LAZADA MALAYSIA 

Korang..biasa x shopping kat Lazada Malaysia..Eleh ngaku je la..masa kak fiezz nak buat bayaran kat 7-eleven sbb kak fiezz guna MolPay Cash, staff 7-e pun cakap dia suka shopping kat Lazada Malaysia sbb senang, selesa & selamat..3S..Nampak tak sebabkan faktor 3S ni majoriti rakyat Malaysia skrg kalau sebut shopping online je mesti kat Lazada Malaysia..Glamour dah Lazada skrg ni..Lagi best sekarang ni korang boleh shopping di Lazada di hujung jari je?Macamana?Download je app Lazada kat smartphone korang tu..Untuk playstore, korang download app Lazada kat SINI..dan untuk App store, download kat SINI.. Okey, dah download bagai tapi nak shopping tak ada perbankan internet pulak ataupun baki dalam akaun tak mencukupi untuk buat bayaran..Okey, meh kak fiezz nak kongsi sikit macamana nak shopping secara online tak kisah la samaada korang ada perbankan internet tapi tak cukup baki dalam akaun atau memang tak ada perbankan internet..Awal entry tadi kak fiezz ada sebut kak fiezz guna MOLPay Cash kan?Tahu tak MOLPay Cash ni apa?Kak fiezz dah beberapa kali shopping online guna MOLPay Cash ni...memang senang la weii..Sebelum kak fiezz cerita lebih lanjut pasal ni, jom cerita sikit latar belakang wujudnya MOLPAY CASH ni..

MOLPay 

MOLPay menawarkan penyelesaian pembayaran yang di buat melalui pembelian secara dalam talian kepada pengguna untuk membuat bayaran secara tunai di mana-mana kaunter 7-eleven yang berdekatan. Dengannya ada MOLPay, kejadian seperti penipuan dan transaksi pembayaran adalah lebih selamat kerana melibatkan pembayaran secara tunai. 

Ditubuhkan pada tahun 2005, MOLPay telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti Anugerah Merit dalam Anugerah MSC Malaysia Asia Pacific ICT 2008 dan MEPS FPX Most Outstanding Merchant 2009. Perkhidmatan MOLPay sentiasa mematuhi standard keselamatan data global tertinggi - Industri Kad Pembayaran: Security Standard Data ( PCI DSS) Service Provider Level 1, dan juga Akta Sistem Pembayaran Malaysia 2003.

Pada tahun 2011, MOLPay menjadi sebahagian daripada MOL Global Group, salah satu syarikat internet terbesar di Asia Tenggara dengan pejabat-pejabat di Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Australia / New Zealand. MOL memproses lebih daripada RM1 bilion transaksi setahun.

Pada bulan Mei 2012, Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear), anak syarikat milik penuh Bank Negara Malaysia (Bank Negara Malaysia) telah melantik MOLPay sebagai pemeroleh bukan bank untuk perkhidmatan FPX untuk peniaga dalam talian.

MOLPAY CASH

Dari MOLPay ni la wujudnya MOLPay Cash...MOLPay Cash ni apa?Kaedah pembayaran terbaru di Asia Tenggara & 7-eleven sebagai rangkaian kedai serbaneka utama di Malaysia memberi pilihan pada pengguna yang membeli barang dalam talian & membayar secara tunai di kaunter 7-eleven yang berdekatan..Contoh seperti Lazada Malaysia yang menggunakan sistem MOLPay Cash untuk memudahkan pelanggan membeli secara atas talian & membuat bayaran tunai di mana2 kaunter 7-eleven...Senang lepas ni nak shopping dalam talian di Lazada Malaysia, korang boleh pilih pembayaran menggunakan MOLPay Cash..Kak Fiezz dah try beberapa kali, memang senang je..Jom kak fiezz tunjuk sikit cara-cara pembayaran dengan MOLPay Cash..Dah download tadi kan aps Lazada Malaysia kat handphone masing-masing..Okey, boleh start shopping...Pilih la barang apa yang berkenan di hati ikut citarasa masing-masing..kat bawah ni, contoh kak fiezz punya..

Lazada Malaysia
Dah pilih barang apa yang nak, terus klik 'PROCEED TO CHECKOUT' 

Semak maklumat penghantaran & klik 'PROCEED TO PAY'
 
Molpay Cash
Kat sini, korang pilih logo 7-Eleven..Yang bermaksud korang akan membuat bayaran di kaunter 7-Eleven..Klik 'REVIEW ORDER' 

Molpay Cash
Nanti akan keluar  detail item yang korang dah pilih & maklumat penghantaran. Klik 'PLACE ORDER'

Lepas tu korang ke page berikutnya..Akan keluar 2 barcode macam kat atas ni..Sila SS (screenshot) & buat pembayaran di mana-mana 7-Eleven berdekatan dalam masa 2 hari (ada expired date).ikut la arahan kat situ dalam masa berapa hari korang kena buat bayaran dan sekiranya Lazada Malaysia tak terima bayaran dalam masa yang ditetapkan, order korang terbatal..Kat 7-Eleven nanti, cuma tunjuk je SS ni pada cashier..

Lepas korang buat bayaran, automatik korang akan terima e-mail dari pihak Lazada Malaysia yang korang dah membuat bayaran & order korang sedang di proses..
 
2 resit yang korang akan terima selepas buat bayaran di 7 eleven..Satu resit dari  MOLPay Cash dan satu resit 7 eleven.

SIAP..  

Tunggu je barang yang di order sampai.. Senang tak shopping kat Lazada Malaysia dengan MOLPay Cash ni?  Nanti dah try,cer bagi komen sikit kat sini..

 

4 Comments

  1. senang boleh byr kat 7e. sebab 7e 24 jam kan. Tak de lah terkejar2

    ReplyDelete
  2. Tak pernah lagi sopping lazada.rabia biasa shopping online dalam fb dan instagram

    ReplyDelete
  3. biasa farah pakai online transaction je. Nak kena try jugak la molpay ni

    ReplyDelete
  4. menarik tp lebih selesa online jd xpyh keluar rumah hehe

    ReplyDelete