AFB Feeds

Manjakan Muka Di Beaute Library

16:00

BEAUTE LIBRARY

Kak Fiezz bersiaran semula..Semalam nak update tapi kepala nyut nyut (sakit)..Migrain sebab sakit sebelah je..Jarang kak Fiezz kena migrain tapi mungkin 2 hari masa cuti baru ni, kak fiezz kena hujan..Haih, tak jadi kerja nak buat apa..Harini, bangun pagi tadi dah okey..Alhamdulillah..Jadi meh la kak fiezz cerita facial yang kak fiezz buat kat salah sebuat pusat kecantikan kat ibu kota..Cewah..ayat..tak menahan..Kak fiezz buat facial ni kat Beaute Library, Cawangan MyTown..Pusat membeli-belah MyTown ni baru je di buka..Sebelah dengan IKEA..Tau kan kat mana?Kak Fiezz pun baru pertama kali jejak kat MyTown ni..Besar juga shopping kompleks dia ni..Peghak sat..Masuk je ke sini, kak fiezz terus cari Beaute Library ni dulu..Tak susah nak cari..Kat bawah nanti, kak fiezz letakkan alamat sekali..Temujanji kak fiezz pukul 4ptg hari ahad (30/4/2017) tapi kak fiezz tersampai awal..Terus pi kat kaunter Beaute ni, ingatkan boleh la buat awal kan..hehe..Tapi harapan je la..Diaorang strict pasal waktu..Jadi kak fiezz kena tunggu sampai pukul 4ptg..Adeh..nak ke mana ni?Dah la kak fiezz sensorang..Mr hubby drop je...Memandangkan masih awal, kak fiezz isi perut dulu..Kang buat facial, dalam bilik dia mesti sejuk..Perut duk menyanyi pulak..Jadi kita makan dulu..Habis makan, ngam2 pukul 4ptg..Terus naik balik ke Beaute Library..Dan diaorang memang dah standby ada depan kaunter..Kena register dulu kat kaunter & lepas tu, kak fiezz di bawa ke satu bilik & tunggu beautician masuk..Sementara menunggu tu, kak fiezz kena isi borang..Borang apa?baca kat bawah ni...

Dari hadapan Beaute Library...Kelasss..Kak Fiezz suka..Fefeling macam datin je..Haha...

Semasa menunggu beautician Beaute Library layan kak fiezz, diaorang hidangkan peach tea..Sedap weii..Kak Fiezz suka peach tea..Walaupun tak bergula, tetap suka...Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman..hehe

Kena isi borang..Skin analysis, dia nak tahu samada kita ada apa-apa masalah kesihatan & cara kita jaga muka contoh berapa kali buat facial, apa yang kita risau kat bahagian muka kita (jerawat, jeragat, eye bag & lain-lain) dan ada la lagi beberapa soalan lain berkaitan penjagaan muka...Dalam borang ni beautician akan tulis hasil skin analysis sekejap lagi & masa perbincangan, dia akan rujuk juga pada jawapan yang kita dah isi...

Okey, start skin analysis oleh beautician..Masalah ikut pada masing-masing la yea..Macam kak fiezz, muka kak fiezz kotor di bahagian dalam & banyak whitehead/blackhead..Mungkin disebabkan kak fiezz suka mekap jadi walaupun bila dah dibersihkan dengan make up remover tapi tu di permukaan je..Dari dalam, sisa mekap masih ada tambah lagi dengan debu, kotoran dari luar masa buat aktiviti2 macam kerja, shopping...Memang faktor tambahan je yang menyebabkan kulit muka jadi kusam, kasar...Untuk facial harini, kak fiezz akan buat Beaute Flora Essential Flora yang berfungsi untuk Deep Hydration & Collagen Production..Dalam bahasa yang mudah untuk difaham beri kelembapan pada kulit & menggalakkan pertumbuhan kolagen..Maklum la bila usia dah meningkat kolagen pun makin mengurang..Bahan-bahan yang digunakan di Beaute Library ni terdiri daripada tumbuh-tumbuhan..Korang boleh baca kat bawah nanti, kak fiezz akan beritahu gel/mask yang kak fiezz guna nanti daripada bahan apa...

FACIAL 

Bilik facial...

Kena tukar pakai ni, yea korang..Gambar2 selepas ni, nampak kepala je..sensored..

