbaca ada blogger share buat cermin mata murah kat area sini..So kak fiezz bagitau kat mr hubby, terus mr hubby tanya kat belah mana..alahai, tak pasti pulak kat belah mana..meh la kita cuba cari..dan kebetulan terlalu depan kedai ni & ada banner promosi RM99 depan kedai dia sempena HARI RAYA..wah..pucuk dicita ulam mendatang...Terus laju kaki kitaorang melangkah ke dalam kedai ni..Tanya dengan staff situ yang mana satu dapat harga RM99 ni..dan dia inform yang promosi frame RM68..Kalau nak pilih yang mahal sikit pun boleh tapi kena tambah la sikit..So, kitaorang pilih frame kat bahagian promosi RM68..pilih frame yang RM68 ni & campur cermin, dapat la harga RM99..Eh..walaupun frame murah tapi banyak gak yang lawa2 kat situ pada mata kak fiezz ...Mula cari yang mr hubby punya je..sekali ada orang offer pulak..Amik la satu..wahhh..laju kak fiezz amik..hehe..benornya dah pilih siap2 masa duk cari frame untuk mr hubby..dah berkenan hat satu tu..tapi malas la cakap nak..sebab kak fiezz baru je tukar frame & cermin..hehe..tapi bila orang dah offer, eh, laju je la ambil..Cermin mata baru ni besar sikit frame dia..Ada 2 la cermin mata kak fiezz sekarang..Kak fiezz dah set, satu pakai untuk jalan-jalan..Satu pakai untuk gi kerja...Yeay...Total dua cermin mata RM228..Oo, kak fiezz punya kena tambah RM30 sebab kak fiezz nak cermin nipis..Maklum la power mata belah kiri tinggi, uolls...kang tebal sebelah cermin mata kak fiezz sbb power mata belah kanan rendah sikit..

Yang best buat kat sini, siap dalam masa 1 JAM..waaa..first time okey tempah cermin mata siap cepat..Sementara nak tunggu sejam tu, kitaorang jalan-jalan dalam tu cari baju raya kak fiezz..Misi nak cari baju peplum tapi tak jumpa kedai yang jual baju2 peplum..Jadi kak fiezz beli je 1 blouse  & 1 skirt...Eh!tercerita pasal baju raya pulak..Tu nanti la yeak kak fiezz share... 

CERMIN MATA MURAH

M-Trend..Promosi RM99 sempena Raya..

Pilihan frame ikut bajet masing-masing

Ni bajet kak fiezz & mr hubby..Walaupun murah tetap cantik2 frame dia...


Lepas pilih frame, kena check power mata..Mr hubby power kurang..Kak Fiezz maintain..Yeayyy

www.fiezasani.xyz
2 set cermin mata berjaya di rembat kat M-Trend ni sempena promosi RAYA

www.fiezasani.xyz
Cermin mata kak fiezz..Yang dalam bekas, cermin mata baru..Kat luar tu, cermin mata lama..Nasib baik power mata masih sama..Yeayyy...


Cermin mata Raya suami isteri..ngeee :)
Cermin mata ni time panas, dia bertukar warna gelap..Kitaorang pun baru tahu sebab masa tanya staff tu, dia kata cermin kitaorang biasa je..Balik dari Times Square, kitaorang singah Bazar Ramadhan..mr hubby tegur kak fiezz dulu..cermin mata jadi warna gelap..lepas tu tengok mr hubby punya pun sama gak..waaa..okey la kan..sesuai kak fiezz buat pakai jalan-jalan...

You Might Also Like

3 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.