Conversation kat bawah ni, kak fiezz screenshot masa berurusan dengan seorang founder yang lagi hebat dan berjaya..hehe..Kisahnya kak fiezz ternampak post agent pada founder ni cari dropship kat dalam facebook..Korang tahu kan dropship apa?Kalau tak tahu, baca kat SINI..Kak Fiezz pernah kongsikan dalam entry tu, kalau ikutkan kak fiezz malas nak jadi dropship lagi tapi modalnya tak mandang, kak fiezz joint jugak lagipun kak fiezz nak isi masa lapang..hehe...So kisah lepas kak fiezz wasap dengan agent tu, terus kak fiezz di masukkan dalam satu group wasap utk kumpulan dropship ni..Lepas dimasukkan dalam group, agen explain sikit pasal produk yang kitaorang nak jual nanti..dan kitaorang kena bayar yuran RM10 untuk komitmen..Yuran dropship ni depends pada founder..Kadang ada setengah dropship tak perlu bayar yuran, kadang ada yang bayar..Kalau kena bayar tu sebab nak nampakkan komitmen kita..Bila bayar, automatik kita akan usaha untuk jual barang tu sebab nak dapatkan balik duit yuran yang kita dah bayar..Kalau percuma ni kang, kita buat sambil lewa je..Pada kak fiezz, okey je kalau kena bayar...Sebelum ni pun kak fiezz pernah joint group dropship kena bayar yuran..Jadi menda kecil la kena bayar setakat RM10 tu..cewah..hehe..Berbalik pada cerita si Nurul (agen), dia start tak jawab wasap bila seorang ahli tanya pasal produk ni ada KKM tak?Dia senyap..Lepas tu sorang, sorang ahli beritahu wasap personal dengan Nurul beritahu dah buat payment untuk yuran dropship , Nurul tak jawab..Kak Fiezz pun ada wasap personal dengan Nurul tanya pasal menda lain, dia senyap jugak..Kitaorang ahli2 dalam tu start la cakap2 dalam group, mungkin nurul bz kot..betul jugak kan..bukannya kita hadap hp 24jam kan..tak pe..sampai la esoknya, si Nurul ni senyap..okey, something fishy..Kak Fiezz pun ambil pendekatan, cuba bertanya dengan founder produk ni..Dan kat bawah ni, conversation kak fiezz dan puan itu..hehe..Kak fiezz tak nak cerita detail kenapa kak fiezz pm dengan puan ini..Korang baca & fahamkan sendiri..Lepas tu sila komen...Cuma kak fiezz nak inform selalu kak fiezz pm dengan PR yang cari blogger untuk job kat blog, kak fiezz terus je guna 'Hai..nama PR itu'..Sebab kak fiezz terus panggil nama untuk nampak mesra gitu...Puan ni, tak suka..opps, salah kak fiezz di situ tapi cara teguran sangat la sopan..1st impression kak fiezz pada dia, wah eksennya ko..Lebih lanjut, sila baca SS di bawah & nilaikan sendiri...












Kak Fiezz kongsi screenshot ni dalam group wasap dropship tu, lepas je kak fiezz habis sesi soal jawab dengan founder ni, baru la si Nurul (agen) tu jawab dalam group dropship & terus kak fiezz di remove..Alhamdulillah..Memang kak fiezz dah cadang nak keluar pun dari group tu sebab kak fiezz dah nampak group tu bermasalah..Kalau korang faham konsep dropship, korang tahu kenapa kak fiezz cakap group tu dari awal dah nampak bermasalah..Cuba bayangkan kita dropship cuma perlu promote je barang kat sosial media..Kata la dapat customer & dia buat bayaran..Kita terus transfer bayaran pada agen ni dan agen yang akan pos barang pada customer..Kalau attitude macam Nurul ni yang tak jawab wasap, rasa2 sapa yang customer cari kalau barang masih tak dapat kat tangan dorang..of course la kita, weiii...Jadi dah nampak kan group ni akan bermasalah..

Nama founder & produk tu kak fiezz hide sebab bukan niat nak aibkan orang pun..Cuma kak fiezz nak kongsi pasal attitude je..Nama agen tu tak pe la, bukannya ada sorang je nama Nurul..banyak...hehe..PM kak fiezz & founder  ni pun kak fiezz tak pasti samaada founder sendiri yang jawab atau dia ada staff yang jawab..Maklum la bisnes dah kencang kan..Selalunya orang bisnes ni, social media bisnes dia upah orang..Tapi cara jawab kelam-kabut je..Orang cerita pasal menda lain..Dia sibuk kisah dengan yuran RM10 dia tu..haih...tak faham soalan ke apa?

Korang kalau jadi founder nanti, jangan la eksen macam ni tau..peringatan untuk diri sendiri jugak benornya..adab kena jaga..macam mak kak fiezz selalu cakap 'biar rupa buruk tapi perangai elok'..huhu..tak nak la bangsa lain cakap tue la melayu bisnes..baru maju sikit dah eksen..huhu..

13 Comments

  1. nak duit ckp la nak duit..dropship apa kna bayr..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dropship kena bayar yuran, Cik Nor..Tak kisah pasal yuran tu tapi kisahnya saya tanya nak confirmkan agen tu bawah dia ke tidak?dia sibuk dengan 10 ringgit tu..haih..

      Delete
  2. Macam-macam jenis orang ye, kak

    ReplyDelete
  3. Perangai macam tu memang ada di mana mana. Beza nya, kelakuan yg lain.

    ReplyDelete
  4. Perangai macam tu memang ada di mana mana. Beza nya, kelakuan yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia macam2 perangai tapi kebiasaan melayu mudah lupa bila dah berjaya..huhu

      Delete
  5. Eish eish. Rasanya macam staff dia yang jawab. Ehhhh. Takpe Kak. sabar je ekk. KIta bersangka baik. :)

    ReplyDelete
  6. Berlagaknya cara dia jawab..Memang kalau dah kaya jadi macam tu la kot.Tak heran setakat rm10 ...Tunggu dia jatuh terduduk nanti baru dia tau niai rm10.Masa tu tak panggil puan pun dia boleh menyembah orang...stress pulak baca post ni..hahahah

    ReplyDelete
  7. Produk apa ni Fieza? Riak sungguh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak mau mention nama produk dia kat sini, yani..sorry..nanti dia dapat promosi free je..hehe..tapi saya boleh bagi hint - produk untuk ibu2..

      Delete