AFB Feeds

Biarkan Mereka Bertanya Soalan Cepumas Itu...

14:16

Amboi tajuk entry kemain..Macam tajuk novel, gitu..haha..Kisahnya kak fiezz nak share antara top enty di blog kak fiezz, time2 nak raya ni..SOALAN FEVERET DI HARI RAYA..Kat facebook, macam2 video keluar pasal soalan2 sensitif ni di hari raya..Haih..macam2 versi jawapan yang keluar kalau tengok video klip tu semua..tapikan secara realitinya, kita akan jawab ke camtu..jawapan standard 'rezeki jodoh..rezeki anak..semua kuasa Allah'..Rata2 ramai tahu pasal tu tapi tetap bila jumpa setahun sekali time raya, soalan2 cepumas ni la yang jadi favourite pertanyaan,kan..Kadang kita yang kena tanya ni, pening nak jawab..kalau kak fiezz yang sopan santun dan baik budi pekerti ni tak tahu nak bagi jawapan yang macamana..tambah2 yang lepas2 kak fiezz, dah berderet..kak fiezz nak cakap satu 'jangan compare please'..masalah setiap orang tak sama..rezeki pun lain-lain..tapi payahnya lahai deme2 ni nak faham yea tak...tu yang bila kena tanya soalan2 cepumas macam ni time2 raya, dah tak tahu nak jawab apa..kak fiezz redha je..raya tahun ni pun sama, kalau ditanya soalan yang sama, jawapan pun tak fikir lagi nak bagi jawapan apa..ternampak ada sorang blogger tweet 'kalau makcik2 duk tanya, kenapa tak ada **** lagi?', nak jawab gini je 'insyaallah..raya tahun depan ada la kot makcik..tolong doakan, yeak'..hehe..eh..tetiba datang idea..nak jawab cenggitu jugak la...Deme sedap menanya..kita yang pening nak jawab..kang jawab kurang ajar, tak hormat orang tua pulak..serba salah dibuatnya..kesian dengan kitaorang yang asyik kena tanya soalan2 cepumas ni, tau..Kak fiezz ni tahap redha, sampai dah bagi hint kat mr hubby, kot2 nak pasang sorang lagi..eh!!haha..Sampai gitu la..Kalau nak mendaftar kat JKM, boleh je tapi memang kena masuk dalam waiting list..Kak Fiezz pernah joint satu group kat FB ..Dalam group tu ramai yg cari **** & kebanyakannya yang ditawarkan adalah **** yang tak sah taraf..Ramai jugak member dalam group tu..Yelah ramai yang berminat nak ambil tapi kos yang diletakkan agak tinggi..kos tu kos untuk bersalin & pampasan pada maknya..Dah rasa macam penjualan **** pulak..Ada sekali, member group post mencari bakal parents pada **** yang bakal lahir masa tu tapi harga yang diletakkan RM6k..Dalam hati kak fiezz terdetik, mula la jadi tak ikhlas pulak,kan "eh..dah la terlanjur..lepas tu orang nak bela kira dah alhamdulillah dari dibuang kat dalam longkang/semak/kotak/depan masjid dan lain-lain tempat lagi la yang suka hati dorang nak buang"..Ramai yang berminat tapi kos yang ditawarkan tinggi...Kak fiezz dah keluar pun dari group tu..tapi semua pun rezeki dari Allah..Yang mana berkemampuan, tak ada masalah dengan kos yang ditawarkan & boleh la terus niat mencari **** di group tu..Dulu kak fiezz pernah dah nak ambil sorang tapi bukan dalam group ni, dari seseorang tapi tue la dah nama bukan rezeki lagi..tu yang kak fiezz tahap redha, bagi hint kat mr hubby macam tu...yelah, mr hubby mesti nak bin/binti dia kan..so kak fiezz tak nak la pentingkan diri sendiri...tapi ada syarat la kan kalau nak jadi 'honey' ai..mr hubby kena fair..gitu..agak2 mr hubby boleh ke penuhi syarat tu..haha..dapat plak 'honey' ai yang nak conquer sorang2, nak cakap satu je 'kita share, hokay'...eh!!tahap redha sangat tulis camni..haha..entah tak tahu la..tulis je..point dia pening dengan soalan2 cepumas time raya ni..nak cerita apa rawatan yang kita buat, apa supplement atau ubat yang kita makan, memang tak la dorang faham..jadi nak tak nak bila di tanya soalan cepumas macam ni, kita jawab je la..Anggap gini je la, jumpa sekali-sekala time raya tu deme2 ni nak beramah mesra dengan kita..Tapi tak tau topik apa yang nak disembangkan..kebetulan kita ada kelemahan part itu, itu la modal deme..Kita layan je la..Positif sudah..Emo, sentap..memang la terutama kita yang perempuan ni tapi apa nak buat, ujian buat kita dari Allah..Ada la tu hikmah yg Allah KIV untuk kita...


Lagipun tiap kali raya, dah lali dengan soalan cepumas ni..so, no big deal, kan..Nanti kak fieZ cuba tips yg kak fiezz penah baca kat fb..apa tips dia?adalah..kang bocor lak rahsia kak fiezz..haha

Okey, korang..Tue je luahan hati kak fiezz..Esok nak raya..Selamat Hari Raya... 😘

You Might Also Like

2 comments

  1. Kita relax jer Fieza...stay positive sepanjang hari raya ni...yabg penting kita happy suami isteri pun dah cukup syukur alhamdulillah, kan?

    ReplyDelete
  2. Tu la kak. Susah nak lari dari soalan cepumas gini. Rempuh je dengan tabah..

    Semoga urusan akak dipermudahkan.

    ReplyDelete


Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.