Rangkaian Terkini WD40 Specialist Automotive Khas Untuk Pemilik Kenderaan

10:57

Kuasa Berganda

Optimakan  Fungsi Kereta & Motorsikal dengan WD-40®,

Pakar Pencuci & Pelincir Automatif yang Unggul!


Memastikan kenderaan sentiasa bergerak dengan lancar dan selamat sepanjang perjalanan adalah perkara yang penting bagi setiap pemilik kenderaan.

Jenama unggul WD-40® menampilkan rangkaian terkini iaitu WD-40® Specialist Automotive yang khas untuk membantu pemilik kenderaan mencapai matlamat tersebut. Rangkaian pakar produk penyelenggaraan kereta dan motorsikal ini dicipta khas oleh WD-40® untuk memastikan kenderaan anda sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan bergerak dengan lancar semasa di jalan raya.

Rangkaian produk ini terdiri daripada tiga jenis produk pencuci yang ber­­­­­prestasi tinggi dan dua jenis produk pelincir yang berkuasa. WD-40® SpecialistAutomotive Machine & Engine Degreaser berupaya untuk menanggalkan kotoran, tar, gris yang degil, pelekat dan sebagainya. Ia amat mudah dibersihkan dengan air!

Inovasi WD-40® SpecialistAutomotive Throttle Body, Carb & Choke Cleaner juga memberikan kesan maksima bagi meningkatkan prestasi kaburetor dan sistem enjin termasuklah mengurangkan pengeluaran asap kenderaan. Ia juga digunakan untuk membersihkan kotoran, varnis dan karbon yang melekat dari kenderaan.



Sementara itu, WD-40® SpecialistAutomotive Brake & Parts Cleaner mampu membersihkan cecair brek, gris, minyak dan kotoran daripada plat cakera brek dan angkup brek tanpa menanggalkan bahagian tersebut.  Bersifat tidak menghakis, formulasi ini boleh menhentikan bunyi cakera brek dan menghapuskan geseran pada clutch supaya pemanduan lebih lancar.



WD-40® SpecialistAutomotive Chain Lube menawarkan pelincir yang bertahan lama dan perlindungan optima, sesuai untuk motorsikal, kart dan ATV. Pelincir berprestasi tinggi ini bersifat anti-haus dan mampu menembusi bahagian-bahagian yang sukar dicapai memudahkan kerja-kerja penyelengaraan.

Dan akhir sekali, WD-40® Specialist Automotive Belt Dressing Lubricant mampu memperpanjangkan usia belt kenderaan. Daya serapan terhadap kod fiber  menjadikan belt kenderaan lebih fleksibel.


Di samping kehebatan rangkaian WD-40® Specialist™ Automotive, formulasi asal daripada WD-40® yang terkenal dengan warna biru kuning ini  mampu menyelesaikan pelbagai kerja penyelengaraan kereta termasuklah:
  • Membantu menghidupkan enjin basah
  • Melincirkan dan melindungi bahagian tertentu daripada karat dan haus
  • Membersihkan peralatan mekanikal
  • Menghilangkan kelembapan dalam pendawaian dan litar
  • Memastikan operasi pencahayaan lampu lancar
  • Memudahkan ketanggalkan nut dan bolt
  • Melincirkan hab pacuan 4 roda untuk prosedur mengunci
Ternyata, WD-40®  mempunyai solusi untuk setiap keperluan penyelenggaraan kenderaan anda. Ayuh ke [http://wd40.asia/products/wd-40-specialist-automotive] hari ini untuk menerokai lebih banyak panduan bagaimana WD-40 mampu meningkatkan prestasi kenderaan anda!

Tentang syarikat WD-40®


Syarikat WD-40 adalah pembuat produk pelbagai guna yang sangat dipercayai, malah peralatan ini mesti ada dalam toolbox setiap rumah seluruh dunia. Jenama Amerika ini ditubuhkan pada 1953 sebagai anti karat, pelindung anti-hakisan untuk lapisan luar Atlas Missile  (peluru berpandu) dan ia diubah kepada produk penyelesaian yang pantas bagi tujuan membersih dan melindungi, melonggarkan bahagian yang berkarat, menghilangkan kelembapan dan lain-lain.

Produk syarikat WD-40 sentiasa menjadi pilihan mereka yang profesional dalam bidang penyelengaraan dan amatur DIY dalam kerja-kerja mereka seperti perkakasan, industri, automotif , sukan, basikal dan jualan runcit. Hari ini WD-40® boleh diperolehi di seluruh dunia dalam pelbagai saiz dan pelbagai rangkaian produk baru seperti WD-40® Specialist, WD-40® BIKE dan WD-40® Specialist Automotive.


Rangkaian produk WD-40® boleh diperolehi di kedai-kedai perkakasan seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang WD-40® , layari: www.wd40.asia


Maklumat lanjut dan gambar, sila hubungi Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com

You Might Also Like

3 Comment