Proses pertama - Selepas cuci mekap, muka akan disapu dengan sejenis mask daripada cucumber & diikuti dengan steam sejuk untuk membuka liang2 pori bagi proses berikutnya..Part ni, best..sejuk je muka...

Proses kedua - Okey, bermula beauty is pain..uwaaa..bertabah kena picit whitehead/blackhead dan segala kekotoran di muka kak fiezz..Ada yang degil, kena cucuk dengan jarum..waaa..meleleh ayor mata, weiiii..dekat 1/2 jam rasanya proses ni..


Masa tengah buat proses ni, kak fiezz saja sembang2 dengan beautician, seeloknya berapa kali kena buat facial..Dia beritahu sebulan sekali terutama yang suka bermekap sebab bila mekap, segala sisa mekap akan meresap ke dalam kulit walaupun kita dah cuci dengan make up remover..Jangan la ingat dah bersih dengan pencuci mekap tu..Belum lagi benornya tu..Sisa mekap tu berkumpul di bahagian dalam, tu yang jadi kulit muka kita kasar, kusam dan menyebabkan whitehead/blackhead macam muka kak fiezz ni..Jadi buat wanita2 yang suka mekap tebal2 tu, korang digalakkan buat facial sebulan sekali ni  untuk bersihkan muka kita dari kekotoran dalaman yang tak boleh dibersihkan & dalam masa sama bila selalu buat kita dah boleh terima proses extraction (picit segala mak nenek white/blackhead ni)..sebab dah imun..Kalau sekali-sekali macam kak fiezz ni..Hah!!tue yang mengalir ayor mata masa buat...Selain tu masa sembang dengan beautician ni, kak fiezz saja tanya tips guna scrub & mask kalau kat rumah..Siapa tahu berapa kali sepatutnya guna?Kak Fiezz tak tahu..Maaf la..tu yang muka kusam je..hehe..Ada scrub, mask kat rumah tapi kak fiezz tak tahu waktu bila nak guna..Haritu beautician inform, seminggu 2x..kalau scrub je muka, automatik guna mask...okey, tau dah..lepas ni ingat...hehe...dan masa sembang2 ni, kak fiezz tanya dengan beautician, kak fiezz jenis kulit apa?hehe..selama ni tak tau..duk ingat berminyak je..Rupanya kak fiezz kulit kombinasi..Ooo (dalam hati)..hehe


Proses ketiga - Muka disapu dengan mask daripada ginseng & biarkan meresap kejap..Hat yang ni best..sejuk je muka lepas proses yang menyakitkan tadi..fuhh..lega muka...

Proses keempat - Selepas itu, muka kita disapu pula dengan sejenis gel daripada ros & akan disapu secara rata dengan mesin tu pulak..Bau gel ros ni best..wangi je..

Proses kelima - Disapu mask lagi & biar seketika sampai kering..Sementara menunggu kering, beautician akan buat shoulder massage.. (sorry..yang ni tak ada gambar)..

Tadaaa..cantik tak?haha..okey, rupa tetap la gitu je tapi hasil selepas facial di Beaute Library..boleh rasa kulit nampak lagi bersih & licin terutama kat bahagian pipi tu..Lepas facial ni, kak fiezz tak pakai sebarang foundation/bedak..Kak fiezz cuma pakai gel magic jelly aloevera, eyeliner, eyebrow & lipstik..Dah beberapa hari ni jugak kak fiezz tak guna sebarang bedak tau..haha..sebab tahu sejenis malas nak buat facial tiap bulan..Sebab kalau guna bedak/foundation, muka cepat la kotor balik kan..Jadi biar dulu natural gini...Kak Fiezz cuma lukis kening, pakai eyeliner, guna eyeshadow & lipstik...Muka kak fiezz tepek dengan magic jelly aloe vera je...


Okey kalau korang berminat untuk buat facial atau rawatan kecantikan kat Beaute Library ni korang boleh rujuk alamat kat bawah untuk cawangan di MyTown..

Lot L2-09, Level 2 of MyTOWN Shopping Centre, 55100 Kuala Lumpur

Phone: +603 58911314 | HP: +6012 9261838  | Fax: +603 58911214 

Visit us at:www.beautelibrary.com | Join us at: Beaute Library Fanspage

You Might Also Like

5 comments

Flickr Images

HAK MILIK

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam blog ini, sila hubungi penulis di fieza_amy81@yahoo.com


[PENAFIAN] Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini dan untuk rujukan kepada pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.