AFB Feeds

Birthday Celebration Abah & Iman

11:03

Celebrate birthday abah & iman minggu lepas..Kak fiezz & mr hubby balik ke Perak sempena cuti Nuzul Quran..3 hari cuti, kan..Tak ada buat apa kat KL, kitaorang plan balik ke kampung nak sambut puasa dengan family kak fiezz & mr hubby...Dan kebetulan jatuh pada minggu harijadi dua2 birthday boy ni..jadi sambut la sekali..Harijadi abah 6hb & Iman 9hb..Gigih pi cari kek & hadiah untuk birthday boy dua orang ni..Yang masa nak pi cari hadiah ni, kowtim dengan abah bawak Iman keluar..kang dia nak ngikut..Udah tak surprise pulak nak beli hadiah dia..Lepas abah berjaya bawak Iman keluar, terus pi ke Aeon Klebang..Kek beli kat Secret Recipe & hadiah Iman kat Lego..Hadiah abah pun kat dalam Aeon jugak..Ada sales kat barangan lelaki...Dapat 2 item untuk hadiah abah..Simple celebration..Tak ajak sesiapa pun..Kitaorang je..Kak Fiezz masak Sizzling Yee Mee..Masa beli hadiah & kek ni ngam2 sampai rumah time berbuka..Minum air dulu, lepas tu bersilat kat dapur menyiapkan sizzling yee mee kak fiezz ni..Terhangit sikit cili tu..hehe..tapi rasa tak lari..tetap sedap..cewahh...

www.fiezasani.xyz
Kek Secret Recipe..Apa ntah nama kek ni..tapi sedap sebab ada coklat..Kak fiezz memang favourite la coklat2 ni...


www.fiezasani.xyz
Sizzling Yee Mee, air tangan kak fiezz..Mak kak fiezz request nanti raya suh buat ni..ngeee..sedap la tu kan maksudnya..Resipi di SINI

www.fiezasani.xyz
Happy Birthday to Abah & Iman...



www.fiezasani.xyz
Hadiah untuk Iman..Excited nak buka..


www.fiezasani.xyz
Hadiah untuk abah..Porch bag, set tali pinggang dan wallet...

**Hadiah di taja oleh mr hubby...tq Sayang :)

You Might Also Like

5 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.