AFB Feeds

Menge'PAU di Pau Yik Mun Tanjung Malim

12:24

Pau Yik Mun Tanjung Malim


Masa cuti pertabalan agong bulan lepas, kak fiezz & mr hubby balik kampung..cuti berderet 3 hari kan..kitaorang amik extra cuti sehari je..Otw balik ke KL dari kampung haritu, highway jammed, weii..adeh..stress di situ..Jadi mr hubby decide guna jalan lama..Kitaorang masuk kat Tapah ikut jalan lama..Lepas menge'PAU kat Yik Mun ni baru kitaorang masuk highway balik..Nasib baik ikut jalan lama, tak berapa nak jammed sangat..lega..Faham la Malaysia..Kalau cuti je, jalan pun harap maklum..Masing2 nak bercuti, balik kampung..Jadi dah kebetulan lalu jalan lama, kitaorang nak cuba PAU YIK MUN Tanjung Malim..Tahu kan ada pau glamour kat situ..Selalu la dengar orang cerita Pau Yik Mun Tanjung Malim ni..Nak try juga best ke tidak?Mula2 kitaorang check halal ke idok?hehe..sorry..kena check dulu walaupun dari cerita orang, katanya HALAL..Mat Dan pun pernah masuk kedai Pau Yik Mun ni dalam rancangan dia..Jadi rasanya halal..Tapi kita check dulu la..Kak Fiezz semak kat Jakim..Dan terbukti HALAL..Kedai Pau Yik Mun dah perbaharui lesen halal sehingga tahun 2018..Yeay..Moh sayang kita menge'PAU kat YIK Mun..hehe..

Kedai Pau Yik Mun ni kat Tanjung Malim, menghala ke arah Kuala Lumpur..Kedudukan kedai dia kat tepi jalan je..Senang nak cari..Kitaorang guna waze je haritu..Sampai pun..

Jom la layan sesi menge'PAU kitaorang kat Pau Yik Mun ni...

Dari arah luar..Nampak anak panah besor..tu la kedainya...

Dari arah tepi..Ramai weiii masa ni..Beratur orang keluar masuk dalam kedai ni..

Menge'PAU haritu..Pau Ayam, Pau Daging & Pau Kacang..Hamikk..Makan untuk 2 orang...

Rasa dia?Hmmm..okey, jujur..Sedap weiii..Lembut & inti dia banyak, ada rasa..Gebu je pau dia..Lain la rasa dia dari pau2 yang selalu jual kat r n r atau kat tempat lain..Patut la ramai orang datang kedai ni, hah...

Order sampingan - Roti Kahwin (Hainan Kaya with butter) & telur 2 biji...Sorry, roti tu ada 4 tau tapi dah makan 2 baru teringat nak tangkap gambar..Sedap...hehe

Tengok la sendiri..Penuh pelanggan..Siap ada yang menunggu kat luar kedai..Tunggu meja kosong..Masa ni pun, ada orang dah standby berdiri tunggu kat meja kitaorang...

Air Teh-O & Kopi..Mr hubby cakap kopi dia sedap..Pekat & terasa kopinya itu...Air teh tu pun rasa dia lain dari air teh yang kak fiezz selalu buat kat rumah atau beli kat kedai..tapi yang kat sini, rasa dia lagi sedap..

Kalau korang nak rasa sendiri sedap ke idok?try la ke sini..Sedap tu subjektif sebab ikut pada selera masing-masing..Kalau ikut pada tekak kak fiezz & mr hubby, memang sedap la..terbaikkk ;)

You Might Also Like

4 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.