AFB Feeds

Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 5 (Selesai)

11:15

Entry sebelum Percutian Backpackers Kak Fiezz, Mr hubby & Mama, korang boleh rujuk kat link bawah ni...

Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 1 
Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 2
Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 3 
Percutian Backpackers Ke Hatyai Part 4 
Percutian Backpackers Ke Hatyai Part Pesta Songkran 
Percutian Backpackers Ke Hatyai Part Makan 

Yeay..selesai entry bercuti ke Hatyai..Sorry,tertinggal entry penutup ni..Boleh la kak fiezz ingat dah siap semua.Sekali bila check2 balik kat entry yang dah publish,aiseh tertinggal entry balik ke Malaysia dari Hatyai..sabor je la..okey,sambung cerita..Dah nama percutian backpackers, sejenis bercuti yang main redah je..Kisahnya kitaorang tak book tiket balik ke Malaysia..Ingat nak booked siap2 tapi mr hubby risau kitaorang terlmbt bgn ke apa atau tak ada transport dari hotel nak ke stesen bas/keretapi jadi dah tertinggal keretapi atau bas..Dah membazir di situ, jadi kita main konsep redah je masa nak balik ke Malaysia..Lepas checkout dari hotel, kitaorang berjalan kaki ke bangunan Central (rujuk gambar). Kat sini ada travel agen untuk kita cari kenderaan (tut tut atau teksi)  hantar ke imigresen Thailand..tapi tak semudah itu korang sebab masa ni ramai pelancong so kebanyakan teksi yang staff travel agen ni call semua dah penuh..Nak cari tut tut, kata staff tu, tut tut tak boleh hantar ke imigresen sbb jauh..okey, pasrah kitaorang keluar dari situ..Duit bhat tggal 800 bhat je..Lepas keluar dari travel agen ni, lalu satu tut tut..try tanya..sekali dia cakap boleh hantar sampai imigresen..dia letak 900 bhat tapi kitaorang ckp ada 800 bhat je..dia setuju..legaaa...lepas dah naik tu, driver tut tut ni berhenti kat tepi jalan..ah sudah!!kenapa plak ni...Nampak dia gi beli air..Masa dia nak naik balik tu, dia cakap nak 900bhat..Derrr,dah cakap tadi kitaorang ada 800 bhat je..kalau ada, memang dah bagi je...Tapi masa dah sampai kat imigresen, kitaorang bayar 800bhat & bagi semua duit syiling bhat yang ada..Selamat sampai di imigresen thailand..proses untuk keluar berjalan lancar..Dari situ, kitaorang jalan kaki masuk ke Malaysia..hehe..Ada motor2 orang sana boleh bawakkan sampai ke Imigresen Malaysia..Tak jauh sangat pun..Tapi kitaorang nak adventure gitu...Jalan kaki...


 Ni kat travel agen area Central..Sementara staff tu call teksi, kak fiezz posing sat...

 Kat sini malam2 happening, nak cari makan, souvenir senang sangat...so kalau ke Hatyai, korang stay area sini...Ada hotel kat sini tapi kak fiezz lupa nama dia...Korang cuba google la..
 
Tut-tut yang kitaorang naik dari pekan Hatyai sampai ke Imigresen Thailand..Selesa..Besar..dan cantik...
Setengah perjalanan, driver suruh mak mertua kak fiezz duk depan..Ingatkan pasal apa?Rupanya dia takut mama panas..gitcuuu...eh..baik pulak driver tut-tut ni...

Driver tut tut yang hantar kitaorang sampai ke Imigresen Thailand. Kalau korang ke sini, nak cari transport boleh ctc dia (nanti kak fieZz update.nak cari no.phone dia dlm hp)...

 
Dah lepas pemeriksaan imigresen Thailand..Dari sini nak ke Malaysia, dekat je...Tapi masa ni panas meleting..Berpeluh gak la weiii...

 
Sampai dah Malaysia...


 Berjalan dari Imigresen Thailand sampai ke Malaysia..Fuhhh..Adventure sungguh rasanya percutian kali ni..Banyak berjalan...Tapi fun... ;)

 Yeay..Dah sampai ke stesen keretapi Padang Besar..Dari Imigresen Malaysia ke sini, tak jauh sangat..Kalau korang sampai ke Padang Besar ni nak masuk ke Hatyai tak nak berjalan..Jangan risau..Kat luar imigresen Malaysia, ada motor2 orang Thailand untuk hantar korang ke Imigresen Thailand..Tak mahal pun dalam 70bhat..
 
Kitaorang pit stop kat Parit Buntar sebab mama nak jumpa cucu dia, dak Arif...


 Kepenatan mama..Kak Fiezz bersabar dengan cina belakang tu..kak fiezz nak tengok pemandangan luar, dorang sibuk la duk buka tutup tirai tingkap..haih...Takut benor kena panas...Nasib baik dekat je dari Padang Besar nak ke Parit Buntar ni...

 Menginap 1 malam di Hotel Damai, Parit Buntar..Sila abaikan muka sememeh & kepenatan itu plus seluar kotor..haha

Esoknya naik bas balik ke Kuala Lumpur dari Parit Buntar..
Selesai percutian ala backpackers Kuala Lumpur-Hatyai-Parit Buntar-Kuala Lumpur

Percutian seterusnya..hehe

You Might Also Like

5 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.