AFB Feeds

Terjah Kedai Makan SUKHUMVIT di Petaling Jaya

11:50



 Sumber gambar dari Mr.GOOGLE..

Nak share dengan korang, minggu lepas Kak Fiezz jalan-jalan cari makan..Sebelum ni Kak Fiezz & mr hubby dah pernah try makan kat SUKHUMVIT Petaling Jaya ni..Harga makanan kat sini, okey la dalam erti kata lain, boleh dibayar..Yang kak fiezz perasan, dah 2x makan kat sini masa bayar kalau ada yang sen2 tu, cashier tak kira..hehe..Kira okey la kan..Jarang kedai makan yang tak kira sen2 ni..Kalau cafe kat ofis kak fiezz ni, memang berangan je la nak dapat diskaun sen2 tu..eh!!tersasul ke topik lain plak..masuk balik topik tadi..Kalau tanya kak fiezz, harga makanan kat SUKHUMVIT Petaling Jaya ni, standard harga makan kat area KL/Selangor..Tak ada la mahai benor..Lokasi kedai ni pun strategik, tepi lebuhraya kalau nak ke area Petaling Jaya.Kalau korang tahu Taman Dato' Harun, Petaling Jaya kedai ni kat sini je..Kalau korang lalu kat highway ni, boleh nampak la kedai SUKHUMVIT Petaling Jaya ni..Mula-mula haritu kak fiezz & mr hubby ingat restoran apa?Maksud kak fiezz, ingatkan restoran bukan islam sebab nama dia tu, hah..Tapi tiap kali lalu, ada la nampak ramai gak orang melayu makan..Jadi kitaorang cuba  singgah..Sekali bila dah sampai ke kedai, kedai melayu daaa..konsep Thailand rasanya..Pekerja-pekerja dia pun semua orang melayu kita la weiii..Tue la orang cakap 'dont judge the book by it's cover'..Masa first time cuba haritu, kak fiezz lupa nak tangkap gambar..Dah lapar sangat...Jadi minggu lepas, saja ulang lagi sekali..Bawak adik kak fiezz dan wife dia...Ni la menu yang kitaorang order haritu...




sukhumvit petaling jaya 
 Set untuk 4 orang makan ni RM79.00

Ikan Siakap Masak 3 Rasa
Udang Masak Merah
Telur Dadar
Tom Yam SUKHUMVIT (tomyam seafood)
Sayur Campur
Ayam Goreng Daun Limau
Air (1 Jag)
Nasi (4 orang)

Kitaorang tambah - Nasi 1 pinggan + Air Teh O Limau + Air Teh O
Total RM83.80
Bayar RM83 sahaja..Yang sen tu diskaun..

sukhumvit petaling jaya
 Muka happy memasing dapat makanan..Mana taknya..Kak Fiezz, Mr hubby & Adik kak fiezz dari tengahari tak makan.. 

Yang bestnya kedai ni, order korang cepat siap...dah 2x kak fiezz ke kedai ni, memang tak mengecewakan..Baru je order..Dalam 10-15 minit lebih kurang, makanan dah sampai ke meja..Rasa makanan dia pun sedap..Kira kena la dengan tekak kitaorang yang jenis tak cerewet sangat ni...Layanan pekerja-pekerja dia pun mesra gitu, ambil order pun senyum je..Kak Fiezz suka..Jadi Kak Fiezz bagi 5/5 bintang ;)

You Might Also Like

8 comments

  1. kemahinn seronok lagik tu makan besau... hehehe

    ReplyDelete
  2. amboi makan besau. Terliur tengok hehe..dah la tengah lapar.

    ni first time dengar tomyum sukhumvit.

    ReplyDelete
  3. dekat MRR2 pun ada kak. ana pernah makan sekali memang puas hati :)

    ReplyDelete
  4. wah nak gi makan juga lah kat sini.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  5. Sedapnya... first time CM dengar Tom Yam SUKHUMVIT.

    ReplyDelete

Flickr Images

ShopLink Asia

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.